Nota wacana
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Nota wacana

on

  • 10,577 views

 

Statistics

Views

Total Views
10,577
Views on SlideShare
10,519
Embed Views
58

Actions

Likes
9
Downloads
424
Comments
3

6 Embeds 58

http://fhenfarrel.blogspot.com 47
http://fhenfarrel.blogspot.com.br 6
https://twitter.com 2
http://fhenfarrel.blogspot.ro 1
http://fhenfarrel.blogspot.pt 1
http://fhenfarrel.blogspot.gr 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Nota wacana Nota wacana Document Transcript

  • PENGENALANWacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat. Dalambidang penulisan, wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan yanglengkap. Ini kerana, wacana menyediakan kesemua ciri yang melengkapi bagisesebuah penulisan. Di dalam wacana, terkandung koheren dan kohesi di sampingkewujudan penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan sesebuahpenulisan yang lengkap. Tuntasnya, kewujudan wacana menentukan kelangsungansesebuah penulisan yang baik dan bermutu.9.1 Definisi WacanaKAMUS DEWAN EDISI BARU (1993), menjelaskan wacana bererti:-Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan -Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasaKesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas terdapat lapan unsur penting wacana , iaitu:1. Satuan bahasa2. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya3. Mengatasi ayat / klausa4. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan)5. Berkesinambungan6. Rasa kohesi (kesepaduan)7. Dalam bentuk lisan / tulisan8. Mempunyai permulaan dan penutupCiri-ciri Wacana :1. Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan laindan isi dengan isi yang lain.2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokuskepada tajuk atau isu yang diketengahkan. 3. mempunyai tujuan bagi menentukan jeniswacana,penggunaan ayat. 4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumatbaru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya. 5. Diterima khalayak/audiens:penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu danmempunyai tujuan yang sama.6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca. 7.Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian.8. Mempunyai gaya: bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi,mempengaruhi pemilihan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek. 9. Mesti memasukkanmaklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan denganmaklumat yang ada dalam ayat sebelumnya.AKTIVITI 9.2Buat perbincangan berikut:1. Ciri-ciri wacana yang paling dominan dalam melakari penulisan yang baik.9.3 Jenis-jenis Wacana1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan
  • 2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung3. BerdasarkanJenis-jenis Wacana1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung3. Berdasarkan bentuk: wacana prosa, puisi dan dramaiWacana adalah satuan bahasa yang lengkap sehingga dalam hirarki gramatikalmerupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Sebagai satuan bahasa yanglengkap, terdapat konsep, gagasan, fikiran atau idea yang utuh, yang boleh difahami olehpembaca dan pendengar tanpa sebarang keraguanpun. Ini bererti wacana dibentuk dariayat atau ayat-ayat yang memenuhi syarat gramatikal, serta syarat kewacanaannya yanglain. Pensyaratannya akan dapat dipenuhi sekiranya wacana itu sudah terbina yangdisebut kekohesian, iaitu adanya keserasian hubungan antara unsur-unsur yang ada dalamwacana tersebut. Apabila wacana itu kohesif, akan terciptalah kekohesian iaitu isi wacanayang benar.Contohnya:Fadil dan Nizam pergi ke kedai buku. Dia ingin membeli Kamus Dewan yang terbaharu.Wacana itu tidak kohesif kerana kata ganti nama diri dia tidak jelas untuk menunjukkankepada siapa, sama ada Fadil atau Nizam yang ingin membeli kamus tersebut atauperkataan dia itu merujuk kepada kedua-duanya sekali. Jika ayat tersebut ingin ditujukankepada kedua-duanya seharusnyalah perkataan dia digantikan dengan perkataan mereka.Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa wacana itu tidak koherens.Alat WacanaSesuatu wacana akan disebut baik sekiranya wacana itu kohesif dan koherens.Untuk mendapatkan wacana yang kohesif dan koherens,ia dapat digunakan denganpelbagai alat wacana, baik yang berupa aspek gramatikal maupun yang berupaaspek semantik atau gabungan kedua-dua itu sekali. Alat-alat gramatikal yang dapatdigunakan untuk membuat sebuah wacana menjadi kohesif antaranya ialah:Pertama penghubung ialah alat untuk menghubungkan bahagian-bahagian ayatatau menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain. Dengan itu
  • penggunaan kata hubung ini menjadi ayat lebih eksplisit dan menjadi jelas jikadibandingkan dengan ayat tanpa kata hubung seperti ayat:Suami sakit. Isteri meninggal dunia.Pada wacana ini, hubungan antara ayat pertama dan yang kedua tidak jelas.Adakah ia satu hubungan penambahan, sebab dan akibat atau hubungankewaktuan. Hubungan akan menjadi jelas sekiranya diberi kata penghubung danmenjadi wacana seperti berikut.Contohnya:i) Suami sakit dan isteri meninggal dunia.ii) Suami sakit kerana isteri meninggal dunia.Suami sakit. Oleh sebab itu isteri meninggal dunia.iv) Suami sakit, sedangkan isteri meninggal dunia.Kedua, kata yang menggunakan kata ganti diri dia, nya, mereka,ini, itu sebagairujukan anafora. Dengan menggunakan kata ganti diri sebagai rujukan anafora,kalimat yang sama tidak perlu diulang. Melainkan digantikan dengan kata ganti diriitu. Dengan itu ayat-ayat itu saling berhubungan.Contohnyai) Pelajar-pelajar tingkatan lima mula memasuki dewan peperiksaan.ii) Mereka tenang untuk menjawab soalan peperiksaan.iii) Fadil lemas di sungai. Beberapa orang cuba untuk menyelamatkannya.iv) Awan tebal menutupi langit. Itu tanda hari nak hujan.Ketiga, menggunakan ellipsis, iaitu menghilangkan beberapa bahagian tertentu yangsama yang terdapat ayat yang lain. Dengan ellipsis, kerana tidak diulang bahagianyang sama. Dengan itu, wacana itu kelihatan lebih efektif, dan penghilangan itusendiri menjadi alat penghubung dalam wacana tersebut.Contohnya:
