Your SlideShare is downloading. ×
Jenis pantun
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Jenis pantun

6,793
views

Published on


1 Comment
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
6,793
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
106
Comments
1
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Jenis-jenis Puisi Tradisional.Tidak semua puisi tradisional masih popular dan dikenali pada hari ini. Kebanyakannya tidakdikarang lagi kecuali pantun dan syair. Barangkali secara kasar ada beberapa yang masihbernafas iaitu:  pantun  syair  nazam  gurindam  selokaPantun hidup subur Syair dan gurindam masih menyambung hayat terutama bila majalahDewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka membuka ruangan Ujana Klasik.Beberapa orang penulis kontemporari menulis pantun, gurindam dan syair di ruangan ini.Nazam dalam pelbagai versi masih berkumandang di kampung-kampung misalnya dalammajlis-majlis berendoi dan kenduri kahwin seperti di Perak.PANTUNPantun, terutama pantun empat kerat masih popular. Pantun adalah tradisi lisan yangmudah dikenali iaitu mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud dengan skimarima abab. Kita mendengar pantun setiap hari melalui lirik lagu dan sebagainya, bukanhanya lagu-lagu Melayu Asli atau lagu Melayu tradisional seperti Seri Mersing, Patah Hati,Gunung Banang, Tudung Saji. malah lagu-lagu masakini (termasuk kumpulan Rock Amuk).Antara pantun yang terkenal dalam lagu Melayu asli ialahLagu Patah Hati patah hati teruslah merajuk
  • 2. merajuk lari ke hutan belukar hatiku yang panas kembali lah sejuk burung terbang balik ke sangkarPantun juga bertaraf komersial seperti yang digunakan di dalam iklan walaupun dari nilaiestetikannya tidak dapat dipertahankan. Prof Muhammad Haji Salleh mengkajiperkembangan pantun di internet. Sekarang ini pantun berkembang pula melalui sms.Pelbagai jenis pantun untuk hari raya, berjenaka dengan komen-komen nakal, disebarmelalui sms. tanpa diketahui siapa pengarang asalnya sama seperti tradisi sastera rakyat.Dengan kesuburan ini mungkin kita tidak bimbang tentang survival pantun. Namun begituapa yang membimbangkan tentang pantun ialah semakin kurang orang yangmenghayatinya. Ramai yang membaca pantun dan menggunakannya tetapi berapa keratyang mahu menyelami maksud pantun walaupun yang sering didengar. Lihat sahaja pantunkurik kundi/yang merah saga/ yang baik budi/ yang indah bahasa. Tidak ramai pula yangtahu apa itu kurik dan kundi. Demikian juga dengan pantun kajang tuan kajang berlipat.Kurang juga orang yang mahu mengambil tahu bagaimana rupa kajang dan apakahperbezaan kajang yang berlipat dan kajang yang tidak berlipat. Hal ini bertolak dari sifat dansikap take for gruntedSyairKata Syair adalah ambilan dari bahasa Arab. Tetapi para pengkaji berpandangan bahawaambilan hanya setakat istilah sahaja.dari segi struktur ia adalah puisi asal dari DuniaMelayu. Kata yang bermaksud syair atau penyair disebut di dalam Al-Quran. Bahkan adaSurah Al-Quran yang dinamakan Al-Syuaara. yang bermaksud Ahli Syair Satu ayat dariSurah Yasin (ayat 69) berbunyi Wama ‘Alamnahu Syi’ra. bermaksud “Tidak aku memberiilmu syair kepada Muhammad”. Ayat ini diturunkan setelah orang-orang Musyrikin menuduh
  • 3. Nabi Muhammad seorang penyair. Tuduhan ini dibuat kerana walaupun mereka menolakkerasulan Muhammad saw, mereka tidak dapat menafikan keindahan bahasa Al-Quran danmenganggapnya sebagai syair yang indah. Ini jelas dari reaksi orang Arab yang telahdiceritakan dalam Al-Quran melalui ayat: “Mereka menuduh dengan berkata, “Al-Quran ituperkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakanolehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair” (Al-Anbiyaa’, ayat 5).Syair adalah genre yang sangat popular pada masa dahulu. Syair mula dicetak pada akhirkurun ke 19. Ada sekitar 300 judul syair yang telah dicetak. Antara yang terkenal ialah SyairDandan