dasar 60(sains) : 40(sastera)

  • 6,332 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
6,332
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
244
Comments
0
Likes
4

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 PENGENALANKepentingan pendidikan sains dan teknologi di Malaysia, sememangnya telah diakui danditerima oleh semua pihak. Sehubungan itu,tugasan ini akan mengupas dengan lebih lanjuttentang Dasar 60(Sains):40(Sastera) ke Arah Membangunkan Negara Menerusi PembentukanRakyat Minda Kelas Pertama. Tugasan ini telah mendedahkan isu-isu penting yang berkaitandengan dasar 60(Sains):40(Sastera) dalam membangunkan negara menerusi pembentukanrakyat minda kelas pertama dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan dasarini. Segala isu dan cabaran yang disentuh di dalam tugasan ini berkait rapat antara satu samalain. Selain itu, beberapa pendekatan yang efektif yang diambil samada oleh kerajaaan ataumasyarakat Malaysia bagi menjayakan dasar 60(Sains):40(Sastera) turut dikaji dandisertakan di dalam tugasan ini. Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan di dalam tugasan ini, yang berkaitandengan punca dasar 60:40 masih belum berjaya dilaksanakan dan juga faktor penyumbangkepada kegagalan dalam menjayakan dasar ini. Antaranya ialah faktor bajet,masalahprasarana di sekolah luar bandar, kesan PPSMI dan kecenderungan pelajar dalam kursusSains dan Teknologi. Manakala cabaran yang diketengahkan ialah tindakan yang perludiambil bagi menjayakan dasar 60:40, dari segi bajet yang diperlukan, kemudahan prasarana,dan kesedaran tentang kepentingan bidang Sains dan Teknologi kepada para pelajar. Di bahagian akhir tugasan ini, didapati bahawa beberapa pendekatan yang berkesanharus diteliti dan dilaksanakan untuk mengatasi segala cabaran pada masa kini atau masaakan datang demi merealisasikan hasrat kerajaan dalam melaksanakan dasar 60:40. Hal iniamat penting dalam menjayakan matlamat dasar sains dan teknologi iaitu memastikanpembangunan saintifik bagi menyokong dan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yangtinggi, mempercepat pembangunan perindustrian secara menyeluruh dan menyediakan asasbagi mewujudkan masyarakat yang maju dari segi sains dan teknologi menjelang tahun 2020. 1
  • 2. 2.0 KONSEP DAN PENGERTIANUntuk kita memahami dengan lebih lanjut tentang dasar 60(sains):40(sastera) ke arahmembangunkan negara menerusi pembentukan rakyat minda kelas pertama, kita perlumelihat terlebih dahulu konsep dan pengertian dasar ini.2.1 KonsepDasar 60:40 ini adalah dasar yang memperkatakan tentang penetapan bilangan penyertaanpelajar dalam bidang Sains dan Teknologi berbanding bidang sastera. Dasar ini telahdiwujudkan sejak tahun 1967 dan dengan berpaksikan aspirasi negara yang diilhamkandalam Wawasan 2020 iaitu pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020,kerajaan telah menetapkan matlamat dasar ini adalah untuk ,melahirkan lebih banyak parasaintis, jurutera, doktor dan juruteknik yang berkepakaran tinggi bagi pembangunan pelbagaisektor ekonomi dan sosial, sejajar dengan pertambahan penduduk dan kualiti hidupmasyarakat. Hal ini sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 iaitu sebuah wawasan kerajaan Tun DrMahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untukmeningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnyamenjelang tahun 2020. Memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad(1991), ‘Matlamat pembangunan negara ialah menjadikan Malaysia “…sebagai sebuah negaraindustri” dan “…pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju,menjelangtahun 2020 menurut acuan kita sendiri…” Berlandaskan kata-kata mantan Perdana Menteri kita, dapat disimpulkan di sini bahawadengan terlaksananya dasar 60(sains):40(sastera) ini, negara mampu melahirkan lebih banyakrakyat yang membudayakan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. Secara tidaklangsung, negara Malaysia yang benar-benar maju dapat dicapai dengan lahirnya rakyat yangsedar akan kepentingan sains dan teknologi selaras dengan cabaran ke-6 yang termaktub didalam Wawasan 2020. Cabaran tersebut menekankan untuk mewujudkan masyarakatsaintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan 2
  • 3. berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi jugapenyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Selain itu, dapat dilihat bahawa pendidikan sains kini menjadi semakin penting dalammembantu negara mencapai status negara maju yang memerlukan lebih ramai tenaga mahirdalam bidang itu. Penguasaan sains dan teknologi akan membolehkan Malaysia membinakekuatan untuk berdaya saing dengan negara-negara maju. Bagi negara-negara yang jauhkehadapan dalam bidang Sains dan Teknologi seperti Amerika Syarikat, United Kingdom,Jerman dan Jepun, usaha untuk menguasai sains dan teknologi bukan sahaja terusdipergiatkan tetapi ia juga sering menjadi agenda utama dalam belanjawan sektor pendidikannegara masing-masing. Negara-negara berkenaan sedar, penguasaan sains dan teknologi akan membolehkanmereka menerokai, menjelajahi, menguasai, malah kadang-kadang turut memonopolipelbagai disiplin ilmu dan kekayaan alam. Mereka juga sedar, penguasaan sains danteknologi dapat menghasilkan pulangan yang besar kepada banyak aspek kehidupan,umpamanya dalam persaingan menguasai angkasa lepas. Malah dalam era ledakan teknologimaklumat, kehidupan canggih lagi mencabar dan dunia tanpa sempadan ini, penguasaan dibidang sains dan teknologi seringkali menjadi kayu ukur ketinggian martabat sesuatu negarabangsa (Azmi Zakaria, 1999). Oleh itu, untuk mencapai status negara maju yang berorientasikan perindustrian,Malaysia bukan sahaja perlu banyak bergantung kepada sumber modal dan pembangunanteknologinya. Malahan kuantiti dan kualiti tenaga manusia yang menguasai dan bolehmenyesuaikan diri dengan sains dan teknologi terkini perlu dititikberatkan. Dari segigunatenaga, seramai 83,590 jurutera (awam, elektrik dan elektronik, kimia dan lain-lain)diperlukan pada tahun 2000. Manakala pembantu jurutera pula seramai 151,844 orang dalampelbagai bidang (RM7). Malaysia juga kekurangan tenaga profesional dalam bidang R & D.Dalam tahun 1990, terdapat 13,600 tenaga penyelidik di Malaysia dan pada tahun 1995bertambah 8,300 iaitu pada nisbah 400 saintis penyelidik setiap sejuta penduduk.Nisbah inilebih rendah berbanding dengan negara perindustrian baru seperti Taiwan dan Korea Selatanyang mencapai tahap 2000 saintis bagi sejuta penduduk ( H. Osman-Rani, 2000). 3
  • 4. Namun, dengan adanya dasar 60:40 ini, sekaligus akan mampu untuk mengatasimasalah kekurangan tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi di sampingmenyediakan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020.2.2 PengertianSains dan teknologi di Malaysia telah diberi penekanan penting sejak tiga dekad yang lalu.Sejak tahun 1965 lagi, sains dan matematik dijadikan mata pelajaran teras di peringkatsekolah rendah dan menengah rendah. Manakala diperingkat menengah atas, aliran sainstulen telah diperkenalkan. Dengan ini pelajar dapat menguasai sains secara lebih khusus danmendalam. Memetik kata-kata Spencer (Abu Bakar Nordin, 1994),“Ilmu yang terpenting ialah ilmu yang dapat menjamin survival individu dan kumpulan.” Dalam tahun 1990an dan dekad-dekad awal tahun 2000 pandangan Spencer itudiperkukuhkan dengan adanya persaingan untuk menjadi negara maju di mana ilmu yangberkaitan dengan sains, teknologi dan pengurusan dianggap sebagai prasyarat kepadakejayaan hidup. Ilmu lain-lain berkaitan dengan individu seperti kemasyarakatan, estetika,kerohanian dan pemikiran hanya tinggal ilmu hiasan. Oleh itu kepentingan sains danteknologi tidak boleh dinafikan. Hal ini juga dapat dilihat melalui matlamat meningkatkankeupayaan Sains dan Teknologi berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomiyang cekap teknologinya serta mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburanyang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih.” Manakala Minda Kelas Pertama pula difahami sebagai ciri-ciri modal insan yangmampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dandunia. Ini termasuklah dalam aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaanmoraliti dan budaya yang akhirnya menyumbang untuk kepentingan bersama danpembangunan yang bersifat holistik. 4
