SlideShare a Scribd company logo
1 of 52
Download to read offline
BMS 3022
KARYA AGUNG MELAYU
PANTUN MELAYU:
BINGKISAN PERMATA
NAMA AHLI KUMPULAN :
MOHAMMAD FAIZOL BIN MOHAMED KHAN D20121057975
MUHAMMAD ILYAS BIN TALIB D20121057995
AMIE BINTI GABRA D20121057964
WI GEOK MEI D20121057965
WONG NYET YUNG D20121057980
NAMA PENSYARAH :
DR.SERI LANANG JAYA HJ. ROHANI
PENGENALAN
• Bingkisan Permata terdiri daripada 4000 pantun daripada
berbagai-bagai jenis dan bentuk, yang meliputi tema dan isi
yang luas dan pelbagai.
• Harun Mat Piah (2001) menyatakan bahawa Bingkisan
Permata merupakan tajuk kecil daripada judul koleksi ini
disesuaikan dengan konsep “bingkisan” dalam tradisi dan
budaya Melayu.
• Menurut Harun Mat Piah (2001), pantun-pantun dalam koleksi
ini merupakan rasa hati yang secara tradisi disampaikan
melaliu lisan tetapi ditulis dan dirakam untuk disampaikan
kepada khalayak yang dihormati
• Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir(2007:51) menyatakan bahawa
pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama yang berangkap
yang jika terdiri daripada empat baris bagi setiap rangkap, maka
dua baris pertama itu dikenali sebagai sampiran atau ayat
pembayang dan dua baris yang seterusnya pula mengandungi
maksud yang dikenali sebagai ayat maksud.
• Terdapat empat pecahan yang dibincangkan dalam Bingkisan
Permata.:
i. Bingkis Pemula
ii. Bingkis Bicara
iii. Bingkis Kasih
iv. Bingkis Penutup
Pemikiran
subjek yang dibawakan oleh pengarang
bermula daripada idea dan
pengalaman yang dimantapkan bersama-
sama dengan imaginasi dan kreativiti
dijelmakan menjadi persoalan dan
tema sesebuah karya
Pemikiran
dalam Pantun
Melayu Bingkisan
Permata
menitikberatkan
ilmu
pengetahuan
kepercayaan dan
keimanan kepada
Allah sebagai asas
kehidupan
manusia
tingkah laku dan
moral manusia
dalam hubungan
sesama manusia
i) Kepercayaan dan Keimanan Kepada
Allah Sebagai Asas Kehidupan Manusia
Contoh : Pantun Melayu ke-875 & 876
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang.
Asamnya kandis asam gelugur
Ketiga dengan asam remenia
Nyawa menangis di pintu kubur
Hendak kembali ke dalam dunia.
(Pantun Melayu, 2001:137)
menggambarkan kepercayaan masyarakat
Melayu terhadap balasan kepada mereka yang
tidak mengerjakan ibadah solat ketika masih
hidup di dunia
Pantun ini menjadi pengajaran kepada
masyarakat Melayu supaya tidak meninggalkan
solat
 menunaikan solat merupakan rukun Islam
yang kedua dan wajib dilakukan oleh masyarakat
Melayu yang beragama Islam
ii) Tingkah Laku dan Moral Manusia
dalam Hubungan Sesama Manusia
- segala perlakuan dan tingkah laku masyarakat
yang wajar dan tidak wajar dilakukan telah
diungkapkan dalam pantun Melayu
- tujuan adalah untuk dijadikan sebagai
pengajaran dan teladan kepada masyarakat
- dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian
Contoh : Pantun Melayu ke-96
Ayun anak ayun
Ayun sampai hujung serambi
Bangun anak bangun
Jangan tidur meninggi hari.
