Your SlideShare is downloading. ×
Hw anis
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
6,340
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
24
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. TEMA 11Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan * mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia,misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah,pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya. * memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara. * memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi , perhubungan,pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan dan sebagainya. * meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun,menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong. * menawarkan pakeh pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancongluar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita.Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara-Kesan Positif * dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negarakita * dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk tempatan-mengurangkan pengangguran * dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasilkraftangan, seramik, dan sebagainya. * dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat * dapat menyemaikan perasaan akan negara dalam kalangan rakyat * dapapt memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong darinegara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia serta meningkatkanimej negara di mata dunia-Kesan Negatif * mencemarkan kebudayaan masyarakat tempatan- pelancong menyebarkan budaya kuningyang mudah mempengaruhi golongan remaja * penduduk tempatan mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang -contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahalkerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yanglebih mahal * menular penyakit AIDS- penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun1990 * beban perbelanjaan kerajaan meningkat- berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaanterpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihandan menampung kos hidup penagih dan pesakit * membazirkan wang- untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuanpromosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya * masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta danberhibur- dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia
  • 2. Perkembangan Industri Pelancongan * kemudahan infrastruktur ditambah- misalna lapangan terbang dan kedai bebas cukai-tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan * kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong -contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempatperkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagaitempat yang ebrsejarah kepada pelancong
  • 3. TEMA-11 Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semulajadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikanindustri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itudieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negarakita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai dayatarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi asetpenting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Keseniandan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjaditanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapatbahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih ramaipelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini. Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahanprasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjungke sesebuah negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajarmemperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untukmemudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancongyang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu,kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapabuah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmatikeindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesansekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakanperkhidmatan pengangkutan tersebut. Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadifaktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahanpenginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akantinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, ini akan mendorongseseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini, sekali gus membolehkan negaramemperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yangtumbuh seperti cendawan di bandar atau desa di seluruh negara membuktikan kesungguhannegara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahanpenginapan harus juga mengambil kirakadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajarmenyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini,khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yangmenguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti pamflet,buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selainitu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam nternet juga merupakan cara terbaikuntuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi olehpelancong aging. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita padadinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabitdalam nenarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkapsampai ke pengetahuan )elancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita padasuatu hari kelak.
  • 4. Kepelbagaian kebudayaan dan adat regaIn penduduk tempatan juga dapat menarikramai pelancong iatang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jeniskebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampumenghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yangbaru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatutempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dankebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yangberkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik dinegara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan denganrnemperkemas persembahan yang sedia ada. Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukanoleh LPPM dalam usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagaiaktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia danacara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesanmemperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negaramembuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam rnenarik pelancong.Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramaipelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran matawang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupunterpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan. Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalamusaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkankaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besarsejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Harapan saya,tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kitakepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya.Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utamakepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional.
  • 5. TEMA-10Pengenalan Gayong“..KERIS KU HUNUS, TANGAN KU JULANG..”Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsaMelayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudurdan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri dikawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau,Sumatera. Di Sumatera, sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat.Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14) untukmemperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abadke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaansenjata disertakan.Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka.Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahajadiberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuanrakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (BapaPersilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di GunungLedang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitusejak pemerintahan Sultan Mansur Syah. Ketika pendudukan Portugis, hulubalang-hulubalangMelaka telah melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayonginilah yang digunakan ketika menentang Portugis.Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, hulubalang-hulubalang Melakaterpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Selepas itu,mereka mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan Kepulauan Melayu unutkmencari perlindungan. Dengan cara inilah Silat Seni Gayong telah berkembang denganmeluas, terutama di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yangbertanggungjawab menghidupkan kembali kesenian lama ini di Tanah Melayu.Ada satu riwayat masyhur berkenaan tujuh anak raja Bugis yang amat ditakuti dan dihormatidi seluruh Makasar, Riau, Siak dan pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dankeperkasaan mereka yang tiada tertanding ketika itu. Mereka telah belayar menjelajah keserata Kepulauan Melayu untuk mencari penempatan baru. Salah seorang daripada merekaialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Beliaumerupakan moyang kepada Dato’ Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. SyedZainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawanberketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.
  • 6. Sejarah Silat Seni Gayong“seGAYONG, seGENGGAM, sePADU”Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman binUda Mohd.Hashim. Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainalbin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng AmbokSolok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera. Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan SyedZainal mengikut ceritanya telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buahkeras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia.Di Pulau Temiang, yang berdekatan dengan Pulau Bangka, rombongan mereka telah bertemudengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkanilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankantanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembalilagi ke Pulau Temiang setelah selesai menjalankan amanah Sultan. Dalam perjalanan pulangke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau,Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yangdijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada DaengAmbok Solok.Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dantelah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukanpenjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau.Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu:Tapak Gayong(permulaan tapak silat),Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong),Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata),Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang),Seni Yoi (buah pukulan),Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), danSeni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggidalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti(Tingkatan I – VI).
  • 7. TEMA-9 Kerjaya. Semua orang tentu mempunyai aspirasi kerjaya masing-masing. Ia sebuah aspek yang amat penting dalam kehidupan seseorang itu. Ia menentukan kejayaan seseorang dalam hidup ini. Jadi, seseorang itu haruslah memilih kerjaya yang baik untuk dirinya. Untuk berjaya dalam sesuatu kerjaya, seseorang harus mempunyai minat dalam kerjaya itu. Tidak gunanya memilih sesuatu kerjaya yang tidak diminati. Dan juga seseorang itu tidak perlu membuang masa untuk menukar kerjaya atau sebagainya. Bagi saya, saya meminati bidang forensik. Saya telah meminati bidang ini sejak saya berumur 11 tahun. Saya mengetahui tentang adanya bidang kerjaya ini apabila saya menonton siri televisyen ‘CSI’. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pakar forensic bila saya dewasa kelak. Ruang lingkup kerjaya ini ialah mengkaji tubuh mayat. Ia sama juga seperti seorang koroner. Seorang pakar forensic diberi tugasan penentuan identifikasi mayat. Kerja ini boleh dibuat dengan mengkaji tulang-tulang dan tengkorak. Sekarang pemeriksaan forensik lebih berkembang dan lebih luas. Ini kerana kes-kes pembunuhan lebih kompleks berbandingkan dahulu. Identifikasi rangka ataupun sisa tubuh penting untuk mendapatkan infomasi yang penting supaya pembunuh dapat diberkas. Sekarang, teknologi amat canggih. Dengan menggunakan mesin-mesin yang tertentu seorang pakar forensic boleh menggunakan sesisa kulit daripada jasad orang yang dibunuh dan boleh mendapatkan infomasi yang tertentu. Infomasi ini ialah seperti perkiraaan umur mereka, bentuk tubuh ataupun pertalian ras. Seorang pakar forensik juga boleh mendapat tahu perkiraan waktu kematian dan penyebab kematian. Untuk menjadi seorang pakar forensik, saya harus mempunyai kemahiran am iaitu biologi. Ia amat penting kerana saya harus mengetahui dengan lebih lanjut tentang subjek itu. Kemahiran khususseperti osteologi ataupun dentisi juga penting. Dengan kemahiran khusus ini saya boleh mengenalpasti jasad-jasad dengan tulang ataupun gigi mereka. Osteopologi perlu kerana ia penting untuk memastikan bahawa tulang yang mungkin dijumpai itu ialah manusia ataupun bukan. Saya harus bermula bersedia sekarang supaya saya boleh mencapai aspirasi saya untuk menjadi seorang pakar forensik. Langkah pertama ialah untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin pangkat ‘A1’ untuk
  • 8. peperiksaan peringkat ‘O’ saya. Jika saya berjaya mendapatkan keputusan yang diingini saya, akan senanglah untuk diterima politeknik ataupun maktab rendah yang menawarkan kursus yang diingini. Saya lebih selesa jikalau saya diterima politeknik daripada maktab rendah. Saya rasa politeknik menawarkan lebih banyak pengalaman daripada maktab rendah. Walaupun lebih senang untuk belajar di menara gading jika saya ke maktab rendah, saya akan tetap memilih untuk belajar di politeknik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bidang forensik, saya boleh mencari artikel-artikel di internet ataupun boleh mengujungi ke perpustakaan untuk mencari buku-buku tentangnya.Manfaat peribadi kerjaya ini ialah gajinya boleh dikatakan lumayan juga jika seseorang itu betul-betul mahir dalam kerjaya ini. Kes-kespenjenayahan boleh mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Jadi jika sebuah kes yang amat rumit dapat diselesaikan, seseorang itu akan berasa bangga dengan kejayaannya dan berasa puas hati kerana kerja kerasnya berhasil. Seorang pakar forensik berpeluang untuk memberikan banyak sumbangan kepada negara mereka. Kerana kerja merekalah, para pembunuh dapat diberkas dan mereka dapat membuat negara mereka lebih selamat.
  • 9. TEMA-5Punca-punca Pencemaran Udara • Punca Pencemaran Udara1. PENDAHULUANBumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alamsemulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dansebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai kaedah semulajadi bagi menanganipencemaran semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrianmahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampulagi memikul beban pencemaran tersebut.2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNANPerkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanyaelektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telahmenyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahankimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yangberasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yangmengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawabmencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar,terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkanboleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara,pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akanmengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipasekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyiyang tinggi.3. KENDERAAN MOTORMasyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dankeretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampirkesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyibising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amatbergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahapteknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan,kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaanpengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalamtahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali gandaberbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun denganmeningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahanpengangkutan awam yang cekap.
  • 10. 4. PENJANAAN KUASAHampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli,minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysiamenjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensionalmanakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.5. AKTIVITI HARIANIsi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin danperkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahajamenggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecairpenyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnyamenipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFCjuga adalah punca pencemaran udara.6. PEMBAKARAN TERBUKAPembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikeljelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah puncajerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahajamenghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora disekitarnya.
  • 11. TEMA-7Peranan Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Kepimpinan NegaraPendahuluan Kepimpinan mahasiswa diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasatanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Ia juga dikatakan sebagai medan latihan sebelumterjun ke medan sebenar. Apa pun yang mahu disampaikan dalam pembentangan ini adalah berkaitanPeranan Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Kepimpinan Negara. Negara kita diakui mempunyai kepelbagaian kaum yang cukup berbeza dengan diakuikeunikan dan keindahan kerana kekuatan perpaduan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang, kaum, pegangan agama, kebudayaan dan lain-lain yang menjadikan antara negara unik didunia ini. Dalam sedar ataupun tidak, golongan belia (mahasiswa) kini merupakan kelompok terbesardalam populasi masyarakat di Malaysia – ia informasi baik untuk masa depan negara keranamempunyai banyak tenaga, idea serta penggerak muda yang akan meneruskan agenda pembangunanNegara. Menurut perangkaan, 9.8 juta daripada 24 juta rakyat Malaysia berada dalam julat umur antara15 hingga 40 tahun, dan 46 peratus daripadanya berada dalam lingkungan usia antara 15 hingga 24tahun.Persediaan Mahasiswa Bergelar Pemimpin NegaraJadikan Diri Orang BerilmuDalam perkembangan dunia sekeliling ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amatberharga. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana kehidupan yanglebih baik dan sempurna. Justeru generasi mahasiswa tidak boleh tertinggal dan terpengaruh dengangejala yang hanya menyekat kemaraan bagi meneruskan pencarian ilmu. Ilmu itu perlu dicari dandifahami dengan sebaiknya. Ilmu itu tidak akan bermakna jika ia tidak disertakan dengan pemahamanyang mendalam mengenainya. Kenapakah kita memerlukan generasi yang berilmu, kerana dalam melaksanakan setiapperubahan dan menangani perkembangan semasa, ilmu berperanan sebagai pengimbang dalammemberikan panduan kehidupan. Tanpa ilmu pengetahuan yang disertai dengan pemahaman tidakmungkin akan dapat kita perolehi sesuatu perubahan dan pembaharuan yang lebih baik dan sempurna. Kita juga akan dihormati kerana faedah dan juga manfaat ilmu itu sendiri. Ilmu yang dapatmengangkat kualiti dan kebaikan kehidupan adalah ilmu yang dapat dimanfaatkan.