  • 5. 3.0 ISU-ISU BERKAITAN DENGAN DASAR 60 (SAINS): 40 (SASTERA)Semenjak perlaksanaan dasar 60:40 pada tahun 1967 pelbagai perancangan telah dijalankanuntuk menjayakan program ini. Penekanan dalam bidang sains dan teknologi dalam bidangpendidikan juga diberi perhatian. Hal ini jelas ditunjukkan oleh pihak persatuan berkerajaanmahupun persatuan bukan kerajaan yang berkejar-kejaran membina infrastuktur-infrastukturyang bermatlamat untuk menyampaikan ilmu-ilmu serta penerokaan dalam bidang sains danteknologi seperti Petrosains dan Pusat Sains Negara. Dan kemuncak perkembanganinfrastruktur berasaskan sains dan teknologi adalah Koridor Super Multimedia (MSC). Disamping itu, pembinaan infrastruktur-infrastuktur tersebut adalah salah satu pendekatanuntuk menarik minat anak-anak muda ataupun para pelajar dalam bidang ini. Hal ini keranamereka adalah antara golongan yang akan memonopoli atau menjadi generasi harapan untukmembantu memajukan negara di masa hadapan terutamanya dalam bidang ekonomi. Namunbegitu, banyak spekulasi-spekulasi menanyakan sejauh mana kejayaan perlaksanaan dasar inisemenjak ia mula diperkenalkan. Kajian juga telah dijalankan untuk mengetahui adakahperlaksanaan dasar ini telah mencapai matlamatnya atau tidak. Hasilnya, ramai yangmenyatakan bahawa dasar ini tidak berjaya mencapai matlamatnya. Antara faktor-faktordasar ini tidak mencapai tujuannya adalah masalah bajet yang kurang mencukupi, prasaranadi sekolah luar bandar yang kurang diberi perhatian, kesan PPSMI serta kecenderunganpelajar terhadap kursus berkaitan sains dan teknologi.3.1 Faktor BajetMasalah peruntukan bajet merupakan salah satu punca dasar ini gagal mencapai matlamatyang telah digariskan sejak ia telah mula dilaksanakan. Masalah kegawatan ekonomi padapertengahan tahun 1997 telah memberi impak yang agak besar kepada negara kita. Pelbagaiperancangan tergendala dek tempias masalah kegawatan ekonomi yang kian meruncing.Termasuklah perancangan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan dalam negara. Ini jugaakan membantutkan perkembangan negara untuk meletakkan sistem pendidikan negarasetaraf dengan sistem-sistem pendidikan cemerlang dari negara-negara luar. Masalah iniperlu diberi perhatian serius kerana jika berterusan sehingga bertahun-tahun lamanya, hasrat 5
  • 6. negara untuk maju pada tahun 2020 hanyalah sekadar manis di bibir sahaja. Komitmenpelbagai pihak amatlah diperlukan samada dari segi sumbangan idea, sumbangan kewangan,sumbangan prasarana dan sebagainya. Selain itu, terdapat sesetengah pihak memandangenteng terhadap masalah ini. Kurang sumbangan yang dihulurkan untuk memajukan sektorsains dan teknologi. Mereka bersikap untuk lebih mementingkan diri sendiri denganmemberikan 100% tumpuan kepada perkembangan ekonomi masing-masing seperti enaudalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kesedaran untuk bersama-samamemajukan negara agak kurang.Jika dibandingkan dengan negara luar,rakyat lebihmembantu untuk bersama-sama memajukan negara. Contohnya, seperti negara Jepun.Semangat “kaizen” ataupun yang bermaksud perubahan kepada kebaikan sikit demi sedikitmenjadi pendorong rakyat Jepun untuk memajukan negara mereka. Mereka berpegang teguhkepada konsep ini sejak tamatnya Perang Dunia ke II lagi sehingga kini, Jepun merupakannegara yang amat maju di Asia dan juga di mata dunia. Oleh itu, sikap ini perludiimplementasikan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia supaya kita mampu duduk samarendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Malangnya semenjak berlaku masalah kegawatan ekonomi negara, belanjawan negaralebih banyak mengfokuskan masalah pembangunan dan pembaikan ekonomi negara semata.Kurang peruntukan diberikan untuk pembangunan pendidikan seperti dana untukpenyelidikan di IPT, penambahbaikan kemudahan-kemudahan seperti makmal, perpustakaanuntuk sekolah-sekolah di kawasan luar-luar bandar, pembaikan infrastuktur terutamanya dikawasan Sabah dan juga Sarawak. Masalah kurangnya dana itu jugalah yang mengakibatkanbilangan para penyelidik dalam bidang sains di Malaysia juga masih terlalu rendah dannisbah penyelidik adalah dalam 10,000 penduduk negara ini hanyalah 0.3 peratus sahaja.Perbezaan peratusan ini amat ketara berbanding 15-18 peratus penyelidik di Perancis danJerman Timur serta antara 28-30 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat, ujar Tun AhmadSarji Abdul Hamid, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Bukti kerajaanmencuba untuk memberi perhatian kepada penumbuhan pendidikan dalam bidang sains inicuma ketara apabila negara telah membelanjakan sebanyak RM 105 juta untuk projekaeroangkasa pada tahun 2007, iaitu dengan menghantar Datuk Dr Sheikh Muszaphar ShukorAl Masrie bin Sheikh Mustapha bersama-sama dengan dua orang angkasawan dari negaraluar yang lain. Natijahnya, ramai pelajar mula menjadikan beliau sebagai idola dan mereka 6
  • 7. menanam cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan jua. Hal ini jelas menunjukkanbahawa jika banyak lagi bajet yang dilaburkan untuk bidang sains ini, nescaya pulangannyamestilah berganda-ganda. Malah, terdapat kanak-kanak kecil yang masih belum bersekolahmemasang impian untuk mengikut jejak langkah Datuk Dr. Sheikh Muszaphar jika merekasudah besar. Ini membuktikan pelaburan yang berjuta-juta ini mungkin akan membuahkanhasil berbilion-bilion kelak. Kebanyakan negara-negara barat dan Jepun contohnya amatmenekankan pendidikan sains dalam pendidikan. Banyak peruntukan diberi oleh pelbagaipihak untuk memantapkan ekonomi negara mereka terutamanya dalam bidang sains. Oleh haldemikian, negara mereka amat terkenal dengan pelbagai penemuan dan penciptaan teknologibaru seperti robotik dan kereta. Namun, masih ramai lagi yang tidak sedar mengenaikepentingan sains untuk memajukan ekonomi negara kita. Bidang pembangunan ekonomilebih mendapat tempat di hati pemimpin berbanding bidang sains. Jika sikap ini berterusan,nescaya matlamat negara untuk mencapai taraf negara maju setanding negara luar hanyamembuahkan angan-angan semata malah sistem pendidikan pula yang terbengkalai umpamayang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Namun begitu, selepas ekonomi mulai stabil bermula pada tahun 2000, pemimpinmencuba untuk memberi tumpuan kepada perkembangan dan kemajuan dalam bidang sainsdan teknologi di dalam negara. Hal ini mungkin terjadi kerana kesedaran mereka tentangkepentingan bidang ini dalam memajukan sesebuah negara. Pelbagai usaha dijalankan untukmenjadikan sains dan teknologi asas kepada ekonomi. Di bawah pimpinan Tun Dr. MahathirMohamad, beliau telah melakukan pelbagai perubahan kepada negara dalam bidang sains danteknologi. Contohnya adalah projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project)hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)].Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri pentingnya teknologi maklumatdan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projekbesar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialahLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, LitarAntarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One danMenara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjayameletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia.Walaupun pelbagai infrastruktur telah dibina dengan peruntukan yang agak banyak, namun 7