(Pantun Melayu, 2001: 19)
menjelaskan bahawa masyarakat Melayu yang tidak
membudayakan tidur sehingga lewat hari atau sehingga matahari naik
waktu selepas subuh merupakan masa untuk golongan Melayu
mencari rezeki
percaya bahawa amalan tidur sehingga lewat hari akan menutup
pintu rezeki mereka
iii) Menitikberatkan Ilmu Pengetahuan
Masyarakat Melayu amatlah mementingkan pendidikan
terutamanya kepada generasi yang lebih muda.
 Malah generasi yang lebih tua seperti datuk dan nenek sering
memberi pesanan kepada cucunya supaya sentiasa belajar rajin-rajin.
Contoh: Pantun Melayu yang ke-139
Burung kenek-kenek
Terbang atas pagar
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin pergi belajar.
(Pantun Melayu, 2001: 25)
Falsafah
cinta kepada ilmu dan kebenaran
mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang
tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan
kebenaran
bidang falsafah yang diberi penekanan ialah
etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi,
kosmologi, politik dan logik
sosial
etika
Falsafah
dalam Pantun
Melayu
Bingkisan
Permata
Sosial
- masyarakat Melayu yang lebih menekankan hutang budi berbanding
dengan hutang harta kerana hutang budi membawa nilai yang lebih
besar
Hutang budi membawa nilai yang besar berbanding hutang harta
- pantun membawa maksud bahawa masyarakat Melayu
menanamkan prinsip hutang budi yang tidak mampu dibayar
dan dibawa mati
- masyarakat Melayu menekankan bahawa segala jenis hutang-
piutang berbentuk harta benda boleh dibayar tetapi bukan
hutang budi
Contoh: pantun Melayu yang ke-633
Anyam ketupat bawa belayar
Diletak di atas peti
Hutang piutang dapat dibayar
Terhutang jasa dibawa mati.
(Pantun Melayu, 2001: 101)
Etika
Maruah diri seseorang melambangkan nama sesebuah bangsa
Contoh: Pantun Melayu yang ke-885
Banyak orang pergi menjala
Mencari orang di dalam parit
Jagalah diri jangan tercela
Rosak nama bangsa terpalit.
(Pantun Melayu, 2001: 139)
-memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu
supaya menjaga maruah diri
-termasuklah nilai-nilai murni yang telah
tersemai dalam diri anggota masyarakat sejak
turun-temurun
- akhlah dalam sesebuah masyarakat sama ada baik
ataupun tidak boleh mempengaruhi pandangan
masyarakat yang lain terhadap sesebuah masyarakat
tersebut
mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat
turut merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai,
norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur
kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan
intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah
masyarakat
boleh dianggap sebagai satu konsep menyeluruh yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
tatasusila, undang-undang, adat resam, kebolehan serta
kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota
masyarakat
Budaya
Nilai budaya
dalam Pantun
Melayu
Bingkisan
Permata
Adat
resam
adat
menyembah
pembesar
adat
mengenang
budi
adat
meminang
adat yang penting dalam golongan masyarakat Melayu
kehidupan bermasyarakat pada zaman dahulu banyak menerapkan
sikap bekerjasama dalam kalangan anggota masyarakat
pihak yang terlibat biasanya akan melakukan rundingan terlebih
dahulu sebelum sesuatu keputusan itu dibuat
bertujuan supaya keputusan yang dibuat mendapat persetujuan
daripada semua pihak yang terlibat
Contoh: Pantun Melayu yang ke-501
Anak India membawa madat
Dari Kedah langsung ke Bali
Hidup manusia biar beradat
Bahasa tidak berjual beli.
(Pantun Melayu, 2001: 79)
i) Adat Meminang
 adat yang sering diamalkan apabila sesuatu majlis yang
dijalankan melibatkan golongan istana.
Contoh: Pantun Melayu yang ke-43
Limau purut jatuh ke lembah
Tiba di lembah tumbuhlah duri
Pinang mengadap sirih menyembah
Jari sepuluh menjunjung duli.
