• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Analisis jurnal
 

Analisis jurnal

on

  • 213 views

Nurul Hamiza Ismail

Nurul Hamiza Ismail
M20121000162
KPT 6044

Statistics

Views

Total Views
213
Views on SlideShare
213
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
7
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Analisis jurnal Analisis jurnal Document Transcript

    • Tajuk Jurnal: Internet Sebagai Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Ciri-ciri Dan Aplikasinya. Oleh: Saharani Bt Abdullah , Nazila Bt Abdullah, Siti Rafidah Bt Bachok, R Kalyani. (Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, UTM, 15 Okt 2005) 1.0: Persoalan Kajian Penulis jurnal ini membicarakan tentang penggunaan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Umum mengetahui tentang kehadiran computer dalam pendidikan telah banyak mengubah corak pembelajaran dan pengajaran tradisi kepada corak yang lebih moden. Penulis juga tertarik untuk mengetahui tentang ciri-ciri dan keistimewaan menjadikan internet sebagai media pengajaran yang berkesan , efektif, fleksibel serta menarik dan juga sebab mengapa ia perlu diaplikasikan dalam system pendidikan kini. Di samping itu juga, penulis juga turut memaparkan bukti-bukti pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Penulis juga turut mengetengahkan tentang perbincangan mengenai isu-isu kebergunaan ciri-ciri ini yang boleh menyebabkan permasalahan kepada pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran . 2.0: Kaedah Kajian Pada permulaan kajian penulis menyenaraikan definisi media dan internet untuk pemahaman pembaca. Menurut Kassim Abbas (1989), mendefinisikan media pendidikan sebagai segala jenis dan bentuk sumber/bahan yang digunakan dalam bidang pendidikan untuk membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beliau membahagikan media pendidikan kepada dua kategori iaitu media pendidikan bercetak dan media pendidikan bukan bercetak. Media pendidikan bercetak termasuklah buku-buku, majalah, akhbar, jurnal, risalah dan sebagainya. Manakala media pendidikan bukan bercetak termasuklah semua jenis alat projector, system audio, video, transperansi, computer dan sebagainya. Setelah mengetahui tentang definisi media dan internet, penulis mendedahkan tentang aplikasi dan ciri-ciri internet sebagai media pengajaran. Menurut Zawawi (1999), menyenaraikan enam kemudahan internet yang utama yang boleh menyokong keperluan pendidikan masa kini iaitu email (mel elektronik), laman web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita ( News Group), File Transfer Protocol (FTP) dan Telesidang Video (Video Conferencing). 2.1: Mel Elektronik (E-mail) Mel elektronik merupakan satu perkhidmatan melalui internet yang biasanya berbentuk teks. Ia juga melibatkan imej grafik dan suara (voice mail). Setiap pesanan dihantar , melibatkan kos yang minimum. Keistimewaannya, boleh ditulis bila-bila masa dan boleh dihantar melalui rumah atau pejabat , maklumat juga boleh diterima dalam masa yang singkat.
    • Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan menggunakan email ialah boleh berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesame guru, ibubapa, pelajar dan pihak jabatan dan kementerian, mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal, berkongsi dan bertukar pendapat berhubung proses pengajaran dan pembelajaran. 2.2: Laman Web (World Wide Web) Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran dan lain-lain bahan pengajaran dan pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar, pendidikan keibubapaan dan maklumat kesihatan serta bermacam macam lagi. 2.3: Internet Relay Chat Internet Relay Chat merujuk kepada sekumpulan orang berbual sesame sendiri dengan menggunakan papan kekunci. Walaubagaimanapun, pada hari ini sudah terdapat perisian yang membolehkan komunikasi secara audio dan visual dengan beberapa alatan tambahan seperti telesidang. IRC menyediakan berbagai-bagai tajuk perbualan dan pengguna-pengguna di seluruh dunia dapat berbincang pelbagai tajuk secara serentak. 2.4: Telnet Telnet ialah kemudahan menggunakan computer yang berlokasi di benua lain, seolah-olah sama seperti menggunakan computer yang ditempatkan dalam sebuah bangunan yang sama. Ia menggunakan protocol piawai bagi membolehkan seseorang pengguna computer membuat sambungan kepada computer lain. Bagi menggunakan telnet, pengguna hanya perlu melaksanakan atur cara yang dinamakan telnet di computer sendiri dan disambungkan di komputer yang dikehendakinya. 