Your SlideShare is downloading. ×
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

KESUSATERAAN MELAYU

3,552

Published on

Published in: Education
1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
3,552
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
320
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. GENRE KESUSATERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU OLEH : CIKGU MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH PGSR (BM) 2008/2012 IPGM KAMPUS KOTA BHARU SEMESTER AKHIR KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 011-17915430 / 011-19958547KONSEP KESUSASTERAANDefinisi Sastera Perkataan “sastera” berasal daripada bahasa Sanskrit “castra” yangmembawa maksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertiansebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baikmelalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan danpendengaran.(Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6). Sastera merupakan satubidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sasterabermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaransemasa. Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2)yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-katasama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspekyang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail Husein 1
  • 2. (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13) yang memberipengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungankepuasan intelek dan kepuasan estetik. Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat sertalontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasandan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuahkarya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dankeprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.Menurut Syed Ali Ashraf (1989:36) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yangberseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Meneliti pandangan yang diutarakan oleh para sarjana memperlihatkanbahawa sastera ditandai dengan pelbagai ciri khusus. Justeru, tugasan ini akanmembincangkan dan menjelaskan konsep kesusasteraan, ciri-ciri khusussastera, kategori serta fungsinya dengan contoh-contoh yang bersesuaian. Dalam hal ini perbincangan akan ditumpukan kepada kategori sasteramengikut masa dan bentuk seperti yang dijelaskan oleh Harun Mat Piah (2003).Untuk maksud ini, beberapa bahan dan teks sastera akan dirujuk sebagaibahan analisis yang mewakili karya tradisional mahupun moden. Antara sumberpetikan yang akan diketengahkan bagi kategori sastera tradisional genre prosaialah dari Sejarah Melayu dan Sastera Rakyat. Manakala rangkapdari Gurindam Dua Belas akan dikaji untuk mewakili sastera tradisional genrepuisi. Sastera Melayu moden yang berbentuk prosa pula akan diwakili olehkarya-karya Abdullah Munsyi manakala sajak Kamala yang bertajuk “TelokGong” pula akan mewakili puisi Melayu moden. 2
  • 3. Konsep Kesusasteraan Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalahmedium pengantarnya. Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yangmampu membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selainmemperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya. (Arba‟ie et al,2008)Secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut: S – Seni bahasa yang indah A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang T – Tersurat & tersirat E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa R – Realiti kehidupan A – Alternatif Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksiyang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianyamempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untukmeluahkan dan mengungkapkan makna yang difikirkan. Adunan teknik-teknikyang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup danbertenaga. Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun,sastera juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorangpengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingindisampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca. (Arba‟ie etal,2008 hlm 1) Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perluditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya. 3
  • 4. Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlumengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan dayarasa atau sensitiviti mereka. (Arba‟ie et al,2008 hlm 1) Untuk itu, seorangpengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akanmasyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumberasas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa iniakan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya.Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akandihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebihbernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami olehpembaca. Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidakterhasil dengan kekosongan.(Ara‟ie et al,2008 hlm 5) Ianya terhasil atasdorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat dipersekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembacamemikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yangtersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolikdi sebalik kata-kata yang diungkapkan. Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gayabahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untukmenilai kesan estetika sesebuah karya itu. Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan.Persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakanrakaman realiti dalam masyarakat. Ianya merupakan renungan serta 4