Setia, Syair Bidasari, Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair JuraganBudiman, Syair Ken Tambuhan, Syair Siti Zubaidah Perang Cina. Saya ingat bagaimananenek sangat suka mendengar syair bila sesekali disiarkan di radio. Dia akan mendengardengan penuh apresiasi seorang perempuan membaca syair di radio walaupun tidak sukasaya benyanyi di tengah khalayak.Pengambilan syair dari Arab hanyalah dari sudut istilahnya sahaja. Dari sudut struktur iamenyerupai puisi yang tumbuh di wilayah Nusantara.Begitu juga dengan irama syair. Ia tidakberasal dari irama yang diambil dari Timur Tengah. .Dari segi struktur syair mempunyaiempat baris dalam serangkap, dalam satu baris syair terdapat 4 perkataan dengan 8-12sukukata. Rima akhir adalah a-a-a-aNazamNazam juga adalah perkataan Arab. Perkataan nazam digunakan sebagai istilah teknikkepada suatu jenis puisi ditemui dalam Tajus Salatin. Hamka mengatakan nazam tidakberbeza dengan syair dari segi strukturnya. Nazam lebih sesuai untuk tema keagamaan.Lagu nazam berbeza dari syair kerana mempunyai tempo dan boleh diiringi dengan muzikpercussion atau ketukan gendang dan rebana. Pada masa ini terdapat kumpulan-kumpulanrebana yang bergerak di kampung-kampung. Sesetengah mereka menyanyikan lagu
  • 4. nazam. Boleh dinyanyikan secara beramai sedangkan syair disampaikan secara solo danmemerlukan vokal yang baik.GurindamPengkaji sastera tradisional berpendapat bahawa gurindam tidak mempunyai bentuk atauskima rima yang tertentu atau tetap. Ia tidak mudah dikenalpasti seperti pantun atau syair.Walaupun gurindam tidak tertentu atau tidak tetap bentuknya tetapi dari segi bahasaterdapat ciri-ciri khusus. Bahasa gurindam biasanya padat dan bernas. Isinya lebihmenekankan nasihat, moral, pengajaran atau kebenaran. Hal ini dipersetujui oleh SutanTakdir Alisjahbana dalam bukunya, Puisi Lama (1971). Beliau menulis: “Gurindam ialahnasihat, pengajaran yang mengandungi kebenaran”.Kepadatan serta kebenaran bahasa terletak pada pemilihan dan penyusunan kata-katanyayang berhasil menimbulkan pengertian yang tepat dan mendalam. Ini diperkuatkan lagidengan penggunaan pengulangan pernyataan isi atau pemikirannya. Dengan bahasaseperti inilah dapat dirasakan unsur-unsur nasihat, pengajaran dan kebenaran secara jelasserta berkesan, unsur-unsur tersebut disampaikan melalui penegasan bahawa manusia danaspek kehidupannya mempunyai kelebihan keistimewaan serta kemuliaan yang diasaskanoleh sikap, bekerjasama dan mematuhi peraturan.Gurindam dapat dilihat terbahagi kepada dua jenis, iaitu ada yang terikat dan ada yang tidakterikat atau bebas. gurindam berbentuk terikat terdiri daripada dua baris dan berima aa.Kedudukan atau peranan baris 1 itu sebagai isyarat dan baris 2 sebagai jawab. Ini dapatditeliti dari gurindam yang ditulis oleh Raja Ali Haji. gurindam Dua belas. Yang mudahdilagukan ialah gurindam dua baris terikat yang mempunyai rima dan sukukata yang hampirtetap dalam sebaris. Kita boleh membaca gurindam dengan menggunakan irama GurindamBangsawan atau irama Syair Versi KeduaSeloka
  • 5. Zaaba dalam Pelita Bahasa Melayu (1957) menulis ”Gurindam dengan seloka itu bolehdikatakan lebih kurang sama sahaja pada fahaman orang Melayu, iaitu sejenis syair melaratyang tidak tentu skima rimanya. Perbezaan antara gurindam dan seloka dapat dilihat padaisinya Isi gurindam berunsur nasihat dan falsafah sementara seloka mengemukakangurauan, ejekan termasuk kritik sosial dalam sindiran yang tajamContoh: Baik budi emak Si Rendang anak di pangku diletakkan kera di hutan disusui dagang pergi awak terhutang beras habis padi tak jadicontoh ke 2 Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai ada nasi dicurahkan awak pulang kebuluran mudik menongkah surut hilir menongkah pasang ada isteri dibunuh nyaris mati oleh tak makan masa belayar kematian angin sauh dilabuh bayu berpuput
