Pub - Fair Employment Practice - Malay
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pub - Fair Employment Practice - Malay

on

  • 579 views

 

Statistics

Views

Total Views
579
Views on SlideShare
579
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
7
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pub - Fair Employment Practice - Malay Pub - Fair Employment Practice - Malay Document Transcript

  • Garis Panduan Tiga Pihak Bagi Amalan Pekerjaan Yang AdilPD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 1 2/2/12 6:01 PM
  • Diterbitkan oleh: www.fairemployment.sg Disokong oleh: ULANG CETAK PADA Januari 2012 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menyalin mana-mana bahagian buku ini dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua kaedah elektronik atau mekanikal, termasuk sistem penyimpanan dan pengeluaran semula maklumat, tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penerbit.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 2 2/2/12 6:01 PM
  • KANDUNGAN Kata Pengantar 01 Prinsip Amalan Pekerjaan yang Adil 02 Kriteria Pemilihan yang Konsisten 03 dan Adil Mengambil dan Membangun Warga 04 Singapura sebagai Tenaga Kerja Utama Pengambilan Pekerja 05 – Iklan Pekerjaan – Permohonan Pekerjaan – Temuduga Pekerjaan – Ujian Gaji 12 Penilaian, Kenaikan Pangkat, 13 Penugasan dan Latihan Pemecatan dan Pengurangan 14 Tenaga Kerja Menguruskan Sungutan 15 Peranan Majikan dan Pekerja 16 Penutup 17 Tentang TAFEP 18PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 3 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG 01 AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL Kata Pengantar Singapura adalah masyarakat yang mengamalkan meritokrasi, dan memang wajar kita melaksanakan amalan pekerjaan yang adil dan berdasarkan merit atau kelayakan diri. Singapura juga mempunyai tenaga kerja yang beragam sifatnya, dari segi golongan etnik, agama, umur dan jantina. Keragaman ini akan meningkat dari segi umur dan jantina, apabila penduduk kita semakin menua dan lebih ramai wanita digalakkan supaya bekerja. Dengan melaksanakan amalan pekerjaan yang adil dan berdasarkan merit, kita meluaskan kumpulan calon yang dapat direkrut oleh majikan. Dengan itu, majikan meningkatkan peluang untuk menemui orang yang terbaik untuk sesuatu pekerjaan. Melayani pekerja dengan adil dan hormat juga membantu majikan mengekalkan pekerja yang dihargai, demi mengekalkan dan mengembangkan perniagaan. Pekerja juga akan lebih bermotivasi untuk mencurahkan usaha terbaik bagi syarikat. Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil, yang dirumuskan oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil (TAFEP), membentangkan amalan pekerjaan yang adil untuk diterapkan oleh majikan. Usaha ini bukan sahaja akan membantu mencegah diskriminasi di tempat kerja, tetapi juga menggalakkan majikan supaya menerapkan amalan Sumber Manusia yang progresif demi faedah majikan dan juga pekerja. Garis Panduan ini dibina di atas Garis Panduan sebelumnya, termasuk “Code of Responsible Employment Practices” (Tata Laku Amalan Pekerjaan Bertanggungjawab) yang dikeluarkan pada 2002 dan “Tripartite Guidelines on Non-Discriminatory Job Advertisements” (Garis Panduan Tiga Pihak tentang Iklan Pekerjaan Tanpa Diskriminasi) yang dikeluarkan pada 1999 dan disemak semula pada 2006. Majikan digalakkan supaya mematuhi prinsip pekerjaan yang adil dan menerapkan amalan baik yang disarankan. Jika majikan menggunakan khidmat agensi pekerjaan atau syarikat pembekal tenaga buruh untuk mengisi jawatan kosong, agensi dan syarikat pembekal itu juga patut digalakkan supaya menerapkan Garis Panduan ini.