  • 5. pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan secara halus dan berhemah.(Arba‟ie,2008 hlm 2). Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untukmeluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yangterbuku di dada. Ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alatpelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat.(Arba‟ieetal,2008 hlm 3).Kategori Kesusasteraan Melayu Dalam kesusasteraan Melayu, kategori sastera dilakukan berdasarkanzaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud. (Arba‟ie etal,2008 hlm 8) Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepadatradisional dan moden. Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaituprosa dan puisi. Genre prosa dan puisi tradisional adalah seperti yangtersenarai: Prosa Puisi Sastera Rakyat Pantun Sastera Pengaruh Hindu Syair Sastera Zaman Peralihan Peribahasa Sastera Pengaruh Islam Teromba Sastera Panji Talibun Sastera Ketatanegaraan Nyanyian Kanak-kanak 5
  • 6. Sastera Undang-undang Jampi Mentera Sastera Saduran Gurindam Zikir Cerita Berbingkai Seloka, Kit‟ahMasnawiManakala bagi kategori Sastera Moden, genre prosa dan puisi moden pulaadalah seperti berikut: Prosa Puisi Cerpen Sajak Novel Drama Walaupun kedua-dua sastera tradisional dan moden mempunyai genreprosa dan puisi, namun, ciri-ciri khusus akan dibincangkan selanjutnya untukmembandingkan sastera tradisional dan moden.Ciri-ciri Sastera Melayu Tradisional Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telahdiwarisi secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisandan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Iabersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapapengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianyalahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan darisatu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakatpada zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis.Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yangterbatas dan bersifat esklusif. Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklahberlakunya perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar sertawatak dalam sastera tradisional berpusat kepada masyarakat yang 6
  • 7. mewarisinya dan dipandang tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakankarya-karya itu dianggap suci dan keramat.Ciri-ciri Sastera Melayu Moden Sastera Melayu Moden pula mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengansastera Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melaluilisan, maka sastera Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaranhasil-hasil sastera yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang dengankehadiran mesin cetak. Penyebaran ini semakin meluas dan berjayamenembusi masyarakat pembaca yang ramai. Ini berbeza dengan sasteratradisional yang hanya diketahui oleh golongan tertentu sahaja. Jika sasteraMelayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja yangbersifat esklusif, sastera Melayu moden pula merupakan sebaliknya. Ianyabersifat individu atau perseorangan kerana disertakan dengan namapengarangnya. Ianya tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapikhusus dimiliki oleh pengarangnya. Bahkan sastera Melayu moden mempunyaisistem hak cipta terpelihara. Walaupun ciri-ciri sastera tradisional dan moden inibertentangan, namun masih terdapat persamaan dari segi fungsi sesebuahkarya sastera itu dihasilkan.Puisi Melayu Tradisional Menurut Za‟ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakaiuntuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah danmelukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa.(Arba‟ie et al,2008 hlm 9) 7
  • 8. Pendapat yang sama juga diutarakan oleh Samuel Taylor Coleridge yangmengemukakan puisi sebagai kata-kata terindah dalam susunan terindah.(Arba‟ie et al,2008 hlm10). Salah satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut MdAli Bachik (2003), gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacambidalan. Gurindam juga membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana adapenyebabnya dan melalui penyebab itulah perkara tersebut terjadi. Gurindam Dua Belas merupakan karya hasil karangan Raja AliHaji yang termasyhur. Beliau merupakan seorang sasterawan negara dariPulau Penyegat, Riau, Indonesia. Gurindam Dua Belas menyentuh perihalketuhanan, keagamaan, budi pekerti, kewajipan antara anak dan ibu bapa dansebaliknya serta hidup bermasyarakat. Salah satu tujuan terhasilnya Gurindam Dua Belas adalah untukmenyedarkan masyarakat tentang pentingnya beragama, berilmu, berbudipekerti mulia, mentaati dan menghormati ibu bapa serta banyak lagi. Berikutadalah berapa baris daripada petikan Gurindam Dua Belas ciptaan Raja AliHaji. GURINDAM DUA BELAS ... Jika hendak mengenal orang berbangsa, Lihat kepada budi dan bahasa, .. Jika hendak mengenal orang yang berilmu, Bertanya dan belajar tiadalah jemu ... Apabila anak tidak dilatih, 8