2.5: Kumpulan Berita Dan Diskusi Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek. Kumpulan berita dan diskusi secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan email secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. 2.6: Pemindahan Fail (FTP) Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau video amat mudah untuk dipindahkan dari satu computer kepada computer yang lain dengan menggunakan file transfer protocol. Segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu
    • server( di mana-mana institusi pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam computer kita di rumah tanpa mengalami sebarang perubahan. 2.7: Telesidang Video Telesidang adalah system penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video sesuai bagi melaksanakan pendidikan jarak jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan dan kaunseling. 3.0 : Aplikasi Internet Sebagai Media Pengajaran Dan Pembelajaran Penulis juga menerangkan tentang bagaimana aplikasi internet dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kategorinya adalah seperti yang berikut: 3.1: Projek Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Projek berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam kelas. 3.2: Rancangan Pengajaran (Lesson Plan) Terdapat beratus-ratus rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh para guru dari seluruh pelusuk dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Selain dari matematik, rancangan pelajaran tersebut meliputi pelbagai mata pelajaran yang lain. 3.3: Bahan Maklumat Yang Menarik Dan Terkini Internet mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan. Bahan-bahan seperti imej bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia atau maklumat tentang puting beliung, fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit boleh diperolehi dengan. Tambahan pula, maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari sumber lain. 3.4: Bahan Bacaan Dan Kemahiran Berbahasa Di dalam internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal yang diterbitkan secara berkala, sama ada harian, mingguan atau bulanan. Begitu juga dengan akhbar yang menjadi sumber maklumat, khususnya berhubung dengan peristiwa dan isu semasa yang berlaku di seluruh dunia 3:5: Perkongsian Maklumat
    • Selain itu, guru sendiri boleh berhubung dengan guru lain untuk berkongsi sumber, idea ataupun masalah khususnya melalui kumpulan diskusi elektronik. Terdapat berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di dalam internet yang boleh disertai secara percuma oleh guru di seluruh dunia. 3.6: Saluran Komunikasi Para guru dan pelajar juga berpeluang berkomunikasi antara satu sama lain melalui internet, sama ada secara lisan atau tulisan. Antara bentuk saluran komunikasi atau perisian yang terdapat melalui internet ialah Internet Relay Chat (IRC), Discussion group, Internet phone, netmeeting, cooltalk dan sebagainya, Video Conferencing, ICQ dan lain-lain. 4.0: Dapatan Kajian Daripada perbincangan antara penulis didapati bahawa terdapat beberapa isu yang dapat diketengahkan daripada kajian ini. Isu pertama adalah tentang penggunaan IRC dan kemudahan sepertinya termasuk Discussion Group atau Forum. Hakikatnya, IRC bukan direkabentuk khusus untuk guru dan pelajar semata-mata. Ia adalah untuk semua lapisan masyarakat dan falsafah rekabentuknya berasaskan nilai komersil. Dengan itu suasana yang disediakan oleh IRC lebih berbentuk sensasi (glamour) dimana, contohnya, tajuk-tajuk perbualan yang disediakan lebih kepada yang berbentuk hiburan. Isu kedua juga tentang kebergunaan IRC kepada pelajar, lebih-lebih lagi pelajar di peringkat menengah atau yang lebih rendah. Walaupun tajuk perbualan yang ditawarkan di IRC secara umumnya berkait dengan pelajar, contohnya fizik, terdapat kemungkinan topik yang dibincangkan terlalu mendalam dan terperinci sehingga pelajar tidak termampu memahami apa yang dibincangkan apatah lagi untuk menyertainya. Dalam konteks ini, kebergunaan IRC dan Discussion Group atau Forum kepada pengajaran dan pembelajaran boleh dipertikaikan. Isu