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 4 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL 02 Prinsip Amalan Pekerjaan yang Adil Lima prinsip Amalan Pekerjaan yang Adil ialah: a. Merekrut dan memilih pekerja berdasarkan merit atau kelayakan (misalnya, kemahiran, pengalaman, atau kebolehan melakukan tugas), tanpa mengira umur, bangsa, jantina, agama, taraf keluarga atau kurang upaya. b. Melayani pekerja dengan adil dan hormat, serta melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia yang progresif. c. Memberikan pekerja peluang sama rata untuk dipertimbangkan bagi mengikuti program latihan dan peningkatan kerjaya, berdasarkan kelebihan dan keperluan masing-masing, demi membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya. d. Memberikan pekerja ganjaran yang adil berdasarkan kebolehan, prestasi kerja, sumbangan dan pengalaman. e. Mematuhi undang-undang buruh dan menerapkan Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 5 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG 03 AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL Kriteria Pemilihan yang Konsisten dan Adil Majikan harus menggunakan kriteria pemilihan pekerja yang relevan dan objektif secara konsisten bagi segala aspek pekerjaan, termasuk pengambilan pekerja, latihan, kenaikan pangkat, penugasan dan pengurangan tenaga kerja. Kriteria tersebut haruslah berhubung kait dengan keperluan pekerjaan. Langkah tersebut akan memastikan pemohon / pekerja dinilai dengan adil dan objektif berdasarkan kesesuaian masing-masing. Contoh keperluan kerja yang dapat diterima termasuk: a. Jenis pengalaman yang dikehendaki bagi pekerjaan itu, misalnya pengalaman pemasaran. b. Banyaknya pengalaman, misalnya tiga tahun dalam bidang yang sesuai. c. Kelulusan pelajaran, misalnya, ijazah kejuruteraan / ESS Tahap 5. d. Kemahiran khusus, misalnya kemahiran menulis trengkas. e. Kesanggupan pekerja untuk menerima keperluan / ciri tertentu dalam pekerjaan, misalnya kerap dihantar berurusan ke luar negeri, atau aturan syif yang tertentu. Selagi mereka dapat melakukan apa yang diperlukan dalam pekerjaan itu, pemohon / pekerja yang kurang upaya harus dipertimbangkan secara konsisten dan adil. Kriteria pemilihan haruslah: a. Dimaklumkan kepada semua pekerja dan pemohon pekerjaan; dan b. Disemak dari semasa ke semasa supaya tetap relevan.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 6 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL 04 Mengambil dan Membangun Warga Singapura sebagai Tenaga Kerja Utama Warga Singapura bercita-cita untuk mendapat pekerjaan dan prospek yang baik, manakala pihak perniagaan perlu untuk bersaing dan berkembang dengan baik dalam ekonomi yang global. Pasaran pekerjaan yang terbuka dan berkepelbagaian merupakan kunci utama ke arah mencapai kedua-dua hasil yang diharapkan ini. Warga Singapura harus kekal menjadi tenaga kerja utama kita. Pada masa yang sama, warga asing memainkan peranan yang bernilai dalam melengkapi tenaga kerja kita. Warga asing dengan kelayakan dan pengalaman yang relevan membantu merapatkan jurang dari segi kemahiran dan kepakaran. Pihak majikan dinasihatkan agar melakukan usaha yang wajar untuk menarik dan mempertimbangkan warga Singapura untuk menjawat jawatan berdasarkan merit, dan untuk melatih dan mengembangkan potensi dan kerjaya mereka. Contoh-contoh usaha sebegitu termasuk: i) Memastikan pekerjaan yang diiklankan mesti dibuka kepada warga Singapura; ii) Bekerjasama dengan institusi pendidikan, pusat kerjaya dan agensi pengambilan kerja untuk menarik dan menggajikan warga Singapura; iii) Memperkembang kemahiran dan kepakaran pekerja-pekerja warga Singapura untuk pekerjaan yang bertahap lebih tinggi. TAFEP dan MOM akan merujuk kepada set garis panduan ini bagi menggalakkan amalan pekerjaan yang adil dan bertanggungjawab.