  • 9. Ketika besar, bapanya letih. Berdasarkan petikan tersebut, dengan cara mengenali ataumempelajari budi dan bahasa seseorang itu maka ketahuilah kita akanbangsanya. Budi dan bahasa dalam baris ini bukan sahaja menyentuh padasistem linguistik semata-mata tetapi merangkumi juga sistem budaya dan adatsesebuah bangsa. Cara kita menggunakan bahasa Melayu akanmempamerkan kelakuan budaya dan taraf sosial kita dalam masyarakat.Seperti kata peribahasa Melayu, “bahasa melambangkan bangsa, bangsamelambangkan budaya.” Dari bangsa seseorang kita akan kenali bahasanyadan dari bahasanya pula, barulah kita kenali budayanya. Begitu juga dengan cara mengenali seseorang yang berilmu.Dengan bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmuitu tidak akan berhenti untuk mempelajari apa yang tidak diketahuinya.Seseorang yang dahagakan ilmu itu tidak akan pernah jemu untuk mencarinyawalau sejauh manapun seperti hadits yang berbunyi, „menuntutlah ilmusekalipun sejauh di negeri Cina‟. Berdasarkan petikan di atas, Raja Ali Haji juga menyentuh tentangpendidikan anak-anak. Ianya merupakan nasihat kepada ibu bapa agar tidakmengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dari kecil supaya tidakmeletihkan atau menyusahkan kedua ibu bapanya ketika dewasa kelak.Memang seharusnya, anak-anak dari kecillah yang perlu diasuh, dididik dandiberi teguran akan tingkah lakunya agar sentiasa berkelakuan baik danberbudi bahasa. Jika tidak dilentur buluh dari rebungnya, atau dari kecil lagi,maka ketika dewasa, segala tingkah laku dan peribadi seseorang itu sukardiubah dan diperbaiki. 9
  • 10. Prosa Melayu Tradisional Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat.Sastera rakyat berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnyadiceritakan oleh tukang-tukang cerita pada waktu malam untuk menghilangkanpenat selepas bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga dikenali dengan nama,penglipur lara. Lazimnya cerita penglipur lara ini diiriingi dengan alat muziktertentu (ms 92), ciri umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana, mengenaiputera-putera raja yang tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri-puteri rajayang cantik jelita tiada bandingannya seperti dalam contoh Hikayat MalimDeman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal di mana watak-wataknya berpusatkepada anak-anak raja. Cerita-cerita penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana masyarakat Melayu ketika dahulumempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat ketara perbezaannya jikadibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru itu, rata-ratapenceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh kepada unsur-unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa. Sepertimanafungsinya sebagai penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan percintaanantara wira dengan wirawati dan peperangan-peperangan yang terpaksadihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan. Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik ataupengajaran. Cerita-cerita teladan merupakan salah satu sastera tradisionalyang berbentuk prosa. Cerita-cerita ini bertemakan pendidikan moral sama adaberlandaskan peraturan kehidupan sosial dan budaya atau pengajaran agama.(Arba‟ie et al,2008 hlm 104) Jika cerita penglipur lara berkisar kepada anak- 10
  • 11. anak raja, cerita teladan ini pula lazimnya terdiri daripada manusia biasa.Kebanyakannya berlatar belakangkan dunia nyata dan menggunakan gayapertuturan seharian. Di samping memberikan didikan moral , cerita teladan inilazimnya memberikan kesan yang mendalam di jiwa kanak-kanak. Pastinya ramai kanak-kanak yang mengenali cerita Si Tanggang,Batu Belah Batu Bertangkup dan Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah.Ajaran utama dalam cerita-cerita teladan ini ialah balasan baik terhadap setiapkebaikan dan sebaliknya seperti mana yang dapat kita lihat dalam cerita SiTanggang. Tanggang adalah seorang anak yang tidak mengenang jasa ibunyadan durhaka. Bukan sahaja Tanggang tidak mengakui ibunya, dia juga telahmenolak ibunya hingga jatuh ketika ibunya berjumpa dengan Tanggang. Anakdurhaka dan biadap terhadap ibunya ini telah akhirnya disumpah menjadi batu.Satu pengajaran yang cukup meninggalkan kesan betapa mabrurnya doaseorang ibu dan balasan yang setimpal yang diterima oleh seorang anak yangdurhaka. Pengajaran yang sama juga dapat kita lihat dalam cerita BatuBelah Batu Bertangkup di mana ibu Melur telah ditelan oleh batu belah keranakecewa dengan perbuatan anaknya yang tidak meninggalkan walaupunsecebis telur ikan tembakul. Kekecewaan itu telah mengakibatkan ibunyaberlari menyerah diri agar ditelan oleh batu belah. Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikanoleh para sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang yangmengaitkan sastera sebagai hasil tulisan yang mencerminkan kehidupanmanusia. Antara fungsi utama terhasilnya sesebuah karya oleh seorang 11