  • 12. Keikhlasan Dalam MemimpinKeikhlasan amat penting dalam menjalankan tanggungjawab kepimpinan. Kepimpinan mahasiswaseolah memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai. Masa perludibahagikan, kewangan juga perlu dikorbankan dan privacy diri diketepikan sementera waktu untukmemastikan amanah kepimpinan dilunas dengan baik.Semua itu memerlukan kata kunci dalaman yang namanya adalah keikhlasan. Mana mungkinpengorbanan yang ditagih tersebut mampu untuk dilaksanakan sekiranya tidak dipasakkan dalam hati.Justeru, bicara atas nama keikhlasan tidak perlu dipanjangkan perbincangannya tetapi ia seharusnyadiukir kemas di dalam hati.Hati-hati dalam meniti lorong berduri kepimpinan. Jangan sampai susah payah dan pengorbanan yangdibuat langsung tiada hasilnya kerana tidak didasarkan kepada keikhlasan. Keikhlasan juga adalahubat dan penawar kepada keletihan kerana keyakinan bahawa setiap pekerjaan yang ikhlasdilaksanakan akan di nilai.Yang paling penting ikhlas perlu mengepalai setiap langkah dan kerja buat kita seharian kerana tugaskepimpinan ini akan semestinya dilihat orang dan diperkatakan samada positif ataupun negatif.Ikhlaskan niat di hati.Kuatkan Jati DiriPengaruh sekeliling yang sering berubah dan bermacam caranya, mestilah ditangani dengan sebaiknya,hal ini penting agar suasana dan pengaruh sekeliling yang tidak begitu sesuai dan selari dengan konsepkehidupan bernegara dapat di tangani dengan sebaiknya. Kita perlu bekerja keras untuk menyekatgejala-gejala negatif sambil juga berusaha dengan bersungguh-sungguh menyuburkan nilai-nilai yangselaras dengan falsafah kehidupan di negara kita, Melayu Islam Beraja. Perubahan dan globalisasi yang berlaku bukanlah merupakan alasan untuk kita menerima apasaja yang datang adalah merupakan pembaharuan. Pembaharuan tidak semestinya menjadikanglobalisasi itu asas untuk membelakangkan kehidupan beragama. Kita perlu mempertahankan nilai-nilai orang kitani yang pelikat dengan kehidupan beragama yang betul lagi sempurna. Pengaruhpembaharuan bukanlah bererti ia perlu kita ambil kesemuanya, namun perkara yang baik dapatdijadikan sandaran akan tetapi yang kurang baik mesti kita hindarkan. Peranan ilmu pengetahuan yang difahami dan dihayati mestilah kita jadikan sebagai asas yangakan membantu kita dalam mewujudkan pembaharuan diri yang lebih teguh. Ilmu pengetahuan danpendidikan yang tinggi biarlah menjadi asas ke arah pembinaan insan yang lebih berkualiti tinggi. Kitaperlu berpegang kepada identiti sendiri, di samping tidak boleh menyempitkan ruang ke arahkemajuan, yang penting bagi kita adalah sensitiviti bangsa. Jika sensitiviti kita tumpul maka ia akanmenghakis rasa cemburu. Jika ini terhakis maka akan mudahlah segala pengaruh negatif mencorakkankehidupan dan pemikiran kita. Inilah senario yang memerlukan penelitian dan penghayatan serius, isu-isu sedemikian inilahmemerlukan bidang pendidikan yang lebih sempurna dan kemas kini.
  • 13. TEMA-7Pembangunan modal insan remaja sasaran utamanyaOleh: PROF DR. SIDEK BABAMODAL insan menjadi indikator atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuahnegara. Negara-negara yang maju menjadikan pembangunan modal insan sebagai sasaranutama. Malaysia juga mengambil pendekatan yang sama dalam strategi membangunkanmodal insannya. Para remaja atau tenaga muda menjadi sasaran penting pembangunan modalinsan kerana para remaja mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Pada diriremaja, terdapat dinamika diri untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagimembentuk zaman dan kemajuanAda negara yang maju tidak memiliki sumber hasil bumi yang banyak. Negara ini bergantungkepada modal insannya. Banyak negara orang Islam mempunyai sumber hasil bumi yang kayaseperti minyak, gas dan uranium. Tetapi amat lemah dalam pembangunan modal insannya.Akibatnya negara yang memiliki modal insan yang berkualiti, akan mencapai tahappembangunan yang tinggi. Sementara, negara orang Islam yang kaya dengan hasil buminyatetapi lemah dalam pembangunan modal insannya, negara itu tidak melakukan apa-apa padahasil kekayaan sumbernya, malah kadang-kadang dieksploitasi oleh negara yang memilikimodal insan yang berkualiti.Malaysia sedang memberikan tumpuan membangunkan modal insan, tidak saja di kalanganremaja atau generasi mudanya tetapi juga memberi keutamaan ke arah pendidikan sepanjanghayat. Institusi pengajian atau pendidikan berkembang bermula di peringkat rendahsehinggalah di peringkat pengajian tinggi. Ia tidak saja ditaja oleh kerajaan tetapi juga olehpihak swasta. Prasarana pendidikan di Malaysia sangat berkembang dan para remajamempunyai peluang yang sangat luas untuk membina bakat diri supaya lahir sebagai modalinsan yang berkualiti.Modal insan berkualiti tidak saja memiliki upaya ilmu dan ketrampilan yang sifatnya semasadan canggih tetapi ia tidak menolak kepentingan nilai, etika sebagai asas pedoman. Tanpanilai dan etika remaja akan nantinya kehilangan pedoman dan petunjuk tentang sesuatu yangbaik atau buruk, bermanfaat atau membawa akibat buruk, halal atau haram, berguna atausebaliknya supaya kehidupan dewasanya nanti akan menjadi lebih sejahtera dan baik.Di peringkat remajalah asas pembangunan modal insan patut di bina. Para remaja adalahmanusia yang berangan-angan tinggi. Tukarkan angan-angan menjadi cita-cita. Remaja jugasuka berkhayal dan membina imaginasi. Terjemahkan khayalan dan imaginasi kepadaidealisme dan faham mengenai realiti. Remaja juga suka mencuba dan ingin dihargai.Jelmakan sikap ingin mencuba kepada kegiatan yang kreatif dan memberi makna kepadakehidupan. Para remaja juga suka berhibur dan berpoya-poya. Alihkan perangai suka berhiburkepada hiburan yang tidak melalaikan dan sikap berpoya-poya kepada sikap menghargaimasa. Remaja yang berkualiti ialah remaja yang sentiasa ada disiplin diri. Disiplin diri bolehmenjadikan remaja mempunyai daya saing tinggi, fikirannya kreatif dan reflektif, suka
  • 14. berbincang benda-benda yang mempunyai manfaat, cintakan ilmu pengetahuan dan selalumenghubungkan faktor hari depan dengan faktor kualiti dirinya.Para remaja harus ada keinsafan bahawa faktor-faktor masa lalu dalam pembangunan modalinsan adalah tidak sama dengan faktor ilmu dan ketrampilan pada masa kini. Ali bin Abi Talibumpamanya, menasihatkan supaya generasi muda dididik dengan ilmu yang sesuai denganzamannya. Ia bermakna sifat zaman berkembang sekali gus membawa perkembangan ilmudan ketrampilan. Manusia terus berfikir untuk mencari dan meneroka sesuatu yang baru.Sekiranya para remaja tidak ada jiwa penerokaan ia bermakna kemajuan tidak akanberkembang. Apabila kemajuan berfikir, berilmu dan daya kreatif tidak ada, kita tidak akanmampu menyumbang apa-apa terhadap orang lain. Sebaliknya kita menjadi manusiapengguna terhadap apa yang orang lain bangunkan.Sebagai remaja Islam, untuk maju , asas-asas yang fundamental dalam pembangunan diriadalah amat perlu sebelum para remaja mengembangkan bakatnya dalam bidang-bidang yangbakal membawanya kepada kepakaran dan keahlian. Remaja Islam harus terlebih faham dankukuh akidahnya terhadap Pencipta. Memahami secara ilmu kepentingan akidah terhadapremaja boleh menjadikan remaja orang-orang yang beriman dan bertakwa. Iman dan takwaadalah asas yang sangat penting menjadikan remaja orang-orang yang beradab dan bersyukur.Remaja juga harus faham tentang maksud ibadah dalam Islam dalam erti kata yang luas.Ibadah tidak hanya dalam batas solat atau puasa, tetapi bagaimana faktor solat dan puasamenjadi faktor penggerak yang menjadikan remaja orang-orang yang memiliki jiwa hambayang tinggi di mana asas patuh, taat, akur dan tunduk menjadi landasan membangunkankualiti diri. Inilah maksud rukuk dan sujud dalam solat. Para remaja harus membangun akhlakdiri di samping memahami pentingnya faktor syarak dijadikan pedoman dalam melakukan apasaja dalam hidup ini.Maksud rukuk dan sujud dalam solat umpamanya mendidik kita supaya patuh kepada perkarayang benar dan baik, taat kepada kepimpinan yang baik, akur kepada pentingnya keadilan danketulusan dalam hidup dan tunduk kepada keputusan dan peraturan yang memberi kebaikankepada manusia. Maksud mengamalkan puasa menjadikan kita orang-orang yang bertakwaialah bagaimana dengan puasa menjadikan kita menginsafi bahawa kawalan hawa nafsu amatpenting. Membiarkan hawa nafsu bermaharajalela menyebabkan ramai remaja terjebak dalamsalah laku dan maksiat. Mendidik nafsu supaya menjadi jinak dan dapat digunakan ke jalanyang fitrah seharusnya menjadi matlamat remaja. Oleh itu solat dan puasa adalah sesuatu yangamat fundamental bagi remaja amalkan dan hayati supaya akan terbina jiwa-jiwa yangmuttaqin yang menjadi asas terhadap pembinaan modal insan.Kekuatan tamadun Islam pada masa lalu bermula daripada tradisi bina insan yang sepaduyang menyebabkan lahirnya ulama-ilmuan besar, pemikir-pemikir yang agung dan jiwapelopor yang tinggi. Ia menyebabkan kualiti modal insan tidak saja berkembang dalambudaya zikir, iaitu menghubungkan diri dengan Allah tetapi membangunkan budaya fikir yangamat perlu bagi manusia mengaturkan hidup. Tradisi bina insan berkualiti menghasilkantokoh-tokoh seperti Ibn Sina, al-Khawarizmi, al- Battani, Ibn-Haytem, Ibn-Nafis, az- Zahrawi,al-Biruni dan ramai lagi yang di peringkat remajanya menghafaz al-Quran, memahamipelbagai bahasa, menekuni bidang tafsir dan agama dan pada zaman dewasanyamengembangkan bakat kepeloporannya dalam bidang perubatan, matematik, astronomi, pakarmata, pakar ilmu darah, pakar bedah dan pakar ilmu falak.Remaja Islam hari ini tidak hanya harus nostalgik atau kagum dengan pencapaian silam umat
  • 15. Islam tetapi harus bersikap reflektif mengenainya supaya jiwa dan pemikiran reflektif suburke dalam dirinya. Bagaimana pencapaian silam memberikan dorongan kepada remaja Islambahawa umat Islam pernah maju dalam semua bidang dan menyumbang kepada terbangunnyatamadun Eropah. Hari ini umat Islam terhina di mana-mana, diperlakukan sesuka hati, dijajahminda dan budaya hidupnya dengan budaya popular Barat hingga menyebabkan sebahagianbesar tenaga remajanya hilang jati diri, memeluk budaya Barat seerat-eratnya dan memandangrendah agama dan tradisinya dan akhirnya menjadi si Tenggang kepada sejarah dan tamadunsilamnya.Dalam proses bina insan remaja harus mempunyai tekad dan azam untuk menjadi bangsa atauumat penyumbang. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai matlamat tersebut, melainkan pararemaja harus bersedia dengan disiplin diri dan tekad yang terancang dan usaha yangbersungguh-sungguh menjadi orang Islam yang baik sekali gus membangunkan bakat diridengan ilmu-ilmu yang fundamental dan menjurus ke dalam bidang yang menuntut kepakarandan keahlian. Percayalah, asas inilah yang menjadi asas terbaik dalam pembangunan modalinsan supaya para remaja bakal menjadi warga penyumbang bukan saja terhadap negaraMalaysia yang dicintai tetapi penyumbang kepada umat Islam dan juga umat manusia.