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 7 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG 05 AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL P engambilan ekerja Kriteria pemilihan yang objektif dan adil harus diterapkan secara konsisten di setiap peringkat dalam proses pengambilan pekerja. Langkah ini akan membantu memastikan calon yang terbaik, yang dinilai berdasarkan kebolehan untuk melakukan pekerjaan, direkrut untuk mengisi jawatan. Kakitangan yang terlibat dalam proses pengambilan pekerja harus dilatih untuk mengenal pasti dan mengelakkan amalan yang bersifat diskriminasi. IKLAN PEKERJAAN1 Kriteria pemilihan harus dinyatakan dengan jelas dalam iklan pekerjaan, dan pada asasnya harus berkaitan dengan kelayakan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Jika mengiklankan jawatan yang memerlukan ciri tertentu yang mungkin kelihatan bersifat diskriminasi, majikan harus memastikan ciri itu benar- benar diperlukan dalam pekerjaan dan harus menyatakan dalam iklan mengapa ciri itu diperlukan. Langkah ini akan memastikan keperluan pekerjaan itu difahami sepenuhnya, meluaskan kumpulan calon yang layak, dan mengelakkan tanggapan negatif terhadap majikan berkenaan. Perkataan atau frasa yang mengecualikan warga Singapura atau menyatakan keutamaan diberikan kepada golongan bukan warga Singapura tidak harus digunakan dalam iklan pekerjaan. 1 Disesuaikan daripada “Tripartite Guidelines on Non-Discriminatory Job Advertisements” (Garis Panduan Tiga Pihak tentang Iklan Pekerjaan Tanpa Diskriminasi - 2006).PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 8 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL 06 Umur Sebagai prinsip umum, majikan tidak patut menyatakan umur sebagai keperluan pekerjaan. Iklan pekerjaan juga tidak patut menggunakan kata-kata atau frasa yang membayangkan majikan lebih mengutamakan pemohon dalam peringkat umur tertentu. Contohnya, “orang muda”, “suasana kerja golongan muda”, atau “baru tamat sekolah / universiti”. Jika pekerjaan itu memerlukan tenaga seperti mengendalikan kargo yang berat, kemampuan fizikal yang diperlukan atau kriteria lain yang berkaitan harus diterangkan dengan jelas dalam iklan pekerjaan, bukan dengan hanya menghadkan umur pemohon. Contoh: • Calon dikehendaki mengangkut dan memunggah beras seberat sekurang-kurangnya 10 kg setiap guni. • Calon dikehendaki mengendalikan peralatan berat. Demi menyokong usaha negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan warga tua (misalnya, Skim ADVANTAGE! WDA), majikan boleh menyatakan dalam iklan jika pekerjaan itu sesuai untuk pekerja yang sudah berumur. Contoh: • Jawatan kosong – Juruwang. Pekerjaan sesuai untuk pekerja tua. Bangsa Bangsa tidak patut menjadi syarat bagi pemilihan calon, kerana dasar berbilang kaum merupakan prinsip asas di Singapura. Pemilihan berdasarkan kaum tidak boleh diterima dan iklan pekerjaan tidak wajar menggunakan kata-kata seperti “Cina diutamakan” atau “Melayu diutamakan”.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 9 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG 07 AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL Bahasa Jika pekerjaan itu memerlukan kefasihan dalam bahasa tertentu, majikan harus menyatakan mengapa kelayakan itu diperlukan. Langkah ini mengurangkan keraguan dan salah faham antara pemohon pekerjaan dengan pihak majikan. Contoh: • Guru Bahasa Cina untuk pusat prasekolah. Kelayakan: Kepujian dalam Bahasa Cina di Peringkat ‘O’. • Penterjemah untuk majalah sukan terkemuka Bahasa Melayu. Kefasihan Bahasa Melayu disyaratkan. • Pemandu Pelancong untuk membawa kumpulan pelancong Cina / Jepun / India. Kefasihan Bahasa Mandarin / Jepun / dialek India diwajibkan. Jantina Jika pekerjaan itu memerlukan jantina tertentu atas dasar praktikal, keperluan itu harus dinyatakan dengan jelas. Contoh: • Butik Busana Wanita memerlukan Jurujual (perempuan). Tugas termasuk memperagakan pakaian semasa bekerja. Iklan pekerjaan juga tidak wajar menggunakan kata-kata atau frasa yang membayangkan majikan lebih mengutamakan pemohon berjantina tertentu, misalnya “suasana kerja kaum perempuan” atau “gadis pelayan”. Taraf Perkahwinan Taraf perkahwinan pada umumnya bukan syarat yang relevan dalam pekerjaan, kerana kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan oleh orang yang sudah berumah tangga mahupun yang masih bujang. Agama Agama tidak dapat diterima sebagai syarat pengambilan pekerja, kecuali jika pekerja harus menjalankan tugas keagamaan sebagai keperluan pekerjaan. Dalam hal sedemikian, keperluan itu harus dinyatakan dengan jelas dan objektif.