Your SlideShare is downloading. ×
P kehidupan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

P kehidupan

1,934
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,934
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
48
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENGURUSAN KEHIDUPAN (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN SATU 2010
  • 2. KANDUNGAN MUKA SURATPendahuluan 1Matlamat 1Objektif 2Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang 2Kurikulum Modular Berasaskan Standard 3Komposisi Kurikulum 5Fokus Mata Pelajaran 6Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 8Pentaksiran 9Komponen Pengurusan Diri 11Komponen Pengurusan Tingkah Laku 15Komponen Kemahiran Manipulatif 19
  • 3. 1. Pendahuluan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pembelajaran bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.2. Matlamat KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. 1
  • 4. 3. Objektif KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa4. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: 2
  • 5. i. Komunikasi ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan iv. Literasi Sains dan Teknologi v. Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri5. Kurikulum Modular Berasaskan Standard KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. 5.1 Standard Kandungan Pernyataan tentang disiplin ilmu di mana murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 5.2 Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan yang dinyatakan. 3
  • 6. Rajah 1: Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang 4
  • 7. 6. Komposisi Kurikulum Komposisi KSSRPK Masalah Pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah: Jadual 1 : Mata pelajaran dalam KSSRPK Masalah Pembelajaran Tahun 1 Mata pelajaran Komponen  Pengurusan Diri Pengurusan Kehidupan  Pengurusan Tingkah Laku  Kemahiran Manipulatif  Bahasa Melayu Mata pelajaran Asas 3M  Bahasa Inggeris  Matematik  Pendidikan Seni Visual Pendidikan Seni Kreatif  Pendidikan Muzik Pendidikan Islam / Moral - Pendidikan Jasmani - 5
  • 8. 7. Fokus Mata Pelajaran 7.1 Mata Pelajaran: Pengurusan Kehidupan 7.1.1 Komponen: Pengurusan Diri Bagi murid pendidikan khas, Pengurusan Diri merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga perlu diajar kepada murid Masalah Pembelajaran. Komponen Pengurusan Diri ini dibina dengan tujuan melatih murid berkemahiran dan mampu hidup berdikari. Komponen Pengurusan Diri membolehkan murid dapat: i. berdikari dan mampu menjalankan aktiviti seharian mengikut kemampuan diri sendiri ii. menyediakan diri menghadapi situasi sebenar iii. mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran iv. mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar 7.1.2 Komponen: Pengurusan Tingkah Laku Komponen ini bertujuan untuk memberi penekanan dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid dan seterusnya memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang sedia ada. Ia juga bertujuan melatih murid mengurus emosi dan membina keyakinan diri supaya dapat disesuaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Aspek-aspek keselamatan diterapkan bagi membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang membahayakan diri sendiri, orang lain, komuniti dan masyarakat. Ini akan meningkatkan tahap kesediaan belajar murid serta memupuk sikap positif terhadap pembelajaran. 6