(Pantun Melayu, 2001: 11)
 golongan yang diperintah amatlah menitikberatkan adat
menyembah pembesar ini kepada golongan yang
memerintah
 rakyat yang biasa ini haruslah menyembah kepada
pembesar mahupun sultan apabila mengadap dengan
golongan yang memerintah ini
ii) Adat Menyembah Pembesar
 golongan masyarakat Melayu amat mementingkan
adat mengenang budi terhadap orang yang telah
berjasa kepadanya
 supaya tidak diibaratkan sebagai kacang lupakan kulit
 Contoh: Pantun Melayu yang ke-687
Burung empat disangka enam
Ibunya lari membawa sarang
Sakit diubat mati ditanam
Itu budi dikenang orang.
(Pantun Melayu, 2001: 108)
iii) Adat Mengenang Budi
satu konsep mengenai pandangan hidup alam semesta secara
keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan
yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu
turut merujuk kepada suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau
komuniti tertentu dengan tujuan untuk menanggapi dan menerangkan
segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam
Pandangan hidup masyarakat Melayu lazimnya turut melibatkan
hubungan manusia dengan Tuhan, dengan alam dan hubungan
sesama manusia.
Pandangan hidup tentang manusia dapat diperincikan kepada tiga
bahagian, iaitu tentang keluarga, pemimpin dan masyarakat.
Pandangan Hidup
Pandangan
Hidup
dalam
Pantun
Melayu
Bingkisan
Permata
berpegang dengan
institusi kekeluargaan
masyarakat Melayu merupakan
golongan yang bersopan-santun,
merendah diri dan tidak berlagak
masyarakat Melayu merupakan
komuniti yang sangat bersabar
dan tidak memaksa
sikap ketegasan masyarakat
Melayu terhadap sesuatu
perkara
 masyarakat Melayu beranggapan bahawa institusi kekeluargaan
merupakan organisasi yang asas dalam membentuk masyarakat yang
berpegang kepada agama Islam
 institusi kekeluargaan yang wujud sama ada bahagia ataupun tidak
boleh mempengaruhi pegangan agama anak-anak dalam
kekeluargaan tersebut
 Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya", sesebuah
institusi kekeluargaan yang akan menentukan pegangan agama anak-
anak
 Contoh: Pantun Melayu yang ke-562
Mengala sudah cahaya merata
Lalu sampai ke birai telaga
Muafakatlah seia sekata
Tanda hidup berkeluarga.
i) Berpegang dengan Institusi Kekeluargaan
terdapat pula pantun yang menegur seseorang
sekiranya berlagak atau meninggi
sikap seseorang yang berlagak atau meninggi akhirnya
hanya akan memakan diri seseorang itu sahaja
Contoh: Pantun Melayu yang ke-535
Jika penghulu berkemenakan
Itu menganjung meninggikannya
Cerdik nan dilagakkan
Mungkin bingung kesudahannya.
(Pantun Melayu, 2001: 85)
ii) Masyarakat Melayu Merupakan Golongan yang
Bersopan-santun, Merendah Diri dan Tidak Berlagak
iii) Masyarakat Melayu Merupakan Komuniti yang
Sangat Bersabar dan Tidak Memaksa
segala perbincangan yang diadakan biasanya dimulakan dengan
perbualan yang ringan sebelum perbincangan kepada perkara
yang hendak dirundingkan
masyarakat Melayu akan menghidangkan tepak sirih pinang
kepada tetamu kerana ia dianggap sebagai satu bentuk
penghormatan kepada tetamu yang datang melawat
Contoh: Pantun Melayu ke-587
Sepinang dua pinang
Habis pinang dalam raga
Sudah dimakan sirih pinang
Apa cerita mahu dibuka.
(Pantun Melayu, 2001: 93)
iv) Sikap Ketegasan Masyarakat Melayu
Terhadap Sesuatu Perkara
ketegasan orang Melayu di sini bukanlah merujuk kepada
masyarakat Melayu yang keras kepala
sebaliknya merujuk kepada sikap mereka yang sanggup
mempertahankan sesuatu yang boleh dikatakan penting kepada
mereka.