  • 8. dasar ini masih belum dikatakan berjaya sepenuhnya lagi kerana pembinaan infrastruktur-infrastruktur tersebut hanya berfokus di bandar sahaja. Hal ini akan mengakibatkan jurangantara kawasan bandar dan luar bandar makin ketara. Kesimpulannya, peruntukan untukkawasan bandar dan luar bandar untuk memajukan bidang sains dan teknologi haruslahseimbang dan tidak berat sebelah.3.2 Masalah Prasarana di Sekolah Luar BandarDi samping itu, masalah prasarana di sekolah luar bandar juga merupakan salah satu faktorberlakunya kegagalan dasar ini mencapai objektifnya. Antaranya adalah seperti kemudahanmakmal seperti peralatan-peralatan eksperimen yang tidak mencukupi dan kemudahanteknologi seperti LCD, komputer, projektor, dan pelbagai lagi. Semua kemudahan inimempunyai kepentingannya yang tersendiri sebagai alat bantuan mengajar (ABM). ABMamat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman pelajar terhadapsesuatu konsep sama ada konsep fizik, kimia, biologi, matematik dan lain-lain subjek. Parapelajar perlu menguasai semua konsep yang mereka pelajari kerana ia adalah titik tolak untukmereka lebih memahami topik-topik yang terkandung dalam subjek-subjek tersebut.Bagaimana ABM dapat menarik minat pelajar dan menambahkan lagi penguasaan merekamengenai sesuatu topik? Berdasarkan fakta dan kajian yang telah dilakukan, majoriti pelajarlebih mengingati fakta sesuatu proses melalui sistem audio dan visual. Hal ini keranamengingati sesuatu fakta adalah satu perkara yang agak mencabar bagi pelajar yang tidakbegitu menyukai amalan menghafal. Dan lebih parah lagi sekiranya pelajar terbabit tergolongantara golongan yang tidak meminati subjek sains. Oleh itu, dengan bantuan ABM, parapelajar dilatih untuk mengingati sesuatu fakta berdasarkan gambar 3D ataupun melakukansendiri eksperimen tersebut. Contohnya seperti salah satu proses sains iaitu prosesfotosintesis. Untuk menghafal proses fotosintesis dari permulaan hingga ke akhirnyamerupakan sesuatu yang agak sukar bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam menghafal.Alat ABM akan membantu para pelajar untuk menghafal proses tersebut dengan melatihmereka mengingati fakta melalui daya imaginasi. 8
  • 9. Masalah prasarana juga amatlah jelas di sekolah luar bandar terutamanya di kawasanSabah dan Sarawak. Hal ini dipersetujui oleh Dr. Mohd. Puad Zarkashi, katanya ,"Sebahagian besar sekolah di pedalaman Sabah masih jauh ketinggalan berbanding sekolahdi Semenanjung yang sebahagian besarnya sudahpun dilengkapi dengan prasarana, bilikpembelajaran termasuk pusat komputer yang lengkap”. Dalam Bajet 2009, RM31 bilion telahdiperuntukkan untuk agenda pendidikan bagi tujuan pembangunan dan penyediaankemudahan asas di sekolah terutamanya di sekolah pedalaman, tetapi mengapa masihterdapat 16 projek sekolah baru termasuk dua buah sekolah rendah di negeri Terengganugagal disiapkan? Adakah ia berpunca daripada salah kontraktor semata ataupun mungkinwujudnya pecah amanah di antara kalangan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab. Jikamasalah ini berterusan, pembangunan infrastruktur dan kemudahan di sekolah pedalamanakan terbengkalai dan menambahkan lagi kerugian kepada negara. Selain itu juga, masalahprasarana di luar bandar amatlah jelas jika dibandingkan dengan sekolah di bandar.Walaupun kerajaan memperuntukkan sejumlah komputer di setiap sekolah, namun tidaksemua komputer yang disediakan mampu berfungsi dengan sebaik mungkin. Malah paraguru perlu berebut untuk “menyewa” bilik komputer untuk kegunaan anak muridnya semasaP & P. Lebih menyedihkan lagi, para pelajar terpaksa berkongsi komputer yang terhad. Halini boleh menjejaskan keselesaan dan konsentrasi pelajar ketika proses pembelajaranberlangsung.3.3 Kesan PPSMIDi samping itu dasar PPSMI juga turut menjadi pendorong berlakunya kegagalan dalammencapai dasar 60:40. Hal ini kerana, PPSMI memaksa pelajar yang lemah dalam bahasaInggeris untuk turut sama mempelajari sains dan matematik dalam bahasa asing ini. Hal iniakan menyukarkan mereka untuk memahami kedua-dua subjek ini dan pada masa yang samamereka juga perlu belajar untuk menafsirkan maksudnya. Namun, bagi pelajar yangcemerlang dalam subjek bahasa Inggeris, mereka mungkin tidak begitu merasai masalahuntuk memahami kedua-dua subjek walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantaraan.Masalah ini ketara di sekolah kawasan luar bandar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,statistik menunjukkan bahawa keputusan pelajar cemerlang di kawasan luar bandar tidak 9
  • 10. setanding dengan pelajar sekolah bandar. Mereka mempunyai masalah dalam subjek sainsdan matematik. Hal ini membuktikan bahawa sistem pengajaran sains dan matematik dalambahasa Inggeris mendatangkan keburukan dari kebaikan untuk pelajar sekolah luar bandar.Hasil kajian negara barat menunjukkan kemahiran kognitif akademik berkembangterutamanya melalui bahasa ibunda pada peringkat pendidikan awal. Justeru apabila pelajarcuba memperoleh bahasa asing dan terus belajar matematik dan sains melalui bahasa asingtersebut sebagai bahasa pengantar, pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademikyang lemah. Oleh itu, ini akan menjejaskan kelancaran pelajar untuk mempelajari danmemahami subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, semua negara dalamEuropean Union menerima dasar bagi mengajarkan mata pelajaran utama (seperti sains danmatematik) dalam bahasa ibunda. Bahasa kedua yang wajib boleh dipilih ialah dari BahasaInggeris, Perancis dan Jerman. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua misalnya diajar melaluipendekatan yang dipanggil pengajaran bahasa dalam konteks pembelajaran isi. Perlaksanaan PPSMI juga mengakibatkan kerugian yang agak besar sejak awalperlaksanaannya sehingga pembubarannya pada tahun 2012. Hal ini kerana kerajaan terpaksamenghabiskan wang untuk mencetak dan mengeluarkan peruntukan menukarkan buku-bukurujukan daripada bahasa melayu kepada bahasa Inggeris. Malahan, kerajaan telahmemperuntukkan bajet untuk mengadakan kursus-kursus untuk memantapkan penguasaanbahasa Inggeris oleh para guru. Setelah hampir 10 tahun perlaksanaan PPSMI, dasar inibakall dimansuhkan pada tahun 2012. Pada tahun 2007, kajian penting antarabangsamengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakanmembabitkan 59 negara oleh Trends in International Mathematics and ScienceStudy (TIMSS 2007). Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajarMalaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosotkepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunansebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yangdilaksanakan oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts,Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikitatau menurun sedikit. Oleh itu, usaha kerajaan untuk memantapkan penguasaan sains 10