  • 12. pengarang ialah dengan tujuan didaktik atau pengajaran kepadamasyarakatnya. Dalam hubungan ini Usman Awang berpendapat bahawasesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk tujuan keseronokan sahaja tetapijuga mengungkapkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Ini jugaditegaskan oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan bahawa sasteraadalah rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya merupakan saturefleksi kehidupan yang diterjemahkan secara halus dan berhemah olehpengarangnya. Sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupanmasyarakatnya. DalamSejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggupmemenuhi tuntutan Puteri Gunung Ledang demi mencapai hasrat untukmemperisterikannya. Tuntutan Puteri Gunung Ledang ialah 7 dulang hatinyamuk, 7 dulang hati kuman, jambatan emas dan istana di puncak gunungLedang dan semangkuk darah Raja Muda. Segala permintaan Puteri GunungLedang dapat dilaksanakan oleh Sultan walaupun ianya bermaknamengorbankan rakyat jelata. Hanya semangkuk darah Raja Muda yangmemisahkan Sultan Melaka daripada mencapai hasrat hatinya. Ini keranasemua yang terlaksana atau yang dapat dipersembahkan merupakan hasilpenat lelah rakyat . Manakala, untuk mengambil semangkuk darah Raja Muda,adalah satu pengorbanan yang tidak dapat ditunaikan oleh Sultan Melakasendiri. Peristiwa ini juga memberikan gambaran kehidupan masyarakatpada waktu itu yang terikat dengan kepercayaan, adat dan tradisi selainmemperlihatkan sejauh mana ketaatan rakyat terhadap raja yang disembah.Sultan Melaka mengenepikan belas ihsannya terhadap masyarakatnya demi 12
  • 13. mencapai keinginannya memperisterikan Puteri Gunung Ledang. Peristiwa inijuga memperlihatkan pengabdian rakyat kepada seorang raja sewaktudikerahkan membina jejambat emas dari puncak Gunung Ledang.Prosa Melayu Moden Prosa Melayu Moden terdiri daripada genre cerpen, novel dandrama. Dalam tugasan ini, perbincangan akan tertumpu kepada karya-karyaMunsyi Abdullah. Menurut Diana Laurenson dan Alan Swingerwoods (1972:13)hubungan masyarakat dan persekitarannya amat rapat dan saling melengkapi.Sastera yang terhasil didorong oleh sumber-sumber yang terdapat dipersekitaran sama ada bersifat persoalan, isu-isu ataupun fenomena tertentuyang dipindahkan dari layar realiti ke dalam coretan rasa, daya kreativiti danpemikiran pengarangnya. Oleh itu, pemikiran yang terungkap merupakanluahan atau kesedaran yang timbul akibat kepekaan,keprihatinan sertapengalaman peribadi pengarang melihat dunia dan masyarakat dari kacamatanya. Karya-karya Abdullah Munsyi merupakan salah satu contoh yangmemperlihatkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Abdullah Munsyimerupakan seorang pengarang yang menjalinkan pengalaman, sikap danpemikirannya dalam semua karya-karyanya. Berbeza dengan sasteratradisional, karya-karya Abdullah Munsyi bertitik tolak dari pengalamanpengarangnya sendiri. Beliau memperlihatkan ciri-ciri keindividuan yang tidakditemui dalam karya-karya kesusasteraan sebelumnya. Abdullah Munsyi 13
  • 14. merupakan orang yang pertama mencatatkan pengalaman kehidupannya sertapelayarannya pada ketika itu. Jika Sastera Melayu Tradisional menampakkan unsur-unsurdidaktik serta cerminan kehidupan, sastera melayu moden umumnya sertakarya-karya Abdullah Munsyi khususnya, pula menyentuh kepada kritikan sosialmasyarakatnya. Abdullah Munsyi tidak membenci orang-orang Melayu tetapibeliau tidak mengerti tentang sikap dan perilaku orang Melayu sendiri terhadapbahasanya yang diabaikan. Beliau juga mengutarakan persoalan tentangbahasa Melayu yang akan pupus jika tidak dimartabatkan oleh bangsa Melayuitu sendiri. Keberanian Abdullah Munsyi mengkritik masyarakat Melayukhususnya pada ketika itu disebabkan beliau mendapat naungan Inggeris. Inibermakna, beliau bebas dari cengkaman feudal dan tidak terikat denganlingkungan istana. Oleh itu, beliau berani memberikan pendapat sertapandangannya terhadap permasalahan orang Melayu ketika itu. Bahkan beliaujuga mengakui karya serta kritikan yang ditulisnya dengan membubuhkan namabeliau sebagai pengarang karya-karyanya. Ini bermakna, beliau memikultanggungjawab tentang apa yang dikaryakan. Berbeza dengan sastera melayu tradisional, Abdullah Munsyitidak mengabaikan tanggung jawabnya terhadap masyarakatnya. Beliau bukansahaja memberikan penyedaran kepada masyarakatnya tetapi dengan berani 14
  • 15. mengolak langkah mengusulkan beberapa cadangan serta huraian demimengatasi masalah yang dihadapi.Puisi Melayu Moden Selain daripada memberikan pengajaran atau hiburan kepadamasyarakatnya, sastera juga berfungsi sebagai satu wadah untukberkomunikasi tentang kebenaran. Dengan adanya kepekaan dan sensitivitidari para penyair, segala peristiwa sosial yang berlaku di dalam masyarakatnyaakan mencetuskan peluang terhasilnya puisi moden yang bertujuanmendedahkan tentang kebenaran kepada masyarakat pembaca. PenangkapanHamid Tuah dan petani-petani miskin oleh kerajaan kerana dikatakanmeneroka tanah secara haram di Telok Gong pada tahun 1967 telahmencetuskan kesan yang mendalam kepada para penyair. (Arba‟ie et al,2008hlm 39) Suara protes dapat dilihat dalam petikan sajak Kemala bertajuk “TelokGong” yang berikut: Rumah dan tanah saudara, meski buruk Adalah istana indah kebebasan jiwa Lihatlah sepuasmu kibaran bendera negara Dan tanah-tanah rahsia bekas pengkhianatan Membikin kami lebih berani bertindak Kami tuntut keadilan! Keadilan yang merata Suara protes penyair yang diungkapkan dalam sajak bertindakbalas sebagai tanda ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan yangdianggap tidak bertimbang rasa kepada golongan bawahan. Begitu juga dengan sajak-sajak yang dihasilkan dalam tahunpemerintahan Jepun. Rata-rata sajak yang dicipta meniupkan semangatperjuangan dan menyeru kepada masyarakat umumnya agar menggunakan 15
