Peraturan

1,031 views

Published on

new

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,031
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Peraturan

  1. 1. PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH1. KEAHLIAN Semua guru-guru dan murid-murid SMK Menglembu adalah layakmenjadi ahli perpustakaan sekolah. Semua guru-guru yang ditugaskansecara tetap, sementara, sandaran atau membuat pengajaran praktikum diSMK Menglembu adalah layak menjadi ahli perpustakaan sekolah.Pengetua , Guru-Guru Penolong Kanan yang mengajar di SMKMenglembu adalah layak menjadi ahli perpustakaan. Kakitangan bukanguru SMK Menglembu yang layak menjadi ahli perpustakaan sekolahadalah :1.1 Kerani1.2 Pembantu Am Rendah1.3 Pekerja Am1.4 Tukang Sapu1.5 Jaga2. KAD PENGENALAN DIRI2.1 Setiap orang peminjam buku mesti mempunyai kad pengenalan murid /guru peminjam semasa membuat pinjaman buku .2.2 Kad Pengenalan Murid /Guru / tiket peminjam buku mestilah mengandungi butir- butir penting peminjam iaitu:a. Nama peminjamb. No Pendaftaranc. No Kad Pengenaland. Gambar saiz kad pengenalan2.3 Kad Pengenalan Diri tidak boleh ditukar milik dengan orang lain.
  2. 2. 3. PERATURAN PSS 3.1 Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan. 3.2 Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku. 3.3 Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan. 3.4 Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS. 3.5 Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter. 3.6 Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan. 3.7 Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran. 3.8 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 3.9 Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.4. BAHAN-BAHAN PERPUSTAKAANPelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, dicontengatau dirosakkan. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempatasal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan. Buku-bukuyang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.
  3. 3. 4.1 PINJAMAN BUKU4.1.1 Pinjaman buku adalah terbuka kepada semua ahli perpustakaan Sekolah Menengah Keb. Menglembu, 31450 Menglembu .4.1.2 Pinjaman buku dibolehkan sebanyak dua buah bagi tempoh satu minggu.4.1.3 Pinjaman boleh diperbaharui atau disambung selepas tempoh tersebut jika dimohon.4.1.4 Memperbaharui / menyambung pinjaman buku mestilahdengan membawa buku yang dipinjam untuk kawalan keselamatan dan mengecop tarikh baru jadual pemulangan.4.1.5 Pemohon atau peminjam diperlukan hadir sendiri untuk meminjam buku.4.1.6 Pemohon atau peminjam tidak boleh mewakilkan mana- mana pihak ketiga untuk meminjam buku.4.1.7 Buku-buku yang dipinjam oleh peminjam tidak boleh dipinjamkan kepada pihak-pihak lain.4.1.8 Peminjam tidak dibernarkan meminjamkan buku-buku bagi pihak-pihak lain / pihak ketiga.4.1.9 Buku rujukan tidak dipinjamkan dan tidak dibenarkan untuk pinjaman atau dibawa keluar dari bangunan perpustakaan sekolah adalah: 4.1.9.1 Buku Rujukan Bertanda Merah (Red Spot). 4.1.9.2 Atlas 4.1.9.3 Peta 4.1.9.4 Kamus 4.1.9.5 Ensiklopedia4.2 Buku-buku dalam rak perpustakaan guru dipinjamkan hanya kepada kakitangan guru sahaja atau murid pada hari Jumaat sahaja dan dipulangkan pada hari Isnin.
  4. 4. 4.3 SISTEM PINJAMAN 4.3.1 Buku yang hendak dipinjan mestilah dibawa ke kaunter edaran / kaunter pinjaman. 4.3.2 Kad Pengenalan Murid akan discan untuk memasukkan maklumat no. perolehan serta tarikh buku dipinjam. 4.3.3 Pustakawan yang bertugas akan cop tarikh pulang buku pada slip pemulangan.4.4 TEMPOH PINJAMAN 4.4.1 Tempoh pinjaman bagi setiap buku adalah satu minggu kalendar. 4.4.2 Tempoh pinjaman pertama boleh dipanjangkan selama satu minggu lagi dengan mengikuti sistem pinjaman yang ditetapkan dalam perkara ‘Sistem Pinjaman’. 4.4.3 Tempoh pinjaman minggu yang ketiga secara berturut-turut hanya boleh dibenarkan oleh Ketua Guru Perpustakaan. 4.4.4 Semua kakitangan lain termasuk Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah tidak mempunyai kuasa dan tidak mempunyai pengaruh untuk melanjutkan tempoh pinjaman minggu yang ketiga secara berturut-turut . 4.4.5 Kuasa dan pengaruh untuk meluluskan pinjaman buku secara berturut- turut minggu hanya diberikan kepada Ketua Guru Perpustakaan dan Guru Perpustakaan dan Media (Penyelaras PSS) sahaja.
  5. 5. 4.5 KELEWATAN PEMULANGAN BUKU 4.5.1 Semua denda lewat pemulangan buku akan dikenakan denda bayaran wang tunai. 4.5.2 Denda sebanyak 10 sen akan dikenakan selepas tarikh pulang. 4.5.3 Denda adalah mengikut bilangan hari persekolahan dan waktu pejabat 4.5.4 Jumlah denda adalah tidak terhad. 4.5.5 Denda sebanyak RM1.00 akan dikenakan jika lewat pulang buku red spot atau buku di bilik rujukan .4.6 KEHILANGAN BUKU 4.6.1 Semua kehilangan buku perlu dilaporkan kepada Ketua Guru Perpustakaan atau guru- guru perpustakaan dengan kadar segera. 4.6.2 Peminjam yang kehilangan buku akan diberi pilihan 4.6.3 Menggantikan buku yang hilang dengan buku baru dari judul yang sama dalam tempoh empat minggu calendar berserta wang lewat pulang. 4.6.4 Membayar harga buku yang hilangan lewat pulang pada kadar bayaran yang ditetapkan.
