4 a13dd01

1,109 views
1,062 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
  • - URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

    URUS IZIN USAHA:
    - URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS NPIK – Seluruh Indonesia
    - URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - Urus IT Plastik
    - Urus IT CAKRAM OPTIK
    - Urus IT KOSMETIK
    - Urus IT ALAS KAKI
    - Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
    - Urus IT ELEKTRONIKA
    - Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
    - Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus Izin Prinsip
    -Urus SIUP.
    -Urus TDP
    -Dll

    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
    Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Website: http://www.saranaijin.com
    Email legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
1,109
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
21
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

4 a13dd01

  1. 1. 1.0 Pengenalan Kursus KBC 3023 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak Pintar Cerdas adalah salah satu daripada subjek khusus bagi Program Pendidikan Khas yang juga merupakan khusus yang baru dalam pengkhususan yang ada dalam Program Pendidikan Khas. Pada semester ini, para pelajar yang mengikuti kursus ini ditugaskan untuk menjalankan dan menyiapkan tugasan berkaitan kajian kes terhadap seseorang yang mempunyai kaitan dengan perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas. Saya NOORSYAZWAN BIN NOORHISHAM telah mengambil langkah dengan menjalankan kajian kes keatas koresponden yang mempunyai bakat dalam seni bagi menjalankan dan menyiapkan kajian kes yang telah diberikan kepada pelajar yang mengikuti Kursus KBC 3023 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak Pintar Cerdas.2.0 Definisi 2.1 Pintar Cerdas Pintar Cerdas Keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar Cerdas IQ tinggi mudah memahami pengajaran dan pembelajaran serta menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan. Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi. Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and talented adalah kanak-kanak yang dikenalpasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus. 1|Page
  2. 2. Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai manakalacerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunyaThe Joys and Challenges of Raising a Gifted Childs berpendapat kanak-kanak yangpintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyaiperasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkanbeberapa maklumat dalam menghasilkannya. Umum pula mentakrifkan pintar cerdassebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakanpintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasisegala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Terdapat pelbagai pandangandan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet, 1916, orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenalisebagai The Stanford Binet Test telah menberikan definisi pintar cerdas sebagai merujukkepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan denganbaik. Lewis Terman, 1916, pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yangberkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Disamping itu, Marland, 1972, telahmengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh JabatanPendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, 1972 dalam S.Deborah, 1988: hal. 277 iaitu:“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified personswho by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These arechildren who require differentiated educational programs and services beyond thosenormally provided by the regular school program in order to realize their contribution toself and society. Children capable of high performance include those with demonstratedachievement and/or potential ability in any of the following areas singly or incombination General intellectual aptitude, Specific academic aptitude, Creative orproductive thinking, Leadership ability and Visual and performing arts” Dari istilah Persekutuan Amerika Syarikat maksud pintar cerdas yang ditujukankepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi danpencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehankepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yangmenggagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dariyang lain atau istimewa yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan 2|Page