  • 9. Komponen Pengurusan Tingkah Laku membolehkan murid dapat:i. mengamal dan mengekalkan tingkah laku baik yang sedia ada dan yang baruii. mengurus dan mengawal emosi untuk memahami diri dan orang lainiii. meningkatkan kemahiran bersosialisasi dengan keluarga, rakan dan masyarakativ. menjaga keselamatan dan kesihatan diri, keluarga, rakan dan masyarakatv. bersikap positif terhadap pengajaran dan pembelajaran7.1.3 Komponen: Kemahiran ManipulatifKomponen Kemahiran Manipulatif memberi fokus kepada perkembangan kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor halus danpengamatan murid. Komponen Kemahiran Manipulatif ini amat penting untuk membantu murid dalam penguasaan 3 M (membaca,menulis dan mengira).Usaha ini dapat melahirkan murid berkeperluan khas yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dannegara.Komponen Kemahiran Manipulatif membolehkan murid dapat:i. melakukan pergerakan koordinasi motor kasar, motor halus dan pengamatanii. menggunakan peralatan dengan teknik yang betuliii. menggunakan pengetahuan dan kemahiran manipulatif dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesaniv. meluaskan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan sesuatu bahan 7
  • 10. 7.2 Pelaksanaan Modul Pengurusan Kehidupan 7.2.1 Modul Pengajaran Pengurusan Kehidupan Modul pengajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan diperlukan untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. 7.2.2 Modul Pembelajaran Pengurusan Kehidupan Modul pembelajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid bagi mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.8. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Pendekatan yang dicadangkan adalah:  Inkuiri  Analisis Tugasan  Belajar Melalui bermain  Pengajaran Bertema  Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)  Konstruktivisme  Multi Sensori  Pembelajaran Konstektual 8
  • 11.  Pembelajaran Interaktif  Pembelajaran Koperatif  Simulasi  Pembelajaran Masteri  Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)9. Pentaksiran Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang baru kepada murid. 9
  • 12. 10
  • 13. KOMPONENPENGURUSAN DIRI
  • 14. KOMPONEN PENGURUSAN DIRI TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1. Urus Diri 1.1 Mengenal anggota badan 1.1.1 Menamakan bahagian kepala 1.1.2 Menamakan bahagian badan 1.1.3 Menamakan bahagian kaki 1.2 Mengamalkan cara makan dan 1.2.1 Menamakan peralatan yang digunakan untuk makan minum yang betul 1.2.2 Menamakan peralatan yang digunakan untuk minum 1.3 Mengamalkan cara berpakaian yang 1.3.1 Menamakan pakaian dalam betul 1.3.2 Menamakan pakaian2. Kebersihan diri 2.1 Mengamalkan penjagaan 2.1.1 Menjaga kebersihan setiap anggota badan kebersihan diri 2.1.2 Latihan amali menjaga kebersihan diri 2.2 Mengamalkan penjagaan 2.2.1 Menjaga kebersihan pakaian dalam kebersihan pakaian 2.2.2 Menjaga kebersihan pakaian 11
  • 15. TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN3. Peralatan kebersihan 3.1 Menggunakan alat kebersihan diri 3.1.1 Menamakan peralatan kebersihan diri diri 3.1.2 Menggunakan peralatan kebersihan diri 3.1.3 Latihan amali menggunakan peralatan kebersihan diri 3.1.4 Menggunakan peralatan kebersihan diri yang telah diubahsuai mengikut ketidakupayaan murid4. Penggunaan tandas 4.1 Menggunakan kemudahan dalam 4.1.1 Mengecam simbol tandas tandas 4.1.2 Menggunakan kemudahan di dalam tandas 4.1.3 Latihan amali cara menggunakan tandas duduk 4.1.4 Latihan amali cara menggunakan tandas cangkung 4.1.5 Adab penggunaan tandas 4.1.6 Menjaga keselamatan semasa penggunaan tandas5. Pengurusan dalam dan 5.1 Penjagaan dalam dan luar bilik 5.1.1 Menamakan alatan dalam bilik darjah luar bilik darjah darjah 5.1.2 Menamakan alatan luar bilik darjah 5.1.3 Mengamalkan kebersihan dalam bilik darjah 5.1.4 Mengamalkan kebersihan luar bilik darjah 12
