Bahasa dan pembinaan bangsa di sesebuah negara amat penting dititikberatkan agar dapat
membina bangsa Malaysia yang harmon...
Kebiasaannya peluasan bahasa Inggeris wujud melalui kelompok manusia dan negara
yang menggunakannya. Tetapi perluasan ters...
Kemaraan bahasa Inggeris yang dicetuskan mengundang kemarahan serta penentangan
daripada elit budaya dan sastera Melayu ya...
merupakan sebuah negara yang makmur dan berbilang kaum. Pelbagai pengalaman yang
dihadapi dalam mewujudkan hasrat untuk be...
penguasaan bahasa, ia tidak seharusnya menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan iaitu bahasa
Melayu.
Gagasan ketiga diangga...
bahasa asing seperti Arab, Mandarin, Rusia, Jepun, Farsi dan Hindi dianggap amat penting dan
strategik bagi melindungi dan...
Lebih membanggakan lima Negara baru iaitu Slovenia, Estonia, Finland, Tajikistan dan
Latvia memasuki senarai peserta terba...
Kepelbagaian itu sewajarnya berada di dalam penerimaan segenap lapisan rakyat. Di
Malaysia, keturunan Cina dan India mempu...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Bahasa dan pembinaan bangsa

1,878 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,878
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
56
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bahasa dan pembinaan bangsa

  1. 1. Bahasa dan pembinaan bangsa di sesebuah negara amat penting dititikberatkan agar dapat membina bangsa Malaysia yang harmoni dan makmur. Secara umumnya, bahasa didefinisikan sebagai satu set simbol piawaian dan pengetahuan mengenai kombinasi simbol yang membentuk urutan kata, ayat dan teks untuk menyampaikan mesej. Bahasa merupakan alat pemikiran dan perhubungan sosial serta alat pembinaan budaya dan tamadun disamping memudahkan interaksi antara satu sama lain. Bahasa, kepelbagaian dan pembinaan bangsa atau nasion wujud di negara Malaysia yang berbilang etnik, bahasa dan budaya. Penguasaan satu atau lebih bahasa bergantung pada saiz dan kekuatan sesebuah negara. Sebagai contoh, Amerika Syarikat merupakan sebuah negara monolingual, atau menguasai satu bahasa saja dan bahasa yang mereka kuasai iaitu bahasa Inggeris yang telah berkembang menjadi bahasa global dan bahasa yang terpenting di dunia sejak sekian lama. Pelbagai persoalan yang timbul dalam membincangkan bahasa dan pembinaan bangsa di negara Malaysia. Ini kerana kebimbangan terhadap status bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu yang menjadi saluran pembinaan bangsa dan pemodenan negara serta kebangkitan hebat Bahasa Inggeris yang berlaku di era globalisasi kini. Ia turut mempersoalkan penerimaan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa global, kedudukan dan peranan bahasa kebangsaan dalam pembinaan bangsa dan pemodenan tidak harus diperlekehkan. Menjawab terhadap persoalan-persoalan tersebut, bahasa Inggeris wajar diterima dalam arus zaman sekarang. Secara umumnya, bahasa Inggeris penting sebagai satu bahasa bersama iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi perantaraan yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk pelbagai guna. Tambahan lagi, bahasa Inggeris perlu juga diutamakan kerana bangsa Malaysia masih belum menguasai keseluruhan ilmu. Ilmu yang terkini tidak didapati dalam bahasa ibunda. Harus ditekankan tidak ada niat untuk memperkecilkan bahasa Melayu mahupun mengagungkan bahasa Inggeris. Cuma hakikatnya, bahasa Inggeris adalah satu kemestian untuk kemajuan tamadun Malaysia. Sering sekali kita cuba mengambil contoh negara-negara maju seperti Jerman dan Jepun yang boleh menggunakan bahasa ibunda pada pendidikan peringkat tinggi. Tetapi kita lupa bahawa negara-negara tersebut telah awal lagi mendahului perkembangan sains dan teknologi sehingga seiring dengan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris.