  3. 3. tahap kebolehan mereka. Definisi bagi Negara Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka. Di England pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memiliki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akademik. Mereka ini, tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan.2.2 Definisi Perkembangan Fizikal Menurut Tokoh.Menurut Gallahue, 1993, pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak bolehdibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tigakategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan iaitu stability,pergerakan iaitu locomotion, manipulasi iaitu manipulation. Keseimbangan merujuk kepadakebolehan kanak-kanak dalam mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepadatindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanaktersebut. Manakala manipulasi pula adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objekdipersekitarannya. Menurut Wright dan Sugden, 1999, dalam model peralihan, mereka mengaitkantentang kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses pembelajaran danpengalaman. Proses pembelajaran ini pula, boleh berlaku dalam ruang persekitaran sertaperlu memenuhi kehendak khusus setiap aktiviti yang diberikan kepada setiap kanak-kanaktersebut. 3|Page
  4. 4. Schmidt dan Wrisberg, 2000, menjelaskan bahawa kemahiran fizikal seseorangkanak-kanak yang perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagiaspek kemahiran fizikal tertutup, ia bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalampersekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula,bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasayang berubah-rubah. Kedua-dua kategori ini amat perlu bagi memperkembangkan kemahirankanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan, kanak-kanak memerlukanpersekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan pula, kanak-kanak akanmelalui persekitaran yang terbuka.2.3 Definisi Perkembangan EmosiEmosi pula adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi ,iaitu dari aspekmempunyai perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani dan jasmani dari segitingkah laku yang menekankan tingkah laku yang terkawal serta memiliki dan memupuk sifatkasih saying, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992. Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutanmencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arahhidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek “emovere” yang membawamaksud „untuk keluar‟. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhikepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami olehmanusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi, MohmoodNazar Mohamad, 1992.2.4 Definisi Perkembangan SosialSunarto dan Hartono, 1999, Hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yangsaling memerlukan. Hubungan sosial mulai dari tingkat sederhana dan terbatas, yang didasarioleh keperluan yang sederhana. Semakin dewasa dan bertambah umur, keperluan manusiamenjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secarakompleks. 4|Page
  5. 5. Syamsu Yusuf, 2007, menyatakan bahawa Perkembangan Sosial merupakanpencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat puladidefinisikan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-normakelompok, moral dan tradisi bagi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan salingberkomunikasi dan kerjasama antara satu sama lain.3.0 Teori-teori 3.1 Teori Perkembangan Fizikal Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan kepada asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat,selamat dan ceria. Menurut “Kurikulum Prasekolah Kebangsaan”, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003, perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia dikaitkan juga dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitaran kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut. Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam penjagaan diri. Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan dan berbahaya. Kanak-kanak juga perlu tahu bagaimana untuk menghindari tempat yang berbahaya.Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk mengamalkan cara menjaga keselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang tidak dikenali. Dari aspek kesihatan, kanak-kanak perlu tahu bahawa pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan seperti mandi, memotong kuku, menyikat rambut dan memberus gigi. Mereka juga 5|Page