  • 16. peluang keemasan yang ada untuk memperjuangkan hak mereka. Semangatperjuangan yang sedia ada dalam masyarakat Melayu semakin teguh.Kesediaan mempertaruhkan diri dan sama-sama menegakkan pertiwi sertacita-cita politik Jepun memberi satu kesedaran dalam masyarakat Melayu.Rumusan Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapatdirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu.Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu ,karya sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre. Setiap genre ituditandai dengan ciri-ciri khususnya. Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik danmembina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripadaunsur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selainberfungsi dalam kehidupan masyarakat. 16
  • 17. PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKSPengenalanSastera merupakan satu bidang yang amat unik. Keunikan bidang sastera akandirasai apabila kita menyelami dunia sastera bersama-sama dengan tokoh-tokoh sastera ataupun dengan tokoh kritikan. Akan tetapi, anak muda masa kiniterutama yang melibat pelajar IPT sekarang kurang meminati bidang sastera.Namun, semua ini bukanlah satu penghalang kepada kumpulan kami untukmenyelami bidang sastera seterusnya menyiapkan tugasan ringkas yang telahdiberikan kepada kami.Konsep PendekatanPendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagimelaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,1998). Definisi yang diberikanoleh Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan inimungkin untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah ataukonflik yang timbul dan berbagai-bagai lagi. 17
  • 18. Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam kontekspendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu caramendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih memahami, ita lihatcontoh terdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai objektifpembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa pendekatan yangbersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut Gestalt, situasimempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajarielemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuahteori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Dalam istilahyang lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatumata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.Kaedah Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untukmenyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teoripembelajaran. Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannyadiikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untukmenghasilkan proses P&P yang berkesan.Mangantar Simanjuntak 1982: 72 • Kaedah berbentuk prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.Brown 1980:240 • “Methods, however are difficult to define. They manifest themselves in such varieties at time that the terms approach may be more accurately descriptive of these general moods. An approach is a general and theoretical view of how language ought to be taught, while a method includes a developed procedure for teaching.” 18
  • 19. Currie 1973 • “Usually, method is classified by the way we try to achieve the aim, thus we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the philosophy of our teaching task is a given subject in that it orientates us to the teaching. What we have described as teaching techniques are way in which, this philosophy is realised in actual class lessons.”KAEDAH STRUKTURALDefinisi Kaedah Struktural 19
  • 20. Kaedah struktural memberi tumpuan kepada sesuatu hasil sastera berdasarkanplot, perwatakan, latar belakang, tema, suasana, klimaks aksi memuncak,nada, fokus dan mood. Kaedah ini menegaskan pencerakinan karya sasteradari sudut pembinaan atau struktur karya. Aspek yang dikaji meliputi tema,persoalan, perutusan, pengajaran, plot, watak dan perwatakan, latar, gayabahasa dan sudut pandangan.pendekatan struktural ialah pendekatan yangmenekankan analisis karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya. Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sasterayang merupakan kaedah paling awal. Pengajaran dan Pembelajaran yangbertujuan memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya.Kaedah ini tidak mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera. Karyasastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek strukturdikaji, iaitu: tema persoalan latar plot sudut pandangan watak perwatakan gaya bahasa simbol / lambang bentuk Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktursesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedahinduktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karyasastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri,imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi dan pengalamankerohanian. Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas. 20