  • 16. TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 5.2 Mengamalkan peraturan dalam dan 5.2.1 Menyebut peraturan dalam bilik darjah luar bilik darjah 5.2.2 Menyebut peraturan luar bilik darjah6. Pengurusan tempat 6.1 Mengenal ruang atau bilik dalam 6.1.1 Menamakan ruang atau bilik dalam rumah tinggal rumah 6.1.2 Menamakan peralatan dalam setiap ruang atau bilik 13
  • 17. KOMPONENTINGKAH LAKU
  • 18. 14
  • 19. KOMPONEN PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1. Disiplin Diri 1.1 Beratur mengikut keperluan di 1.1.1 Beratur mengikut giliran sesuatu tempat 1.1.2 Beratur dengan betul dan tertib 1.1.3 Beratur dengan senyap 1.2 Mematuhi arahan yang diterima 1.2.1 Mendengar arahan lisan yang diberi 1.2.2 Melaksanakan arahan yang diberi 1.3 Mematuhi peraturan pakaian 1.3.1 Memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap seragam sekolah 1.3.2 Menjaga kekemasan pakaian seragam sekolah2. Kemahiran Sosial 2.1 Memperkenalkan diri sendiri 2.1.1 Mengetahui nama sendiri 2.1.2 Mengetahui umur sendiri 2.1.3 Mengetahui tempat tinggal sendiri 2.2 Mengenal rakan-rakan sebaya dalam 2.2.1 Menyebut nama rakan sekelas kelas 2.2.2 Mengetahui jantina rakan sekelas 2.3 Melafazkan panggilan yang sesuai 2.3.1 Melafazkan panggilan yang betul kepada setiap ahli keluarga untuk orang lain 2.3.2 Menggunakan kata ganti nama diri yang betul 15
  • 20. TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN3. Keselamatan Diri 3.1 Mengamalkan perbuatan yang betul 3.1.1 Berjalan mengikut laluan yang telah ditetapkan di sekolah 3.1.2 Tidak berlari di kawasan sekolah 3.1.3 Tidak memasuki kawasan larangan 3.2 Mengamalkan langkah-langkah 3.2.1 Menyimpan peralatan di tempat yang betul keselamatan yang perlu ketika di 3.2.2 Mematuhi peraturan keselamatan dapur 3.3 Mematuhi peraturan keselamatan 3.3.1 Melintas jalan raya dengan cara yang betul ketika di jalan raya 3.3.2 Berjalan kaki secara melawan arus di jalan raya4. Tatasusila / Adab 4.1 Melafazkan ucapan bertatasusila 4.1.1 Memberikan ucapan yang sesuai 4.1.2 Meminta izin untuk pergi ke tandas 4.1.3 Meminta izin untuk meminjam barang 4.2 Menunjukkan aksi yang sopan 4.2.1 Mendengar arahan dengan penuh perhatian semasa berinteraksi 4.2.2 Memahami arahan yang diberi 4.2.3 Melakukan arahan ringkas yang diberi5. Emosi 5.1 Mengenal emosi asas 5.1.1 Menunjukkan aksi gembira 5.1.2 Menunjukkan aksi sedih 16
  • 21. TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 5.1.3 Menunjukkan aksi marah 5.1.4 Menunjukkan aksi takut 17
  • 22. 18
  • 23. KOMPONENKEMAHIRAN MANIPULATIF
  • 24. KOMPONEN KEMAHIRAN MANIPULATIF TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1. Motor Kasar 1.1 Mengenal bahagian anggota badan 1.1.1 Melakukan pergerakan bebas yang melibatkan beberapa bahagian anggota badan 1.1.2 Menyebut bahagian anggota badan 1.1.3 Menunjuk bahagian anggota badan 1.2 Melakukan pergerakan asas 1.2.1 Menoleh ke arah kiri dan kanan bahagian kepala 1.2.2 Menggeleng kepala 1.2.3 Mendongak dan menundukkan kepala 1.3.1 Mengangkat dan menjatuhkan tangan 1.3 Melakukan pergerakan asas 1.3.2 Mendepa tangan ke depan dan ke sisi bahagian tangan 1.3.3 Memusingkan tangan mengikut arah dan lawan jam 1.3.4 Memusingkan pergelangan tangan mengikut arah dan lawan jam 1.4 Melakukan pergerakan asas 1.4.1 Mengangkat kaki kanan dan kiri secara bergilir bahagian kaki 1.4.2 Membengkok dan meluruskan lutut 1.4.3 Menghentak kaki kanan dan kiri secara bergilir 1.4.4 Memusingkan pergelangan kaki mengikut arah jam dan lawan jam 1.4.5 Melakukan pergerakan menendang 19