  • 16. TEMA-7Melahirkan modal insan berkualitiSelaras dengan usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini muncul sebagai sebuah negaramaju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan menerusi bidangpendidikan tetap diberikan penekanan. Ia cukup penting kerana untuk menjadi sebuah negaramaju kita memerlukan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kitabersaing di peringkat global.Menyedari kepentingan tersebut dan masa yang semakin suntuk untuk memenuhi impiantersebut dalam tempoh 10 tahun akan datang, Kerajaan bersetuju untuk merombak sistempendidikan negara dengan memberikan lebih penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri,kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.Untuk mencapai matlamat tersebut, sebanyak RM29.3 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2011– satu jumlah yang agak besar iaitu peningkatan peruntukan sebanyak 24.9 peratusberbanding tahun lalu sebanyak RM25.5 bilion. Taburan peruntukan tersebut kali ini nampaklebih menyeluruh dan agak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.Bagi memastikan matlamat tersebut dicapai, Kerajaan sudah pun meluluskan dana sebanyakRM6.4 bilion bagi membina dan manaik taraf sekolah-sekolah, asrama-asrama, peralatan sertamemertabatkan profesion guru. Pada masa yang sama tambahan sebanyak RM213 juta turutdisediakan bagi memberi ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, pengetua, guru besarserta guru cemerlang.Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketikamembentangkan bajet lalu, Kerajaan tidak akan berkira dalam soal pendidikan dan tidak akanberkompromi dengan kualiti sistemnya. Segala macam kemudahan akan disediakan bagimembolehkan mereka bersaing. Beliau turut menegaskan bahawa bidang pendidikan harusbersifat melangkaui fahaman politik kerana setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakangkaum, adalah aset dan warisan masa depan negara. Di tangan mereka ini lah letaknya masadepan negara.Buktinya Kerajaan menyediakan dana pembangunan sebanyak RM250 juta kepada sekolahbantuan modal agama, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil, sekolah bantuanmodal Mubaligh dan sekolah bantuan di seluruh negara. Tidak dilupakan pendikan Islam dimana Kerajaan setuju bagi membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyatsama ada di peringkat rendah atau menengah dengan peruntukan sebanyak RM95 juta.Begitu juga dengan peruntukan sebanyak RM576 juta bagi menyediakan tenaga pengajarterlatih dan berkualiti di mana peruntukkan dalam bentuk biasiswa itu bertujuan memberiruang kepada guru untuk melanjutkan pengajian.Mengenai usaha mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris – kerajaan bersetuju untukmengambil 375 guru penutur jati dari United Kingdom dan Australia di mana guru-gurutersebut akan ditugaskan untuk membantu guru-guru tempatan yang mengajar mata pelajarantersebut dengan memberikan pendedahan kepada mereka mengenai kaedah dan teknik
  • 17. pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.Diperingkat kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila sebanyak RM111 juta disalurkan untukProgram Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata). Ia bertujuan untuk mendedahkankanak-kanak kepada pelbagai cabang ilmu yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka.Pendedahan di peringkat awal ini secara tidak langsung akan menjadikan mereka lebih pintarapabila memasuki usia persekolahan sebenar.Menariknya, peruntukkan besar dalam bidang pendidikan itu juga turut disertai denganpemberian multi vitamin kepada penuntut sekolah rendah di seluruh negara. Tujuannya ialahbagi memastikan kanak-kanak sentiasa sihat dan cergas dan mudah untuk menerimapembelajaran di sekolah-sekolah. Pemberian multi vitamin itu adalah sebagai langkahtambahan kepada pojek Susu Sekolah 1 Malasyaia yang dilancarkan sebelum ini.
  • 18. TEMA-7Memupuk PatriotismeMenghadapi keadaan di atas, bagaimanakah patriotisme dapat dipupuk danditerapkan di kalangan generasi muda kita?Bagi generasi muda di Malaysia, idea patriotisme termaktub di dalam DasarPembangunan Belia Negara (sebelum 1997, Dasar Belia Negara) danmendasari Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang diperkenalkanpada lewat 1990-an.Kini dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikelolakankerajaan di bawah Kementerian Pertahanan. Dalam dasar dan melaluiprogram ini peningkatan patriotisme dan semangat kesukarelawanandigalakkan melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.Melalui kegiatan-kegiatan tersebut perasaan simpati, bertimbang rasa dancinta kepada bangsa dan negara akan bercambah dan berkembang.Dalam perkara ini, pertubuhan-pertubuhan belia dan sukarela yang lainharus memainkan peranan aktif mereka. Seluruh prasarana, struktur, danrangkaian kerja belia yang telah wujud sekian lama boleh dimanfaatkansebaiknya. Dengan program-program yang menarik dan yang bolehmendatangkan kesan positif, para remaja belia kita sepatutnya dapatdigemblengkan untuk kegiatan-kegiatan demikian.Satu kegiatan lain yang boleh dipertimbangkan ialah pendidikankepenggunaan. Ini bertujuan menyedarkan belia agar menjadi penggunayang baik dan berhemat. Isu kepenggunaan amat penting bagi generasimuda kerana mereka sering merupakan sasaran penting pihak industri danpengeluar barangan. Pelbagai bentuk tarikan, nilai dan selera baru diciptaatau diadakan untuk mempengaruhi dan memperdaya remaja belia agarmembeli atau terus berbelanja. Itu sebabnya jika pendidikan kepenggunaandapat dijadikan suatu program utama dan tersebar luas di kalangan remajabelia ia mampu membantu pembangunan ekonomi kita di sampingmemanfaatkan kehidupan remaja belia sendiri.
  • 19. Di sini perlu diingat bahawa pendidikan kepenggunaan yang dikaitkandengan patriotisme tidak semestinya bermakna kita cuba mengelakkanremaja belia memilih barangan dan perkhidmatan tempatan berbandingdengan dari yang luar. Selaku pengguna yang bijak remaja belia tentudiharapkan dapat menilai dan menentukan mutu (kualiti) keluarantempatan berkenaan – bermutu tinggi atau rendah atau tidak bermutu –dan memilih yang bermutu.Ketika kemelesetan ekonomi, ada dibangkitkan soal perlunya menggalakkanremaja belia kembali ke “tanah hijau”. Dicadangkan agar pertubuhan-pertubuhan belia di desa khususnya menjalankan kegiatan-kegiatanpertanian dan penternakan dengan galakan dan bantuan oleh pihak-pihakyang boleh memberikan pelbagai kemudahan. Perkara ini wajar diberiperhatian segera. Kemampuan menyediakan keperluan makanan sendirimesti dipertingkatkan agar bangsa dan negara kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa dagangan dan politik antarabangsa, lebih-lebihlagi dalam keadaan krisis atau ketegangan perhubungan.Begitu juga dengan kegiatan-kegiatan yang menjurus kepadapemuliharaan kemampanan sistem ekologi dan alam sekitar.Masalah kekeurangan air yang sering dihadapi negara sepatutnyamenyedarkan kita tentang betapa pentingnya manusia mengurus anugerahTuhan dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab. Sekadarmenyalahkan kemarau atau El Nino kerana kekurangan air di dalamsesebuah negara tropika yang banyak hujan ini tentulah sesuatu yang tidakmasuk akal.Projek-projek pembangunan dan pembinaan yang boleh menyebabkankehakisan dan meruntuhkan tempat kediaman dan bangunan, sertamemusnahkan harta benda juga suatu fenomena buatan manusia yangsepatutnya lebih dapat dikawal kini. Malangnya, pihak-pihak yangbertanggungjawab masih bersikap acuh tak acuh, atau mengemukakanpelbagai alasan dan terus memperjudikan nyawa dan kehidupan rakyat.Bagi generasi muda, program ekologi dan alam sekitar boleh merupakansuatu proses pendidikan dan penghayatan nilai murni yang berjangkapanjang. Kegiatan-kegiatan seperti mendaki bukit, jungle trekking, kempencintakan flora dan fauna, berkelah di tepi sungai, laut atau padang lapang,menyelam untuk menikmati keindahan di dasar laut, berkayak, berakit,meneroka gua, berkhemah di dalam rimba, berjalan dan bersiar-siar di tepi
  • 20. tasik, selain bergotong-royong menanam pokok, serta melawanpenghakisan dan pencemaran, boleh dilakukan secara terancang danberterusan. Kegiatan-kegiatan yang menarik dan popular ini bolehdijalankan oleh pelbagai pertubuhan dan kumpulan (belia, sukan danrekreasi), penduduk, sekolah, jabatan dan lainnya), malah oleh keluargasendiri.Kebiasaan dengan kegiatan-kegiatan sebegini memupuk perasaan sayangdan bangga kepada tanahair. Jika dilakukan secara kolektif, ia jugamenyemai rasa sepunya dan keazaman untuk sama-sama menjagakhazanah alam yang tak ternilai ini.Di samping itu pertubuhan-pertubuhan yang prihatin harus terus-menerusmenganjurkan wacana ilmu dan intelektual yang dapat melibatkangenerasi muda dalam perdebatan, polemik dan permasalahan serta isu-isusemasa. Penglibatan remaja belia dalam kegiatan ini akan menggalakkankeprihatinan sosial dan sikap bertanggungjawab terhadap bangsa dannegara di kalangan mereka.Melalui wacana ilmu dan intelektual maka pengetahuan dan kefahamanmereka tentang sesuatu isu dan permasalahan negara akan meningkat danini dapat mendorong komitmen yang lebih tinggi untuk menyumbangkepada negara.Jika pandangan, perasaan dan fikiran generasi muda ini diberi perhatiandan dihargai sewajarnya maka mereka tentunya berasa penting dan lebihyakin untuk menjadi peserta yang aktif dalam hal-hal kenegaraan dankepentingan bersama.Sudah tentu patriotisme mesti dipupuk sejak seseorang masih kecil (dirumah) dan di bangku sekolah lagi. Di sini peranan ibu bapa, ahli-ahlikeluarga serta guru-guru amat penting. Begitu juga peranan penting yangdapat dan harus dimainkan oleh sistem pendidikan, media cetak danelektronik, seni-budaya, serta sistem politik (etika dan cara berpolitik, isu-isu yang diperdebatkan, dasar-dasar parti, dan sebagainya), dalammemupuk patriotisme di kalangan generasi muda.