  • 21. Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika,artistic dan keunikan sastera dengan mengambil lira aspek inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi memahaman pelajarterhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsungdalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama danakhirnya terhasil karya yang padu.Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu: Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan. Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca. Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian.Sifatnya boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalahmakhluk yang aktif.Ciri-Ciri Kaedah StrukturalIa merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan sepertitema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dansebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Dalam P&P sastera,pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklahdiberikan perhatian. Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbingmencari dan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukanguru yang mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen strukturtersebut. Objektif tertentu elemen struktur sahaja yang diutamakan tanpamengambil kira aspek-aspek lain. Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebihdahulu sebelum pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itudijelaskan secara terperinci. 21
  • 22. Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun pelajardibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapiperbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan olehguru. Bahan bantu mengajar (BBM) tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemenstruktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan perbincangan ringkassahaja. Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi sahaja.Prinsip Kaedah StrukturalTerdapat beberapa prinsip teori yang patut difahami pengkritik, antaranya ;(a) Keseluruhan, iaitu melihat perhubungan antara struktur secara keseluruhan,bukannya terpisah.(b) Perkaitan; setiap satu struktur adalah berkait dengan struktur yang lain.Tanpa perkaitan ini tidak mungkin makna teks dapat ditemui.(c) Transformasi; makna terhasil daripada satu proses transformasi. temakemiskinan terhasil kesan daripada perhubungan pemilihan bahasa denganpersoalan.(d) Regulasi diri; stuktur bergerak dan berfungsi dalam lingkaran tekstual teks,bukannya akibat daripada pengaruh pengarang atau aspek- aspek di luar teks.(e) Binari oposisi; maka terhasil daripada setentangan duaan. 22
  • 23. KAEDAH GLOBALDefinisi Kaedah GlobalKaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnyaberdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan muriddan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacarakehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secarabebas.Ciri-Ciri Kaedah GlobalAda tiga bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedahini: (a) Aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan. (b) Aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara. (c) Aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan.Pelaksanaan Kaedah Global 23
  • 24. (a) Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru. (b) Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera. (c) Dalam suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:- (a) lakonan berasaskan gambar. (b) lakonan berasaskan skrip. (c) lakonan guna topeng (d) lakonan guna cerita berlagu.PELAKSANAAN KAEDAH STRUKTURAL DI DALAM BILIK DARJAH Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajar elemen-eleman yang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama,hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentangelemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepadawatak protagonist, antagnis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya,latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu.Jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi , sudut pandangan watak dansudut pandangan pandangan bawah sedar. Jenis perbualan seperti diolog,monolog dan multilog. Teknik penceritaan seperti imbas muka dan imbaskembali. Jenis plot seperti kronologi, antikrologi, plot mudah, plot kompleks dantanpa plot. Isi karya sastera iaitu persoalan, tema , pengajaran dan nilai.Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namuntidak begitu mendalam dari segi jankauan penjelasannya. Jika ingin melihatsesuatu unsur dengan lebih mendalam maka kaedah berfokus digunakan.Cara perlaksanaan di dalam bilik darjah: 24
  • 25. 1. Guru memilih satu aspek dalam karya berkenaan contohnya perwatakanatau tema.2. Aspek yang dipilih dikupas dengan lebih terperinci.3. Perincian yang lebih mendalam seperti definisi plot, urutan plot, jenis plotyang dimilik karya tersebut.4. Ujian topikal akan dibuat selepas berakhir pengajarannya Bersoal-jawab antara guru dan murid-murid. Setiap soalan perluperancangan terperinci supaya pendedahan para pelajar terhadap hal-hal yangingin diperkenalkan dan untuk ditanggapi terlaksana secara menyakinkan.Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah StrukturPermulaan: 1. Para pelajar diminta membaca cerpen “Ibu” dan membuat sinopsis ceritanya seminggu sebelum pengajaran dimulakan. Sinopsis cerita dibuat secara individu. 2. Guru turut membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan untuk mencari beberapa aspek dalam dalam cerpen seperti tema, persoalan, plot, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran yang boleh didapati. (a) Kumpulan 1 : Tema dan persoalan (b) Kumpulan 2 : Plot cerita (c) Kumpulan 3 : Teknik penceritaan (d) Kumpulan 4 : Watak dan perwatakan (e) Kumpulan 5 : Latar (f) Kumpulan 6 : Gaya bahasa, nilai dan pengajaran 25