  • 11. matematik dalam bahasa Inggeris selama ini ibarat mencurahkan air kedaun keladi.Mempelajari sesuatu tanpa memahami konsep yang sebenar adalah suatu perkaramenyedihkan. Walaupun PPSMI masih mendatangkan kebaikan, namun keburukannya masihlagi jelas.Dan sebagai tambahan lagi, peratusan keputusan UPSR, PMR, dan SPM dalam subjek sainsdan matematik selalu juga dikatakan berlakunya peningkatan dari setahun ke setahun.Namun, adakah benar sistem pemarkahan tersebut sehinggakan pernah terjadi di manaterdapat pelajar yang bermasalah seperti ponteng kelas, sangat tidak mahir menulis danmembaca, sangat lemah bahasa Inggeris dan pengiraan, tidak pernah membuat latihan yangguru arahkan, selalu ponteng peperiksaan pelbagai lagi masalah disiplin. Mereka ini bukansetakat lulus subjek sains, malah mencatat keputusan kredit C5 dan C6 hinggakan guru yangmengajar seakan tidak percaya. Oleh itu, apakah yang diberi perhatian oleh pihakbertanggungjawab dalam sistem pemarkahan? Kualiti atau kuantiti?3.4 Kecenderungan Pelajar dalam Kursus Sains dan MatematikFaktor yang keempat yang menjadi punca kegagalan dasar 60:40 mencapai matlamatnyaadalah dorongan atau kecenderungan pelajar dalam memilih kursus sains dan matematiksebagai subjek pilihan. Kecenderungan untuk memilih subjek yang pelajar minati amat jelassekali sama ada di sekolah menengah mahupun di universiti. Para pelajar lebih berminatuntuk melibatkan diri mereka dalam bidang yang tidak memerlukan mereka untuk berfikiratau menghafal konsep-konsep sains dan formula-formula yang tedapat dalam subjek sainsdan matematik. Mereka lebih terdorong untuk menceburkan diri dalam bidang kemahiranyang mana lebih mengfokuskan kepada praktikal. Contohnya seperti bidang automotif,perakaunan, dan lain-lain lagi. Subjek Sains bukan suatu subjek yang hanya memadaiditerangkan dengan menggunakan medium teks dan grafik sahaja, terutamanya kepada parapelajar baru didedahkan dengan subjek ini. Ia sebenarnya memerlukan lebih daripada itu.Para pelajar selalunya mengalami kesukaran untuk memahami sesuatu konsep atau teoriterutamanya apabila perkara yang disampaikan itu sukar untuk diberi gambaran secarakasar.Sekiranya para pelajar ini berterusan didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang 11
  • 12. sedemikian, lama-kelamaan mereka akan merasa bosan dan sedikit demi sedikit minatterhadap subjek ini juga akan hilang. Selain itu, kurangnya dorongan daripada ibu bapa dan para guru juga merupakanpendorong mengapa pelajar kurang beminat untuk mempelajari bidang ini. Sedar atau tidak,soal pendidikan anak-anak kini lebih banyak dibebankan di atas bahu orang lain. Termasukdalam hal ini adalah yang berkaitan dengan mendidik minat anak terhadap sains. Anggapanibu bapa, pendidikan sains untuk anak-anak adalah tanggungjawab guru semata-mata.Namun, hakikatnya, kesedaran dan minat awal anak-anak terhadap bidang sains seharusnyabermula di rumah. Seterusnya, minat tersebut dikembangkan di sekolah. Ini menunjukkanbahawa kerjasama membentuk minat anak terhadap bidang sains adalah tanggungjawabbersama. "Ibu adalah guru pertama anak-anak". Ungkapan ini kerap kali kita dengar dan iabukan sahaja merujuk kepada peranan ibu dalam mendidik anak-anak tetapi lebih luas lagi,ungkapan ini turut melihat peranan bapa dan ahli keluarga dalam pendidikan seorang anak.Berkaitan dengan menanam minat terhadap bidang sains, peranan ibu bapa sangatlah penting.Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah menyediakan atau membentuk satu suasana pembelajaransains di rumah iaitu merangkumi kegiatan penerokaan, pemerhatian, pengkajian danpenilaian. Anak-anak hendaklah digalakkan untuk bertanya banyak soalan dan soalan-soalantersebut perlu dijawab oleh kedua ibu bapa. Jika tidak berupaya menjawab soalan tersebut,maka ibu bapa boleh mencari jawapan tersebut bersama-sama anak-anak di internet ataubuku-buku yang banyak terdapat di pasaran. Di rumah juga, dalam usaha membentuk minatterhadap sains, terdapat banyak kegiatan yang boleh dilakukan bersama-sama anak.Misalnya, ketika memasak, ibu boleh mengambil kesempatan itu untuk menarik minat anakmemerhati dan berfikir. Sebagai contoh, ketika menjerang air, tanyalah kepada anak kenapawap panas keluar apabila air sudah masak. Atau ketika menggunakan soda bikarbonat ketikamembuat kek, tanyakan kepada anak kenapa kek itu naik atau mengembang.Ujikaji mudahini juga boleh dikembangkan agar anak boleh merasakan keseronokan kegiatan tersebut.Bukankah cara ini mudah untuk dipraktikkan? Namun adakah ibu bapa benar-benarbertindak sebagai pemangkin pelajar untuk meminati bidang ini? Bagaimana pula dengan peranan guru dalam mengimplementasikan minat pelajarterhadap subjek sains dan matematik? Para guru juga mempunyai tugas yang besar dalam 12
  • 13. usaha membentuk sikap dan pemikiran saintifik di kalangan pelajar. Sikap dan pemikiran inipastinya perlu dipupuk dengan menanam minat pelajar terhadap sains. Pelajar hendaklahdididik mempelajari dan meminati sains kerana sains penting dalam hidup manusia. Sainssecara asasnya bermula untuk menyelesaikan masalah seharian manusia. Inilah hakikat yangharus difahami semua pihak. Ini juga bermakna sains adalah berkaitan dengan kegiatanharian manusia dan bukannya untuk mendapat markah tinggi atau mendapat peluangpekerjaan yang baik sahaja. Sebagai seorang guru, mereka seharusnya bijak dan kreatifmerancang kegiatan pembelajaran sains dengan lebih menarik. Seperti yang disebutkan awaltadi, kegiatan pembelajaran itu hendaklah meliputi ciri kegiatan sains iaitu pemerhatian,penerokaan, percubaan ujikaji, penilaian dan pelaporan kajian. Pelajar hendaklah digalakkandan diberi peluang untuk bertanya soalan dan mencuba sendiri ujikaji yang dijalankan. Inisangat penting kerana mempelajari sains tanpa berpeluang mencuba atau melakukan kajiansendiri adalah ibarat lagu tanpa irama. Kegiatan ‘hands on ini sangat penting dalampendidikan sains. Pembelajaran sains juga tidak sewajarnya terhad di dalam kelas semata-mata. Pelajar juga harus diberi peluang untuk belajar di luar kelas. Malah, pembelajaran luarkelas ini memberi pelajar lebih peluang untuk meneroka dan memerhati. Guru-guru bolehmembawa pelajar menyelidiki persekitaran sekolah. Semasa kegiatan ini, pelajar bolehdisuruh membuat inventori serangga yang ada di kawasan sekolah. Ataupun, pelajar bolehmengumpul pelbagai jenis daun di sekolah dan disusun di dalam buku skrap. Daun-daunserta serangga tadi boleh disusun dan ditulis namanya. Lebih menarik lagi jika pelajardisuruh mencari nama saintifik serangga atau tumbuh-tumbuhan yang dikumpul.Konklusinya, guru-guru juga memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkanminat terhadap sains dan matematik dalam kalangan pelajar. Sistem pembelajaran danpengajaran yang kurang menarik boleh melunturkan semangat pelajar untuk mempelajarisubjek tersebut.4.0 CABARANWalaupun kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan danmerealisasikan dasar 60:40, terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani supaya 13
  • 14. pencapaian maksimum dapat diperoleh oleh semua lapisan masyarakat. Cabaran-cabarantersebut ialah memastikan kuota pelajar sains sebanyak 60% dapat dipenuhi, menyediakanbajet yang mencukupi, menyediakan prasarana yang mencukupi di sekolah terutamanya dikawasan luar bandar dan meningkatkan minat yang mendalam terhadap mata pelajaran sainsdalam kalangan pelajar.4.1 Memastikan Kuota Pelajar Sains Seramai 60% Dapat DipenuhiCabaran yang pertama ialah memastikan kuota pelajar sains seramai 60% berbanding pelajarbukan sains seramai 40% dapat dipenuhi. Definisi murid sains dan teknologi yang digunakanoleh Kementerian Pelajaran dalam menganalisis penyertaan murid dalam aliran sains danTeknologi ialah‘Murid yang mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran Sains danTeknologi digolongkan sebagai murid Sains dan Teknologi.’Dua kumpulan mata pelajaranitu ialah mata pelajaran teras (sains teras) dan mata pelajaran elektif (kumpulan Vokasionaldan Teknik, Kumpulan Sains dan Teknologi Maklumat). Pada setiap tahun, terdapat lebih kurang 40% murid yang layak menyertai aliranSains dan Teknologi di peringkat menengah atas tetapi memilih untuk tidak menyertai aliranini. Hal ini termasuklah mereka yang menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran sains dan matematik di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Mengapa perkara ini terjadi? Antara faktor-faktor pelajar tidak memilih untuk menceburkandiri dalam bidang sains dan teknologi adalah faktor minat serta kecenderungan terhadapbidang ini. Menurut mantan pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Abd.Shukor Abdullah(Berita Harian, 1999), kecenderungan pelajar untuk memasuki aliran Sains di peringkatmenengah atas masih rendah sejak 1970an lagi. Bagaimanapun bilangannya meningkatkepada 34.8% pada tahun 2000. Namun masih jauh berbanding dari sasaran 60:40. Selainitu, kesan daripada dasar PPSMI telah menanamkan dalam pemikiran para pelajar bahawamempelajari sains dan matematik akan bertambah sukar jika dipelajari dalam bahasaasing,iaitu bahasa Inggeris. Keadaan akan bertambah kronik sekiranya pelajar tersebut lemahdalam subjek bahasa Inggeris. Ia telah dibuktikan oleh pelbagai kajian yang menyatakan 14