  • 21. TEMA-7Pendidikan Aset Berharga Membina Generasi WawasanFriday, 22 May 2009 00:37Pendidikan merupakan elemen yang sangat penting bagi membangunkan dan memajukannegara. Tamadun-tamadun yang besar terdahulu telah dibina dengan kemajuan pendidikanyang luar biasa. Tamadun Rom, Parsi, China, India dan Islam adalah tamadun yang majudalam pelbagai aspek kehidupan.Tamadun China yang telah lama wujud sangat dikenali ramai.Menariknya di dalam sejarahIslam, seruan menuntut ilmu ini dikaitkan juga dengan mencarinya hingga ke negeriChina. Di zaman Nabi, China sudah cekap membuat kertas, bahan letupan, barangtembikar dan lain-lain. Tentu ilmu yang disuruh tuntut di China adalah berkenaan ilmu-ilmu yang lain daripada Islam dan sangat bermanfaat kepada ummah.Tamadun Islam juga telah mencetuskan kepesatan penemuan-penemuan baru dalam pelbagaibidang kemajuan dunia, merubah paradigma masyarakat dunia terhadap kehidupan danmemberi nafas baru terhadap erti kehidupan. Umat Islam pernah muncul sebagai suatu bangsayang berilmu kerana amalan agama Islam yang menggalakkan umatnya mempelajari semuacabang ilmu pengetahuan. Islam menyuruh umatnya mempelajari berbagai-bagai bidangilmu bagi mendekatkan diri mereka kepada pencipta.Oleh itu perkataan pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW ialah "Iqrak" yang bermaksud "Baca". Rahsia di sebalik turunnya wahyu ini ialah Allah SWT tidakmemerlukan sistem lain untuk membangunkan umat manusia kerana wahyu Ilahi dijamin olehAllah SWT sehingga ke hari kiamat dan tidak ada lagi selepas ini.Pendidikan adalah suatu yang dinamik, sentiasa berubah dan bersifat progresif. Negara yangmenguasai dinamika pendidikan akan menguasai kunci kejayaan dan dapat menciptateknologi baru. Finland umpamanya telah melebarkan penguasaan teknologi komunikasi keseluruh dunia melalui jenama “Nokia”. Finland juga terkenal kerana digolongkan antaranegara yang bersih daripada amalan rasuah. Percaya ataupun tidak, tahap pendidikan diFinland sangat mementingkan guru yang berkualiti dan nisbah guru pelajar adalah sangatpraktikal. Kelayakan guru sangat tinggi dan sangat dihormati kerana guru adalah pembimbinggenerasi negara pada masa depan. Bayaran mereka juga memuaskan dan kebajikan dijagadengan baik.Jepun dan Jerman adalah dua buah negara yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis rekaandan produk berkualiti bertaraf dunia. Sistem pendidikan kedua-dua buah negara inimenekankan kepada penguasaan ilmu dan teknologi. Elemen ini terbukti mampu memacupembangunan negara dalam tempoh yang singkat.Walaupun Jepun mengalami kemerosotan maruah yang teruk selepas Perang Dunia Kedua,tetapi negara ini dapat membina kembali maruah mereka dengan sangat pantas. Pembinaannegara Jerman juga terserlah dengan kualiti dan jenama yang diperlihatkan kepada dunia iaituMercedes dan BMW.Hala tuju pembangunan negara wajar disesuaikan dengan sistem pendidikan bagi menghadapicabaran-cabaran baru seperti membangunkan sistem pendidikan yang menggabungkan latihan
  • 22. dan ilmu, mengurangkan kegagalan pencapaian di peringkat rendah dan menengah sertamengukuhkan pencapaian institusi pengajian tinggi tempatan. Negara-negara maju umumnyamempunyai rakyat yang berpendidikan kolej dan universiti lebih ramai. Kesan pendidikanyang seharusnya diberi perhatian ialah mampu melahirkan individu yang rasional dalamberfikir dan adil membuat keputusan.Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) meletakkan pembangunan insan sebagai tumpuanuntuk memperkasakan sistem pendidikan dan latihan negara. Peruntukan yang sebanyakRM45,149 juta adalah untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran danpengetahuan bagi melahirkan tenaga kerja yang produktif.Tambahan pula Malaysia akan mencapai status negara maju 14 tahun yang akan datang.Jangka masa ini akan diisi oleh generasi muda yang berada dalam masyarakat kita yangsedang ghairah meniti perkembangan usia dan mereka inilah yang akan merasai sepenuhnyanikmat negara maju. Merealisasikan Wawasan 2020 adalah suatu tugas yang penuhkebertanggungjawaban di atas bahu semua pihak khususnya peneraju pendidikan negara.Sembilan cabaran Wawasan 2020 yang sebahagian besarnya berkaitan pembangunan modalinsan bermula dengan cabaran membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu danberakhir dengan cabaran membentuk masyarakat yang makmur.Membentuk pelajar yang berpendidikan lebih sukar daripada pelajar yang bersekolah. Prosespersekolahan seharusnya melahirkan pelajar yang berpendidikan. Dua tahun di tadika, enamtahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah tidak bermakna dapatmelahirkan individu yang berpendidikan. Bersekolah juga dapat melahirkan pelajarberpendidikan malah kadangkala terdapat kegagalan dalam proses berkenaan kerana pelajarmenjadi ”burung kakak tua” yang mengulangi pemikiran orang lain dan memberi penekananterhadap proses mengingat.Membentuk masyarakat yang berpendidikan harus bermula dengan perubahan dalam sistempendidikan dan sikap terhadap pendidikan. Proses pendidikan di sekolah lebih bererti jika iamemberi makna yang sangat menarik terhadap guru dan pelajar. Ini bermakna maksudsebenar pendidikan adalah mencari kebenaran. Bukan sekadar mendapat ilmu tetapi adalahmemberi ”simpati” terhadap kepintaran dan kebijaksanaan. Pendidikan juga bukannyamengumpulkan seberapa banyak fakta dan pelbagai objek material tetapi membangunkan sifat”simpati” yang dipandu oleh kepintaran dan kebijaksanaan. Oleh itu, hasil akhir prosespendidikan yang harus memberikan manifestasi falsafah, moral dan keprihatinan sosial.Peranan pendidikan ialah membangunkan individu sebagai salah seorang ahli pemikir dalammasyarakat bagi mengukuhkan budaya, tradisi dan nilai. Ilmu dan ”bersimpati” terhadapkepintaran dan kebijaksanaan ini mampu menghubungkan diri individu dan masyarakatdengan dunia luar yang dihuni. Kehidupan akan menjadi lebih menarik kerana pengalamanhidup akan merapatkan kita dengan dunia yang ada di sekeliling.Memberi kesedaran terhadap kepentingan pendidikan adalah usaha yang berterusan dan perlubersungguh-sungguh. Masyarakat perlu dididik bagaimana hendak menggunakan ilmupengetahuan bagi kebaikan mereka sendiri, untuk masa depan dan mewujudkan nilai di dalamdiri dan kehidupan mereka. Kesedaran ini akan memacu semangat untuk berkorban mencariilmu. Ketinggian ilmu akan memberi kelebihan kepada individu berkenaan keranapenguasaannya terhadap ilmu pengetahuan.
  • 23. Kelemahan dan kurang cemerlang di dalam hidup bermasyarakat adalah disebabkan nilaihidup mereka. Tetapi orang Islam tentu tahu bahawa Allah SWT tidak akan mengubahnasib mereka sehinggalah mereka mengubahnya sendiri.”Sesunguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum kecuali mereka mengubahkeadaan diri mereka sendiri”. (Surah Ar-Ra’d : 11) Yang perlu diubah ialah nilai hidup. Nilai hidup yang dikehendaki adalah suci dan murnisupaya umat Islam akan menjadi orang yang beruntung dan berjaya di dunia dan akhirat.Membetulkan sikap terhadap pendidikan merupakan satu cabaran. Sistem pembelajarannegara yang masih mengekalkan kaedah pengajaran pasif dan penilaian prestasi yangketinggalan tidak akan memberi kelebihan kepada generasi muda. Jika perlu, kerajaan bolehmembentuk persekitaran kelas yang lebih selesa dan sempurna bagi merangsang prosespembelajaran. Kaedah berasaskan Sigmud Freud yang menitikberatkan hukuman dan dendaantidak lagi sesuai kerana masyarakat dan ibu bapa perlu membentuk satu pasukan yangberkesan bagi membangunkan pendidikan anak-anak mereka sendiri.Pendidikan yang seharusnya diutamakan ialah penguasaan ilmu pengetahuan dalam semuabidang bagi mengelakkan penjajahan minda, ekonomi, budaya dan gaya hidup. Kemampuanmenguasai pelbagai disiplin ilmu akan mengurangkan kebergantungan negara kepada pakar-pakar luar. Ulama-ulama Islam terdahulu menguasai pelbagai bidang kepakaran pada satumasa. Mereka menguasai ilmu perubatan dan pada masa yang sama mendalami ilmu sosial,sejarah, fizik, astronomi dan sebagainya. Ketika Christoper Columbus hendak berangkatmencari benua Amerika, beliau berjumpa Raja Sepanyol dengan dikepitnya helaian-helaianpeta dunia. Siapa yang menghasilkan peta dunia tersebut? Sejarah kejayaan gemilang kerajaanIslam Andalusia adalah pemangkin kepada keberanian Columbus mencari jalan baru untukpenjelajahan.Modal insan adalah teras kepada pembangunan sesebuah negara. Pembangunan aspek modalinsan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadicabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020. Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiranberpotensi memiliki modal insan yang besar untuk dirinya sendiri, masyarakat dan negara.Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan adalah usaha murni yang hanya akandikecapi dalam jangka masa panjang. Ia selari dengan perkembangan dunia yangmenyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing-masing.Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Modal insan yang berkualiti merupakanelemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkankeupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”.Pembentangan Bajet 2007 telah memberi peruntukan yang besar kepada pembangunan modalinsan iaitu sebanyak 21 peratus yang merangkumi RM6.7 bilion untuk pendidikan rendah,RM6.2 bilion untuk pendidikan menengah, RM10.4 bilion untuk pengajian tinggi danRM10.1 bilion bagi program latihan. Sepanjang tempoh RMK-9, kerajaan akan terus giatmembangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskanpengetahuan.Pendidikan yang sesuai bermakna individu belajar untuk memberi tindakbalas yang positifterhadap persekitaran dan budaya, menghargai kebebasan dan kemerdekaan diri sertamemahami kepentingan terlibat secara aktif dalam masyarakat dan budaya mereka.
  • 24. TEMA-4Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap tanah air(bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, πατρίς), oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Tanah air (atau ibu pertiwi) itu mungkin suatu bandar atau rantau, namunpatriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikapseperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsadan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikaitrapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengansatu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalumemupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politiknasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatifterhadap tanah air bangsa lain).Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa tanah air ini (biarbagaimana sekalipun ertinya) sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Penyataannegaraku benar atau salah - mungkin salah tafsir petikan dari pegawai tentera laut AmerikaSyarikat Stephen Decatur, tetapi juga dianggap dinyatakan oleh Carl Schurz - merupakanbentuk yang teramat sangat bagi kepercayaan ini. Patriotisme juga membayangkan bahawaseseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dankelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalampertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.[Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotiktertentu, seperti menghormati bendera.Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotismeini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadipenyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit danupacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi jenis patriotisme ini. Selalunyapatriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendalibendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera,menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekatbampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaankepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika perang dijangka menaikkansemangat yang pula menyumbang kepada usaha perang. Patriotisme masa aman tidak bolehdikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh diukur untuk negeri, namun patriot tidakmerendah-rendahkannya.Sesetengah pihak menegaskan bahawa (tidak seperti nasionalisme moden, iaitu pembentukannegara abad ke-19), authentic patriotism (seperti yang ditunjukkan perkataan bahasa Latinpater) mestilah berasaskan suatu bentuk genofilia dan perkongsian nenek moyang.Tahap patriotisme berubah-ubah sepanjang masa, dan berbeza-beza di kalangan komunitipolitik. Biasanya, keamatan patriotik lebih tinggi apabila negeri diancam oleh pihak luar.