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 10 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL 08 PERMOHONAN PEKERJAAN Borang Permohonan Pekerjaan Majikan patut menyemak butir- butir yang diperlukan dalam borang permohonan, supaya hanya meminta maklumat yang relevan bagi menilai kesesuaian pemohon. Langkah ini bukan hanya menyelaraskan borang permohonan, malah juga memastikan setiap permohonan dinilai dengan adil dan berdasarkan merit atau kelayakan pemohon. Contoh: a. Bagi jawatan pembantu kerani, antara contoh maklumat yang mungkin relevan bagi menilai kesesuaian pemohon ialah: • Sama ada pemohon memiliki kemahiran yang dikehendaki, misalnya kemahiran celik huruf dan pengetahuan menggunakan perisian komputer; dan • Sama ada pemohon memiliki pengalaman dalam pekerjaan serupa. Contoh maklumat yang mungkin tidak relevan ditanyakan dalam borang permohonan ialah jantina, taraf perkahwinan, dan sama ada pemohon mengandung atau mempunyai anak.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 11 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG 09 AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL b. Bagi jawatan akauntan yang melayani klien di Asia Pasifik, antara contoh maklumat yang mungkin relevan bagi menilai kesesuaian pemohon ialah: • Sama ada pemohon memiliki kelayakan profesional yang relevan, iaitu ijazah perakaunan; dan • Sama ada pemohon boleh dan bersedia jika kerap dihantar bertugas ke luar negara. Contoh maklumat yang mungkin tidak relevan ditanyakan dalam borang permohonan ialah umur pemohon. c. Bagi jawatan pekerja penghantaran barang, antara contoh maklumat yang mungkin relevan bagi menilai kesesuaian pemohon ialah: • Sama ada pemohon memiliki kemahiran yang dikehendaki, misalnya lesen memandu dalam kelas yang berkenaan; dan • Sama ada pemohon memiliki kemampuan fizikal untuk mengendalikan kargo yang berat. Contoh maklumat yang mungkin tidak relevan ditanyakan dalam borang permohonan ialah bangsa dan agama pemohon. Jika data peribadi tambahan diperlukan bagi tujuan pentadbiran, data itu dapat dikumpulkan setelah calon dipilih atau selepas peringkat saringan. Jika borang permohonan meminta data peribadi tambahan, borang itu harus menyatakan bahawa maklumat dikumpulkan untuk tujuan pentadbiran sahaja.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 12 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL 10 TEMUDUGA PEKERJAAN Pegawai yang menjalankan temuduga harus sentiasa beringat untuk tidak menggolongkan calon berdasarkan kriteria yang tidak relevan bagi pekerjaan. Pegawai temuduga juga harus membataskan soalan kepada perkara yang relevan bagi menilai kesesuaian pemohon sahaja. Jika mengajukan soalan yang mungkin dianggap diskriminasi, calon yang ditemuduga hendaklah dimaklumkan mengapa soalan itu ditanyakan, demi mengelakkan salah faham. a. Bagi jawatan operator pusat panggilan, antara contoh soalan yang boleh diajukan bagi menilai kesesuaian pemohon ialah: • Terangkan pengalaman relevan yang dimiliki calon dalam menguruskan pelanggan; dan • Terangkan bagaimana calon menguruskan pelanggan yang menimbulkan kerenah. Contoh maklumat yang mungkin tidak relevan ditanyakan semasa temu duga ialah agama calon dan sama ada dia mempunyai anak. b. Bagi jawatan pengurus projek, antara contoh soalan yang boleh diajukan bagi menilai kesesuaian pemohon ialah: • Terangkan jenis-jenis projek yang pernah diuruskan, dan apakah sumbangan calon kepada hasil yang dicapai; dan • Terangkan mengapa calon berpendapat dia sesuai untuk jawatan itu. Contoh maklumat yang mungkin tidak relevan ditanyakan semasa temu duga ialah sama ada pemohon sudah berumah tangga atau bercadang untuk mempunyai lebih ramai anak.