Teknik Pgjrn Cerpen
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Teknik Pgjrn Cerpen

on

  • 12,900 views

 

Statistics

Views

Total Views
12,900
Views on SlideShare
11,354
Embed Views
1,546

Actions

Likes
4
Downloads
259
Comments
1

7 Embeds 1,546

http://sasterasmkj.blogspot.com 1511
http://www.slideshare.net 21
http://feeds.feedburner.com 7
http://sasterasmkj.blogspot.sg 3
http://74.6.117.48 2
http://74.6.116.71 1
http://www.google.com.my 1
More...

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • mmana crita nyer
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

     Teknik Pgjrn Cerpen Teknik Pgjrn Cerpen Presentation Transcript

    • BSP 3053 TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU BAB 10 TEKNIK PENGAJARAN CERPEN. DR. HAJAH SITI KHARIAH BINTI MOHD. ZUBIR JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
    • Pengenalan.
      • Cerpen hanya memerlukan masa yang singkat sahaja bagi menghabiskan pembacannya. Oleh itu, pelajar akan memperoleh keputusan dan jawapan hasil daripada apa yang dibacanya dengan cepat juga.
      • Dari segi bahasa, tema dan elemen-elemen lain dalam cerpen tidak sekabur persembahan sajak. Bahasanya ringkas, padat dan mudah. Gaya bahasanya lebih memusatkan kepada kefahaman pembaca daripada pemusatan penggunaan gaya bahasa yang indah lagi menarik. Dengan ini memudahkan pembaca menangkap maksud yang hendak diajukan oleh pengarang dengan secara langsung serta memesongkan maksud asalnya.
    • Pengenalan ( samb. )
      • Tema dan persoalan, plot dan watak yang diutarakan dalam cerpen tidaklah sesukar genre novel.
      • Cerpen lebih memusatkan kepada tema utama dan mengurangkan penampilan anak-anak tema yang berkembang dan bercambah seperti novel. Begitu juga dengan penggunaan jalinan plot. Plotnya mudah dan dapat dikesan dengan cepat penyusunan strukturnya. Walaupun ceritanya pendek tetapi perutusan yang hendak disebarkan oleh pengarang tidak pendek. Pengarang selalunya memberi tumpuan kepada kesan, nilai dan pengajaran.
    • Pengenalan ( samb. )
      • Begitu juga dengan pendedahan. Pelajar lebih awal dan banyak didedahkan berkenaan dengan genre ini. Pendedahan ini mungkin diperoleh oleh mereka secara langsung atau secara tidak langsung. Pendedahan ini boleh diperoleh oleh pelajar sama ada melalui guru ataupun melalui media massa yang lain seperti TV, radio, majalah, surat khabar, buku teks pelajaran Bahasa Malaysia dan juga melalui cerita-cerita lisan yang diturunkan atau disampaikan oleh ibu bapa dan rakan sebaya.
    • Definisi dan Konsep Cerpen.
      • Perkataan ‘cerpen’ adalah singkatan dua perkataan ‘cerita pendek’ yang dipadankan daripada Bahasa Inggeris ‘ short story ’. Cerpen dikelompokkan ke dalam ciptaan yang bersifat negatif dan rekaan.
      • Biasanya cerpen mempunyai bentuk cerita yang terbatas dan sering menggunakan bilangan perkataan antara 500 hingga 15,000 patah perkataan dan boleh meningkat sehingga 20,000 patah perkataan tetapi pada kebiasaannya bilangan perkataan yang sering digunakan oleh penulis adalah antara 2,000 hingga 3,000 patah perkataan sahaja.
      • Sebenarnya tidak terdapat garis penentuan yang khusus berkaitan jumlah bilangan perkataan yang boleh dikatakan sebagai cerpen dan genre lain.
    • Definisi dan Konsep Cerpen ( samb. )
      • Dari segi penstrukturan komponen, cerpen tidak banyak bezanya dengan novel.
      • Masih menggunakan komponen tema, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan sebagainya.
      • Hanya yang berbeza ialah daripada segi teknik pengolahan dan pengadunannya sahaja.
      • Cerpen biasanya mengemukakan satu kejadian atau peristiwa sahaja dan kebiasaannya menjadi fokus atau pusat cerita.