  6. 6. harus diberikan pengetahuan dari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat.Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya dapat mengamalkan tabiat cara pemakanan yangbaik seperti jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makanmalam. Selain aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan, kanak-kanak juga perludidedahkan dengan amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul.Pergerakan fizikal dan senaman yang baik dapat memastikan organ dan anggota badandapat berfungsi dengan berkesan. Kanak-kanak perlu tahu cara bernafas yang betul ataupergerakan tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasan tubuh badanmereka. Setiap individu yang dilahirkan mempunyai bakat dan potensi yang bolehdiperkembangkan dan dipertingkatkan. Dengan kemajuan pada masa kini dankemudahan dalam mendapatkan pelbagai jenis maklumat sedikit sebanyak memberkesan yang besar terhadap perkembangan dan pertumbuhan fizikal, psikomotor danemosi individu terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai potensi dan bakatyang luar biasa yang juga dikenali sebagai mereka yang pintar cerdas (gifted). Manusiamempunyai potensi kekuatan dan kelemahan tertentu. Mana-mana kekuatan ataukelemahan akan berkembang subur dengan banyak berdasarkan beberapa faktor sepertijiwa manusia, corak asuhan, kualiti pendidikan, persekitaran fizikal dan persekitaransosio budaya. Bakat yang dimiliki oleh mereka yang pintar cerdas ini perlulah diperkembangkansupaya ianya tidak dipersia-siakan. Untuk memperkembangkan potensi dan bakat yangdimiliki pelajar pintar cerdas ini, satu bentuk pendidikan khas perlu disediakan untukpelajar pintar cerdas kerana mereka merupakan aset penting kepada negara. Negaramemerlukan khidmat serta sumbangan mereka dari segi perkembangan ilmu, penciptaanilmu dan pembangunan ekonomi untuk mampu bersaing dengan negara-negara lain, NikAziz, 1999. 6|Page
  7. 7. 3.2 Teori Kecerdasan Emosi (Goleman)Kanak-kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri danmenjadi semakin sensitif pada pujian dan kritikan orang lain, Lewis,1995; Alessandri &Sullivan ,1992. Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan merasa bangga danyakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya, sekirannya mereka dimarahkerana salah laku, mereka akan merasa bersalah walaupun perkara itu satu kemalanganatau dilakukan secara tidak sengaja. Bandura, 1986; 1989, menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak jugadiperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkahlaku emosi yang diperhatikanpada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Carakanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah diperlajarinyamengenai penerimaan masyarakat cara yang paling mendatangkan apa yang palingmendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu denganpaling mudah dan cepat. Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanakkanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila merekamelihat seseorang sedih, Eisenberg & Fabes,1998. Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenalperasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosidengan baik ketikan berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Golemancuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yangdianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Dalam menerangkan konsep kecerdasan emosi, Goleman (1995) membahagikankecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertamaberbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Limakomponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri,memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. 7|Page
  8. 8. Komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itudapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untukmembuatkeputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyaikeyakinan diri sendiri yang kukuh. Tiga subkompetensi yang dikenalpasti ialahkesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiridan keyakinan kendiri. Komponen kedua ialah kebolehan mengatur emosi serta keupayaan menanganikehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Terdapat limasubkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi.Bagi Goleman, mereka yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiridan dengan dapat menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebihberhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, beliau jugamenegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu seseorangmengawal perasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari melakukan tingkah lakuyang tersasar. Disamping itu, ia juga berkeupayaan mengembalikan emosi ke arah yanglebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau halangan. Komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk menggerakkan danmendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebut sebagai motivasi. Terdapat empatsubkompetensi yang berkaitan iaitu dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif danoptimisme. Individu yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak,mengambil inisiatif dan berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup. Kebolehan inimembantu seseorang itu untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupayabangkit dari kegagalan. Seterusnya, komponen keempat dalam model Goleman ialah empati iaitu keupayaanuntuk memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan serta dapat mewujudkanhubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat. Selain itu, kanak-kanak yangberusia dua tahun sudah mula dapat memahami perasaan teman yang sedang menangis.Keupayaan dan kemahiran sedemikian boleh membantu seseorang mewujudkan suasanahubungan yang baik dengan semua orang. Kemahiran ini dapat memberikan panduankepada seseorang mengenai perbuatan, tutur kata dan perasaan yang akan disusulikemudian. 8|Page
  9. 9. Komponen kelima ialah kemahiran sosial iaitu melibatkan pengendalian emosibagimewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik.Seseorang yang cerdas dikatakanberupaya mengurusdan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat.Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang berinteraksi dengan baik. Disamping itu, kebolehan juga membolehkan seseorang mempengaruhi danmerundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik. Selain itu, kemahiransosial juga untuk mengurus perhubungan antara perseorangan melibatkan usahamemahami emosi dan bagaimana untuk menyesuaikannya semasa membinaperhubungan dengan orang lain. Terdapat lapan subkompetensi yang mewakilikompetensi ini iaitu pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkinperubahan, menjalin ikatan, bersatu, bekerjasama dan keupayaan berkumpulan. Setelah melalui proses pemantapan dalam kerangka konseptualnya, Golemanmerangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi iaitu dua kompetensi emosi ataupersonal dan dua kompetensi sosial. Keempat-empat dimensi ini diperlukan olehseseorang yang mempunyai kecergasan emosi dan menggunakannya mengikut masayang sesuai.Empat dimenasi utama yang dikenalpasti adalah kesedaran kendiri, pengurusan kendiri,kesedaran sosial dan kemahiran sosial: Dimensi pertama iaitukesedaran kendiri merangkumi pengukuran terhadap kesedaranemosi kendiri,ketepatan penilaian kendiri dan keyakinan. Seterusnya, dimensi keduaberkaitan dengan pengurusan kendiri iaitu mengandungi kawalan kendiri, amanah,berhemah, penyesuaian, orientasi pencapaian dan inisiatif. Dimensi ketiga pula berkaitandengan kesedaran sosial, memasukkan empati, kesedaran organisasi dan orientasiperkhidmatan. Dimensi terakhir ialah kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama danberkumpulan, membantu rakan, kepimpinan, pengaruh, komunikasi, pemangkinperubahan, pengurusan konflik dan menjalinkan hubungan. 9|Page
  10. 10. Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model kecerdasan emosi yangdiutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia dapat membantumenyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian. Model tersebut jugamenjanjikan satu agenda sainstifik kerana berupaya mengkaji spektrum mekanismepsikologi yang lebih luas dalam kehidupan, pekerjaan, kekeluargaan dan masyarakat.3.3 Teori Psikososial Erik EriksonSetiap manusia melalui lapan peringkat perkembangan yang beliau namakan peringkatpsikososial.Lapan peringkat psikososial Erikson.1. Percaya lawan tidak percaya2. Autonomi lawan kesangsian3. Inisiatif lawan rasa bersalah4. Kecekapan lawan rasa rendah diri5. Identiti lawan kekeliruan peranan.6. Intim lawan pengasingan7. Menjanakan lawan tetap (Generity vs stagnation)8. Ego Integrity lawan DespirePeringkat Pertama.Peringkat pertama yang diutarakan oleh Erikson adalah selari dengan peringkat oral yangdiutarakan oleh Freud. Ia bermula daripada lahir hingga berumur satu tahun.Walaubagaimanapun, Erikson menumpukan pada keperluan penjagaan berterusan,perhatian dan perlindungan kepada bayi bagi mencapai ketenteraman, kepuasan danperlindungan bagi memenuhi keperluan asas bayi itu. Disinilah timbulnya krisis antaranaluri kepercayaan asas dengan naluri ketidakpercayaan asas. Naluri kepercayaan asasialah keupayaan meramal keperluan asas individu akan dipenuhi. Naluri ketidakpercayaan asas adalah ketakutan apabila meramalkan individu tidak boleh bergantungpada orang lain bagi mendapatkan penjagaan dan kasih sayang. 10 | P a g e