  2. 2. Kebiasaannya peluasan bahasa Inggeris wujud melalui kelompok manusia dan negara yang menggunakannya. Tetapi perluasan tersebut bergantung pada kedudukan yang berbeza- beza dari segi kekuatan ekonomi, kekuasaan politik dan pengaruh budaya. Bahasa Inggeris mencapai kedudukan yang unggul dan tidak tercabar dalam tempoh dua abad hasil daripada keunggulan hegemoni Pax Britannica dan kemudian Pax Americana. Hegemoni bahasa Inggeris terus berkembang seiring dengan kekuatan ekonomi empayar British. Walaubagaimanapun, isunya bukanlah semata-mata soal penguasaan bahasa Inggeris tetapi yang penting makna disebalik penguasaan itu. Walaupun penguasaan bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa global, kedudukan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu tidak akan terjejas. Ini dapat dilihat apabila bidang pendidikan kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah dan universiti awam serta dalam melahirkan generasi baru yang mahir dan terdidik dalam bahasa tersebut. Di samping itu juga, bahasa Melayu dilembagakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Pelbagai program dan aktiviti disusun dan dikembang bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu seperti deklamasi puisi kepada pertandingan syarahan, daripada minggu bahasa kebangsaan kepada bulan bahasa kebangsaan, daripada mencipta istilah kepada projek terjemahan dan sebagainya. Usaha penterjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu turut dilaksanakan bagi memastikan masyarakat dapat mempelajari dan menguasai bahasa tersebut. Tambahan lagi, pelbagai badan didirikan dengan misinya untuk kemajuan bahasa Melayu dan mempunyai Dewan Bahasa Dan Pustaka sebagai pelaksana bagi pihak pemerintah dan rakyat serta organisasi-organisasi yang mempunyai matlamat yang sama dalam memartabatkan bahasa Melayu. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengiktiraf Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan dan menerima sebulat suara dan hati terhadap pemakaian bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara kita. Di Malaysia, terdapat dua jenis golongan elit iaitu elit berkuasa dan elit bahasa yang mempunyai perjuangan yang berbeza di antara kedua-dua tersebut. Elit berpendidikan Inggeris yang menguasai negara dan jentera pentadbiran merupakan golongan yang mengambil alih kuasa manakala elit budaya dan sastera Melayu yang mempunyai kuasa ke atas negara dan jentera pentadbiran merupakan para pejuang Melayu. Masing-masing dengan pendirian bagi mempertahankan penguasaan bahasa-bahasa tersebut.
  3. 3. Kemaraan bahasa Inggeris yang dicetuskan mengundang kemarahan serta penentangan daripada elit budaya dan sastera Melayu yang menganggap kemaraan sedemikian sebagai mengkhianati agenda nasionalis. Tetapi apa yang dapat dilihat, pendidikan Inggeris merupakan bahasa ilmu pengetahuan, khususnya dalam sains dan teknologi. Ia juga merupakan prasyarat bagi melonjakkan Malaysia dalam arena persaingan global. Seseorang tidak akan menjadi kurang nasionalis dengan menguasai bahasa lain kerana bahasa Melayu akan dihormati dan orang lain secara sukarela mempelajari bahasa Melayu. Ini disebabkan orang Melayu sudah menjadi kuat dari segi ekonomi. Malahan, bahasa Melayu akan semakin berkembang kerana ini dapat dilihat apabila korpusnya sudah banyak diperkayakan dengan sistem ejaan untuk diseragam serta diguna oleh rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam memenuhi tuntutan dan cabaran zaman baru perlu diambil kira dalam persaingan hebat yang diberikan oleh kemaraan bahasa Inggeris. Sebelum itu, kita perlu memahami secara jelas perbezaan di antara pembinaan bangsa dan pembinaan negara. Sebagai contoh pembinaan negara di Malaysia semakin maju dan menjadi sebuah negara yang membangun serta dilengkapi dengan pelbagai institusi kekuasaan yang menyeluruh dari segi sistem politik yang relatif stabil, sistem undang-undang yang moden dan diyakini, sistem pertahanan dan keselamatan yang cekap, mekanisme pengutipan cukai yang dinamik, serta rangkaian mekanisme yang memastikan ketelusan, akauntabiliti dan usaha memerangi jenayah rasuah dilembagakan. Proses pembinaan