  • 6. ada rumah bertandang duduk.Seloka ini adalah kesimpulan dari cerita Pak Kaduk. Cerita itu sendiri penuh sindiran yangtajam dan sehingga hari ini digunakan untuk kiasan terhadap nasib bangsa yangmenumpang di rumah sendiri. Saya sendiri menulis sajak “Pak Kaduk di Gelanggang Raja”dan “Pesan Pak Kaduk” . Ayamnya menang kampung tergadai. orang yang merasa dirinyatelah menang. kta rang s hilang alah sabung menang sorak.Mengapa orang berlagu?  Untuk menghibur juga melegakan kesakitan dan stress. berkait rapat dengan lagu bekerja  Pada zaman dahulu ada lagu untuk bekerja. Sambil menjalankan tugas berat ketika bekerja beramai-ramai mereka melaungkan sesuatu seperti menyanyi. Ini berperanan mendapatkan ritma supaya dapat bergerak serentak. Lagu ini juga dapat melegakan kepenatan ketika menjalankan kerja berat.  Menghilangkan mengantuk ketika bekerja. Contohnya ibu mendodoi anak dengan nyanyian, selain menghiburkan anak, mereka juga tidak jadi mengantuk dan tertidur.  Menarik perhatian. Misalnya seorang penglipur lara menggunakan irama untuk bercerita. Dalam budaya lisan seorang penutur dilingkungi oleh audiensnya yang buta huruf yang menghayati cerita secara pendengaran. Oleh itu tukang cerita harus menguasai beberapa teknik seni persembahan seperti lakonan dan gerak badan, seni bunyi, ritma, lagu dan alat muzik untuk bercerita. Mereka ini termasuklah Tok Selampit, dalang wayang kulit dan Awang Belanga. Peranan tukang cerita ini amat penting sebelum cerita-cerita dapat dibukukan. Contoh cerita penglipur lara ialah Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda, Terung Pipit. Begitu juga cerita binatang, cerita-cerita jenaka seperti Lebai Malang.
  • 7.  Memudahkan hafalan. Irama lagu digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, misalnya untuk menghafal nama-nama Tuhan (AsmulHusna) dan nama nabi-nabi.Sekian, semoga bertemu lagi.RAGAM BAHASA DALAM PANTUNJENIS HURAIAN DAN CONTOHMETAFORAPerbandingan secara langsungbahtera merdeka berlayar sudahgedung ilmu gagah di hutan batubendera bahasa berkibar megahContoh maksud pantunBunga ilmu mekar mewangi,bagaimana harumnya majukan bangsa?Contoh maksud pantunLautan ilmu diharung sudah,mengapa lemas di jagat raya?SIMILEPerbandingan secara tidak langsung( bagai, bak, seperti, umpama, macam, laksana dll )gigih pak tua bak semarak apilaksana helang di angkasa rayaContoh pantunRangkaian satelit bak cendawan tumbuh,Nilaian kudus dirakam bagaimana.Contoh pantunAndai masa bak mata pedang,mengapa dibiar menikam diri?PERSONIFIKASIUnsur perorangan. Memberi sifat manusia kepada benda – benda bukanmanusiaTampak rembulan tersenyum padakualam terbakar menangis hibahembusan sang bayu menyapa puteriINVERSIPembalikan susunan kata – katajiwa pak tua teguhnya masihremaja kini ditegur janganilmu dituai buahnya di mana?kasih beralih dibelai bagaimana?HIPERBOLAKiasan yang melampau dan berlebih – lebihangerak remaja memukau ummahhilang duniaku sekelip matapenjara rumah berabad sudahkasih ibu melaut saujanaContoh pantun ( tema : tanggungjawab remaja )Gunung terbeban dipikul remajakenapa bimbang dipikul gelombang?REPETISIPengulangan kata sebagai penegas; anafora, reponsi, epifora
  • 8. Contoh pantunOrang di Jawa menanam kapas,Orang di Eropah menanam anggur;Jangan tertawa pelepah di atas,melihat pelepah di bawah yang gugur.ASONANSI Perulangan huruf vocalALITERASI Perulangan huruf konsonanPuisi Melayu tradisional ialah tradisi lisan yang sudah tetap bentuk dan kalimatnya. Biasanya,puisi Melayu tradisional terbentuk daripada beberapa baris kalimat, berangkap atau tidakberangkap; ada yang berasaskan matra, jumlah perkataan dan suku kata sebaris, persamaan danpertentangan rima dan ritma antara baris. Puisi Melayu tradisional lahir bukan sekadar untukhiburan, pengajaran dan alat komunikasi secara umum, malah diserapkan ke dalam kegiatan-kegiatan hidup bermasyarakat, dalam dalam ritual dan upacara, dalam adat dan peundangan, jugadalam kegiatan yang berunsur keagamaan (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2010:232).Wan Akmal Wan Serama menjelaskan puisi Melayu tradisional adalah satu karya kesusasteraanyang dapat memenuhi cirri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang
  • 9. mempunyai nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa sebagai media. Bahasanya tersusun indahdengan penggunaan kata yang terpilih dan berirama. Ia dibentuk bertujuan untuk menyampaikansesuatu fikiran atau amanat untuk kebaikan umat manusia. Puisi Melayu tradisional penuh dengannilai estetika dan dihiasi pula dengan pelbagai gaya yang berupa identiti budaya bahasamasyarakat Melayu lama. (2005:2)A. Halim Ali menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah satu kelompok puisi yang muncul danterhasil dalam era tradisional sebelum berkembangnya tradisi tulisan atau zaman yang disebutsebagai moden. Puisi Melayu tradisional termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentukbukan cerita (non-naratif) (2006:11-13).Salleh Haji Ahmad (1993:3) menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu lama yangberbentuk non-naratif. Ia disebarkan melalui budaya lisan dalam masyarakat yang tertutup. Iajuga merupakan salah satu daripada unsure-unsur kebudayaan masyarakat Melayu lama. Oleh itu,ia memudahkan masyarakat untuk memahami keadaan masyarakat Melayu lama; bagaimanamereka berfikir, kepercayaan atau peri laku mereka.Menurut Harun Mat Piah (1989:5), puisi Melayu tradisional ialah satu puisi yang bersifat lisan,diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat kolektif dan fungsional, iaitutercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat.Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masihmempunyai fungsi sedemikian. Puisi Melayu tradisional berbentuk terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk danikatan yang berlainan
  • 10. ini menjadikan genre-genre yang berlainan pula. Sebuah genre mempunyai ciri-cirinya sendiri,berbeza daripada genre yang lain.Justeru, sepanjang proses kajian ini dijalankan, definisi operasional puisi Melayu tradisional akanberpegang kepada pandangan Harun Mat Piah (1989:5) iaitu :…satu puisi yang bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifatkolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalamkehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatanritual atau masih mempunyai fungsi sedemikian….Kepelbagaian pengaruh yang ada telah menyebabkan betapa kayanya khazanah kesusasteraanMelayu. Pengungkapan dan penciptaan puisi Melayu tradisional adalah disebabkan oleh pengaruhwarisan Melayu, warisan Islam, alam sekitar, animisme dan lain-lain.Pada dasarnya, puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu puisi warisanMelayu dan puisi warisan Arab-Parsi. Puisi warisan Melayu yang lahir daripada kreativitimasyarakat Melayu sendiri tanpa dipengaruhi oleh tradisi asing. Justeru, penghasilan puisiwarisan Melayu adalah puisi asli yang diwarisi dari satu generasi kepada generasi yang lain.Walaupun puisi warisan Melayu mempunyai serpihan pengaruh hindu, namun ia masih lagidiiktiraf hasil Melayu asli kerana puisi tersebut telah berlaku perubahan dan penyesuaiansehingga berbeza daripada bentuk asalnyaa seperti gurindam dan
  • 11. seloka. Puisi warisan Melayu terbahagi kepada dua kategori pula iaitu puisi terikat dan puisibebas. Puisi terikat terdiri daripada pantun dan gurindam. Dalam pantun pula terdapat teka-teki,endoi, rejang dan dikir atau zikir. Manakala dalam puisi bebas pula terdiri daripada seloka,teromba, talibun, peribahasa berangkap dan mantera.Puisi warisan Islam iaitu puisi warisan Arab-Parsi terhasil ekoran pengaruh puisi Arab dan puisiParsi. Pengaruh puisi Arab dan Parsi terdiri daripada isi dan fungsinya. Puisi warisan Islam terdiridaripada puisi terikat. Dalam puisi terikat warisan Arab-Parsi terdiri daripada syair, masnawi,nazam, rubai, qit‟ah, ghazal dan berzanji.

×