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 13 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG 11 AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL Jika jawatan itu memerlukan komitmen yang melebihi keperluan pekerjaan yang lazim, misalnya sanggup kerap dihantar berurusan ke luar negeri, pegawai temu duga harus membentangkan keperluan pekerjaan itu dengan perincian lengkap dan bertanya sama ada calon dapat memenuhi semua keperluan. Pegawai temuduga harus mencatatkan penilaian mereka tentang kebolehan pemohon untuk memenuhi kriteria pemilihan. Langkah ini memastikan penilaian yang sistematik dan tidak berat sebelah tentang kelebihan dan kelemahan pemohon, serta pemilihan yang adil. Calon yang tidak berjaya harus diberitahu keputusan temuduga. Jika data peribadi tambahan diperlukan bagi tujuan pentadbiran, data itu dapat dikumpulkan setelah calon dipilih atau selepas peringkat saringan. UJIAN Jika ujian digunakan bagi tujuan pemilihan, ujian itu hendaklah: a. Berhubung-kait dengan keperluan pekerjaan; dan b. Ditinjau semula dari semasa ke semasa supaya tetap relevan dan tidak berat sebelah dari segi kandungan atau pemarkahan.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 14 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL 12 G aji Majikan harus membayar pekerja gaji yang setimpal dengan nilai pekerjaan. Tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama, atau taraf keluarga, pekerja harus dibayar dan diberi ganjaran berdasarkan prestasi, sumbangan dan pengalaman.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 15 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG 13 AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL Penilaian, Kenaikan, Pangkat, Penugasan dan Latihan Majikan harus menerapkan sistem penilaian yang adil dan objektif, dengan taraf yang dapat diukur bagi menilai prestasi kerja. Langkah ini membantu memastikan pekerja dinilai dan dinaikkan pangkat atas dasar merit atau kelayakan diri. Jika timbul peluang bagi penugasan dan latihan, majikan harus memberitahu semua pekerja yang layak tentang syarat dan prosedur permohonan. Majikan harus menilai semua calon yang berminat, berdasarkan kriteria pemilihan yang objektif, agar tiada calon yang diabaikan. Kriteria kelayakan harus ditinjau semula dari semasa ke semasa agar tidak bersifat diskriminasi.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 16 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL 14 Pemecatan dan Pengurangan Tenaga Kerja Majikan harus menyimpan rekod prestasi kerja dan kelakuan pekerja mereka. Keputusan untuk memecat seorang pekerja harus dibuat berdasarkan prestasi lemah atau salah laku yang ternyata dalam dokumentasi. Soal siasat harus diadakan untuk memberi peluang pekerja membela diri sebelum keputusan dibuat sama ada dia patut dipecat. Jika menghadapi situasi tenaga kerja berlebihan, majikan harus merujuk kepada “Tripartite Guidelines on Managing Excess Manpower” (Garis Panduan Tiga Pihak tentang Menguruskan Tenaga Kerja Berlebihan) bagi mencari langkah alternatif demi mengelakkan atau menghadkan pengurangan tenaga kerja. Jika perlu dilakukan juga, pengurangan tenaga kerja harus dijalankan secara bertanggungjawab melalui perundingan dengan kesatuan (jika ada kesatuan sekerja), atau dengan pekerja yang terjejas (jika tidak ada kesatuan sekerja).PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 17 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG 15 AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL Menguruskan Sungutan Majikan harus mewujudkan mekanisme bagi menguruskan aduan diskriminasi. Semua aduan diskriminasi patut dikendalikan dengan bersungguh- sungguh, dengan menyiasat setiap aduan sewajarnya dan memberi jawapan kepada orang yang terjejas. Pastikan butiran setiap aduan dirahsiakan dan kedua pihak, yang mengadu dan yang diadukan, harus dilayan dengan adil. Pekerja yang berkesatuan juga boleh meminta nasihat kesatuan sekerja mereka jika berasa mereka telah didiskriminasikan. Pekerja juga boleh meminta nasihat daripada Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil. Pemohon pekerjaan dan pekerja yang berasa telah didiskriminasikan harus meminta penjelasan atau penerangan daripada majikan sebelum membawa perkara itu lebih jauh. Langkah ini akan memberi majikan peluang untuk menerangkan keputusannya dan menjelaskan pendiriannya, atau jika perlu, membetulkan kesilapan. Dengan itu semua pihak dapat mengelakkan salah faham dan, jika pekerja masih bekerja, membantu memelihara hubungan positif antara majikan dengan pekerja.