ketiga adalah mengenai Telnet. Kemudahan yang Telnet sediakan boleh dianggap khusus sehingga pengguna perlu mematuhi syarat-syarat yang berkaitan dengan keselamatan data dan sebagainya. Adakah pelajar memerlukan kemudahan seperti ini sedang syarat-syarat yang dikenakan mungkin membebankan pelajar itu sendiri atau mereka langsung tidak memahaminya? Mungkin ya bagi sekumpulan kecil pelajar diperingkat pasca ijazah. Namun kumpulan terbesar pelajar yang memerlukan bimbingan pengajaran dan pembelajaran berbantukan media adalah diperingkat rendah dan menengah. Jelas bahawa Telnet juga tidak direkabentuk dengan memikirkan pelajar bawahan sebagai penggunanya. Isu keempat, mengenai kebergunaan FTP bagi pelajar-pelajar rendah dan menengah. Permasalahannya adalah, seperti juga Telnet, kumpulan pengguna yang menjadi sasaran kemudahan itu ialah pelajar di peringkat tinggi, terutama nya pelajarpelajar di tahun-tahun akhir pengajian di universiti. Dengan itu suasana yang disediakan bagi pengguna FTP tidak benarbenar user friendly. Dalam kes ini, pelajar rendah dah menengah akan secara automatik tidak merasa layak menggunakan FTP.
    • Isu kelima adalah laman web sebagai ciri internet untuk pengajaran dan pembelajaran. Permasalahannya berkait rapat dengan isu kos. Penyenggaraan laman web memerlukan pembiayaan dan dengan itu penyedia laman web terpaksa menampung kos dengan membenarkan pengiklanan di lamannya. Tumpuan pengguna, lebih-lebih lagi pelajar yang kurang sirius akan terpesong ke laman-laman web yang tidak bermanfaat pada masa itu yang diiklankan semasa proses carian. Dari apa yang dipaparkan di atas, beberapa kesimpulan penting dapat dibuat oleh penulis mengenai ciri-ciri internet dan aplikasinya kepada bidang pengajaran dan pembelajaran. Pertama, jelas bahawa internet adalah kemudahan moden yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia menjadi media pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri ini ialah E–mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita (News group) dan File Transfer Protocal (FTP). Kedua, Pengaplikasian ciri-ciri ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran, bagi guru dan pelajar, tampak mudah atas alasan ia tersedia secara percuma kepada semua lapisan pengguna. Namun, dengan fakta-fakta yang telah dibincangkan oleh penulis, jelas bahawa kebergunaan ciri-ciri ini kepada pelajar adalah terhad. Yang pasti ciri-ciri ini mungkintidak langsung memikirkan kebergunaannya kepada golongan majoriti pelajar iaitu pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. Oleh yang demikian, apa-apa usaha kearah menggunakan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran perlu pertama-tamanya menangani isu-isu asas ini
    • Isu kelima adalah laman web sebagai ciri internet untuk pengajaran dan pembelajaran. Permasalahannya berkait rapat dengan isu kos. Penyenggaraan laman web memerlukan pembiayaan dan dengan itu penyedia laman web terpaksa menampung kos dengan membenarkan pengiklanan di lamannya. Tumpuan pengguna, lebih-lebih lagi pelajar yang kurang sirius akan terpesong ke laman-laman web yang tidak bermanfaat pada masa itu yang diiklankan semasa proses carian. Dari apa yang dipaparkan di atas, beberapa kesimpulan penting dapat dibuat oleh penulis mengenai ciri-ciri internet dan aplikasinya kepada bidang pengajaran dan pembelajaran. Pertama, jelas bahawa internet adalah kemudahan moden yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia menjadi media pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri ini ialah E–mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita (News group) dan File Transfer Protocal (FTP). Kedua, Pengaplikasian ciri-ciri ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran, bagi guru dan pelajar, tampak mudah atas alasan ia tersedia secara percuma kepada semua lapisan pengguna. Namun, dengan fakta-fakta yang telah dibincangkan oleh penulis, jelas bahawa kebergunaan ciri-ciri ini kepada pelajar adalah terhad. Yang pasti ciri-ciri ini mungkintidak langsung memikirkan kebergunaannya kepada golongan majoriti pelajar iaitu pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. Oleh yang demikian, apa-apa usaha kearah menggunakan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran perlu pertama-tamanya menangani isu-isu asas ini