bangsa atau nasion dengan pembinaan negara berlaku secara tidak sama. Berlainan dengan negara, suatu bangsa atau nasion adalah suatu kelompok manusia yang terbentuk dalam sejarah yang berkongsi ruang sosiopolitik dan ekonomi yang sama dalam masa panjang. Pembinaan bangsa merupakan usaha pembinaan manusia, bukannya pembinaan institusi kuasa semata-mata. Tambahan lagi, ia juga salah satu usaha membawa warga yang pelbagai itu yang menghuni wilayah sosiopolitik dan ekonomi bersama supaya mereka mempunyai komitmen kepada nasib masa depan yang dikongsi bersama. Kepelbagaian etnik, budaya, bahasa dan agama bukanlah punca koflik, pertentangan dan huru-hara tetapi yang menjadi punca masalah berkaitan dengan prasangka yang tebal, sikap yang cauvinis, fahaman agama yang sempit, dasar berat sebelah dan tidak berpandangan jauh serta cara pengurusan yang tidak sensitif terhadap kepelbagaian kaum dan agama. Malaysia
  4. 4. merupakan sebuah negara yang makmur dan berbilang kaum. Pelbagai pengalaman yang dihadapi dalam mewujudkan hasrat untuk bekerjasama dan bersatu di bawah satu bendera yang sama. Pembinaan bangsa di Negara Malaysia perlu dititikberatkan agar rakyat Malaysia dapat membentuk perpaduan yang kukuh di antara satu sama lain. Pada zaman sekarang wujudnya satu set realiti yang baru kerana kemunculan kesedaran dalam kalangan rakyat yang meluas tentang hak pelbagai kaum dan tuntutan untuk keadilan dan dan persamaan. Jesteru, seiring dengan realiti tersebut, terdapat beberapa gagasan yang bersaing mengenai bangsa dan menangani perbezaan gagasan-gagasan ini dengan baik agar suatu konsensus baru mengenai bangsa Malaysia dapat dibentuk di negara Malaysia. Terdapat lima gagasan yang boleh dibezakan secara analitis. Antaranya gagasan yang pertama yang mewujudkan Bumiputera di mana bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting kerana ia dianggap sebagai wahana kearah pembangunan, daya saing, kemakmuran dan kemajuan yang lebih tinggi. Kedua ialah nasion yang sama asasnya sama iaitu Bumiputera tetapi gagasan ini menjadikan bahasa Melayu sebagai identiti pentakrif nasion itu. Gagasan yang ketiga mewujudkan bahawa nasion itu harus subur dalam imaginasi subjektif warga tanpa mengira kaum, akan tetapi imaginasi itu disemai oleh pengertian dan pengakuan tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia serta bahasa rantau ini, di samping menghormati dan mengembangkan bahasa dan budaya lain. Keempat ialah pandangan yang disebut oleh para penganjurnya sebagai civic nation, yakni nasion yang tidak berasaskan mana-mana kaum dan nasion ini menganjurkan kebebasan dan persamaan antara semua kaum atas nama demokrasi dan hak asasi manusia. Akhir sekali gagasan tentang nasion Islam yang dianjurkan oleh golongan Islamis. Berdasarkan kelima-lima gagasan yang disebutkan di atas, gagasan yang paling sesuai serta adil dilaksanakan ialah gagasan ketiga. Gagasan ketiga menunjukkan pelbagai kaum perlu mewujudkan kesedaran dalam menguasai satu atau lebih bahasa seperti bahasa Melayu, Inggeris dan tidak juga lupa sekurang-kurangnya satu lagi bahasa mana-mana satu kaum di Malaysia iaitu Mandarin, Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Melalui penguasaan bahasa yang pelbagai, anggota bangsa Malaysia boleh berbangga dengan diri sendiri di atas kebolehan multilingual, ataupun setidak-tidaknya bilingual. Walaupun bahasa Inggeris turut ditekankan dalam
  5. 5. penguasaan bahasa, ia tidak seharusnya menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Gagasan ketiga dianggap munasabah kerana ia memberi pelbagai kebaikan serta kekuatan yang telah terbentuk di Malaysia dalam masa yang lama dan ramai rakyat negara ini boleh menggunakan dalam darjah yang berbeza-beza beberapa bahasa seperti Melayu, Mandarin, Tamil, Orang Asli, Iban, Kadazan, dan juga Inggeris. Pendekatan ini menyumbang kepada proses pembinaan nasion yang lebih inklusif dan demokratik tanpa mana-mana kelompok etnik tersisih ataupun terpinggir. Sejarah pembinaan sesuatu bangsa menunjukkan bahawa ia harus berlaku secara evolusi melalui proses yang natural, bukannya secara pentadbiran dan paksaan. Jesteru, ia memerlukan masa yang