      • Peristiwa pokok ini sering dibantu oleh anak peristiwa bagi mewujudkan suatu kesatuan cerita.
      • Walaupun ianya sebuah cerita pendek tetapi secara fizikalnya tidak ada suatu batas yang menentukan bilangan perkataan atau halaman.
    • Definisi dan Konsep Cerpen ( samb. )
      • Sesebuah cerpen menyungguhkan kebenaran yang diciptakan, dipadat dan dimampatkan, digayakan dan dipadukan dengan keupayaan imaginasi penciptanya.
      • Ini menampakkan cerpen lebih cenderung kepada penampilan cerita yang kental dan padu dan menyebabkan seolah-olah cerpen lebih bersifat individualistik penciptanya, walaupun begitu masih terjelma sifat dan identiti sendiri.
    • Ciri-ciri Cerpen .
      • Mempunyai ciri-ciri utamanya seperti singkat, padu dan intensif.
      • Di dalamnya mengandungi adegan, tokoh dan gerak.
      • Bahasa cerpen tajam, sugestif dan dapat menarik perhatian pembaca.
      • Cerpen harus mengandungi tafsiran daripada pengarang berkenaan konsepsinya mengenai manusia dan kehidupan, baik secara langsung atau tidak langsung.
      • Cerpen seharusnya dapat menimbulkan suatu kesan dalam pemikiran pembaca.
    • Ciri-ciri Cerpen ( samb . )
      • Cerpen seharusnya dapat menimbulkan perasaan kepada pembaca bahawa jalan ceritalah yang berperanan menarik perasaan dan kemudiannya baru menarik pemikiran.
      • Cerpen mengandungi detik dan insiden-insiden yang dipilih dengan sengaja dan yang boleh menimbulkan beberapa persoalan di dalam fikiran pembaca dan insiden-insiden inilah yang menguasai plot.
      • Cerpen harus mengandungi seorang watak utama dan keseluruhan pembinaan plot bergelegar kepada watak utama dan tema pokok.
      • Cerpen seharusnya mempunyai suatu kesan yang berkesan lagi menarik.
    • Ciri-ciri Cerpen ( samb . )
      • Cerpen selalu bergantung kepada situasi dan mampu memberi inspirasi tunggal dalam suatu kebulatan kesan.
      • Cerpen menyajikan suatu emosi yang terencana kurang daripada 10,000 patah perkataan.
    • Pemahaman dan Penghayatan Cerpen.
      • Menghalusi dan menghayati sesebuah cerpen memerlukan kekuatan dan kemampuan daya fikir dan tumpuan masa yang banyak.
      • Ketelitian dan keterampilan membaca karya cerpen harus dikuasai oleh guru dan perlu didedahkan kepada para pelajar.
      • Apabila pelajar dapat menguasai aras bacaan, ketelitian, kesungguhan dan keterampilan membaca karya fiksyen amnya dan cerpen khususnya membawa pelajar kepada perasaan jemu dan bosan membaca.
      • Perasaan dan sikap ini dapat dikendurkan kerana pelajar dapat memahami dan menghayati isi kandungan dan wawasan di belakang cerita tersebut.
    • Pemahaman dan Penghayatan Cerpen (samb.)
      • Pelajar juga harus diasuh supaya taat dan berkeinginan membaca secara berterusan supaya menghabiskan pembacaannya.
      • Pelajar harus membaca sesebuah cerpen berulang kali untuk mencari idea keseluruhan dan pengesan gaya sementara seseorang penulis.
      • Pelajar juga harus memahami secara dekat tema yang hendak disampaikan oleh cerpenis.
    • Pendekatan Pengajaran Cerpen.
      • i. Pendekatan Kesejarahan.
      • Pendekatan pengajaran cerpen yang memusatkan pada perkembangan dan perlakuan sejarah.
      • Misalnya pergolakan yang berlaku dalam sosiopolitik tanah air.
      • Contohnya cerpen “Pemimpin Kecil Dari Kuala Semantan” dan “Hari Kemerdekaan” adalah suatu ilusi pengarang berkenaan sesuatu puncak perjuangan yang telah mengorbankan beribu-ribu rakyat Malaysia.
      • Walaupun karya-karya ini berorientasikan persejarahan tetapi sifatnya sebagai karya fiksyen dan gambaran-gambaran peristiwa di dalamnya tidaklah ditulis seperti yang terkandung di dalam tinta sejarah tetapi memberi refleksi berkenaan perjalanan sejarah negara.