  • 15. bahawa kebanyakan pelajar yang lemah dalam subjek bahasa Inggeris di sekolah luar bandarterutamanya lebih cenderung untuk memilih bidang sastera bagi meneruskan pengajianmereka. Situasi yang sama turut terjadi dalam kalangan para mahasiswa di IPT dalam negarakita. Kurang mahasiswa yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains danteknologi seperti perubatan,kejuruteraan,farmasi dan lain-lain walaupun mereka tergolongdalam golongan elit di sekolah,matrikulasi mahupun bekas diploma.4.2 Menyediakan bajet yang mencukupiCabaran kedua ialah memastikan bajet yang disediakan oleh kerajaan mencukupi. Bajet 2010untuk pendidikan negara perlu pembaharuan besar. Kegagalan negara untuk menyediakanpendidikan masa hadapan untuk generasi masa kini akan menyebabkan negara dalamkeadaan kaku dan tidak mempunyai nilai tersendiri di masa hadapan. Pengurangan bajet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tahun ini dilihatsebagai satu cabaran yang perlu dihadapi para guru dan pihak pengurusan sekolah dalamusaha mereka bagi mengekalkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta melahirkanpelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Menurut PresidenKesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad,melalui pengurangan bajet oleh KPM itu banyak aktiviti sokongan pendidikan seperti aktivitiluar bilik darjah tidak dapat dijalankan.Pihak sekolah hanya dapat melaksanakan aktivitiperingkat dalaman sahaja manakala peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah,negeri dan kebangsaan tidak dapat dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti sebegini penting dalamusaha mengasah bakat pelajar selain meningkatkan disiplin, motivasi dan sahsiah pelajarberkenaan," (Utusan Malaysia, 1 Januari 2010). Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina berkata,pihak sekolah memahami kehendak KPM mengurangkan bajet kerana faktor kegawatanekonomi negara sekarang. Namun begitu katanya, sebaiknya segala peruntukan yangmelibatkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta latihan perguruan tidak perludikurangkan atau disentuh langsung. Tegasnya, pengurangan itu bakal menyebabkan 15
  • 16. terjejasnya tujuan pendidikan selain akan membantutkan usaha dalam melahirkan guru-gurucemerlang di negara ini (Utusan Malaysia, 1 Febuari 2010).4.3 Menyediakan Prasarana Yang Mencukupi Di Setiap SekolahCabaran seterusnya dalam merealisasi dasar 60:40 ini ialah menyediakan prasarana yangmencukupi di setiap sekolah sama ada di peringkat menengah mahupun rendah, terutamanyadi kawasan luar bandar agar proses P&P dan pengurusan sekolah dapat berjalan denganlancar dan berkesan. Kegagalan menggabungkan antara pemahaman teori di dalam kelasdengan kemampuan untuk menjalankan uji kaji di makmal bagi melihat kesan sebenar dalambentuk kualitatif dan kuantitatif akan menyebabkan pelajar kurang berminat terutamanyadalam mata pelajaran sains. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor ralat atau radas yang tidakcekap kerana usang dan kekurangan kelengkapan makmal seperti peralatan-peralatan yangdiperlukan bagi menjalani sesuatu uji kaji atau eksperimen. Selain itu, pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalambahasa Inggeris atau lebih dikenali sebagai PPSMI turut memberi kesan terutamanya bagisekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Hal ini adalah kerana sekolah-sekolah di kawasanluar bandar tidak mempunyai peralatan ICT yang mencukupi. Tambahan pula, terdapatbeberapa masalah lain yang turut menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses P&P.Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbangantara sekolah bandar dan luar bandar. Disamping itu, perisian komputer untuk P&P yangsesuai sukar diperoleh dan latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistemkomputer di sekolah yang kurang berkesan.4.4 Meningkatkan Minat Dalam Diri PelajarCabaran terakhir ialah meningkatkan minat dalam diri pelajar terhadap mata pelajaran sainsdan matematik.Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tiap kanak-kanak 16
  • 17. itu ibarat kain putih yang masih bersih dan suci. Oleh itu, hal ini memerlukan peranan yangbesar daripada kalangan guru bagi menarik dan memupuk minat pelajar terhadap matapelajaran sains dan juga matematik bermula dari bangku sekolah rendah lagi. Pelajar khasnya di luar bandar telah begitu lama berhadapan dengan masalahkurangnya pendedahan terhadap bidang sains. Pelajar yang berumur awal 20ankebanyakannya mempunyai keluarga yang kurang menekankan ‘Scientific Thinking’.Mereka kurang berpeluang untuk mendapat pendedahan awal atau penerangan tentang‘keindahan sains’ di depan mata mereka sendiri pada waktu kanak-kanak. Tambahan lagi,apabila kanak-kanak di asuh dalam persekitaran yang mengekang kebolehan untuk berfikirsecara saintifik dan menggunakan logik yang diperlukan. Misalnya tegahan memotong kukupada hari malam. Anak-anak tidak diberi jawapan yang sebenar yang saintifik mengapaperbuatan itu dilarang. Selain itu terdapat golongan yang mempunyai tanggapan yang salahmengenai sains. Umpamanya sains sering dikaitkan dengan keganasan, ateis, antiagama,tidak sesuai dengan kehendak Islam dan sebagainya. Apabila kanak-kanak meningkatremaja, mereka terpaksa pula belajar sendirian untuk memakai konsep-konsep asas sains danmatematik yang begitu abstrak. Selain itu juga, pengenalan PPSMI turut memberi impak yang negatif terhadappelajar terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar. Dalam konteks ini,minat mereka semakin hilang untuk mengambil aliran sains di peringkat menengah atas danmenyebabkan enrolmen pelajar ke aliran sains semakin berkurang. Hal ini kerana merekamerasakan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa yang susah untuk difahami dan dipelajari.Kondisi ini turut dinyatakan sendiri oleh Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad yangmendakwa bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris (PPSMI) banyakmenimbulkan masalah daripada kebaikan sepanjang dasar PPSMI ini dijalankan. Menurutbeliau,”dasar ini tidak munasabah malah menyebabkan beratus ribu murid di luar bandargagal menguasai subjek tersebut. Bukan sahaja kepada pelajar Melayu bahkan kaum lainjuga terasa tempiasnya. Mahu suruh pelajar belajar dalam bahasa yang 90 peratus daripadamereka tidak faham. Bagaimana mahu berjaya," ( Utusan Malaysia,31 Januari 2009 ). 17
  • 18. 5.0 PENDEKATANKementerian Pelajaran Malaysia akan meneruskan usaha untuk meningkat bilangan pelajaryang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi (ST) bagi memenuhi keperluan sumbermanusia dalam bidang ini pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini, nisbah 60:40pelajar ST dan bukan ST hendaklah dicapai. Sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia untukmemastikan dasar ini dapat dicapai pada Tahun 2010 bagi merealisasikan hasrat kerajaanmencapai negara maju menjelang Tahun 2020. Malaysia ingin mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Perindustrianberteraskan sains dan teknologi ditekankan selaras dengan cabaran ke-6 dalam Wawasan2020. Tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi perlu dipenuhi. Hasrat ini ingindicapai melalui enrolmen pelajar sains kepada bukan sains dengan nisbah 60%:40%, tetapimasih belum tercapai. Ini menimbulkan masalah enrolmen yang terus berkurang, keperluantenaga mahir tidak dipenuhi, aspirasi negara tidak tercapai dan masyarakat tidakmembudayakan sains. Pelajar kurang berminat kepada sains disebabkan sains itu susah,kaedah pengajaran tidak berkualiti, kerjaya tidak menarik dan masyarakat tidakmembudayakan sains. Untuk meningkatkan enrolmen pelajar guru-guru perlu memainkanperanan yang penting terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran disampingmendapat sokongan daripada pihak-pihak lain. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan melalui dasar 60(sains):40(sastera) kearahmembangunkan negara menerusi pembentukan rakyat minda kelas pertama, pelbagai pihakharuslah memainkan peranan. Pelbagai pendekatan harus dilakukan untuk menyempurnakanhasrat kerajaan ini. Antara pendekatan-pendekatan yang bakal atau telah dilaksanakan oleh kerajaan ialahialah menghantar pelbagai surat pemberitahuan dan surat pekeliling ke sekolah, pembinaaninfrastrutur segera, mengukuhkan Program Bimbingan dan Kerjaya di sekolah,meningkatkan kualiti profesionalisme perguruan, mengadakan kelas rancangan khas untukpelajar pencapaian tinggi, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran danmengamalkan pembelajaran kontektual. 18