agak panjang dengan persekitaran politik, ekonomi, social dan budaya positif dan mendorong proses pembinaan bangsa tersebut. Realiti Malaysia sebuah negara pelbagai kaum, etnik, agama, budaya, bahasa dan warisan dianggap begitu menyukarkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Keunikan situasi ini jarang terdapat di negara-negara lain. Sungguhpun begitu kejayaan Malaysia membangunkan kemakmuran ekonomi dan membina bangsa dengan kesejahteraan sosial dan kedamaian hidup dikagumi timur dan barat. Perpaduan tidak mungkin dibina atas tapak-tapak perbezaan. Jika perbezaan kekal menjadi teras perjuangan seperti perjuangan bahasa-bahasa tersebut, maka selama itu perpaduan bangsa Malaysia akan sukar dicapai. Perpaduan perlu dibina di atas tapak- tapak persamaan dan prinsip-prinsip kesatuan. Sebagai sebuah negara bangsa, perpaduan negara Malaysia dipupuk melalui kecintaan negara dengan semangat patriotisme. Pembinaan bangsa yang cemerlang perlu mementingkan penglibatan semua kaum sebagai pesertanya dan gagasan ini tidak seharusnya meminggirkan mana-mana kaum manakala tempat yang sewajarnya patut diberikan kepada bahasa dan budaya mereka. Dalam menjayakan gagasan ini menjadi suatu kenyataan, beberapa perubahan yang perlu ke atas sistem pendidikan di samping menggalakkan usaha di kalangan rakyat untuk mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa sendiri. Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar terhadap kekurangan sesetengah rakyat Amerika Syarikat yang hanya mengetahui satu bahasa sahaja. Sebagai contoh kesedaran terhadap penguasaan bahasa-bahasa lain timbul di kalangan rakyat Amerika Syarikat selepas Peristiwa 11 September 2001 dimana penguasaan bahasa-
  6. 6. bahasa asing seperti Arab, Mandarin, Rusia, Jepun, Farsi dan Hindi dianggap amat penting dan strategik bagi melindungi dan memajukan kepentingan keselamatan negara besar itu. Gagasan 1Malaysia yang cuba direalisasikan sebagai wadah utama pembangunan negara menuju tahap negara maju pada tahun 2020 adalah sesuatu yang bertepatan dengan kehendak Islam. Sifat kehidupan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT secara berbeza keturunan, etnik, budaya dan latar belakang secara alami adalah cabaran yang wajib manusia laksanakan untuk mendekatkan diri antara satu sama lain. Manusia perlu berkongsi aspirasi dan keperluan itu tidak terdapat dalam semua orang, maka dari situlah proses perkenalan, perundingan dan persefahaman menentukan arah yang perlu dilaksanakan. Hal ini selaras dengan kandungan al- Quran yang menjadi pegangan dan keyakinan utama masyarakat Islam. Berdasarkan perbincangan di atas, kita dapat merumuskan kepelbagaian bahasa dan pembinaan bangsa atau nasion di Malaysia dapat dibentuk dengan adil serta saksama jika manusia memahami keperluan antara satu sama lain termasuklah dalam pembinaan negara. Penerimaan bahasa Inggeris perlu di kalangan rakyat Malaysia sebagai bahasa global tanpa menjejaskan menjejaskan status bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu yang menjadi saluran pembinaan bangsa. Sebagai warganegara, setiap orang wajib berbahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi antara rakyat tetapi juga alat perpaduan. Oleh itu, semua peringkat pelajaran dan pendidikan, bahasa Melayu adalah bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Perlu disedari bahawa Perkara 152 tidak pula menghalang bahasa-bahasa kaum atau keturunan lain digunakan. Sebagai contoh di Malaysia tidak terdapat tindakan yang diambil seperti itu oleh Pemimpin Malaysia kerana para pemimpin Malaysia mengamalkan sikap toleransi, kesederhanaan, demokratik dan menghargai kehadiran dan kewujudan kaum-kaum lain di negara ini. Malah di sebuah negara jiran, sekolah Cina tidak dibenarkan lantaran dikhuatiri berkembang ideologi lain daripada ideologi negara berkenaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila penerimaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sebagai antara bahasa utama di dunia jelas terlihat dengan penyertaan masyarakat dunia dari 54 negara dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) yang memasuki edisi kelima pada tahun ini.