  6. 6. 5. PERATURAN PENGGUNAAN PSS 5.1 BORANG / REKOD BANCIAN PENGUNJUNG HARIAN 5.1.1 Borang bancian pengunjung perlu dilengkapkan oleh Pengawas Perpustakaan yang bertugas. 5.1.2 Borang bancian pengunjung akan diisi setiap kali seorang pelajar memasuki pusat sumber. 5.1.3 Borang bancian pengunjung akan dianalisa dan dirumus pada setiap hari oleh guru perpustakaan. 5.1.4 Bancian pengunjung akan dikumpulkan pada setiap bulan untuk direkodkan dan dibentangkan di dalam mesyuarat JK Induk PSS atau mesyuarat kurikulum sekolah. 5.2 REKOD BANCIAN PINJAMAN BULANAN 5.2.1 Rekod bancian bacaan bulanan mestilah dianalisa dan dirumus oleh guru-guru kelas untuk dihantar kepada Ketua Guru Perpustakaan. 5.2.2 Rekod bancian pinjaman buku perlu dianalisa oleh guru-guru perpustakaan pada setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam rekod dan carta Bancian Pinjaman Tahunan. 5.3 PERATURAN PINJAMAN BUKU 5.3.1 Pinjaman buku hendaklah dibuat di kaunter edaran daripada pengawas perpustakaan yang bertugas 5.3.2 Sebarang pinjaman hendaklah dibuat dalam waktu perpustakaan dibuka sahaja. 5.3.3 Pinjaman adalah diberi percuma kepada semua ahli perpustakaan sekolah.
  7. 7. 5.3.4 Ahli perpustakaan perlu membawa kad pengenalan diri bersama ketika membuat pinjaman buku. 5.3.5 Ahli perpustakaan perlu membawa kad pengenalan diri bersama ketika membuat pinjaman buku. 5.3.6 Satu kad pengenalan diri dibenarkan untuk kegunaan pinjaman dua buah buku sahaja. 5.3.7 Ahli perpustakaan dikehandaki membiayai segala perbelanjaan sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan buku yang dipinjam. 5.3.8 Buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan dalam keadaan semasa dipinjam dan pada atau sebelum masa yang telah ditetapkan. 5.3.9 Peminjam meminjam buku untuk kegunaan sendiri sahaja dan bukan untuk pihak lain.5.4 PAKAIAN 5.4.1 Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan. 5.4.2 Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.5.5 JADUAL MASUK PERPUSTAKAAN 5.5.1 Disiplin 5.5.1.1 Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.. 5.5.1.2 Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku. 5.5.1.3 Penyelaras Guru Nilam akan membuat akan membuat pelarasan masa masuk perpustakaan sebagaimana yang diluluskan oleh pihak pentadbiran sekolah.
  8. 8. 5.5.1.4 Sekeping carta jadual masuk perpustakaan akan dibuat oleh guru perpustakaan dan ditampal pada papan kenyataan perpustakaan untuk makluman semua guru dan murid mengenai jadual masuk perpustakaan yang ditetapkan.5.5.1.5 Salinan jadual masuk perpustakaan akan disediakan oleh Ketua Guru Perpustakaan.5.5.1.6 Salinan jadual masuk perpustakaan akan diedarkan kepada semua guru untuk rujukan guru untuk rujukan dan tindakan sewajarnya.5.5.1.7 Setiap buah kelas diuntukkan dan wajib menggunakan satu waktu Pembelajaran Bahasa Melayu dan satu waktu pembelajaran Bahasa Inggeris untuk perpustakaan.5.5.1.8 Kelas / guru yang ingin menggunakan perpustakaan selain dari waktu yang diuntukkan boleh mendapat kebenaran dari Ketua Guru Perpustakaan atau dari guru perpustakaan yang bertugas.5.5.1.9 Kelas / guru yang ingin menggunakan perpustakaan selain dalam waktu yang diuntukkan boleh berbincang dan mendapat kebenaran dari guru kelas terbabit dalam masa 3 hari persekolahan.5.5.1.10 Tempahan menggunakan perpustakaan selain dari waktu yang diuntukkan boleh dibuat dalam masa 3 hari persekolahan dari Ketua Guru Perpustakaan.5.5.1.11 Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber.5.5.1.12 Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
  9. 9. 5.6 PERATURAN PENGGUNAAN BILIK MEDIA/SIBER/MAKMAL KOMPUTER 5.6.1 Disiplin 5.6.1.1 Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik khas. 5.6.1.2 Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik tersebut. 5.6.1.3 Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis- suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran. 5.6.1.4 Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini. 5.6.1.5 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik berkenaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 5.6.1.6 Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik tersebut di tempat yang disediakan. 5.6.2 Bahan-bahan bilik media/siber 5.6.2.1 Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS. 5.6.2.2 Segala perisian di dalam bilik berkenaan tidak boleh di keluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.
  10. 10. 5.6.3 Pakaian 5.6.3.1 Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik berkenaan. 5.6.3.2 Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik berkenaan.Peringatan:Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturanbilik berkenaan.

×