  • 25. TEMA-4MENGHARGAI PENGORBANAN PERAJURITSUASANA aman di negara ini membolehkan kita bangun pagi dengan rasa tidak takut dandapat bekerja secara aman. Kita juga boleh berniaga dan mengaut keuntungan tanpa bimbangsebarang keadaan yang tidak menentu.Selain itu, kita juga dengan selesa dapat membina keluarga yang sihat dan menghantar anak-anak ke sekolah. Malah kita yakin masa depan anak-anak ini akan turut terjamin. Mereka pastidapat mengecapi keselesaan hidup turun-temurun.Keadaan ini dapat diwujudkan kerana ada kalangan kita yang menjadi anggota keselamatanbagi memelihara keamanan negara.Kita harus faham bahawa bidang ketenteraan bukan merupakan satu pekerjaan atau kerjayabiasa. Ia memerlukan komitmen, semangat, malah pengorbanan tinggi denganmempertaruhkan nyawa untuk keselamatan semua pihak.Mereka yang menyertai pasukan keselamatan harus mempunyai sifat patriotik yang tinggikerana wang ringgit tidak dapat memberi nilaian padanya.Pengorbanan mereka ini dapat dilihat dengan adanya anggota tentera yang gugur dan cacatanggota. Maka, apabila keadaan ini berlaku, keluarga mereka yang terdiri daripada balu dananak-anak turut melakukan pengorbanan besar.Bukan itu saja, dari segi amalan ketenteraan, berbanding dengan pekerjaan lain, seseoranganggota tentera harus bersara awal daripada perkhidmatan mereka.Selain itu, tugas ketenteraan yang tidak mengenal masa dan tempat turut menuntutpengorbanan diri dan keluarga yang tinggi.Perubahan kerjaya dalam umur pertengahan ini seringkali menyukarkan mereka sedangkananak-anak baru saja membesar dan memerlukan pembiayaan yang semakin meningkat.Kesemua ini merupakan pengorbanan anggota tentera.Sepanjang sejarah, negara ini amat terhutang budi kepada pengorbanan perajurit. Ketikapengganas cuba menguasai negara, para perajurit telah melakukan banyak pengorbanan untukmempertahankan negara daripada jatuh ke tangan komunis.Malah kejayaan para perajurit melindungi rakyat daripada dizalimi komunis membolehkannegara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Maka apabila pengorbanan perajurit berjaya mematahkan keganasan komunis danmenamatkan Darurat pada 31 Julai 1960, maka tarikh itu menjadi Hari Pahlawan yangdisambut setiap tahun hingga ke hari ini.Namun begitu, selepas Darurat, perajurit-perajurit kita terus berkorban di hutan-hutan untukmenghapuskan saki-baki komunis hinggalah mereka meletak senjata pada tahun 1989.
  • 26. Kini, pasukan keselamatan mesti terus berjaga-jaga dan memelihara keamanan negaradaripada apa saja ancaman yang boleh timbul untuk merosakkan kehidupan rakyat.Sesungguhnya, tidak ada apa yang dapat membalas pengorbanan perajurit-perajurit itu. Inikerana pengorbanannya teramat tinggi nilainya. Mereka juga berjuang dengan ikhlas dan tidakmengharapkan balasan yang setimpal.Apa yang diharapkan hanyalah sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk mengisiTabung Hari Pahlawan.Justeru, sebagai rakyat yang tahu berterima kasih dan sedar tentang tanggungjawab, kitasemua, baik secara individu mahupun organisasi dan syarikat mestilah menyahut Rayuan HariPahlawan dengan menghulur sumbangan seikhlasnya.Sesungguhnya, sumbangan yang kecil itu besar ertinya kepada hati nurani kita yang sedartentang harga perdamaian, keamanan, keselamatan dan kemakmuran negara.
  • 27. TEMA-4Apa tu patriotik? Patriotik merupakan semangat kebangsaan cinta akan negara. Umumnya kitatahu kalau nak bicara pasal patrotik ni, mesti akan dibincangkan masa nak dekat dengan harikemerdekaan negara dan juga pelbagai lagi cintakan negara.Sebenarnya tak cukup tu. Apa yang aku tengok sekarang ni, rakyat negara kita tak sayangkannegara sendiri. Mana tidak, apa – apa yang dilakukan oleh pelbagai pihak selaludiputarbelitkan, disisih mahupun diperleceh!Sejak pemerintahan dibawah Perdana Menteri ke enam, Dato’ Seri Mohd Najib Tun AbdulRazak, pelbagai cara digunakan untuk menyatupadukan dan menyemai perasaan cinta rakyatMalaysia kepada negara. Bukan dibawah pemerentahan Dato’ Najib sahaja, bahkan semasasemua era pemerintahan Perdana Menteri, mereka akan cuba mengubah perasaan sayang dancinta rakyat kepada negara.Cuba kita lihat dalam konteks yang mudah, bagaimana rakyat Malaysia yang kononnya cintaakan negara sendiri menyokong produk buatan Malaysia? Seringkali, produk buatan Malaysiadijadikan dan dianggap sebagai produk kedua dalam negara terutamanya sambutan rakyatMalaysia terhadap kereta nasional negara, Proton.Dari dulu lagi, semasa proses penubuhan Proton Tun Dr. Mahathir sebagai pengasas Protonmenerima pelbagai kritikan dan sindiran dari dalam negara sendiri, seperti “Nak buat jarumpun nak harap barangan China, inikan nak buat sebuah kereta” dan apabila terhasilnya produkautomotif negara pertama iaitu Proton Saga, sekali lagi ia mendapat sindiran diejek denganejekan “kereta tin milo” dan lain – lain lagi.Setelah lebih 20 tahun kewujudan Proton sejak kelahiran Proton Saga, Proton mempunyaievolusi tersendiri dan menghasilkan pelbagai produk yang hebat seperti yang terbaru, wajahbaru Persona Elegence yang dilancarkan pada pertengahan Mac 2010. Apa kata rakyat padakereta buatan Malaysia?Seperti yang selalu kita dengar, bila terjadi pelbagai kerosakan pada kereta kita, mestiperkataan “Alah, biasalah kereta Malaysia”, “Proton memang macam tu” dan pelbagai lagi.Cukuplah dengan contoh produk kebangsaan negara, Proton dari itu kita dapatmembayangkan kesetiaan, sayangnya rakyat pada negara dan juga semangat patriotik rakyatkita. Kerajaan dah buat pelbagai cara untuk membantu rakyat tetapi rakyat yang tak mahumenghargai apa yang diberikan oleh kerajaan.Tak kesah apa jua perbezaan fahaman Politik, kita kena pentingkan semangat patriotik dancintakan negara. Kalau kita tak sayangkan negara senndiri, siapa yang akan jaga negara kita?Mat Indon? Mat Bangla? Pekerja Nepal yang berlungguk dalam negara kita?
  • 28. TEMA-4 Mengurus Kejayaan1. Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menu rut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan.2. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapa,i dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis.3. Perangkaan atau data penting Malaysia memperlihatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM229.3 billion. Pertumbuhan ini dijangka meningkat pada kadar 5.5 hingga 6 peratus dalam tahun 2004. Kemudahan prasarana negara semakin menyeluruh dengan liputan bekalan elektrik dan bekalan air masing-masing mencapai tahap 94 dan 92 peratus sehingga tahun 2002. Pendidikan peringkat rendah telah mencapai 97.8 peratus kemasukan, manakala kadar celik huruf pada tahun 2002 adalah pada tahap 94 peratus. Jangka hayat lelaki dan wanita juga telah meningkat masing-masing kepada 70.4 tahun dan 75.3 tahun manakala kadar kematian bayi semasa lahir juga telah menurun dari 6.6 bagi setiap satu ribu pada tahun 2001 kepada 6.2 pada tahun 2002. Pembangunan, pertumbuhan dan daya saing negara seperti ditunjukkan daripada perangkaan ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen-elemen nilai murni, integriti dan akauntabiliti. Di samping itu, ia juga berasaskan pertanggungjawaban semua pihak bagi memastikan kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat dikecapi secara berterusan.4. Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya gejala yang bertentangan dengan prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan ketidakcekapan dihapuskan. Rakyat menuntut integriti dipertahan dan dipertingkatkan dalam semua urusan kerajaan, swasta, parti politik, media, kesatuan sekerja, NGO, belia, pelajar, dan masyarakat umum.
  • 29. Komitmen Kerajaan Malaysia5. Kerajaan Malaysia sangat komited kepada usaha pembangunan negara secara total. Dasar-dasar negara yang mencakupi bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial telah diperkenal dan dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur. Kemajuan Malaysia masa kini adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak Kerajaan dan agensi-agensinya, pihak swasta, serta pelbagai sektor masyarakat secara bersepadu dan berterusan.6. Semenjak tahun 1951 sehingga kini, Mataysia telah pun melaksanakan sebelas rancangan lima tahunnya. Sejak tahun 1971 pula, negara ini telah dibimbing oleh tiga Pelan Jangka Panjang, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000), dan Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).7. Hala tuju dan prinsip dalam ketiga-tiga pelan jangka panjang ini dipandu oleh semangat dan prinsip negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. Perlembagaan Persekutuan menggariskan kontrak sosial yang menjadi pedoman kerukunan hidup serta kemajuan negara dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara ialah falsafah dan ideologi negara yang diisytiharkan pad a 1970 untuk membentuk konsensus baru, menyatupadukan masyarakat berbilang kaum serta membangunkan sebuah masyarakat yang adil, demokratik, liberal dan progresif. Wawasan 2020 yang diumumkan pad a tahun 1991 mengandungi aspirasi negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta cabarancabaran yang perlu ditanganinya dalam usaha merealisasikan aspirasi itu. Prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di Malaysia sehingga ke hari ini.
  • 30. TEMA-1Semangat kejiranan................(ubah suai supaya sesuai dengan SPM)Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat inidiamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkansemangat ini dan kepentingannya..............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiranbersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan inisemakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi,ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusankerana memang ada kepentingannya..............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga dikawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatankawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semuapihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukanrondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga inimengeratkan lagi perhubungan antara jiran..............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yangbercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampumenghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra danmengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejirananberupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini..............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaransemangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menariksudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mulamempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan sertameningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan pentingdalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini..............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakathendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupanbermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingindilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangatkejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita..............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan.Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduanamat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yangsaling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadititik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedahyang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terusdiamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri"siapakah jiran kita?
