Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

on

  • 5,063 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,063
Views on SlideShare
5,063
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
179
Comments
3

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106 Presentation Transcript

  • 1. PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PKU 3106 TAJUK 1 : ANDA DIKEHENDAKI MENCARI MAKLUMAT MENGENAI KONSEP PENTAKSIRAN, PELBAGAI CARA MENGUMPUL MAKLUMAT DAN KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS DALAM PELBAGAI BIDANG YANG MELIBATKAN MURID KHAS.
  • 2. KUMPULAN 1 1. AZLINDA BINTI ABDULLAH 2. AZLINA BINTI ZAINAL 3. NUR SHAPRINA BINTI BAHARI 4. JAMEAH BINTI MOHD SALLEH PPG AMBILAN JUN 2011 SEMESTER 3 PENSYARAH : PN KHADIJAH BINTI AMAT @ KAMARUDDIN
  • 3. PENGENALAN •Pentaksiran adalah sesuatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan khas. •Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. •Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid
  • 4. •Seterusnya, bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah lain. •Seterusnya, apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.
  • 5. DEFINISI PENTAKSIRAN  Pentaksiran dalam konteks pendidikan khas boleh didefinisikan sebagai satu proses pengumpulan maklumat untuk tujuan membuat keputusan. Definisi membawa implikasi bahawa terdapat banyak keputusan yang penting yang perlu dibuat dalam pendidikan khas.
  • 6. Keputusan yang akan dibuat adalah berdasarkan maklumat yang tertentu dan bukan dibuat dengan sewenang- wenangnya. Cara membuat keputusan sedemikian adalah sistematik dan memperlihatkan unsur profesionalisme.
  • 7. David Lambert dan David Lines 2000. Pentaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Gearheat 1990. Pentaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penempatan.
  • 8. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Pentaksiran adalah proses pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan mengenai pelajar. Menurut Bailey & Woldery 1992. Pentaksiran adalah suatu proses mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan.
  • 9. Mc Cluhen 1994. Pentaksiran kanak-kanak khas ialah “proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan, bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Pentaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.
  • 10. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.
  • 11. KONSEP PENTAKSIRAN •Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi, menghurai, maklumat tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu tujuan
  • 12. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.
  • 13. Umumnya Pentaksiran = data +maklumat keputusan
  • 14. CIRI-CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK Keobjektifan - ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. Kebolehtadbiran - kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran - maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon,menepati tujuan mengadakan satu ujian dan pentaksiran. Kekomprehensifan - mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.
  • 15. Pengukuran - melibatkan data sistematik yang dikumpulkan mengikut "peraturan“ Pengujian - satu bentuk pengukuran spesifik Penilaian - memberikan penghakiman ke atas pengumpulan data Pentaksiran - pengintegrasian data kualitatif dan kuantitatif yang dikumpulkan untuk menyediakan maklumat mengenai pembelajaran, apa yang diajar dan bagaimana ianya diajar Pentaksiran = Pengukuran+ Pengujian + Penilaian
  • 16. JENIS-JENIS PENTAKSIRAN Jenis pentaksiran yang boleh digunakan kepada pelajar-pelajar khas : 1. Kemahiran pembelajaran asas - pengamatan 2. Kemahiran sosial dan tingkah laku 3.Kemahiran bahasa – membaca, menulis dan lisan 4.Kemahiran matematik
  • 17. Sesuatu pentaksiran ditadbir berdasarkan perkara- perkara berikut : Mengambilkira bagaimana seseorang pelajar melaksanakan pelbagai tugas dalam keadaan yang berbeza Memberi makna kepada pencapaian kanak-kanak itu sebagai indivdu Memberi interpretasi kepada pencapaian tersebut 3 domain yang diuji : Akademik Tingkahlaku Fizikal
  • 18. Tujuan Pentaksiran Pierangelo , R & Giuliani, G (2006) Menyatakan tujuan penaksiran adalah untuk : a. Pemeriksaan dan pengenalpastian (screening and identification) b.Kelayakan dan diagnosis (Eligibility and diagnosis) c. Penempatan dan perkembangan RPI (IEP Development and placement) d.Perancangan pengajaran (Instructional planning) e. Penilaian (Evaluation)
  • 19. PELBAGAI CARA MENGUMPULKAN MAKLUMAT a. Rekod lama b.Sampel kerja c. Pengujian d.Pemerhatian e. Soal selidik
  • 20.  Rekod dan laporan berkaitan - Latar belakang keluarga - Kesihatan murid - Prestasi akademik - Minat murid Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah.Laporan yang dibuat oleh para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan oleh guru pendidikan khas. Guru pkhas perlu merujuk kepada laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid.
  • 21. Sampel kerja - Analisis ralat - Kualiti kerja Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru pkhas perlu membuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan murid dalam matapelajaran yang dipelajari.
  • 22.  Pengujian - Ujian rujukan norma ( ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama ) -Ujian rujukan kriteria ( ujian untuk mengukur samada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid ) -Inventori tidak formal -Kuiz ( ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telah disampaikan untuk menguji samada murid telah memahami apa yang telah diajar ) -Probe ( kalau seseorang guru ingin tahu samada murid boleh menjalankan sesuatu tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan) -Analisis tugasan
  • 23. Pemerhatian - Aspek yang boleh dinilai - kefahaman konsep - pengetahuan fakta - sebutan - kecekapan mencongak - sikap - Instrumen (senarai semak & skala kadar) - semasa interaksi murid dengan guru, murid dengan murid, murid dengan bahan pembelajaran. - hasil kerja murid
  • 24.  Soal Selidik - Dinilai melalui aktiviti seperti:- . Temu bual . Soal jawab . Memberi respon . Aktiviti bacaan
  • 25. KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS Perancangan Pentaksiran Bilik Darjah Tujuan : untuk mendapatkan maklumat yang sah, boleh dipercayai dan berguna berkaitan dengan pembelajaran pelajar. Guru perlu menentukan secara jelas apa yang hendak diukur dan seterusnya menyediakan analisa pentaksiran yg dapat mengukur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diukur dengan tepat.
  • 26. Sebagai guru pendidikan khas, anda harus memahami segala aspek yang mendalam berkaitan dengan murid. Oleh yang demikian, pentaksiran yang selalu dijalankan oleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan: Kemahiran kognitif Kecerdasan Memori Kemahiran motor Motor kasar Motor halus
  • 27. Kemahiran persepsi Persepsi visual Persepsi auditori Kemahiran akademik Bacaan Tulisan Matematik Kemahiran bahasa Bahasa eskpresif Bahasa reseptif Tingkah laku Keadaan sosio-emosi
  • 28. Maklumat yang dikumpul berkenaan aspek- aspek diatas akan memberi satu gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan dan pengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian, guru boleh merancang satu program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid.
  • 29. Seorang guru yang berkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendali murid di sekolah.
  • 30. Kesimpulan Penaksiran adalah sesuatu yang sangat penting & tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana ia merupakan sesuatu perkara yang subjektif & melibatkan antara guru dan pelajar. Guru perlu melihat pengajaran dari pelbagai aspek. Melalui pentaksiran yg dibuat, guru mampu merancang pengajaran supaya lebih berkesan & mampu menarik minat pelajar.
  • 31. TAMAT Sekian, terima kasih