Contoh: Pantun Melayu yang ke-526
Gajah lengkur kuda beraksa
Sudah diadu tiada dihempaskan
Tewas lebur badan binasa
Tuan puteri tidak kulepaskan.
(Pantun Melayu, 2001: 84)
ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN
• Menurut Seri Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd. Rahman Napiah
dan Mohd Rashid Md. Idris (2016:91), estetik berhubung
dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada struktur,
pengolahan dan teknik penulisan.
• Estetik atau keindahan juga merupakan suatu sifat dan ciri
sastera yang terpenting.
• Nilai estetika yang terdapat dalam Pantun Melayu Bingkisan
Permata:
a. Pantun terdapat dalam berpasangan dan berangkap.
Antaranya ialah pantun dua kerat,pantun empat kerat, pantun
lapan kerat dan pantun empat belas kerat. Contoh bagi setiap
pantun adalah seperti berikut:
i. Pantun dua kerat
Ada hujan ada panas
Ada hari boleh balas.
( Pantun Melayu,2001:15)
ii. Pantun empat kerat
Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.
( Pantun Melayu,2001:26)
iii. Pantun enam kerat
Bukit ini Bukit Temenggung
Banyak bergantungan sarang lebah
Diambil, dihantar ke Langsa
Sakit ini tiada tertanggung
Janganlah lagi ditambah-tambah
Kelak badanku rosak binasa.
( Pantun Melayu,2001:469)
iv. Pantun lapan kerat
Buat bangsal di tengah hutan
Tebaslah hutan buat halaman
Di tepi halaman menanam kandis
Diselang dengan pokok papaya
Biarlah sabar dengan perlahan
Itulah tanda tuan beriman
Tidak patah digoncang iblis
Akhirnya tuan menang berjaya.
( Pantun Melayu,2001:82)
v. Pantun empat belas kerat
Karatau madang berbulu
Berbulu berbungan belum
Berbunga ketika repak
Habis repak, bingkuang pula
Bingkuang ambil ke Bengkalai
Bengkalai anak rang Kota Lola
Kota kecil jalan ke Selida
Merantau anak dahulu
Di rumah berguna belum
Berguna ketika sesak
Lepas sesak terbuang pula
Terbuang lagi berpakai
Berpakai waktu kau menolong
Kurang tolong terbuang saja.
( Pantun Melayu,2001:255)
•
b. Pantun mengekalkan rima a-b-a-b pada kedudukan akhir
tetapi terdapat juga pantun yang berima a-a-a-a.
i. Pola a-b-a-b
Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh
Akan bekalan hari kemudian.
( Pantun Melayu,2001:134)
ii. Pola a-a-a-a
Anak dara menimba perigi
Putus timba tinggalkan tali
Biarlah jiwa kakanda pergi
Asalkan tuan teguhkan janji.
( Pantun Melayu,2001:374)
c. Terdapatnya penggunaan unsur-unsur retorik iaitu teknik-
teknik keindahan yang terbina melalui penggunaan majaz,
metafora, simile, personifikasi, ironi, hiperbola, metonimi
dan lain-lain. Contohnya adalah seperti berikut:
Tinggi gunung kampong Melayu
Setangan pelekat pinggir Peringgi
Ibarat burung di pohon kayu
Mau dipikat terlalu tinggi.
( Pantun Melayu,2001:371)
 Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat terdapatnya penggunaan
simile. Tujuannya adalah untuk membandingkan sesuatu. Pada
baris ketiga, perkataan ‘ibarat’ merupakan perumpamaan yang
telah digunakan dalam pantun itu.
Limau purut jatuh ke lembah
Tiba di lembah tumbuhlah duri
Pinang mengadap sirih menyembah
Jari sepuluh menjunjung duli.
( Pantun Melayu,2001:11)
 Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat terdapatnya penggunaan
personifikasi.