  • 19. 5.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Dan Surat Pekeliling Ke SekolahPendekatan pertama ialah selain daripada usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaransains untuk menarik minat murid menyertai aliran sains dan teknologi, pelbagai suratpemberitahuan dan surat pekeliling telah dihantar ke sekolah sebagai panduan pentadbirandan professional ke arah mencapai dasar 60(sains) dan 40(sastera). Hal ini keranaKementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan bilangan pelajaryang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi bagi memenuhi keperluan sumbermanusia dalam bidang ini pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini nisbah 60:40pelajar Sains dan Teknologi dan pelajar Sastera hendaklah dicapai. Pekeliling dan surat pemberitahuan ini seharusnya telah pun dikuatkuasakan diperingkat negeri lagi. Di peringkat pentadbiran, pekeliling berikut telah dihantar ke sekolahiaitu KP(BS/MEN)8510/05/013/Jld.3(10) bertarikh 20 Januari, 2000 bertajuk PemilihanPakej Pengkhususan Mata Pelajaran Elektif di Tingkatan Empat , KP(PPK)018/10/Jld.9 (32)bertarikh 28 Disember, 1999 bertajuk: Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Sekolah MenengahAtas dan KP(BPPP)4?189 Jld. II (1) bertarikh 19 Mac 1997 bertajuk: Dasar PeningkatanPelajar Sains dan Teknikal di Sekolah Menengah. Selain itu, diperingkat professional pula pekeliling berikut telah dihantar ke sekolahiaitu KP(BS) 8591/Jilid XVI(12) bertarikh 28 Julai 2000 bertajuk: Surat Pekeliling IkhtisasBil.: 12/2000 Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan dan KP(BS) 8591/Jld.XIV(11) bertarikh 14 Mei 1998 bertajuk: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/1998: PelaksanaanPenggunaan Peralatan Antara Muka Berkomputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran SainsSekolah Menengah.Dengan penghantaran surat pekeliling ini diharap dapat dijadikanpanduan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan dasar ini.5.2 Pembinaan Infrastruktur Segera 19
  • 20. Pendekatan yang ke dua pula ialah dengan pembinaan infrastruktur segera. Pendekatan inisangat penting kerana berhubung maklumbalas daripada sekolah dan kajian yangdikendalikan oleh Universiti Sains Malaysia (1989) menunjukkan sebilangan pelajar sekolahdari sekolah dalam bandar menghadapi masalah terlalu ramai murid yang ingin menyertaialiran sains dan teknologi. Namun begitu, pihak sekolah terpaksa menolak sebilangan muridyang memohon untuk memasuki kelas sains dan teknologi kerana masalah kekurangan kelasdan kemudahan untuk menjakankan eksperimen. Hal ini telah sedikit sebanyak telahmengecewakan murid-murid tersebut kerana hasrat mereka telah ditolak oleh pihak sekolah. Namun perkara sebaliknya pula telah berlaku di sekolah luar bandar yangmengahadapi masalah kekurangan murid yang berminat dengan kelas sains dan teknologi.Dengan itu, di cadangkan agar kelas-kelas dan makmal-makmal yang masih dalampembinaan di sekolah bandar dapat disiapkan dengan secepat mungkin supaya lebih banyakkelas sains dan teknologi dapat dibuka. Hal yang demikian akan menyebabkan semua muridyang berminat dengan sains dan teknologi akan diterima masuk ke kelas sains dan teknologikerana sudah tidak timbul lagi masalah kekurangan kelas dan kemudahan untuk menjalankaneksperimen.5.3 Mengukuhkan Program Bimbingan dan Kerjaya di SekolahPendekatan yang seterusnya ialah dengan mengukuhkan Program Bimbingan dan Kerjaya disekolah diharap dapat membantu merealisasikan dasar 60(sains) dan 40(sastera) ini. KajianUniversiti sains Malaysia (1995) menunjukkan kebanyakan pelajar tidak sedar tentangpeluang melanjutkan pendidikan dan kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Pelajar hariini adalah bakal generasi yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan masyarakat dannegara pada abad ke 21. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang serius dan proaktifdapat melahirkan dan membentuk pelajar ke arah masyarakat yang dihasratkan dalamWawasan 2020 seperti yang terkandung di dalam sembilan cabaran oleh Y.A.B. PerdanaMenteri Malaysia. Bimbingan kerjaya dalam bidang yang berasakan sains dan teknologiperlu dipertingkatkan memandangkan negara kita sangat memerlukan sumbangan tenga 20
  • 21. mahir daripada murid-murid ini apabila mereka dewasa kelak kerana mereka semualahgenerasi seterusnya yang akan membantu membangunkan negara supaya setanding dengannegara maju yang lain dalam bidang sains dan teknologi. Langkah-langkah dan strategi dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalahperlu untuk memastikan bimbingan dan kaunseling boleh berjalan dengan jayanya di sekolah.Perlaksanaan bimbingan dan kaunseling telah berjalan atau belum, kemudahan bilikkaunseling, guru-guru kaunseling, jawatankuasa bimbingan dan kaunseling, pembimbingrakan sebaya dan tahap pengetahuan mengenai bimbingan dan kaunseling di sekolahtersebut. Selalunya di sekolah menengah, bimbingan dan kaunseling sedia wujud tetapi cumapengurusan adakalanya tidak sempurna kerana ketiadaan kaunselor yang berkelayakan.Sekolah rendah pula semua kaunselornya hanya diberi pendedahan melalui kursus 14 minggusahaja dan beberapa kursus pendek berbentuk sijil. Kaunselor juga harus mengkaji masalah-masalah yang terdapat di sekolah supayaprogram kaunseling yang diatur memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakatsekitar. Perancangan sesuatu program merupakan satu proses menentukan keperluanpenerima. Di sekolah, keutamaan hendaklah diberi kepada usaha-usaha memenuhi keperluanpelajar, disamping keperluan mereka yang mempunyai keperluan penting dalam masyarakatsekolah. Untuk itu, kaunselor perlu mempunyai maklumat yang lengkap supaya programyang diatur benar-benar berkesan. Penganalisisan maklumat adalah perlu bagi penentuanjenis keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sumber maklumat seperti dahulunyakad 001 ( Murid ) atau sekarang rekod peribadi murid, surat pekeliling pentadbiran danpolisi kerajaan , profail guru-guru, inventori kemudahan sekolah, bahan-bahan bacaan danrujukan, pakar rujuk dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekitar. Oleh yang demikian, untuk menuju kearah itu, pengetahuan guru kaunseling dalamkerjaya sains dan teknologi hendaklah dipertingkatkan. Semua guru kaunseling perluberusaha dengan lebih gigih lagi dalam mencari ilmu dan pengetahuan tentang bidang-bidangkerjaya ini supaya mereka dapat memberi pendedahan yang lebih terperinci kepada parapelajar tentang kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Mungkin dengan cara tidak 21
