Your SlideShare is downloading. ×
::KAEDAH PENGAJARAN ASUHAN TILAWAH AL – QURAN::Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan amatlah penting dalam usaha guru ...
dalam usaha memastikan murid – murid benar – benar dapat menguasai bacaan ataumenghafaz sesuatu surah tertentu. Guru berti...
Bacaan dan hafazan sesuatu surah akan lebih mudah dikuasai oleh murid – muridapabila ianya diulang – ulang serta di amalka...
Kaedah pengajaran asuhan tilawah al
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Kaedah pengajaran asuhan tilawah al

2,657

Published on

jurnal

1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
2,657
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
150
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Kaedah pengajaran asuhan tilawah al"

  1. 1. ::KAEDAH PENGAJARAN ASUHAN TILAWAH AL – QURAN::Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan amatlah penting dalam usaha guru untukmembina pengetahuan kepada pelajar. Untuk memenuhi hasrat itu yang selarasdengan Falsafah Pendidikan Negara maka seseorang guru itu perlulah memilikikepelbagaian kemahiran untuk menjana pemikiran pelajar dalam proses pengajarandan pembelajarannya.Dalam matapelajaran Pendidikan Islam guru haruslah lebih kreatif dalam menggunakankepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan untuk menarikminat murid serta ilmu pengetahuan yang akan diperolehi akan terus berkekalan sertadapat diamalkan dalam kehidupan seharian.Bidang Asuhan Tilawah Al – Quran sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 2kemahiran utama iaitu kemahiran bacaan surah – surah tertentu dan kemahiranmenghafaz surah – surah tertentu. Antara strategi dan kaedah pengajaran danpembelajaran di dalam bidang ini yang dapat dilaksanakan oleh guru ialah :1. KAEDAH MENDENGAR SERTA MENYEBUT.Kaedah ini merupakan satu asas yang penting terutamanya dalam proses pengajarandan pembelajaran al – quran. Ianya amat berfaedah kepada murid – murid serta guru
  2. 2. dalam usaha memastikan murid – murid benar – benar dapat menguasai bacaan ataumenghafaz sesuatu surah tertentu. Guru bertindak sebagai sumber dan murid – muridpula akan menggunakan sumber dari guru untuk tujuan pembelajaran. Guru menyebutatau melafazkan sesuatu lafaz bacaan dari surah – surah tertentu dan murid – muridpula akan mengulangi lafaz bacaan guru tersebut. Selain daripada guru teknikmenggunakan radio atau bahan teknologi yang lain juga amat digalakkan dalam usahamenarik minat murid – murid.Melalui kaedah menyebut dan mendengar ini guru dengan mudah dapat mengenalpasti murid – murid yang kurang mahir atau lemah dalam menyebut semula lafaz –lafaz bacaan surah – surah tersebut. Ini memberi peluang kepada guru untukmemberikan perhatian yang lebih atau proses pemulihan dapat dilaksanakan dengansegera. Usaha dengan menggunakan kaedah ini akan dapat menghasilkanpembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan.2. KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH.Mempelajari al – quran bukanlah suatu usaha yang mudah. Guru perlulah mengambilberat serta memainkan peranan yang lebih dalam memastikan murid – murid benar –benar dapat membaca atau menghafaz bacaan surah – surah dengan betul dan fasih.Penggunaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah dilihat sebagai pemangkin utama dalamusaha ini. Guru secara terus dapat mengenali sejauh mana pencapaian murid – muriddalam menguasai bacaan atau hafazan surah – surah tertentu. Murid juga berpeluanguntuk memperbetulkan bacaan atau hafazan mereka secara terus ketika berhadapandengan guru.Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asastilawah kerana sesuatu bacaan atau hafazan itu seharusnya tepat dan bertepatandengan syariat islam. Ianya juga suatu kaedah yang cukup berkesan dalammemastikan guru dan pelajar dapat meneruskan bacaan atau hafazan untuk surah –surah yang seterusnya.3. KAEDAH LATIH TUBI.
  3. 3. Bacaan dan hafazan sesuatu surah akan lebih mudah dikuasai oleh murid – muridapabila ianya diulang – ulang serta di amalkan selalu. Oleh itu dalam usahamemastikan murid – murid mudah menguasai bacaan atau hafazan sesuatu surah itu,kaedah latih tubi juga memainkan peranan utama dalam memantapkan lagi hasilbacaan dan hafazan surah – surah terhadap diri murid – murid tersebut. Prosespengulangan serta amalan seharian ini yang dilaksanakan secara berterusan denganbimbingan guru sudah pastilah dapat dikuasai dengan mudah serta cepat oleh murid –murid.Contohnya dilaksanakan kaedah ini setiap kali guru ingin memulakan pengajaranserta diakhir pembelajaran.Kaedah ini cukup mudah dilaksanakan dan ianya cukup berkesan kerana murid – muridakan lebih mudah menerima sesuatu ilmu atau kemahiran apabila ianya sering diulang– ulang. Bukan sekadar murid – murid akan memperolehi ilmu pengetahuan yang barutetapi ianya lebih mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya bacaan al –fatihah yang sering diulang atau dilatih tubi bacaannya.Murid – murid secara tidaklangsung akan fasih serta dapat nmengamalkannya dalam solat seharian mereka.Amalan seharian yang dilaksanakan oleh murid – murid ini merupakan satu kekuatandalam mengaplikasikan kaedah latih tubi ini.

×