Your SlideShare is downloading. ×
Dr khuan kreativiti 2014
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Dr khuan kreativiti 2014

107
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
107
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
1
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Page 1 Pengenalan Kreativiti adalah penghasilan idea. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif dan ia berkait rapat dengan kemahiran serta daya pemikiran seseorang. Ianya dapat dipupuk melalui minat dan usaha yang berterusan. Kreativiti sering dihubungkaitkan dengan tugas guru dan penglibatan murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Storm & Storm, 2002. Kepentingan kreativiti dalam pembangunan masyarakat dan Negara telah lama disedari. Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli Psikologi menyatakan bahwa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi dan komunikasi memberi kesan kepada cara hidup masyarakat kini. Ulasan Artikel Berdasarkan artikel tersebut terdapat banyak pandangan dan kajian yang perlu di ambil kira supaya ianya sesuai dan selari dengan usaha dan harapan yang di pacu oleh kementerian pendidikan Malaysia dalam membangunkan pendidikan dalam usahanya untuk menambahbaik sistem pendidikan dan kurikulum negara supaya setanding dengan negara maju iaitu pemupukan potensi individu secara menyeluruh. Mengikut pusat pekembangan kurikulum , 2001 salah satu objektif KBSR adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar, oleh itu pelbagai usaha diperkenalkan untuk melahirkan guru yang berketerampilan dan berinovasi yang mampu membawa pembaharuan dalam gaya pengajaran guru. Menurut “Ikhsan dan Norila, 2005. Dalam KBSR menyatakan gaya pengajaran guru yang berpusatkan murid adalah ditekankan berbanding dengan KLSR yang berpusatkan guru. Ini kerana seharusnya murid diberi banyak ruang dan peluang untuk mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Meskipun pelbagai usaha dan cadangan penambahbaikan telah diusahakan oleh pelbagai pihak khasnya kementerian pelajaran sendiri, kepada para guru bagi melahirkan murid yang mempunyai kreativiti yang menarik seperti kursus, seminar dan sebagainya, namun harapan tersebut masih belum tercapai. Situasi ini berlaku kerana masih terdapat guru yang kurang berpengetahuan dan tidak cekap dalam memupuk kreativiti murid bahkan segelintir guru masih menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru ataupun “chalk and talk”
  • 2. Page 2 Kekuatan Artikel Seperti mana saranan Shallcross(1981) agar para guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkahlaku kreatif di kalangan pelajar. Oleh itu guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi murid. Iklim fizikal adalah susunan fizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan oleh guru. Contohnya kepelbagaian ruang untuk aktiviti yang berbeza. Iklim mental/intelektual merujuk kepada jenis ransangan dan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas murid. Namun iklim fizikal dan iklim intelektual yang sesuai sahaja tidak mencukupi seandainya tiada sokongan dari iklim emosional. Iklim emosional bermaksud memberi pelajar keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap rangsangan fizikal dan intelektual yang para guru sediakan. Untuk meningkatkan kreativiti murid dalam pembelajaran, Cropley (2001), pula menekankan kepada tiga aspek yang terdapat dalam diri pelajar iaitu kognitif, personaliti dan motivasi. Kognitif pelajar bermaksud guru meningkatkan kemahiran menganalisa, berkemampuan untuk mendifinisikan masalah dan berkebolehan untuk merancang pembelajaran sendiri pelajarnya. Aspek personaliti pula ialah guru mempromosi ciri-ciri personaliti seperti autonomi, toleransi terhadap kekaburan dan kecenderungan untuk memikirkan perkara-perkara kompleks, akhirnya penekanan motivasi akan membantu guru memupuk perasaan ingin tahu, kebebasan daripada ransangan ganjaran, kesediaan mengambil risiko pada diri pelajar. Artikel ini banyak mengambil pandangan ramai tokoh ilmuan yang berkaliber bagi meluaskan lagi elemen kreativiti yang seharusnya diguna pakai para guru. Menurut Soh (2000) seorang guru boleh secara langsung menggalakkan kreativiti melalui interaksinya dengan pelajar dengan memberi ganjaran terhadap usaha dan penghasilan yang kreatif. Contohnya mengadakan persekitaran sosial yang menyokong kreativiti melalui perkataan dan tingkah laku. Berbeza dengan pengajaran kreatif yang diperkenalkan oleh Mayer, 1983, iaitu merujuk kepada teknik pengajaran yang bermatlamatkan untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu bahan pengajaran dengan cara yang membolehkan pelajar memindahkan apa yang dipelajari kepada masalah baru untuk menyelesaikan masalah baru tersebut. Dengan kata mudah kreativiti tersebut ialah apabila guru mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu pelajar memindahkan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah baru dengan lebih kratif.
