MRSM BM Kertas 2

10,344 views

Published on

1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
10,344
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

MRSM BM Kertas 2

  1. 1. 1 1 SULIT 1103/2 0 1103/2 3 Bahasa 2 Melayu Kertas 2 September 2006 2½ jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak [Lihat sebelah 1103/2 ©2006 Hak Cipta Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA SULIT
  2. 2. SULIT 2 1103/2 Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja dalam mengisi kemerdekaan negara dan halangan -halangan untuk melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah pe rkataan . Malaysia telah banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat untuk mencipta kecemerlangan hasil kemerdekaan yang diraih sejak 1957. Kemerdekaan telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang selesa dengan pelbagai peluang y ang terbuka luas. Negara kita telah mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua bidang, sama ada politik, ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha -usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu. Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini, daripada pemimpin, tenaga kerja kerajaan, swasta, mahupun golongan profesional, buruh, petani dan belia, mempunyai tanggungjawab penting untuk mewarnakan dan mencorakkan masa depan Malaysia hasil kemerdekaan yang dikecapi. Golongan muda khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamanya. Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting manakala usaha memupuk semangat cinta akan negara perlu diteruskan. Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara. Ilmu yang ditimba akan dapat dijanakan untuk membangunkan negara setanding dengan negara- negara yang maju . Kita mengimpikan hasrat agar negara ini sentiasa menjadi penanda aras kepada negara-negara lain dalam soal kemajuan hidup manusia secara menyeluruh. Komitmen ini juga perlu dizahirkan oleh para remaja dengan kesanggupan menyumbangkan tenaga kepada negara terutama pada bila-bila masa. Penglibatan yang bersungguh-sungguh dalam berbagai- bagai aktiviti kemasyarakatan dengan memberi khidmat membantu golongan yang miskin, orang tua, anak-anak yatim, orang kurang upaya dan sebagainya juga perlu menjadi agenda remaja; golongan yang amat kita harapkan menerajui negara pada masa depan. Remaja boleh memanfaatkan segala potensi yang ada dalam diri mereka untuk berusaha membangunkan masyarakat yang sihat, penyayang, dan cinta akan negara. Setiap daripada kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan untuk membangunkan masyarakat dan negara ini. Tugas murni yang dilaksanakan ini seharusnya digalas dengan penuh kecekapan dan berintegriti. Kesedaran dan kefahaman terhadap peranan menjayakan misi dan program pembangunan negara merupakan semangat yang perlu terus bersemarak dalam kalangan remaja walaupun negara telah mencapai kemerdekaan sekian lama. Kepesatan p embangunan dan keutuhan perpaduan yang dicapai sejak merdeka amat membanggakan kita. Kita yakin bahawa kita mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Sebagai warganegara, kita boleh berkongsi idea dan pandangan agar bersama-sama mencorakkan negara ini menjadi Malaysia yang kita impikan. Kemerdekaan yang dipertahankan ini amat besar ertinya dan segala -galanya bermula dengan golongan muda yang akan terus mewarnainya. Kemerdekaan adalah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan, dan kejayaan kepada setiap daripada kita , warganegara yang bernaung di bawahnya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menghargai Kemerdekaan, Lidah Pengarang, Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004 ) 1103/2 SULIT
  3. 3. SULIT 3 1103/2 Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan -soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata memanfaatkan segala potensi. [ 2 markah ] (ii) Nyatakan kejayaan-kejayaan yang diperoleh ne gara sejak merdeka. [ 3 markah ] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah sambutan hari kemerdekaan negara mempunyai tema-tema tertentu seperti ‘Keranamu Malaysia’ ? [ 4 markah ] 1103/2 [ Lihat sebelah SULIT
  4. 4. SULIT 4 1103/2 Soalan 2 (b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Zel faham maksud mama, bukan? Sebagai anak mama satu-satunya, ma yakin ma telah mendidik Zel sebagai sebaik-baik anak. Begitu juga abah. Dulu dan sekarang. Ma yakin Zel tidak akan bersikap bodoh, malah ma tahu Zel matang dalam menjalani setiap pergerakan dalam hidup lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan keluarga abah- Aunt Pah, Abang Awi , Aman dan Arif. Anggap saja perlakuan mereka yang Zel tidak gemar itu berikutan daripada ketidakmatangan . Ia bukan disebabkan salah didikan Aunt Pah dan abah. Mereka pendidik yang berjaya di bidang akademik, Zel. Mungkin ruang waktu dan pengetahuan yang lebih, mereka didik Abang Awi, Aman dan Arif lebih baik daripada mama. Tapi sebaliknya Abang Awi, Aman, dan Arif saja yang belum dapat capai piawai kematangan seperti mana yang telah Zel peroleh sekarang.” “Mama!” Di luar sedar, air jernih yang tanpa aku jemput, perlahan-lahan menuruni cerun pipi. Aku memeluk mama erat sekali. Begitu mulia hati mama. Tidak pernah aku duga selama ini mama begitu luhur. Murni. Suci. Kudus. (Dipetik daripada cerpen Virus Zel Untuk Abah dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah harapan mama terhadap Zel? [ 3 markah] (ii) Sekiranya anda Zel, bagaimanakah anda dapat mengeratkan hubungan dua keluarga yang renggang itu? [ 3 markah] (iii) Jelaskan satu nilai daripada petikan dan dua nilai daripada keseluruhan cerpen. [3 markah] 1103/2 SULIT