    • Pendekatan Pengajaran Cerpen ( samb. )
      • ii. Pendekatan Sosiopsikologi.
      • Pendekatan ini memusatkan perhatian kepada masalah dalam terutama hal-hal yang bersangkutan dengan naluri dan kejiwaan bagi golongan masyarakat yang terdapat dalam cerpen.
      • Oleh itu para pelajar seharusnya memahami cerpen tersebut dalam konteks dukungan budaya dan masyarakat cereka tersebut diperihalkan.
    • Pendekatan Pengajaran Cerpen ( samb. )
      • iii. Pendekatan Deduktif.
      • Pendekatan ini memusatkan perhatian kepada aspek pendidikan dan moral yang terdapat dalam sesuatu cerpen.
      • Pendekatan ini selari dengan hasrat yang terkandung dalam sukatan pelajaran sastera sekolah menengah atas yang memberi tumpuan dan perhatian pada aspek pendidikan dan pembinaan moral dalam kalangan pelajar.
      • Antara peristiwa-peristiwa yang mengandungi unsur-unsur nilai moral yang ditekankan dalam pengajaran cerpen ini adalah seperti kerjasama, kejujuran, kebijaksanaan dan keyakinan diri, hormat menghormati, keadilan, kasih sayang, ketabahan dan lain-lain.
    • Pendekatan Pengajaran Cerpen ( samb. )
      • iv. Pendekatan Emotif.
      • Pendekatan ini sering digunakan oleh guru sastera bagi menghidupkan kesan emosi kepada pelajar.
      • Guru seharusnya berkeupayaan memanipulasikan emosi dan jiwa pelajar tanpa memberi kesempatan kepada mereka menentukan sendiri atau menghayati sendiri karya tersebut.
      • Dengan menggunakan pendekatan ini guru memancing jiwa dan keinginan pelajar supaya membaca sesebuah cerpen, misalnya guru mungkin mengatakan cerpen “Nasi Tumpah” ini amat menarik dan menyayat hati.
      • Dengan rangsangan secara tidak langsung ini dikira dapat menimbulkan motivasi kepada pelajar supaya membacanya di rumah.
      • Bacaan ini dilakukan bagi membuktikan kebenaran kata-kata guru mereka.
    • Pendekatan Pengajaran Cerpen ( samb. )
      • v. Pendekatan Analisis.
      • Pendekatan ini banyak memberi tumpuan pada analisis aspek-aspek intrinsik sesebuah karya cerpen.
      • Sifat pengajaran lebih banyak ‘membedah siasat’ unsur dan elemen yang terdapat dalam cerpen berkenaan.
      • Di sinilah nanti dibuat penilaian daripada segi kekuatan dan kelemahan cerpen tersebut.
      • Arah tujuannya menjadikan pelajar berupaya mengkritik dan memberi penilaian ke atas sesebuah cerpen yang dianalisis.
    • Objektif Pengajaran ( samb. )
      • Keupayaan pelajar menurut perkembangan psikologi lingkungan ekologi.
      • Kedudukan sebenar cerpen sebagai karya seni.
      • Membuat penelitian melalui interaksi dan pencerapan terhadap perbezaan-perbezaan yang sedia ada dalam kalangan pelajar terutama hal-hal yang bersangkutan dengan minat dan watak.
      • Pendekatan pengajaran cerpen yang digunakan seharusnya membuka ruang sebanyak-banyaknya untuk pelajar mengapresiasi karya puisi.
      • Pendekatan yang dipilih itu hendaklah mencerminkan suatu ketentuan pengertian dan pendekatan yang dipilih itu hendaklah mencerminkan suatu ketentuan pengertian yang benar berkenaan cerpen secara kental dan padu serta dapat mempertalikan antara cerpen dengan kehidupan.
    • Teknik Mengajar Cerpen.
      • Selepas ditentukan pendekatan dan kaedah yang hendak digunakan bagi menyampai dan menyajikan pengajaran, guru harus juga merencanakan teknik-teknik pengajaran cerpen yang akan digunakan supaya ia mendatangkan kesan yang efisien dan afektif.
      • Antara teknik pengajaran cerpen yang boleh digunakan seperti teknik diskusi, teknik penelahan, teknik perbandingan, teknik pembinaan kreativiti dan teknik impresif.
    • Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )
      • i. Teknik Diskusi.
      • Sesuatu sesi diskusi bukanlah matlamatnya bagi mencari satu penentuan dan keputusan yang diutamakan ialah keupayaan dan kesungguhan pelajar mengeluarkan pandangan, pendapat dan sikapnya terhadap cerpen yang didiskusikan itu.
      • Selalunya yang membuat penutupan dan kesimpulan bagi sesuatu sesi diskusi ialah guru itu sendiri.
      • Walaupun teknik ini menarik dan menyukakan pelajar tetapi beberapa perkara harus diberi perhatian oleh guru antaranya, pastikan semua pelajar melibatkan diri secara aktif dan berinovasi.
      • Jangan biarkan hanya sekumpulan pelajar sahaja yang aktif yang lainnya suka menyendiri.
      • Juga pastikan perjalanan diskusi itu bersistem dan setiap anggota diskusi saling menghormati pendapat dan pandangan orang lain.
    • Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )
      • ii. Teknik Penyampaian Penalaan.
      • Teknik penyampaian penelahan pelajar mengenai sesuatu aktiviti membaca cerpen akan meningkatkan pembinaan aspresiasi cerpen.
      • Tumpuan diberikan pada penggunaan teknik ini ialah keupayaan pelajar mengembangkan sikap, berfikiran rasional lagi objektif dengan bersandarkan hujah-hujah yang bernas bagi membuktikan sesuatu pandangan.
      • Dengan asuhan demikian akan lahir sikap kreatif terhadap pengaspresiaian kreatif pula.
    • Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )
      • iii. Teknik Perbandingan.
      • Teknik ini kurang digunakan di peringkat sekolah menengah atas.
      • Caranya guru membuat pemilihan beberapa cerpen berdasarkan pada apa sahaja seperti persamaan tema, latar, peratusan dan sebagainya dan meminta pelajar mencari garis persamaan yang terdapat dalam cerpen-cerpen berkenaan.
    • Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )
      • iv. Teknik Pembinaan Kreativiti.
      • Pelajar diminta supaya memecah kebuntuan cerpen tersebut dengan meminta pelajar menyelesaikan sesebuah cerpen menurut tanggapan mereka sendiri.
      • Melatih daya imaginasi pelajar dengan mewujudkan beberapa kebarangkalian dalam diri pelajar terhadap keseronokan, penghargaan dan keberkesanan cerpen yan dihasilkan oleh pengarang yang digemarinya.
      • Mengadakan diskusi panel.
      • Mengadakan aktiviti sosiodrama dan pementasan drama. Arah penglibatan pelajar di aras ini memerlukan kesungguhan, keberanian dan keyakinan. Sifat-sifat ini bukan sahaja perlu ada pada individu yang berperanan menjayakan aktiviti ini. Hasilnya akan menjadikan para pelajar aktif, imaginatif dan produktif dalam menikmati dan menghayati cerpen.
    • Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )
      • v. Teknik Impresif.
      • Teknik ini digayakan dengan cara di mana pelajar dibawa mendengar pembacaan cerpen.
      • Bacaan itu boleh dilakukan secara langsung ataupun melalui pita rakaman.
      • Walau bagaimanapun, pemilihannya haruslah baik, berkesan dan menarik.
      • Jika faktor ini tidak di kawal ianya akan menimbulkan perasaan negatif seperti jemu, benci dan bosan kepada pelajar.
      • Walau apa pun pendekatan, teknik dan strategi pengajaran cerpen yang digunakan oleh guru, tetapi ianya bergantung kepada kesungguhan, keupayaan dan kredibiliti guru yang merancang dan menyajikan pengajarannya.
    • Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )
      • Kepekaan guru memilih dan mengayakan pengajarannya merupakan perkara paling utama bagi menjayakan sesuatu pengajaran.
      • Jika guru sastera mengamalkan sikap acuh tidak acuh terhadap pengajarannya, selama itulah minat dan keinginan pelajar menikmati dan menghayati cerpen menjadi semakin tumpul dan malap.