  • 22. langsung akan dapat menarik lebih ramai murid yang berminat untuk mempelajari tentangilmu sains dan teknologi. Guru sains dan teknologi pula perlu diberi kursus dalam bidang kaunseling supayamereka turut serta memberi bimbingan kerjaya. Dengan itu, tugas memberi nasihat dankaunseling kepada para pelajar tentang bidang kerjaya tidak hanya bergantung kepada gurukaunseling sahaja kerana guru sains dan teknologi juga boleh memainkan peranan dalambidang tersebut. Guru-guru kaunseling dan guru-guru sains dan teknologi perlu mengikutiperkembangan semasa dalam bidang kerjaya sains dan teknologi untuk memberi bimbingankerjaya yang berkesan kepad para pelajar. Program Bimbingan dan Kerjaya seelok-eloknyadimulakan daripada sekolah rendah lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya” dandirancang secara sistematik melibatkan kerjasama daripada semua pihak. Pihak professionalseperti jurutera atau doktor harus dijemput untuk memberi ceramah kerjaya masing-masingkepada para pelajar. Mungkin dengan cara ini pelajar lebih tertarik untuk menceburi bidangtersebut.5.4 Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perguruan.Pendekatan seterusnya ialah dengan meningkatkan kualiti profesionalisme perguruan. Gurumemainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana,peningkatan kualiti warga perguruan melalui program pembangunan profesionalismeberterusan kini merupakan keperluan mendesak. Ini penting bagi memperbaiki kompetensi,pengetahuan dan keupayaan warga guru agar menjadi lebih dinamik. Semua pihak tahubahawa kualiti sistem pendidikan yang kita ada tidak boleh mengatasi kualiti yang dimilikipara guru kerana merekalah yang akan menentukan prestasi sesebuah sekolah danpencapaian pelajarnya. Selain daripada sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujukdalam bidang pengajarannya, guru juga merupakan perancang pelajaran, penyedia bahanpengajaran dan pembelajaran, fasilitator dan penasihat kepada murid. Seorang guru perlumempunyai kemahiran secara kritis dan kreatif dan mampu mengeluarkan idea yang inovatif. 22
  • 23. Guru perlu mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk menjalankan tugas beliau secaraefisien, kualiti profesionalisme guru perlulah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selain daripada kursus perguruan pra-perkhidmatan, satu program latihan guru dalamperkhidmatan jangka panjang dan bersistem perlu di rancang, guru perlu diberi latihan dalamperkhidmatan secara berkala. Selain daripada Bahagian Pendidikan Guru, Jabatan PendidikanNegeri juga digalakkan membuat perancangan jangka panjang dalam perkhidmatan ini.Sebahagian usaha meningkatkan kualiti guru, kerajaan telah menaik taraf semua maktabperguruan menjadi institut perguruan dan memperkenalkan program ijazah khas untuk paraguru yang tidak mempunyai ijazah. Kementerian Pelajaran juga menggariskan beberapastrategi untuk meningkatkan tahap profesion perguruan antaranya mengetatkan prosespemilihan bakal guru, memperbaiki suasana pengajaran, mengukuhkan keyakinan diri gurudan memberikan khidmat sokongan yang berterusan. Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usahauntuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalamsistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antaralangkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baiksistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, danmenambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakanpeneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru(IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang danmelaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusipendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspekutama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman,serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pendidikan Guru telah mengambillangkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepadaguru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. 23
  • 24. Langkah ini sangat penting untuk memastikan tahap profesion perguruan di Malaysiaterus dipandang mulia dan dihormati oleh semua anggota masyarakat. Dengan adanya guru-guru yang berkemahiran dan kreatif dalam mendidik para pelajar supaya sesi pembelajarandalam bidang sains dan teknologi menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.5.5 Mengadakan Kelas Rancangan Khas Untuk Pelajar Pencapaian TinggiPendekatan berikutnya ialah mengadakan kelas rancangan khas untuk pelajar pencapaiantinggi. Statistik menunjukkan setiap tahun masih terdapat sebilangan murid lepasan TahunEnam Sekolah Rendah yang berpencapaian tinggi tidak dapat diterima ke Tingkatan Satu disekolah berasrama penuh kerana tempatnya adalah terhad. Golongan murid ini perlu diberibimbingan khas agar mereka meneruskan usaha untuk mengekalkan kecemerlanganakademik yang telah di tunjukkan oleh mereka. Hal ini kerana, jika mereka tidak terus diberikan bimbingan akan menyebabkan prestasi mereka dalam akademik berkemungkinanakan terus turun dengan merudum. Bimbingan ini penting kerana murid-murid ini perlu terusdiberikan tunjuk ajar dan nasihat untuk memastikan semangat mereka untuk menjadi seorangyang cemerlang dalam hidup tidak hilang begitu sahaja. Hal ini kerana amat merugikan jika pelajar-pelajar ini tidak meneruskan usahakecemerlangan mereka dan membiarkan kejayaan yang pernah di capai itu terkubur begitusahaja. Golongan berpencapaian tinggi ini seharusnya di asingkan dari pelajar-pelajar yangberpencapian rendah agar mereka tidak terpengaruh dengan orang lain. Melalui cara ini, agakmudah bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan khas kepadapelajar yang berpencapaian tinggi ini. Pada masa ini golongan murid yang berpencapaian tinggi ini akan dikumpulkan untukbelajar di sekolah pusat yang dikenal pasti. Sekolah pusat ini akan membekalkan kemudahanberasrama kepada murid-murid ini. Program khas seperti kem-kem akademik akan dirancanguntuk golongan murid ini untuk memastikan mereka mendapat panduan dan bimbingan yangberterusan. Rancangan khas ini perlu diperuas di semua peringkat dan perlu di perkukuhkanlagi supaya keberkesanannya lebih terjamin. Oleh itu, lebih banyak sekolah sedemikian perlu 24
  • 25. diwujudkan dan rancangan khas ini perlu dikembangkan kepada murid yang berada dalamkawasan bandar atau pinggir bandar yang berpotensi agar potensi mereka sebagai seorangpelajar yang cemerlang dapat dioptimumkan lagi.5.6 Mempelbagaikan Strategi Pengajaran Dan PembelajaranSelain itu, pendekatan seperti mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran jugatelah dilakukan oleh pihak kerajaan di Malaysia. Peningkatan pencapaian murid dalam UjianPenilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) memerlukanperancangan yang rapi dan dan strategi yang konkrit bagi memastikan pengajaran danpembelajaran yang berkesan. Strategi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yangpenting dalam meningkatkan minat murid terhadap sains dan matematik serta mengukuhkanmutu pendidikan sains dan matematik dalam negara. Pelajaran sains dan matematik yangtidak menarik akan membosankan murid dan seterusnya mempengaruhi pencapaian muriddalam mata-mata pelajaran berkenaan. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran perlu digunakan untuk murid yangmempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan serta untuk konsep yang berlainan. Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran ini sangat penting kerana tanpa strategi pengajaran danpembelajaran yang menarik akan menurunkan minat pelajar untuk mendalami bidang sainsdan teknologi. Ini akan menyebabkan dasar 60(sains) dan 40(sastera) tidak akan dapatdicapai. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran juga mengurangkan monotomi dalampengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkanmutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik sepertiberbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian danpangkalan data atau maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkanminda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin prosespengajaran dan pembelajaran. 25