  7. 7. Lebih membanggakan lima Negara baru iaitu Slovenia, Estonia, Finland, Tajikistan dan Latvia memasuki senarai peserta terbaru. Perkembangan ini amat membanggakan sebagai pengiktirafan Bahasa Kebangsaan berjaya memikat hati orang bukan Melayu untuk menjadi juadah lisan mereka. Bahasa Malaysia perlu terus menjadi bahasa rasmi Negara kita selama- lamanya kerana bahasa kita telah diiktiraf oleh masyarakat dunia semenjak zaman-berzaman. Dan dalam menangani isu pembinaan bangsa dengan jayanya, gagasan diwujudkan agar dapat menyatukan perpaduan bangsa Malaysia. Kita tidak memaksa kehendak satu kelompok kepada kelompok yang lain. Tetapi kita saling berinteraksi dengan baik. Saling menghormati pendapat orang lain. Oleh sebab itu dalam al-Quran juga kita dapati bahawa kedamaian adalah salah satu tujuan dari kehidupan manusia di bumi ini. Dalam Surah Hud ayat 118 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengkehendaki, tentulah ia menjadi umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” Kalau Tuhan mahu, dengan mudah sekali akan menciptakan manusia semua dalam satu kelompok, monolitik dan satu agama, tetapi Allah tidak mengkehendaki hal tersebut. Tuhan ingin memberi cabaran kepada manusia agar membina realiti kehidupan melalui perbezaan dan perkongsian dalam satu matlamat yang jelas, iaitu tata kehidupan sejahtera dan harmoni. Maka kita haruslah menghargai pendapat orang lain, kerana dia berbeza dengan kita. Itulah yang kita inginkan di Malaysia ini, iaitu adanya hormat terhadap pendapat orang lain, dan inilah erti demokrasi. Masyarakat manusia dicirikan oleh kepelbagaian dalam bangsa dan bahasa. Jesteru, usaha secara sedar untuk mempelajari bahasa-bahasa lain menjadi fenomena yang semakin penting dalam kehidupan seharian kita. Walaupun, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semangat perpaduan dan persefahaman tetap wujud dan ini terbukti dengan lahirnya falsafah yang dipegang selama ini di Malaysia iaitu ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ dan ‘meraikan kepelbagaian’. Lima matlamat penting dalam Rukun Negara iaitu mencapai perpaduan yang lebih erat, memelihara cara hidup demokratik, membina masyarakat yang adil, menjamin cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya raya dan pelbagai corak, serta membina masyarakat yang progresif melalui penghayatan dan pengamalan lima prinsip Rukun Negara juga dirumuskan berasaskan falsafah menghormati dan meraikan kepelbagaian.
  8. 8. Kepelbagaian itu sewajarnya berada di dalam penerimaan segenap lapisan rakyat. Di Malaysia, keturunan Cina dan India mempunyai ciri budaya, bahasa, adat resam, agama, kepercayaan, warisan seni masing-masing. Nilai-nilai hidup yang terbaik bersifat universal akan dipupuk menjadi nilai-nilai nasional. Penerimaan apa yang terbaik daripada bangsa induk Melayu dan suku bangsa serumpunnya dan menyaring nilai-nilai budaya positif masyarakat Cina atau India boleh dilakukan untuk tujuan perkongsian nilai-nilai bersama. Malahan sebahagian unsur-unsur warisan budaya kaum itu sudah terserap ke dalam kebudayaan nasional di bidang bahasa, pakaian, makanan, kesenian dan sebagainya. Perpaduan kaum adalah tunjang kekuatan dan kemakmuran Malaysia. Jika tunjang ini ditetak-tetak selalu, akhirnya ia akan musnah. Begitu juga dengan perpaduan kaum, jika tidak dipelihara, kesan kemusnahannya sukar untuk dipulihkan seperti dahulu. Sebab itu berulang- ulang kali pemimpin negara mengingatkan kita supaya pertahankan perpaduan kaum. Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengingat tentang sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan. Pada hakikatnya, kejayaan dan kemakmuran negara ini sepanjang 52 tahun merdeka adalah hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua lapisan masyarakat. Kita jangan lupa tentang keunikan yang kita miliki ini. Negara yang lebih dahulu merdeka daripada kita pun tidak mencapai kejayaan seperti yang kita nikmati sekarang. Sebab itu kita perlu berhati-hati dan berwaspada terhadap anasir-anasir yang sengaja dan berusaha untuk memecah-belahkan perpaduan masyarakat majmuk negara ini. Kerana mereka tahu, formula perpaduan kaum inilah menjadi rahsia kekuatan dan kejayaan Malaysia. Adalah tanggungjawab kita semua untuk menentukan kemakmuran dan kestabilan Malaysia.

×