  • 31. TEMA-1Manusia kini tidak mementingkan semangat kejiranan, mereka bersifat bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.Peribahasa ?bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing? sesuai menggambarkan sikap masyarakat kita padamasa ini. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakt kita, terutamanya warga kota, disifatkan sebagai enau dalam pepatahtersebut kerana hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap individualistik. Natijahnya, kita lebih suka hidup menyendiridan semangat kejiranan yang dulunya menjadi teras masyarakat kita, sudah kian pudar dan luntur. Hakikat ini amatmembimbangkan kerana semnagat kejiranan, yakni semnagat yang dipunyai oleh ahli-ahli masyarakat untuk menjagakebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain, sangat diperlukan untuk menjamin perpaduan masyarakat.Oleh yang demikian, kita perlu meneliti faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita. Dalam padaitu, pendidikan memainkan peranan yang penting. Peluang pendidikan yang semakin meluas telah pun berjaya menghapuskanbuta huruf dan meningkatkan daya pemikirana serta pengetahuan masyarakat kita. Namun demikian, pada masa yang sama,pendidikan juga telah mengakibatkan masyarakat mula berubah perspektif terhadap kehidupan, terutamanya generasi muda.Contohnya, melalui pendidikan, golongan belia mula memperolehi jawatan tinggi dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, merekaberasa mereka dapat berdikari dan tidak lagi memerlukan orang lain. Mereka pula hanya mementingkan kebahagiaan dankepentingan sendiri. Maka, mereka menumpukan semua masa mereka untuk mencari kepuasan diri dan melupakantanggungjawab sosial mereka terhadap kebajikan masyarakat secara keseluruhan.Selain itu, perkembangan masyarakat kota melalui penghijrahan kampung dan proses urbanisasi juga merupakan satu faktoryang lain. Kehidupan di kota amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di kampung. Masyarakat desa yangmementingkan semnagat kejiranan dan kerjasama mula pupus dengan perkembangan bandar-bandar yang mempunyaupelbagai kemudahan dan peluang pekerjaan. Sebagai contoh, kita seringkali melihat penduudk kampung bergotong-royongunuk membina jambatan, membersihkan kawasan sekeliling dan sebagainya. Sikap sebegini tidak langsung wujud dikalangan warga kota kerana mereka terlalu sibuk dan hidup dalam suasana persaingan yang amat snegit.Justeru, perbezaan sikap masyarakat juga telah disebabkan oleh pengaruh norma-norma kebaratan. Kita sedia maklumbahawa pengaruh barat meresap ke dalam kehidupan dan kebudayaan kita melalui perkembangan media massa. Kebudayaandan cara hidup Barat yang mengagung-agungkan kebebasan individu, sikap materialistik dan mementingkan hak peribadisebelum masyarakat sentiasa dipaparkan dalam rancangan televisyen dan radio. Masyarakat tempatan pula terlalu inginmengikuti cara hidup barat yang liberal supaya dipandang sama taraf dari segi kemajuan sosial. Malangnya, ini telahmenyebabkan kita menggadaikan nilai-nilai tradisional yang menyeru supaya kita mempertimbangkan kepentingan masyaraktdalam melakukan sesuatu perkara.Teknologi juga telah menjadi satu lagi faktor yang menyebabkan kita kurang menghiraukan semnagat kejiranan. Ini keran,dengan perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli masyarakatyang lain. Melalui penggunaan telefon, faksmili dan Internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan untukberhubungan. Ekoran daripada itu, kita hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan sikap ramah-tamah. Sebaliknya, kitamenjadi kera sumbang dan hanya mampu berkomunikasi engan orang lain dengan bantuan teknologi. Jelas bahawa semangatkejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat tidak boleh berhubung antara satusama lain dengan baik.Struktut perumahan moden juga menyukarkan penanaman semangat kejiranan di kalangan masyarakat kita. Kebayakanrumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar. Hai ini jauh berbeza dengan rumah-rumahdi kampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran daripada rumah jiran yang lain.
  • 32. TEMA-1Konsep kejiranan lemah punca jenayah pecah rumah di musimperayaan2010/09/09KUALA LUMPUR: Konsep kejiranan yang lemah adalah antara punca kejadian jenayahpecah rumah terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.Kebiasaannya pada hari itu, masyarakat Islam di ibu kota khasnya akan meninggalkan rumahuntuk satu jangka masa yang agak panjang untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing.Oleh itu, kecenderungan untuk berlaku jenayah seperti pecah rumah dan kehilangankenderaan amat besar, demikian menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten KomisionerAbdul Rahim Abdullah.Katanya, walaupun kegiatan pecah rumah terutama pada musim perayaan masih ada tetapikegiatan mencuri kenderaan jarang berlaku kerana kepekaan oleh jiran-jiran tetangga."Seorang penyamun memerlukan dua atau tiga minit untuk memecahkan pintu kereta dantempoh waktu itu jiran-jiran terdekat dan peka sempat untuk menahan penyamun tersebut,"katanya ketika di sini, hari ini.Abdul Rahim berkata, walaupun terdapat rondaan yang kerap semasa musim perayaan tetapijika tiada keprihatinan jiran ia menyukarkan pihaknya untuk mendapatkan maklumat."Rondaan kerap dilakukan pada waktu siang dengan cara berjalan kaki, menaiki motosikalatau MPV dan jika berjalan kaki lebih memudahkan kerana pantauan yang teliti di dalamsesebuah rumah jelas dilihat," katanya.Beliau berkata, selain keprihatinan jiran tetangga, wujudnya balai polis bergerak yang menjadipusat operasi di kawasan-kawasan panas akan mengelakkan berlakunya sebarang jenayah."Pada musim perayaan, balai tersebut diletakkan secara kekal dan pihaknya akan memantaukenderaan yang keluar dan masuk terutama pada waktu malam dan sesiapa yang dilihatmencurigakan akan ditahan dan diperiksa," katanya.Beliau juga menasihatkan semua warga Kuala Lumpur yang ingin pulang ke kampung supayajangan meninggalkan barang yang berharga di dalam kereta bagi mengelakkan sebarangkejadian jenayah
  • 33. TEMA-1PENGARUH FACEBOOK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT KINIPerubahan teknologi telah membawa kepada perubahan gaya hidup. Kini dunia dirasakansemakin sempit kerana apa yang berlaku di hujung dunia sana; hujung dunia disini telahmendapat tahu dalam beberapa saat sahaja. Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDCResearch, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebutdijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012. Daripada jumlah itu, perkhidmatanlaman web rangkaian sosial di Malaysia telah mencatatkan penggunaan sebanyak 66 % padabulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura (74.3%) dan Korea Selatan(68%). Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadibagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruhdunia. Ia semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yangmelayari alam siber dan dunia komunikasi maya. Ia begitu mendapat perhatian di seluruhdunia kerana ia merupakan cara berkomunikasi yang paling menjimatkan dalam menjalinkembali hubungan dengan sahabat lama yang terpisah dan mendapat kawan baru hanyadengan berada dalam talian tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos. Selain itu ia juga populardikalangan mereka yang terlibat dalam perniagaan dimana ia digunakan bagi mempromosidan menjual barangan atau perkhidmatan.Secara amnya, laman web rangkaian sosial merujuk kepada perkhidmatan yang membenarkanindividu membentuk komuniti sosial secara dalam talian untuk pelbagai tujuan dan aktiviti.Secara keseluruhannya, kini terdapat lebih kurang 170 laman web rangkaian sosial yangpopular dan aktif digunakan oleh pengguna Internet seluruh dunia seperti Facebook, Twitter,Myspace, Friendster dan sebagainya. Walaupun fenomena rangkaian sosial global yangpopular seperti Facebook telah mula menembusi pasaran dunia, terdapat juga beberapaaplikasi rangkaian sosial tempatan yang menawarkan kandungan dan perkhidmatan tempatanyang aktif digunakan seperti eKawan, Ruumz, GoEatOut, Circles99, FriendX, eMeiMei sertaPacmee. Kebanjiran laman web sosial ini telah membawa perubahan besar kepada duniaperhubungan dimana ia digunakan secara meluas bukan sahaja oleh remaja malah pemimpinnegara sendiri bagi memudahkan mereka berkomunikasi serta saling menyampaikan pendapatdan pandangan. Tidak semata-mata menyediakan platform perbincangan atau pertukaranpesanan di antara ahli, kehadiran laman-laman ini turut menawarkan pelbagai mediuminteraksi moden. Ia termasuklah aplikasi perbualan dalam talian, perkhidmatan emel, paparanvideo, pembinaan blog dan perkongsian fail.Merujuk kepada kamus Dewan bahasa edisi keempat 2005, laman web sosial boleh diertikansebagai satu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis mengikut formatHTML, Javascript, ASP atau PHP dan ia bertujuan untuk bersosial. Seperti mana yang kitaketahui laman web sosial telah menjadi satu medium pengantara di antara dua orang individuuntuk saling berkomunikasi dengan mempunyai tujuan yang tertentu (Azizan Kadir 2010).Mengambil contoh laman interaktif Facebook, ia kini memiliki 350 juta pengguna diperingkat global. Fenomena Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruhdunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak,remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalanmengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini. Facebookyang mula diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg seorang pelajar di Universiti Harvard pada 4Februari 2004 telah menjadi fenomena seluruh dunia apabila berjaya mengumpulkan lebih
  • 34. 150 juta pengguna berdaftar dalam masa beberapa tahun dan sejumlah 8.5 juta foto dimuatturun setiap hari. Facebook pada asalnya merupakan laman web kampus sehingga la ia dibukakepada orang ramai pada 2006. Sehingga kini menurut Compete.com, Facebook telahmengalahkan pesaing utama laman sosial mereka seperti Myspace dan Twitter danFriendster.Bagaimanapun setiap perkara ada pro dan kontranya. Facebook serta laman sosial lain jugatidak terlepas dari menghadapi isu ini. Tidak dinafikan penggunaan facebook boleh membantumencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang dan menambah kenalan baru.Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, univeristi, kolej ataupun ditempat kerja akan lebih erat. Orang menggunakannya untuk mencari pengaruh, menambahkenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagaan, buka kelab peminat, sekadarberkomunikasi, berkongsi maklumat, mencari semula kawan-kawan lama dan macam-macamlagi.Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya diseluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui facebook penggunaanya boleh memperkenalkanproduk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talianfacebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lainmelalui tag iklan. Dengan facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat.Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan targetpasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru ataumembangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana facebook menjadikan kumunikasitanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam seharijutaan pengguna facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama facebookmereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbarukita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskinilaman peribadi dan memaparkannya di halaman utama facebook Kita juga boleh mengetahuitentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalamfacebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman yang sesuai di tempat yang menarik, pastiramai yang akan memberi cadangan yang menarik. Melalui facebook juga kita bolehmendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pastiahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dandijadikan panduan dalam kehidupan.Banyak permainan yang terdapat di dalam facebook yang boleh menghilangkan rasa bosanatau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online.Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dansunyi.Di sebalik kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan facebook, pengguna juga akanmendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yangpaling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang penggunafacebook leka dan lalai melayan facebook seperti asyik bermain game atau berbual bersamarakan. Selain dari membuang masa, pengguna facebook juga akan membazir elektrik keranapengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akanmenyebabkan berlakunya pembaziran elektrik. Bukan itu sahaja, akibat daripada kelalaianpengguna menggunakan facebook, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yangrendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila pengguna mula lalai dengan pelajaran dan asyikdengan facebook, maka pengguna akan malas untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat
  • 35. tugasan kuliah. Ada yang lebih teruk lagi, kadang-kala pengguna facebook yang terlalu taksubdengan facebook boleh lalai dan lupa untuk makan sehingga boleh menghidapi penyakit yangtidak dapat dijangkakan. Seperti penyakit susah tidur dan sakit perut. Facebook yangdigunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepadasemua pengguna facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnyaseorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar.Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan keatas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya.Penggunaan facebook yang menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran fitnah diruangan facebook dan penyampaian berita yang tidak benar tentang seseorang akanmenimbulkan pergaduhan jika tidak dicegah. Pakar pendidikan dari Universiti Negeri Padang(UNP), Prof. DR. Nurtain mengatakan kini banyak pelajar dan mahasiswa yang tidakmemanfaatkan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi internet untuk hal-hal positifnamun lebih cenderung hanya untuk menghabiskan waktu dan hal yang tidak bermanfaat(E.Pendidikan.com). Mahasiswa dan mahasiswi membuang terlalu banyak untuk bermainGames Online. Waktu ini sebaiknya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran di sekolah.Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media massa seperti facebookbukan perjuangan semata-mata tetapi bertindak sebagai pengecut. Mungkin kerana merekatakut dengan pihak polis. Barangkali dengan penggunaan facebook, dapat menutup maklumatperibadi mereka daripada dikenali ramai. Facebook adalah satu medium yang digunakanuntuk meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Namun cara ini bukanlah satu cara yangterbaik. Untuk menuntut keadilan atau hak seseorang perlulah diperjuangkan dengan carayang betul iaitu melalui prosedur undang-undang negara yang telah ditetapkan.Penyalahgunaan laman web sosial boleh menyebabkan seseorang dijatuhkan hukuman danbukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi.Jika ditanya kepada pakcik±pakcik di kedai kopi, makcik±makcik dipasar dan jugabudak±budak sekolah, kebanyakkan mereka memang tahu apa itu facebook. Facebook bukansahaja tempat untuk menghubungkan talian yang telah lama terputus, namun medium iniboleh mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan maruah seseorangindividu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini. Tidak ketahuiapa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenargagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman facebook. Tidakkahmereka sedar bahawa apa yang ditulis oleh mereka ini dapat dilihat oleh jutaan pembacadiseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada merekadapat menerima apa yang ditulis oleh mereka? Contoh paling dekat sekali seperti HaniTarmizi, Joanna Ann, Lynette Lincoln dan juga Adukateruna, mereka ini antara manusia ±manusia yang gagal menggunakan akal mereka dalam meluahkan perasaan atau pendapatdidalam shout box facebook. Kalau dilihat perwatakkan mereka, mereka bukanlah seorangyang bodoh tetapi mengapa mereka sanggup mengeluarkan kenyataan±kenyataan yang bodohdi dalam facebook? Mereka tidak terfikirkah bahawa perbuatan mereka itu bukan sahaja akanmemecahbelahkan kaum atau menguris hati seseorang individu bahkan akan mengundangpadah kepada diri mereka sendiri. Lihat Hani Tarmizi, sekarang dia mungkin tidak senangduduk di Sarawak kerana menghina kaum Sarawak, Joanna Ann dan Lynette Lincoln yangmenghina Agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang mereka terhegeh±hegehmerayu kepada orang ramai agar tidak memaparkan komen±komen kurang ajar mereka diinternet dan juga Adukateruna, yang sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamahkerana menghina almarhum Sultan Johor. Mereka ini bukan hanya mementingkan perasaan
  • 36. mereka sahaja, tapi mereka tidak langsung mengendahkan kesannya dengan apa yang merekalakukan. Usaha menjatuhkan seseorang melalui facebook sebenarnya menunjukkankelemahan dan ketidakberaniaan seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiribukannya maruah orang yang difitnah itu. Kebenaran tetap akan berpihak kepada yang benardan kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti. Diharap selepas ini tiada isu±isuseperti ini timbul kembali. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulisyang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu. Sensitivitiperlu dijaga, dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis,bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di facebook sekarang dipantau olehpihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melempiaskan amarah ataupendapat anda di facebook. Perhatikan satu persatu ayat anda agar ia tidak menjadi isu kelak.Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, facebook memang sangat baikdigunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruhserta lain-lain hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan,peniaga dan yang seumpama dengannya memanfaatkan jaringan maya di internet dengansebaik mungkin. Pengguna facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea disamping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkanmelalui facebook ini melalui perbincangan, forum atau isu yang menarik yang bolehdibincangkan bersama rakan-rakan. Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri seringdiartikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secarakonvensional, seperti yang kita fahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupunkhutbah-khutbah yang dilakukan ahli agama di masjid-masjid. Seiring perkembanganteknologi komunikasi yang tidak terbendung lagi, maka aktiviti syiar juga berkembang sesuaidengan era ini. Saat ini, melalui apa yang disebut jejaring media, facebook adalah salahsatunya (Yanuardi Syukur, 2009).Selain daripada itu, penghantaran nota kuliah dan perkongsian ilmu pengetahuan yang baruboleh diwujudkan melalui facebook. Video-video yang menarik dan bermanfaat bolehdikongsi bersama rakan-rakan untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada dan mengetahuimengenai perkembangan isu semasa di seluruh dunia. penggunaan facebook secara berhemahmampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran dapat diterapkandengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu-isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. dengan itu, secara tidak langsungperbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku.Penggunaan facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmupengetahuan apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkaitdengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luarnegara. Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau cara hidup masyarakatdunia, kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang, seperti Google namunapabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secaraterus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalamanmereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan ketahui.
  • 37. TEMA-6Usah abaikan riadah Oleh MOHD. FARID MD. ALIASBERSUKAN atau beriadah sering dikaitkan dengan dengan meningkatkan kesihatan dankecergasan. Pepatah Arab ada menyatakan “akal yang sihat datang daripada badan yangsihat”.Islam juga menggalakkan umatnya kuat dan sihat seiring dengan sepotong hadis riwayatImam Bukhari, sabda Rasulullah SAW, Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dandisayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah… Malah sukan memanah dan berkuda jugaadalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan antaraakal dan kesihatan jasmani adalah sangat rapat.Badan yang sihat adalah pemangkin kepada akal yang cerdas. Apabila akal yang cerdasdilengkapi dengan rohaniah yang utuh, ia menghasilkan manusia yang berketerampilan,bersemangat dan bersedia menghadapi cabaran.Walaupun istilah kuat sangat subjektif maksudnya, namun tidak dapat dinafikan bahawamanusia yang lebih kuat, sihat dan berani akan lebih diho kepadanya.Kalau tidak masakan sejak dahulu lagi, manusia sering menganjurkan pertandingan beradukekuatan baik untuk menentukan taraf dalam masyarakat mahupun syarat untuk menjawatsesuatu pangkat.Sihat adalah keperluanMempunyai badan yang sihat adalah perlu untuk meneruskan kehidupan. Manusia adakalanyamenggunakan kudrat tulang empat keratnya untuk mencari sesuap nasi, justeru memilikibadan yang kuat dan sihat adalah suatu kemestian baginya.Bukan itu sahaja, pelajar mahupun pekerja memerlukan badan yang sihat untuk menggalastanggungjawab masing-masing. Pendakwah juga mesti memiliki badan yang cergas danminda yang cerdas kerana tanggungjawab mereka juga tidak mengira batasan tempat danwaktu.Terdapat pandangan bahawa beriadah adalah sangat menyusahkan, mengambil masa sertabadan menjadi letih. Pandangan ini harus ditepis kerana kebaikan beriadah dan bersukanadalah amat banyak.Pertama, ia meningkatkan pengaliran darah dalam badan, mengeluarkan peluh dan seterusnyamenjadikan tubuh badan lebih cergas dan sihat.Banyak kajian menunjukkan kebaikan beriadah, walaupun setakat berjalan kaki kerana iamembantu organ-organ dalaman berfungsi dengan lebih baik dan mengawal stamina tubuh.Malah tekanan juga dikatakan dapat dilepaskan melalui beriadah dan bersukan.
  • 38. Apabila badan sihat, minda menjadi lebih segar, fokus dan perasaan lebih ceria seterusnyadapat dimanfaatkan untuk keluarga, masyarakat, organisasi dan negara.Kedua, beriadah dan bersukan boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.Kegiatan-kegiatan sukan yang dilakukan bersama-sama dengan orang lain mampu memupuksemangat kekitaan dan toleransi.Lebih-lebih lagi apabila dilakukan dengan keluarga, hubungan keluarga menjadi lebih eratdan teguh. Aktiviti sukan pada hujung minggu misalnya, dapat melepaskan penat lelah keranakesibukan sepanjang minggu.Melalui sukan juga integrasi kaum juga dapat dipupuk. Kita lihat banyak acara sukan danriadah yang dianjurkan dengan penyertaan pelbagai kaum, dan ini dapat menjadi mediumyang berkesan untuk penyatuan kaum dan membina semangat patriotisme.Ketiga, mengelak remaja daripada terjebak masalah sosial dan mempertingkatkan kualitikehidupan. Masa senggang seorang remaja agak banyak kerana tidak perlu menanggungtanggungjawab seperti seorang dewasa.Justeru, banyak masa lapang remaja kadangkala diisi dengan aktiviti yang kurang berfaedahseperti melepak, merempit, bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong.Masa senggang selalu menyebabkan remaja hilang fokus dan menyebabkan salah guna masaberlaku.Alangkah baiknya sekiranya masa-masa ini dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedahdan memberi manfaat.Jika dimanfaatkan betul-betul, sukan dapat membangunkan masyarakat yang berdisiplin danberdaya saing.Banyak lagi kebaikan beriadah yang mungkin sudah kita ketahui, cuma yang kadangkalamenghalangnya adalah akibat kekangan ruang, masa dan rasa. Walau apa pun, bak katapepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!Sekiranya kita tidak menyedari kepentingan bersukan dan beriadah, masih tidak terlambatuntuk kita mula beriadah dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.Gunakan masa sihat sebelum sakit, dan untuk sihat kita perlu penjagaan dan amalan hidupyang baik.Kesihatan fizikal, bersama-sama kekuatan mental dan spiritual menjadikan seorang remajalebih berdisiplin, ceria, bermotivasi, berdaya saing dan bersiap siaga.Potensi remaja sebeginilah yang bakal membangun generasi akan datang ke arah masyarakatyang maju dan bersedia menghadapi apa jua cabaran yang datang.TEMA-6
  • 39. hosmu menulis -[!#Artikel#!]Merokok hobi mahal tapi mengancam kesihatanMerokok hobi mahal tapi mengancam kesihatanOleh Hafizah IszahanidMUNGKIN anda merokok kerana sudah biasa berbuat begitu sejak remaja. Mungkin jugaanda merokok kerana melepaskan tekanan perasaan dan ingin cepat kurus (bagiperempuan). Tapi percayalah, merokok bukan saja hobi mahal tetapi juga mengancamkesihatan.Hanya satu perkataan saja boleh menjelaskan mengapa jumlah perokok tidak berkurang,walaupun hebahan mengenai risiko merokok dibuat secara meluas - ketagihan.Rokok mengandungi nakotin dan seperti mana heroin dan dadah berbahaya yang lain,tubuh dan minda menjadi ‘mesra’ dengan nikotin dalam rokok yang menyebabkan tubuhberasa normal dengan merokok dan berasa sebaliknya jika tidak merokok. Mungkinkerana itu, dianggarkan di Malaysia seorang perokok menghisap 2,000 batang setahun!Daripada kajian WHO pula, penduduk Malaysia membelanjakan 30 peratus pendapatanuntuk membeli dua kotak rokok sehari.Mungkin iklan rokok yang selalu muncul dengan imej sofistikated, anggun ataumenggunakan model cantik jelita menjadi tarikan utama. Malah jangan tidak tahu,sekitar 1940-an, iklan rokok menunjukkan doktor mencadangkan rokok kepada pesakitsebagai cara menenangkan diri.Lebih hebat daripada itu, laporan tahunan Tabung Tindakan Kanak-Kanak BebasTembakau di Amerika, mencatatkan industri tembakau menyumbangkan lebih dari US$2million kepada calon persekutuan pada pusingan pilihanraya 2003-2004, manakala lebihdari US$200,000 dalam pusingan pilihanraya 2005-2006.Begitupun, sejauh mana kehebatan yang ditonjolkan dalam iklan dan di luar iklan,sebagai manusia yang waras tidak mungkin kesihatan digadaikan.Tidak ada alasan fizikal yang menyebabkan anda merokok - badan tidak memerlukantembakau sebaliknya memerlukan makanan, air, tidur yang cukup dan senaman.Sebaliknya, banyak kimia dalam rokok seperti nikotin dan cyanide sebenarnya racunyang boleh membunuh jika diambil dalam dos yang tinggi.Kerana itu, bagi mereka yang merokok buat kali pertama biasanya akan terasa sakit danterbakar di tekak dan paru-paru dan sesetengah orang mungkin muntah.Merokok dalam tempoh yang lama akan menjejaskan kesihatan dan mengehadkankeupayaan untuk menikmati kehidupan yang aktif. Sebatang rokok boleh mengurangkanlima hingga 20 minit jangka hayat penghisapnya. Bayangkan jika anda merokok sejak 35tahun lalu.Bagi lelaki bergelar bapa yang merokok, sekumpulan penyelidik yang diketuai KimberlyYolton dari Pusat Kesihatan Alam Sekitar Kanak-Kanak, Hospital Kanak-Kanak Cincinatimelaporkan dalam Persidangan Persatyan Akademi Pediatrik, asap rokok walaupun amatkecil boleh menyebabkan kemudaratan kepada kanak-kanak terutama kesukaran belajar,membaca dan mengira.Justeru, jika anda tidak gentar berhadapan dengan risiko penyakit barah atau radangparu-paru, mungkin anda tidak mahu anak anda berhadapan dengan masalah dalampembelajarannya.