  11. 11. Peringkat Kedua.Peringkat ini bermula daripada umur satu tahun hingga dua tahun. Erikson melihatdiperingkat ini bayi mengalami pergelutan antara hendak mencapai naluri autonomiataupun mengakhiri perasaan malu dan prasangka diri mereka. Bayi yang bolehmenangani latihan ke tandas akan mengalami naluri kuasa kematangan autonomi danestim diri (self esteem). Mereka belajar supaya berupaya melakukan sesuatu pada dirimereka sendiri.Peringkat Ketiga.Bermula dari umur dua hingga enam tahun. Ia memaparkan krisis yang timbul apabilakanak-kanak bertembung dengan perkembangan dunia kebolehan kematangan dan agen-agen sosial. Pada peringkat ini kanak-kanak bergelut supaya tidak bergantung padaibubapa dan seterusnya memperolehi kecekapan transaksi sosial. Kemahiraninterpersonal dan kemahiran fizikal mula terbentuk ke arah yang betul seperti yangditentukan oleh kecekapan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan tertentu dengankebolehan pengertian kendiri. Mengekalkan inisiatif kanak-kanak ini penting padaperingkat ini kerana ia dapat memotivasikan mereka supaya mengambil bahagian secaraaktif dalam dunia sosial di sekeliling mereka.Peringkat Keempat.Bermula pada umur enam hingga 12 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak belajarmengejar aktiviti sosial dan intelektual yang diminati oleh masyarakat. Mengukuhkankumpulan sebaya,menghadiri persekolahan dan mengamalkan semangat berdikari dalampermainan dan belajar. Krisis yang dialami oleh kanak-kanak pada peringkat inimemerlukan kanak-kanak itu belajar bekerjasama.Peringkat KelimaPeringkat Krisis Identiti keremajaan adalah krisis yang paling penting. Bermula daripadaumur 12 hingga 18 tahun.Peringkat keenam.Bermula daripada umur 19 hingga 40 tahun. Merupakan masa perubahan dan transisiyang memberi peningkatan peluang-peluang baru bagi hubungan interpersonal yang 11 | P a g e
  12. 12. rapat. Individu dewasa yang mempunyai naluri identiti personal akan bertembungdengan tugasan baru, membentuk kasih sayang, kepuasan seksual serta memberi danmenerima individu yang berlainan jantina. Erikson melihat hubungan ideal sebagaikepuasan perkhawinan. Beliau mengakui, hubungan intim boleh dibentuk diluarperkhawinan. Hubungan intim memerlukan seseorang memberi komitmen yangbermakna, menerap kepercayaan, perasaan dan nilai-nilai dalam penerimaan yang bolehdipercayai.Peringkat Ketujuh.Berumur dalam lingkungan 40 hingga 65 tahun. Krisis psikososial adalah antarakeperluan hendak menjadi lebih produktif dalam duniapekerjaan dan keluarga dengangaya hidup dan pencapaian kendiri. Pada peringkat ini umumnya individu mencaripekerjaan yang produktif, melibatkan diri dalam penjagaan anak, menerima cabaran,halangan serta matlamat-matlamat baru.Peringkat Kelapan.Berumur dalam lingkungan 65 tahun hingga meninggal dunia. Pada peringkat ini wujudkesedaran spiritual. Resolusi terbaik kepada krisis ini memerlukan penyelesaian konfliksepanjang hidup terdahulu seperti kesedaran, kepuasan dan ketenteraman hidup. 12 | P a g e
  13. 13. 4.0 Kajian kes 4.1 Maklumat Responden Nama : Fendi ( bukan nama sebenar) Umur : 44 Tahun. Jantina : Lelaki. Agama : Islam. Status perkahwinan : Sudah Berkahwin. Tarikh lahir : 27 Julai 1966. Tempat Lahir : Kampung Raja, Besut, Terengganu. Alamat Kediaman : Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu. Bilangan Adik Beradik :, Merupakan anak yang keempat dalam 12 Orang adik beradik. Minat : Ukiran Kayu. Kelebihan : Dapat melukis bunga-bunga ukiran dan mengukir. Mempunyai Syarikat Ukiran Kayu Mendapat pembelajaran di peringkat : Rendah : Sekolah Rendah Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. ( Darjah 1 - 6 ) Menengah : Sekolah Menengah Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. (Tingkatan 1 - 5 ) Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. ( Tingkatan 6 Bawah sahaja ) 13 | P a g e
  14. 14. 4.2 Ciri-ciri responden Fizikal  Seorang yang aktif dalam sukan.  Seorang yang suka berfikir. Emosi  Responden seorang yang ceria.  Responden seorang yang mudah sedih. Buktinya, - responden akan berasa sedih jika dia tidak dapat menjawab terlebih dahulu soalan yang diberikan oleh guru. - responden akan berasa sedih jika dia tidak dapat melakukan kerja dengan sempurna Sosial  Responden merupakan seorang yang mudah bergaul.  Responden seorang yang mementingkan persahabatan.  Seorang majikan yang menjaga kebajikan pekerjanya.  Suka bergaul dengan pelbagai lapisan umur.  Suka membuat jenaka. 14 | P a g e