  • Kawan saya berbaju biru itu namanya Fadil, dia berasal dari Perak. Yang di hujungsana namanya Nizam berasal dari Kuala Lumpur. Dan yang gadis itu bernama Noraberasal dari Pulau Pinang.Tanpa ellipsis wacana tersebut kelihatan tidak efektif, kerana terlalu banyakmenggunakan kata, dan kelihatan tidak ada perhubungan antara ayat yang satudengan yang lain. Setiap ayat tersebut berdiri dengan sendirinya.PENANDA PENGHUBUNGSelain dari keupayaan gramatikal, sesebuah wacana yang kohesif dan koherendapat juga dibuat dengan bantuan pelbagai aspek semantik. Antaranya:Pertama, menggunakan kata hubung pertentangan pada ayat yang kedua yangterdapat di dalam wacana itu. ContohnyaSemalam hari hujan dengan lebat sekali. Hari ini cerah pula.Wacana dan Laras Bahasa|Kedua, menggunakan hubungan generik-spesifik atau spesifik generik contohnyaKerajaan telah cuba untuk menambah bilangan kenderaan awam dan sedaya upayamengurangkan jumlah bilangan kenderaan peribadi.Ketiga, menggunakan hubungan antara ayat antara kedua-dua ayat tersebut.ContohnyaLapar sungguh lagaknya, seperti seminggu tidak makan.Keempat, menggunakan hubungan sebab-akibat, contohnyaDia malas. Seringkali dia ponteng kelas. Wajarlah jika ia gagal dalam peperiksaan.Kelima, menggunakan hubungan tujuan di dalam isi sesebuah wacana, contohnyaKelima-lima orang anaknya telah bersekolah. Dia tidak mahu terjadi seperti dirinya.Keenam, menggunakan hubungan rujukan yang sama pada ayat atau pada dua ayatdalam satu wacana. ContohnyaKebakaran sering terjadi di Kuala Lumpur.Ia tidak mengira waktu sama ada siangatau malam.
  • HIERARKI SATUAN WACANA WACANA AYAT KLAUSA FRASA KATA MORFEM FONEMBerdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa satu tahap yang lebih kecilakan membentuk satuan yang lebih besar. Dengan itu fonem akan membentukmorfem lalu morfem akan membentuk kata kemudian kata akan membentuk frasaselanjutnya frasa membentuk klausa. Klausa seterusnya membentuk ayat. Danakhirnya ayat akan membentuk wacana.Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadikomponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenaifonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa,binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidangini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturantatabahasa sahaja. Tingkat-Wacana dan Laras Bahasa|tingkat fonem, morfem,kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacanamerupakan peringkat fungsi.Sesuatu wacana merangkumi:i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,percakapanii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah)atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:a. pendahuluanb. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tandabacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
  • c. penutupd. graf, jadual, peta dan statistik.KOHESI DAN KOHERENKohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secaraeksplisit oleh unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana.Contoh:(a) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?(b) Dia memukul anaknya.(c) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?(d) Jahanam itu memukul anaknya.Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itudiwujudkan dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk Ahmad.Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakanWacana dan Laras Bahasa| 9dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yangsama, iaitu Ahmad. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan danmemukul yang mempunyai kesinambungan makna.Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbedadengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dankata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh:(a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asramapenuh.(b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigihitu bekerja dengan tidak mengenal jemu.Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan inidikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga PakAbu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawaPak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran katalain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut padawaktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.
  • Koheren juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secaraeksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh:(a) Angkat telefon itu, Jef!(b) Aku sedang mandi, Mat!(c) OK!Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud,tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik.Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi,Mat!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara ayat (c) dapatditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya.Perbezaan Kohesi dan KoherenPerbedaan antara kohesi dengan koheren itu menunjukkan bahawa terdapatwacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yanghadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpakoherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkinmembentuk suatu wacana. Contoh:(a) Siapakah yang dipukul oleh Ali?(b) Ali memukul budak kecil itu.Wacana dan Laras Bahasa| 10Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatisdengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialahsiapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang dipukul Ali. Dalamkeadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul oleh Ali),dan bukannya Ali memukul budak kecil itu.Anafora dan Catáfora
  • Anafora dan katafora ialah sejenis hubungan atau pertautan dalam wacana.Anafora ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar.Contoh:(a) Apakah yang dipandang oleh emak?(b) Dia memandang bulan di langit.Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak.Katafora ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yangmengikutinya. Contoh:(a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia.(b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu,Busro diajak mengelilingi bandar Kajang.Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah.Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Inidinamakan hubungan anafora. Laras BahasaLaras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa ataukonteks pengucapan.Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasamengikut bidang sesuatu wacana digunakan..Wacana dan Laras Bahasa|Contoh dalam bidang agama, politik, sains, sukan dan sebagainya.Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendekayat akan menghasilkan laras yang berbeza.Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, carapenyampaian, dan gaya penyampaian. Tiga Dimensi