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 18 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL 16 P eranan Majikan dan Pekerja Majikan harus: a. Mematuhi Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil; b. Menerapkan prinsip-prinsip Ikrar Majikan bagi Amalan Pekerjaan yang Adil; dan c. Menghebahkan Garis Panduan tersebut dan mendidik pihak pengurusan dan pekerja, supaya mereka faham peranan masing-masing dan menghargai kepekaan dan persoalan yang terbabit. Pekerja juga berperanan dalam membantu menganjurkan amalan pekerjaan yang adil. Pekerja harus: a. Mempelajari Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil; b. Mengamalkan sikap saling hormat dan saling memahami demi meningkatkan keharmonian di tempat kerja; dan c. Berusaha menyelesaikan sungutan yang timbul daripada tindakan diskriminasi di tempat kerja dengan cara yang wajar, melalui dialog, perbincangan dan mekanisme yang ditetapkan. Kementerian Tenaga Manusia dan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil akan merujuk kepada Garis Panduan ini apabila menguruskan aduan amalan pekerjaan tidak adil.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 19 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG 17 AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL Penutup Kejayaan melaksanakan amalan pekerjaan yang adil memerlukan kerjasama dan komitmen pihak majikan dan kesatuan sekerja / pekerja, dengan sokongan Pemerintah. Pelaksanaan tersebut melibatkan perubahan minda dan amalan pekerjaan yang sudah berakar umbi, yang dapat dicapai dengan lebih berkesan melalui usaha pendidikan dan penggalakan secara beransur-ansur. Memandangkan hubungan erat antara buruh dengan majikan serta kerjasama tiga pihak di Singapura, Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil yakin bahawa lambat laun amalan pekerjaan yang adil akan menjadi unsur utama sistem sumber manusia Singapura, sistem yang bersifat progresif dan memberi sumbangan kepada keunggulan organisasi dan kesejahteraan semua pekerja.PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 20 2/2/12 6:01 PM
  • GARIS PANDUAN TIGA PIHAK TENTANG AMALAN PEKERJAAN YANG ADIL 18 Tentang TAFEP Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil (TAFEP) menggalakkan penerapan amalan pekerjaan yang adil, bertanggungjawab dan berdasarkan merit dikalangan pihak majikan, pekerja dan pihak awam. Berasaskan identiti unik tiga pihak, TAFEP bekerjasama dengan organisasi majikan, kesatuan sekerja dan pemerintah untuk mewujudkan kesedaran dan memudahkan penerapan amalan pekerjaan yang adil, bertanggungjawab dan berdasarkan merit. Perkhidmatan untuk Organisasi TAFEP menyediakan alatan dan sumber, termasuk bengkel latihan, khidmat nasihat dan bahan pendidikan, untuk membantu organisasi melaksanakan amalan pekerjaan yang adil. Perkhidmatan untuk Pihak Awam Mereka yang berhadapan dengan diskriminasi di tempat kerja diundang untuk menghubungi TAFEP bagi mendapatkan nasihat dan bantuan. Maklumat Hubungan Tel : 6838 0969 Emel : query@fairemployment.sg Laman web: www.fairemployment.sgPD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 21 2/2/12 6:01 PM
  • NotaPD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 22 2/2/12 6:01 PM
  • PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 23 2/2/12 6:01 PM
  • PD_TAFEP Malay Edition 02-02-12.indd 24 2/2/12 6:01 PM