  • 3. Page 3 Kelemahan Artikel Menurut Yong(1989), berpendapat bahawa walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, namun sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan para pelajar yang berorientasikan peperiksaan. Oleh itu hasrat untuk melihat kekreativiti murid terganggu kerana guru mengajar adalah untuk memberi pencapaian yang terbaik kepada murid. Menurut (Toh, 2003) penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaranyang ber[usatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Kreativiti murid sebaiknya bermula dari peringkat awal persekolahan bagi memudahkan murid menerima pengalaman yang terbaik, namun sebagaimana menurut Gardner (1991) menyatakan bahawa tempuh umur antara dua hingga tujuh tahun merupakan tempoh yang kritikal untuk kreativiti diluahkan. Walaubagaimanapun sebaik sahaja murid memasuki alam persekolahan mereka kurang menjadi inovasi dan lebih berhati-hati. Ini disebabkan bilangan murid yang ramai menjadikan guru untuk lebih berdisiplin bagi memudahkan kawalan kelas. Situasi seperti ini menjadi lebih kritikal kerana rakan sebaya, para guru dan sistem pendidikan Negara itu sendiri yang menyekat dan mengawal kekreativiti murid sejak awal lagi. System pendidikan yang berorentasikan peperiksaan, menggalakkan guru banyak memberi pembelajaran secara hafalan dan mengikut sukatan pelajaran. Situasi ini menyekat dan membantutkan kreativiti pelajar Cadangan Penambahbaikkan Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menambahbaikkan kaedah dan teknik pengajaran guru dalam mengembangkan kreativiti pelajar. Menurut falsafah pendidikan Negara yang menjadi panduan dan aku janji para pendidik, matlamat utama pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu menjadi kewajipan para guru untuk berusaha sedaya mungkin membantu pihak berkenaan melahirkan murid yang kreatif berdasarkan falsafah tersebut. Untuk mencapai hasrat melahirkan pelajar dan generasi modal insan yang mempunyai kreativiti yang tinggi semua pihak perlu memainkan peranan sebaik mungkin, seperti ibubapa, masyarakat, guru, pemimpin, institusi pendidikan dan kememterian pendidikan sendiri perlu menyesuaikan keperluan pendidikan sesuai dengan zamannya. Guru masa kini terikat denga sistem peperiksaan
  • 4. Page 4 yang menjadi kayu ukur kejayaan seseorang pelajar telah menjadikan guru lebih menekankan kepada cara mencapai skor peperiksaan tanpa menambil kira kreativiti yang mungkin ada pada murid . oleh itu beberapa perkara yang boleh membantu guru untuk menggalakkan pelajar lebih kreatif seperti pengurangan subjek mata pelajaran dan digantikan dengan ruangan masa untuk guru lebih banyak berinteraksi atau mengadakan perbincangan secara luwes dengan pelajar, hubungan dua hala ini akan dapat membantu pelajar menjana minda kreatif. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif di samping memberikan maklum balas. Guru menerima pelajar sebagai setaraf dengannya, situasi ini bukan bermakna pelajar akan bebas melakukan sesuatu yang tidak menghormati guru, ianya adalah menjadikan diri guru seorang yang mudah dihubungi oleh pelajar untuk berbincang khasnya mengenai pelajaran samada di dalam atau di luar sesi persekolahan sebagai contoh mengadakan ruangan kumpulan untuk ber “what up”, Face book dan menggunakan kemudahan IT yang sesuai. Sebagai guru yang memahami kesukaran menjadi pelajar dan ingin melahirkan pelajarnya yang mempunyai kreativiti yang menarik ,guru perlu berusaha untuk menjadi model terbaik kepada pelajar terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru akan mendorong pelajar untuk lebih berdikari dan terasa kebebasan mendalami ilmu. Kesimpulan. Kreativiti memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang samada bidang pentadbiran, perniagaan, keusahawanan, kejuruteraan dan juga perguruan. Guru yang kreatif akan melahirkan pelajar cemerlang sesuai dengan dunia global hari ini memerlukan bukan sahaja bijak pandai tetapi ahli akademik yang tinggi kreativitinya. Rujukan. Jamal@Nordin Yunus. Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory, Zuraidah Zainol, 2013 Pemikiran Kritis dan Kreatif, Teori dan Aplikasi, KAISAR MEDIA KREATIF Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 62604 Putra Jaya mahirfikir.wordpress.com/buku-buku-kb/jurnal