  15. 15. 5.0 Perkembangan responden dari segi: 1) Fizikal Tahap psikomotor responden adalah seperti orang biasa dan normal. Sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. 2) Emosi Responden seorang yang penyabar, akan tetapi responden mudah merasa sedih dan murung apabila beliau tidak dapat melakukan tugasan beliau dengan sempurna. 3) Sosial Responden seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa sahaja, tidak mengira taraf umur. Beliau sangat rapat dengan saya, yang merupakan anak saudaranya.6.0 Strategi Masalah responden berasa sedih dan murung. Seperti yang kita tahu, bahagian otak yang berfungsi mengawal emosi adalah Amygdala. Emosi yang terganggu adalah kerana Amygdala tidak dapat mengawal atau kurang berfungsi dengan baik semasa proses perubahan emosi berlaku. Untuk membantu responden, saya menggunakan kaedah sesi kaunseling terhadap responden. Bagi membantu responden, saya perlu berjumpa dengan responden secara perseorangan, in adalah kerana responden tidak akan merasa malu untuk menjalani sesi kaunseling. Seterusnya, saya akan menjalankan sesi kaunseling dengan memberikan nasihat kepada responden. Saya akan memberikan galakan kepada responden dengan memberitahu responden yang bahawa tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Masalah responden yang suka bertanyakan pendapat. Untuk membantu responden dalam masalah responden yang suka bertanyakan pendapat ialah dengan memberikan galakan kepada responden untuk mencari dan mengkaji sesuatu yang ingin beliau ketahui dengan menggunakan internet. 15 | P a g e
  16. 16. 7.0 Kesimpulan Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah saya lakukan terhadap respondensaya, ternyata bahawa beliau seorang yang mempunyai ciri-ciri fizikal seperti manusia biasa.Beliau juga merupakan seorang yang mudah bergaul, tidak mengira lapisan umur. Respondenmerupakan seorang yang disenangi oleh kawan-kawannya. Responden juga seorang yangmudah mendapat kawan, ini dapat dilihat apabila responden trepaksa menjalankan kerjadiluar pejabat terutamanya di luar negeri. Tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan secara tidak langsungmelahirkan ramai pelajar kita yang pintar cerdas. Gaya pembelajaran bagi pelajar pintarcerdas ini sudah semestinya tidak sama dengan pelajar-pelajar yang biasa. Adalah pentinguntuk mengkaji cara proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untukmereka ini bagi memastikan kelebihan yang dimiliki oleh mereka dapat memberi manfaatkepada negara suatu masa nanti. Setiap kanak-kanak normal mempunyai potensi untuktumbuh dan berkembang menjadi pelajar pintar dan berbakat. Ibu bapa dan sekolahbertanggungjawab untuk membimbing kanak-kanak tersebut mengembangkan potensimereka secara seimbang, menyeluruh, sepadu dan optimum. Pengalaman dan aktiviti pembelajaran yang disediakan untuk pelajar-pelajar harusdapat mengembangkan, memupuk, mencungkil dan meningkatkan kebolehan, bakat danmotivasi yang sedia ada dalam bidang rohani, kognitif, afektif dan psikomotor ke peringkatyang maksimum. Perlu ditegaskan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai potensi pintarcerdas tidak akan berkembang menjadi pelajar pintar cerdas jika mereka tidak didedahkankepada pengalaman dan aktiviti pembelajaran yang sesuai. Matlamat pelajar pintar cerdasadalah untuk melahirkan pelajar yang baik. Pelajar yang baik memiliki personaliti yangseimbang dan sepadu. Kanak-kanak pintar adalah suatu sumber alam yang berharga Gardner, 1961, dan mereka merupakan sebahagian daripada harta kekayaan negara.Bagaimanapun sekolah sering kali gagal untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepadapendidikan pelajar-pelajar pintar cerdas kerana pelajar-pelajar tersebut dinggap tidakmemerlukan sebarang bimbingan yang khusus, ataupun kebolehan mereka tidak diketahuioleh guru. Gallagher, 1975, berpendapat bahawa ramai guru gagal mengenalpasti pelajar-pelajar pintar kerana mereka memberi perhatian kepada petunjuk tingkah laku yang salah. 16 | P a g e
  17. 17. 8.0 Rujukan  Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (2004). Psikologi Sosial. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.  Doherty, J. & Brenan, P. (2008), Physical Education and Development 3-11. New York: Routledge.  Field, T.M. (1990), Infancy. Cambridge, MA: Harvard University Pres.  Gardner, H. (1983) Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New York: Basic Books.  Gardner, H. (1999), Intelligence reframed. Multiple intelligence for the 21st century. New York: Basic Books.  Gallahue, D.L. (1982), Development Movement Experiences for Children. New York: Wiley  Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Today’s Children. Madison, WI: Brown and Benchmark.  Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 17 | P a g e

×