  5. 5. SULIT 5 1103/2 Soalan 2 ( c ) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka Tun Mamat pun hairan memandang perhiasan taman itu. Maka Tun Mamat bertemu dengan sebuah balai di dalam taman itu, semua perkakasnya tulang, atapnya rambut. Di atas balai itu seorang perempuan tua baik rupanya, menyampai kain pendukung. Empat orang perempuan muda-muda menghadapi dia. Maka ia bertanya kepada Tun Mamat , katanya,”Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?” Maka kata Tun Mamat , “Kami ini orang Melaka, nama kami Tun Mamat, dititahkan oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini. Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini : tiada boleh naik ; akan hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa? Dan apa nama tuan hamba?” Maka sambut perempuan tua itu . “Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri.” Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya pun lenyaplah. Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamat, “Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang.” (Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang dala m antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud sudahlah dipersembahkan berdasarkan petikan di atas? [ 2 markah ] (ii) Apakah yang dilihat oleh Tun Mamat di taman itu? [ 3 markah ] (iii) Pada pendapat anda, jika perempuan tua itu Puteri Gunung Ledang, mengapakah puteri itu perlu menyamar ? [ 3 markah ] 1103/2 [ Lihat sebelah SULIT
  6. 6. SULIT 6 1103/2 Soalan 2 (d ) Petikan Puisi Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan -soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN LAPAN KERAT Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Tampak dari tanah seberang, Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang. Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan, Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Korek perigi di tepi seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pohon puding, Hidup subur kanan dan kiri, Tuan pergi dagang seorang, Tiada saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding, Pandai-pandailah membawa diri. Permatang Budi, Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka. 1103/2 SULIT
  7. 7. SULIT 7 1103/2 (i) Apakah maksud Pandai-pandailah membawa diri dalam puisi di atas? [ 2 markah] (ii) Pada pendapat anda , apakah adab makan yang boleh diamalkan selain adab yang telah dinyatakan dalam puisi di atas? [ 3 markah] (iii) Huraikan dua pengajaran dalam puisi di atas. [ 4 markah] 1103/2 [ Lihat sebelah SULIT
  8. 8. SULIT 8 1103/2 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) insentif (ii) intensif (iii) aspirasi (iv) inspirasi (v) interaksi (vi) interpretasi [ 6 markah ] (b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Pisahkan subjek dan predikat ayat-ayat tersebut. (i) Mereka tidak mampu menyiapkan kertas projek tersebut. (ii) Penduduk di kawasan kejiranan saya sedang bermesyuarat untuk mengadakan kerja-kerja amal. (iii) Sungguh cantik baju yang dipakai oleh Mak Munah. [ 6 markah ] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan -kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Jurujual itu sedang mengetengahkan kaedah penggunaan alat perapi rambut agar pembeli tahu selok belok merapi rambut yang betul. (ii) Usaha membenteras va ndalisme perlu dilakukan secara terusan oleh semua pihak. (iii) Projek pembinaan lebuhraya itu telah tergendala akibat kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1990an lagi. [ 6 markah ] 1103/2 SULIT
  9. 9. SULIT 9 1103/2 (d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Kedua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke sekolah khas kerana sewa bulanannya terlalu tinggi. (ii) Masalah pengurangan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya pencairan ais pada kawasan kutub. (iii) Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran oleh sebab banyak isu yang belum dia kuasai. [ 6 markah ] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal. (i) Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaik- baik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. (ii) Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya. (iii) Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke tempat asalnya, bak ka ta peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua. [ 6 markah ] 1103/2 [ Lihat sebelah SULIT
  10. 10. SULIT 10 1103/2 Soalan 4 : Novel [ 15 markah ] Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari. (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh (ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah (vii) Julia karya Abu Hassan Morad (viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad (a) Pengarang sering memaparkan kritikan sosial dengan mengetengahkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Huraikan dua kepincangan yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel yang telah anda pelajari. [7 markah] (b) Latar masa merupakan aspek penting dalam sebuah novel. Huraikan tiga latar masa dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT 1103/2 SULIT

×