  • 25. TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.5 Melakukan pergerakan lokomotor 1.5.1 Berdiri tegak dengan tangan disisi 1.5.2 Duduk dengan pelbagai gaya 1.5.3 Berjalan secara bebas 1.5.4 Membetulkan postur badan semasa berdiri 1.5.5 Merangkak ke hadapan dan mengundur ke belakang 1.5.6 Berjalan dengan langkah pendek dan panjang 1.5.7 Membetulkan postur badan semasa duduk 1.5.8 Melompat setempat ke hadapan, belakang dan ke sisi 1.6 Mengenal pergerakan bukan 1.6.1 Menolak objek ke hadapan lokomotor 1.6.2 Menarik objek ke belakang 1.6.3 Mengangkat objek ke atas 1.6.4 Meletak objek ke bawah 1.6.5 Menyusun objek 20
  • 26. TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN2. Motor halus 2.1 Melakukan pergerakan asas 2.1.1 Melakukan pergerakan jari jemari motor halus 2.2 Melakukan pergerakan merenyuk 2.2.1 Merenyuk menggunakan kedua-dua tangan 2.2.2 Merenyuk menggunakan sebelah tangan 2.3 Melakukan pergerakan mengoyak 2.3.1 Mengoyak dalam cebisan yang besar 2.3.2 Mengoyak dalam cebisan yang kecil 2.3.3 Mengoyak mengikut garisan dan bentuk 2.4 Melakukan pergerakan meramas 2.4.1 Menggengam dan membuka jari 2.4.2 Meramas menggunakan kedua-dua belah tangan 2.4.3 Meramas menggunakan sebelah tangan 2.4.4 Meramas objek-objek yang berstruktur i. kasar ii. halus iii. lembut iv. licin v. keras vi. kesat 21
  • 27. TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.5 Melakukan pergerakan mencubit 2.5.1 Mencubit i. diri sendiri ii. benda-benda lembut 2.6 Melakukan pergerakan memicit 2.6.1 Memicit i. benda-benda lembut ii. benda-benda liat iii. benda-benda keras 2.7 Membezakan struktur permukaan 2.7.1 Menyentuh pemukaan dan objek i. saiz ii. kesat iii. lembut iv. licin 2.8 Melakukan pergerakan koordinasi 2.8.1 Menyusun objek mengikut motor mata-tangan i. warna ii. bentuk 2.8.2 Mencantum objek mengikut bilangan i. bongkah ii. kepingan 22
  • 28. TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.8.3 Mencucuk objek mengikut i. saiz ii. bentuk iiii. warna3. Pengamatan 3.1 Meniru bunyi-bunyi melalui 3.1.1 Mengajuk kembali bunyi haiwan pengamatan pendengaran 3.1.2 Mengajuk kembali bunyi yang dihasilkan oleh manusia 3.1.3 Mengajuk kembali bunyi kenderaan 3.1.4 Mengajuk kembali bunyi alam sekitar 3.2 Membezakan bunyi-bunyi melalui 3.2.1 Membezakan bunyi mengikut kategori pengamatan pendengaran i. haiwan ii. pelakuan manusia iii. alam sekitar iv. kenderaan v. alat muzik 3.3 Mendiskriminasikan objek melalui 3.3.1 Membezakan objek melalui pengamatan penglihatan i. saiz ii. warna iii. bentuk 23
  • 29. TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN iv. jenis 3.3.2 Mengasingkan objek melalui i. saiz ii. warna iii. bentuk iv. jenis 3.3.3 Mengkelaskan objek melalui i. saiz ii. warna iii. bentuk iv. jenis 3.4 Memadankan objek melalui 3.4.1 Memadankan objek melalui pengamatan penglihatan i. saiz ii. warna iii. bentuk iv. jenis 24
  • 30. Terbitan: Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03- 8888 9917