  • 26. Penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan teknologimaklumat hari ini banyak memberikan manfaat kepada para guru seperti mempelbagaikanbahan bantu mengajar (BBM), menyediakan Rancangan Pengajaran, merekod danmenyimpan maklumat pelajar, memproses markah ujian/peperiksaan, membuat semakanstok dan inventori peralatan/buku/BBM dan banyak lagi. Senario ini telah menimbulkanimplikasi kepada pelaksanaannya di berbagai peringkat. Pada asasnya, tugas utama seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan,memperkembangkan kemahiran dan membentuk akhlak di samping tugas-tugas sebagaiperancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan sebagai model untuk diteladani pelajar.Perubahan dan peralihan sistem pendidikan negara turut sama merubah fungsi danperanan guru pada hari ini. Guru bukan sahaja lagi berperanan sebagaipengajar, pendidik dan pembimbing, malah telah berkembang ke tahap pengsosialisasian,penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasikritikal dalam diri pelajar (Faridah Karim, 1999). Bagi melaksanakan tugas-tugas yangmencabar ini, guru seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta merancang pelbagai strategi,kaedah dan pendekatan terutamanya dalam melaksanakan amanah yangdipertanggungjawabkan kepadanya pada sesatu masa itu dengan jayanya. Dari segi pengajaran, penggunaan teknologi maklumat memerlukan perancanganyang cekap dan efisien supaya pembelajaran dapat dimaksimumkan kepada setiap orangpelajar. Teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberipeluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmupengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar. Pengajaran berintegrasikankomputer pada hakikatnya adalah melibatkan penggunaan komputer untuk mencapaiobjektif pengajaran dan pembelajaran , di samping itu ia turut membawa dimensi barudalam budaya mengajar dan budaya belajar di sekolah malahan mengikut pandangan AbdRahim (2000), beliau berpandangan bahawa pengajaran yang tidak mementingkankreativiti di institusi pendidikan akan melahirkan insan yang tandus dengan dayaimaginasi dan idealisme. Perubahan ini akan memberi cabaran kepada guru bagimenguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran sebagai tuntutan pada hari ini agar dapatbersaing di peringkat global. Dengan itu, guru pada hari ini harus melengkapkan 26
  • 27. diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan seiring dengankeperluan semasa supaya pengalaman yang sedia ada dapat ditingkat, dikemaskini dandiguna mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini. Kelebihan seseorang guru dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan sepertikomputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan ransangan pelajaruntuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajarberfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada guru itusendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986). Penyelidik percayabahawa alat teknologi seperti komputer boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran dansebagai amalan pensyarah hari ini bagi mengatasi masalah beban tugas yang semakinmencabar itu. Justeru itu, inovasi dalam pendidikan adalah merupakan agenda pentingbagi pensyarah untuk melaksanakannya selaras dengan apa yang terkandung di dalammisi reformasi pendidikan negara. Kejayaan strategi pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yangmerancang dan mengelolakan pelajaran berkenaan. Jika guru tersebut seorang yang kreatifdan inovatif akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebihmenarik dan berkesan. Maka guru perlu diberi latihan pra-perkhidmatan dan dalamperkhidmatan tentang pedagogi yang berkesan dan menarik. Pihak pentadbiran sekolah jugaperlu memberi sokongan professional kepada para guru ini. Bahan sokongan dan bahanbantuan mengajar yang boleh meransangkan para pelajar perlu di sediakan.5.7 Mengamalkan Pembelajaran KontektualPendekatan yang terakhir ialah mengamalkan pembelajaran kontektual. Pembelajarankonstektual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid. Pendekatankontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekataninkuiri penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang di ajardengan kehidupan seharian dieksplitasikan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secarateori sahaja tetapi juga dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dan matematikdengan kehidupan mereka. Pembelajaran yang bermakna meningkatkan keberkesanan 27
  • 28. pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mampu meningkatkan pencapaian murid dalammata-mata pelajaran yang berkaitan.6.0 PENUTUPDunia telahpun menyaksikan perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat pada abadke-20, khususnya dalam masa dua pertiga terakhir abad berkenaan. Dijangka perkembanganini akan menjadi lebih hebat lagi pada abad ke-21 ini. Sekarang ini pun, bahang kepesatanperkembangannya telah pun mula dirasai, malah mula dialami. Misalnya terdapat banyakciptaan baru dan inovasi dalam aspek bahan termaju, teknik termaju, nanoteknologi,bioteknologi, mikroelektrik dan robotik. Sains dan teknologi akan dibangunkan sehingga berupaya memberi sumbanganpositif yang lebih besar dan bernilai tambah kepada pertumbuhan pembangunan yangberasaskan produktiviti. Secara perlahan industri dan perkhidmatan berintensifkan modaldan teknologi akan menjadi teras penting kepada strategi pembangunan untuk mengekalkankadar pertumbuhan yang pesat dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Sains dan teknologi akan menjadi tunjang kemajuan ekonomi dan daya saingterutamanya diperingkat antarabangsa. Tanggungjawab mempersiapkan negara khususyamempersiapkan kaum bumiputera dalam arus kemajuan sains sememangnya agenda yangmencabar. Minda pelajar-pelajar mesti dibina dengan menggembar-gemburkan bahawa sainsitu mudah dan menarik, dan sains itu penting demi pembangunan negara pada zaman sainsdan teknologi ini. Sehubungan dengan itu, kurikulum sains hendaklah bersifat futuristik dan ‘globalcontext’, matapelajaran bersifat rekacipta, teknikal dan R & D diperbanyakkan,manakalaaspek penyertaan dan pencapaian dipertingkatkan dengan giatnya. Kementerian Pendidikanperlu sedar dan sentiasa proaktif terhadap segala aspek berkaitan pendidikan sains danteknologi, disamping merancang strategi-strategi untuk masa sekarang dan tahun-tahunmendatang. 28
  • 29. 7.0 BIBLIOGRAFIAbd. .Ghafar Ismail dan Md. Zyadi Md. Tahir. (1998). Makroekonomi. Malaysia: Perspektif Dasar. UKM, Bangi.Azrina bt Sobian, (2009). Kerjasama dalam Pendidikan Sains. Diperoleh pada April 28,2009 daripada http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=1718Charles J. Mcmillan (1994). Sistem Perindustrian Jepun (Nazlifa Md. Ali, Terjemah). Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asli diterbitkan 1984)Dasar 60:40 pelajar Sastera-Sains belum tercapai. (2009,Mac 27). Utusan Malaysia OnlineDasar sains dan Teknologi Negara (2008). Diperoleh pada November 14,2008 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=247:dasar-sains-dan-teknologi- negara&catid=88:dasar-dasar-negaraHaini bt Ismail,(2001). Pendidikan Sains (Sasaran 60:40;Mengapa Belm Tercapai). Daripada http://www.scribd.com/doc/2675329/sains-6040Jurusan Sains masih kurang sambutan. (1999,November 25). Berita Harian OnlineMohd Zuber Zain, Abdul Halim Ali & Raja Ahmas Shalaby (2005) Pak Lah dan Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan IdrisTun Dr. Mahathir Mohamad, http://sejarahmalaysia.pnm.myWahid Hashim (2010,Februari 1). Pengurangan Bajet KPM : Cabaran buat Guru. Utusan Malaysia, 7.Zul Husni Abdul Hamid (2009,Febuari 1). Memorendum ke Istana Negara. Utusan Malaysia, 8. 29
  • 30. Lampiran A 30
  • 31. Lampiran B 31