Tut pokok dokumentasi

10,484
-1

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
10,484
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
244
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tut pokok dokumentasi

  1. 1. Pembiakan Tanaman Kaedah TutTerdapat pelbagai teknik pembiakan bagi pengeluaran bahan tanaman buah-buahanyang boleh digunakan. Antaranya adalah seperti sandingan, cantuman matatunas,cantuman sisi, sulur, akar dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, disebabkan alasan-alasan yang tertentu, bukan semua teknik sesuai bagi pengeluaran benih buah-buahan.Hanya teknik-teknik yang selalu dipraktikkan sahaja sesuai bagai pembiakan benih.Antara yang popular ialah melalui Kaedah Tut.Teknik ini telah lama dipraktikkan akan tetapi banyak mempunyai kelemahannyaseperti merosakkan pokok asalnya. Selain itu, pengeluarannya adalah terhad danpertumbuhan anak pokok itu tidak menentu. Teknik ini biasanya dilakukan padatanaman ciku, jambu batu dan limau.TUT POKOK (Marcotting)Mengetut Pokok (Marcotting) adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang(vegetative propagation). Pembiakan Tanaman dijalankan melalui pelbagai kaedahiaiitu Cara Sexual dan Asexual. Cara sexual adalah dengan menggunakan Biji Benih(Seed) yang dihasilkan melalui proses pendebungaan bunga jantan dan betina. KaedahPembiakan Asexual ialah dengan Cara Pembiakan Tampang (Vegetative) dimanasebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan.Pembiakan tampang terdiri dari SEMULAJADI (Sulur, Rhizom, Umbisi, Bebawang,Rayapan dan sebagainya), KERATAN (Keratan akar, Pucuk dan batang), CANTUMAN(Banyak jenis cantuman) dan TUT. Salah satu panggilan biasa mengetut di panggil
  2. 2. Teknologi Lenturan Udara (tut). Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan padapokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku. Teknik dan Cara-cara mengetut Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan airdengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran. Tanah campuranbiasa digunakan ialah 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja. Padamasa ini bahan mengetut moden telah ada dipasaran seperti campuran ‘coco-peat”dengan pelbagai nama seperti GP7 dan sebagainya. Kerja mengetut tanaman jugamenjadi mudah dengan teknologi GP7. Pemilihan dahan yang sesuai untuk di tut mestilah dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras dengan ukurlilitdahan sekurang-kurangnya lcm garis pusat. Pastikan dahan yang dipilih sebaiknyaseimbang dari segi bentuk cabang, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahayamatahari.
  3. 3. Langkah-langkah mengetutWalau pun kerja ini Nampak agak mudah tetapi kadang-kadang yang dibuat tidakmenjadi. Langkah-langkah berikut perlu di fahami sebelum membuat pembiakan secaratut. a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun- daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat.
  4. 4. c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawahmata tunas dan kelaran kedua dibuatsekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaranpertama. d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu. e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas
  5. 5. f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah. g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik.h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastikdan diikat pada kedua-dua hujungnya.
  6. 6. i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam polibeg plastic untuk proses pembesaran anak benih.Kelebihan dan Kekurangan i. Kelebihan Ciri pokok induk diwarisi Tanaman baru cepat matang ii. Kekurangan Perlu kemahiran membuat tut Tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk.

×