  • 26. 3. Wakil kumpulan dikehendaki bentang hasil perbincangan pada hari P&P dijalankan. Gaya bahasa, nilai dan pengajaran. 4. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing di hadapan kelas pada hari P&P dijalankan. CERPEN “IBU”Pengarang : Shahnon AhmadSinopsisKisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper.Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang,panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukanaktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibutidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu.Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu,semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. SelepasCeper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadicetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibumenggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahunyang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. 26
  • 27. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Cepermasih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh keranaterpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masaitulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu.Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu danmenjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah.Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnyadibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumahmenjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagiwalaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.TemaKegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan. Ibu gigih mencari rezekidan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumberair kepada tanaman.Persoalan 1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan. Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya. 2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya. 3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam. Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.Plot 27
  • 28. Binaan Plot(i) PermulaanAku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yangbanyak berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih,tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktifbersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakalaCeper sama sahaja pada siang atau malam.(ii) PerkembanganKemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebatsehingga memusnahkan tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yangsambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir.Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetekakibat kemarau. Hal ini menyebabkan sawah-sawahnya kering , sumbermakanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telagasebagai sumber air. Setelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin tercemarakibat pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan akutelah pun berkeluarga dan mempunyai cucu.(iii) KlimaksIbu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakincetek, alirannya lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buanganberada di perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru ,plastik, dan sisa-sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telahmeninggal dunia. 28
  • 29. (iv) PeleraianSungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah.Aku dan isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceperdikatakan sudah mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunansampah tindih-menindih. Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupunmasih wujud tetapi sudah tidak berfungsi lagi.Teknik Penceritaan1. PemerianCeper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panahyang baru saja lepas dari busurnya.Dan pancutan itu menebuk tebing hinggamencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yangbercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumutyang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanahcahaya lampu.2. Dialog“Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita,awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”3. Imbas Kembali Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.Dia marah sangat kepadaCeper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas.Watak dan PerwatakanWatak UtamaIbu1.Cekap bekerja. 29
  • 30. Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuhsehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.2.Rajin .Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpabantuan suaminya yang menjadi kaki burung.3.Bermasyarakat.Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara dikampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.4.Kuat semangat.Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibutidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula.Watak SampinganAku1.Anak tunggal dalam keluarga.2.Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.3. Sudah berumah tangga4. Penyayang.Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masihmengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.5. Bertanggungjawab.Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh danayahnya yang tua.LatarLatar TempatSungai Ceper 30