  • 40. Fakta:Keburukan merokok:~Kulit tidak sihat, mengecilkan saluran darah justeru membataskan oksigen dan nutrisimasuk ke kulit. Kajian di Itali mengaitkan tabiat merokok meningkatkan risiko sakit kulitpsoriasis.~Nafas, rambut dan pakaian berbau busuk.~Menurunkan tahap persembahan (bagi atlit)~Risiko kecederaan yang besar, tempoh penyembuhan yang panjang.~Peningkatan risiko penyakitTembakau boleh menyebabkan:Barah - Bibir, rongga mulut dan farinks, esofagus, pankreas, larink, paru-paru, trakeadan bronkus, pundi kencing, ginjal dan lain lain organ kencing.Penyakit Kardiovaskular:Penyakit berkaitan jantung:– Tekanan darah tinggi, penyakit berkaitan salur darah,penyakit Sistem Pernafasan:Pneumonia dan influenza, bronkitis dan emphysema asma, Halangan kronik laluan udara.Bayi dengan berat badan ringan, gangguan sistem pernafasan, kematian mengejut,kanser paru paru dan penyakit lain akibat asap rokok basi.sumber Pusat Racun Negara, USMTEMA-6
  • 41. SukanDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintarSukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untukpertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secarabersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendiriandi kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginanmanusia sama ada sebagai pesertaSukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besarkegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat jugamenjadi sumber pendapatan.Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umumistilah tersebut.Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: • Latihan kemahiran berguna secara rekreasi. • Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran(benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah: • Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom. • Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya. • Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainyaSukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapakemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakankemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana iniakan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkanpeserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi bolehberubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dankemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.Sejarah sukan Rencana utama: Sejarah sukan
  • 42. Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlakudan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman prasejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.semangat kesukananSemangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmatisemata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, ataupengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta.Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dankesedihan.Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukandaripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau denganmewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktivitirekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikalBMX, meluncur dan sebagainya.Profesionalisme dan peraturan sukan Rencana utama: Sukan profesionalAspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telahmembawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, dimana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebihmenguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengahorang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisianmasa lapang bagi hampir seluruh populasi dunia.Jenis-jenis sukan Rencana utama: Senarai sukanSalah satu cara mengelaskan sukan ialah berdasarkan tujuan sukan itu.Lumba • dibantu manusia (berbasikal, mendayung,...) • tenaga manusia (lumba lari, renang,... ) • tenaga luar (perahu layar, F1,...)Lawan • pasukan (bola sepak, ragbi, hoki,bola keranjang, ...) • gelanggang (tenis, badminton, bola tampar,...) • kombat (gusti, judo, karate, lawan pedang, tinju, taekwando, silat olahraga...)Pencapaian • pameran/pertunjukan (bina badan, gimnastik,...) • kekuatan (angkat berat, lempar cakera, lontar peluru...) • sasaran (menembak, golf, memanah,...)
  • 43. Gabungan semua • OlahragaTEMA-6Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Contoh aktiviti yang meliputihobi masa lapang termasuklah berjoging, bermain badminton, bola sepak dan memancingikan. Aktiviti berjoging banyak mendatangkan pelbagai. Oleh hal yang demikian, apakahfaedah-faedah mengenai hobi berjoging?
  • 44. Salah satu faedahnya ialah kitadapat menyihatkan badan. Kita dapat mengeluarkan peluhsemasa berjoging. Hasil kajian yang sahih lagi tepat yang dikeluar oleh KementerianKesihatan, pada tahun 2008 telah menunjukkan bahawa kesihatan orang yang sentiasabersukan lebih baik daripada orang yang tidak bersukan. Dengan ini, orang yang tidakbersukan lebih senang diserang penyaikit. Oleh sebab itu, “badan sihat, otak cerdas”. Kenapatidak?Aktiviti tersebut juga dapat mencerdaskan fikiran kita. Oleh sebab itu, kita dapat mengambiltindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah dengan otak yang cerdas. Selain itu,aktiviti tersebut dapat menguruskan badan. Lebih baik kita berjoging untuk menguruskanbadan berbanding dengan makan pil-pil pelangsing badan. Pil tersebut mengandungi pelbagaijenis bahan kimia yang tidak baik terhadap badan kita.Seterusnya, aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan. Pada era globalisasi ini, banyakorang hanya sibuk bekerja sahaja sehingga tidak menpunyai sebarang masa lapang. Hal initerjadi demikian kerana manusia hanya mementingkan kejayaan sahaja. Aktiviti berjogingsangat berfaedah kepada pekerja-pekerja. Oleh sebab tekanan yang tinggi sering kali dihadapioleh pekerja, mereka bolehlah pergi berjoging di taman berdekatan tunuk mengurangkantekanan. Kita tidak dapat menyiap kerja dengan sempurna sekiranya menghadapi tekananyang tinggi. Dalam keadaan yang tiada tekanan, barulah kita dapat menyiapkan kerja dengancepat dan sempurna. Dengan ini, memang tidak dapat boleh dinafikanbahawa aktivitiberjoging dapat mengurangkan tekanan.Di samping itu, remaja dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah kerana masa ituemas. Oleh sebab ibu bapa sibuk bekerja, remaja yang berada di rumah berseorangan akanberasa bosan. Tidak hairanlah sekiranya mereka akan keluar unuk mencari kawan untukmengurangkan perasaan bosan. Mereka akan pergi melepak di pusat-pusat beli-belah ataupunpusat hiburan. Hal ini pasti membazirkan wang dan masa. Kontradiksinya, aktiviti berjogingmerupakan aktiviti yang berfaedah. Remaja boleh mengajak rakan sebaya untuk pergiberjoging bersama-sama. Keadaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan perasaan bosanremaja di rumah malah dapat mengunakan masa lapang dengan berfaedah.Sebagai kesimpulan, kekayaan yang hilang boleh diperoleh semula dengan usaha yangbersungguh-sungguh, namun kesihatan yang hilang dapat diperoleh dengan ubat-ubatan yangbaik?, Ingatlah bahawa masa yang hilang akan terus hilang dan tidak akan kembali kepadakita buat selama-lamanya. Oleh sebab itu, janganlah kita membazirkan masa. Gunakan masalapang anda dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti berjoging yang mendatangkanpelbagai faedah.TEMA-6Aktiviti riadah lazimnya dilakukan oleh masyarakat tidak kira muda mahupun tua pada masa-masa yang terluang. Selepas penat belajar atau bekerja, apa-apa sahaja kegiatan riadah sepertiberjoging, bersukan, berkelah atau sekadar berbasikal dengan rakan-rakan sudah cukupmemadai. Sesetengah masyarakat gemar pergi ke taman-taman bunga atau sekadar berjalan-
  • 45. jalan di kawasan sekeliling rumah untuk melakukan aktiviti ini. Bagi golongan yangberkemampuan, pusat-pusat kesihatan dan gim-gim sering menjadi tumpuan, lebih-lebih lagibagi mereka yang mempunyai masalah berat badan. Asalkan yuran yang dikenakanberpatutan, mereka sanggup mengeluarkan belanja. Namun begitu, pengusaha-pengusahapusat jagaan kesihatan tidak wajar menahan lukah di penggentingan dengan mengenakanbayaran yang terlalu tinggi semata-mata untuk kepentingan diri.Namun begitu, penglibatan masyarakat dalam aktiviti riadah ternyata masih kurangmemberangsangkan. Kesannya, pelbagai isu seperti masalah obesiti, terutamanya dalamkalangan kanak-kanak yang kini kian kerap terpapar di dada-dada akhbar. Hal ini amatmembimbangkan pihak ibu bapa kerana keadaan ini mampu menjejaskan kesihatan anak-anakmereka. Justeru, beberapa langkah boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Ceramah-ceramah dan kempen bertemakan kesihatan dan kebaikan beriadah patut diadakanoleh pegawai kesihatan. Melalui cara ini, masyarakat akan sedar betapa pentingnyapenglibatan mereka dalam aktiviti riadah. Pihak Kementerian Kesihatan harus mengadakanceramah-ceramah dan kempen kesihatan di setiap negeri di Malaysia bagi menunjukkanbetapa seriusnya masalah ini. Aktiviti-aktiviti riadah yang bersesuaian untuk mengekalkankesihatan juga wajar diketahui oleh orang ramai supaya mereka tidak menganggap bahawaaktiviti riadah merupakan satu kegiatan yang meletihkan. Dengan cara ini, tindakan proaktifakan diambil oleh masyarakat yang mengambil berat tentang kesihatan mereka.Selain itu, tempat-tempat beriadah seperti gymnasium dan taman rekreasi harus diperbanyakkhususnya di kawasan luar bandar. Memang tidak adil jika penduduk di bandar sahaja yangmendapat peluang untuk menikmati kemudahan yang sempurna sedangkan penduduk dikawasan pedalaman hanya sekadar berlari di atas batas-batas sawah atau di kawasan lapangyang turut menjadi tempat lembu dan kerbau berkubang. Ibu bapa juga perlu memberi teladankepada anak-anak dengan sering membawa mereka beriadah daripada hanya terperuk dirumah dan menonton televisyen. Anak-anak pasti akan berasa seronok apabila dapat beriadahbersama ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung, hubungan kekeluargaanjuga dapat dieratkan.Pihak media massa turut perlu memainkan peranan untuk memupuk minat beriadah dalam dirimasyarakat dengan melancarkan kempen-kempen kesihatan secara berterusan. Kempen sertaiklan-iklan melalui televisyen perlu menggunakan cogan-cogan kata serta memberi gambaranyang lengkap dan berkesan hasil setiap aktiviti riadah yang dilakukan. Pihak KementerianPelajaran pula patut menegaskan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani danKesihatan yang sering diabaikan oleh pelajar-pelajar sekolah. Kebanyakan sekolah memberitugas mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani kepada guru-guru yang tidakberpengalaman dalam aktiviti senaman. Oleh sebab mata pelajaran dipandang ringan, parapelajar akan kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti senaman dengan berkesan.Natijahnya, usaha yang berterusan daripada semua pihak baik kerajaan mahupun badan bukankerajaan(NGO) harus diambil supaya masyarakat berminat untuk menjalankan aktiviti riadah.Apalah gunanya kita bekerja keras pada waktu siang dan pada waktu malam untukmengumpul harta sedangkan kesihatan diri diabaikan. Harta dapat dicari, namun nyawa dankesihatan tubuh badan merupakan aset yang paling bernilai dan perlu dihargai.

×