 Pada baris ketiga, perkataan ‘pinang’ dan ‘sirih’ ialah benda
manakala perkataan ‘mengadap’ dan ‘menyembah’ pula
merupakan sifat manusia. Hal ini dapat dilihat apabila pengarang
telah menggunakan ‘pinang’ dan ‘sirih’ untuk melakukan
perbuatan manusia iaitu perbuatan mengadap dan menyembah.
d. Terdapatnya unsur-unsur perulangan. Contohnya adalah
seperti berikut:
Jikalau kena dengan tetaknya
Macam mana nyirih tak rapat
Jikalau kena dengan mintanya
Macam mana sirih tak dapat?
( Pantun Melayu,2001:370)
 Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa perkataan
‘jikalau’ pada baris pertama telah diulang pada baris ketiga. Begitu
juga dengan perkataan ‘macam mana’ pada baris kedua juga telah
diulang pada baris keempat. Hal ini menunjukkan berlakunya
perulangan dalam pantun tersebut.
• Kepengarangan ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya
sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang
itu.
• Seri Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd
Rashid Md. Idris (2016:91) juga menyatakan bahawa
kepengarangan memperlihatkan bagaimana cara pengarang
berkarya dan membina kekuatan dirinya.
• Dalam karya Pantun Melayu Bingkasan Permata ini juga
memperlihatkan kepengarangan Harun Mat Piah dalam mengkaji
tentang pelbagai pantun.
a. ‘Pantun Melayu Bingkisan Permata’ terbahagi kepada empat
bahagian iaitu bingkis pemula, bingkis bicara, bingkis kasih dan
bingkis penutup. Setiap bahagian dalam buku ini menunjukkan nilai
kepengarangan yang tersendiri dan unik. Contohnya adalah seperti
berikut:
i. Bingkis Pemula
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
( Pantun Melayu,2001:13)
 Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa pantun tersebut
boleh digunakan untuk memulakan bicara, majlis atau warkah. Pantun
jenis ini sangat sesuai dipersembahkan pada awal majlis sebagai
mengucapkan selamat datang dalam sesebuah majlis.
ii. Bingkis Bicara
Dari Melaka ke Kuala Lanar
Pergi meraih buah kuran
Jangan takut bercakap benar
Kerana itu tanda kejujuran.
( Pantun Melayu,2001:145)
 Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa pantun tersebut
mempunyai unsur pengajaran yang boleh dipelajari. Pantun ini
telah mengajar pembaca untuk bercakap benar terhadap semua
perkara. Hal ini demikian kerana bercakap benar merupakan tanda
kejujuran seseorang itu.
iii. Bingkis Kasih
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak kulupa pada yang kasih.
( Pantun Melayu,2001:384)
 Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa pantun
tersebut menceritakan tentang kasih yang tidak pernah dilupa.
Pengarang telah menyatakan bahawa walaupun masa telah
berlalu lama tetapi kasih itu tetap tidak dapat dilupakan.
iv. Bingkis Penutup
Ajung landai kemudi landai
Landai mari terheret duri
Adik pandai saya pun pandai
Jangan pula meninggi diri.
( Pantun Melayu,2001:540)
 Pantun di atas memberikan pengajaran kepada pembaca.
Pengajarannya ialah jangan bersikap sombong dengan
kelebihan yang ada. Sekiranya seseorang itu bersikap sombong
dengan kelebihan yang ada, maka mereka akan tidak disukai
oleh orang lain. Oleh itu, kita tidak haruslah bersikap sombong
dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
b. Terdapat isi pantun yang pelbagai bentuk
i. Bentuk Jenaka
Apa kena bulan tak terang?
Terlindung pokok kekabu
Apa kena abang tak datang?
Abang terkurung dalam kelambu.
( Pantun Melayu,2001:17)
 Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa terdapatnya
unsur jenaka dalam pantun tersebut. Pada baris keempat telah
menunjukkan unsur jenaka apabila jawapan yang diberi ialah
abang terkurung dalam kelambu.
ii. Bentuk nasihat
Gunung Daik Nampak berjajaran
Nampak dari segala pecan
Jikalau baik ambil akan pelajaran
Jikalau jahat segera buangkan.