  • 31. 1. Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat.2. Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya.3. Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap.Latar Masa1. Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu.2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudahtidak dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku danisteri.3. 40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.4. Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.5. Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas.Latar Tempat1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah.2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja.3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan.4. Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau.5. Rimba belantara - tempat bapa berdenak ketitir.6. Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat sumber air.Latar Masyarakat1. Masyarakat petani Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga akumewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakantanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut. 31
  • 32. 2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup. Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Cepermelimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawahketika musim kemarau.3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimbasehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.Gaya Bahasa1. Kata ganda - kehijauan-hijauan2. Simpulan bahasa - naik angin3. Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikanbatang pisang4. Personifikasi - ….kudengar ngauman Ceper5. Hiperbola - …Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuhtanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebingNilai1. Nilai bertanggungjawab. Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkanoleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupankeluarganya.2. Nilai kegigihan. Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerjamenyara keluarga.3. Nilai kesabaran. Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikanperhatian terhadap kebajikan keluarga. 32
  • 33. Pengajaran1. Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar merekatidak hidup dalam kesusahan.2. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlakuperselisihan faham antara suami dengan isteri.3. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan merekaterpelihara.4. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akanmembawa keburukan kepada masyarakat.Perkembangan:Guru mengemukakan soalan demi soalan yang dijawab oleh pelajar-pelajarsatu persatu.Soalan-soalan yang sesuai:1. Apakah tema cerpen ini ?2. Apakah persoalan yang cuba ditonjolkan di dalam cerpen ini ?4. Mengapakah penulis mengumpamakan ibunya seperti Sungai Ceper?5. Apakah pengajaran yang boleh didapati daripada cerpen “Ibu”?6. Bagaimanakah keadaan Sungai Ceper sekarang?7. Huraikan watak “aku” seperti yang terdapat di dalam cerpen ini.8. Soalan-soalan daripada aspek gaya bahasa, atau unsur-unsur bahasadalam cerpen ini boleh juga disoal.Penutup 1. Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja untuk memastikan objektif tercapai.Kesimpulan 33
  • 34. Berdasarkan analisis yang telah disenaraikan berdasarkan cerpen “Ibu”di atas, kesimpulannya ialah kaedah struktural memberi tumpuan kepadasesuatu hasil sastera berdasarkan tema, plot, persoalan, perwatakan, latarbelakang, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Kaedah ini menegaskanpencerakinan karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya.Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajar elemen-elemanyang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpenboleh diajar melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak danperwatakan. Dari segi ,latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latarbudaya, dan latar waktu. Jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi ,sudut pandangan watak dan sudut pandangan pandangan bawah sedar. Jenisperbualan seperti diolog, monolog dan multilog. Kaedah ini melihat semuaunsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak begitu mendalam darisegi jangkauan penjelasannya. Oleh yang demikian, maka guru boleh menggunakan kaedah ini di dalamkelas ketika mereka mengajar sastera yang melibatkan kaedah pemahamanteks. Kaedah ini didapati amat sesuai digunakan kerana di dalamnyamempunyai pelbagai jenis kemahiran sastera yang perlu dikuasai oleh murid-murid untuk membolehkan mereka cemerlang di dalam pelajaran ini di sekolah.Jadi , guru perlu menggunakan kaedah yang sesuai supaya pelajaran saterasentiasa menarik dan tidak menjemukan murid. 34
  • 35. 35
  • 36. RUJUKANArba‟ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn Bhd.Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Che Zainon Omar et.all (2005), Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Tingkatan 4-5, Kuala Lumpur: DBPHarun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hashim Awang, Othman Puteh, Ramli Isin, Sahlan Mohd Saman, (1985) Mendekati Kesusasteraan Melayu, KL: Fajar BaktiKamarudin Hj. Hussin (1988 ), Pedagogi Bahasa – Perkaedahan, Selangor, Subang : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kamarudin Hj. Hussin (1998 ), Kaedah Pengajaran Kesusasteraan, Selangor, PJ: Fajar Bakti.Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam, (1985) Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Selangor, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn. Bhd.Safiah Osman, (1990) Membaca Satu Pengenalan , K.L.: Berita Publishing Sdn. Bhd.Siti Hajar Abdul Aziz,(2009), Bahasa Melayu 2, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.__________________ (1983), Pedagogi Bahasa, Selangor, Petaling Jaya: Siri Longman Sdn. Bhd._________________( 1994) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 36
  • 37. 37

×