( Pantun Melayu,2001:150)
 Pantun di atas menunjukkan terdapatnya bentuk nasihat dalam
pantun yang dinyatakan itu. Pantun ini memberi nasihat kepada
para pembaca agar mempelajari perkara yang baik manakala
perlakuan yang tidak baik harus kita buangkan dengan segera.
iii. Bentuk peribahasa
Harimau belang mengejar rusa
Rusa makan di daun muda
Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan merasa.
( Pantun Melayu,2001:207)
 Pantun di atas menunjukkan terdapat bentuk peribahasa dalam
Pantun Melayu Bingkisan Permata. Peribahasa yang digunakan
ialah ‘sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa’.
Maksud bagi peribahasa ini ialah kerana perbuatan orang lain kita
dapat kecelakaannya.
iv. Bentuk sindiran
Apa guna berkain batik
Kalau tidak memakai capal
Apalah guna beristeri cantik
Kalau tak pandai menumbuk sambal.
( Pantun Melayu,2001:55)
 Pantun di atas menunjukkan terdapatnya bentuk sindiran dalam
pantun tersebut. Dalam pantun tersebut menyatakan tiada
gunanya kalau isteri sangat cantik sedangkan isteri yang cantik
itu tidak pandai memasak.
NILAI ILMU
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1081), nilai merujuk
kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf.
• Seri Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd
Rashid Md. Idris (2016:151) meyatakan bahawa nilai
membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk
dan betul dan salah.
• Bagi perkataan ‘ilmu’ pula, Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010:567) menyatakan bahawa ilmu merujuk kepada pengetahuan
dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
• Nilai ilmu merupakan taraf pengetahuan, kepandaian atau kajian
tentang sesuatu perkara sama ada secara tersirat atau tersurat.
a. Ilmu melalui pantun teka-teki
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1629), teka-teki
merujuk kepada soalan yang dikemukakan secara samar-samar
dan rumit yang jawapannya harus diduga.
 Secara ringkasnya, teka-teki bertujuan untuk menduga dan
menguji keupayaan fikiran dan akal seseorang.
 Pada biasanya, jawapan teka-teki adalah menarik dan kelakar.
Buah kundur di dalam raga
Orang tak tahu mengata semangka
Siang tidur malam berjaga
Kalau tahu cubalah teka.
( Pantun Melayu,2001:57)
b. Ilmu agama
 Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:14) menyatakan bahawa
agama merupakan kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta
kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.
 Nilai ilmu agama yang terdapat dalam sesebuah pantun itu harus
dijadikan panduan oleh para pembaca.
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis ,ayat di pintu kubur
Teringat badan tidak bersembahyang.
( Pantun Melayu,2001:137)
c. Ilmu peribahasa
 Menurut Rosli Saludin (2014), peribahasa merupakan suatu
kiasan atau bunga dalam kata-kata yang mampu menggambarkan
sesuatu maksud yang tertentu.
 Maksud yang dibawa itu berlainan daripada makna asal.
 Peribahasa secara umumnya merangkumi simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah
dan bahasa kiasan yang masing-masing membawa maksud yang
tertentu.
Bunga mawar sedang mekar
Bunga melur jauh terasing
Bagai enau dalam belukar
Melepaskan pucuk masing-masing.
( Pantun Melayu,2001:196)
PENUTUP
• Secara kesimpulan, keempat-empat pecahan dalam Bingkisan
Permata ini merupakan keistimewaan yang terdapat dalam karya
Harun Mat Piah.
• Pantun-pantun yang terdapat dalam Bingkisan Permata ini juga
dapat dijadikan panduan dan pengajaran untuk para pembaca yang
membaca pantun tersebut.
• Selain itu, pantun-pantun yang terdapat dalam Bingkisan Permata
ini disampaikan secara halus melalui bahasa yang berangkap dan
melalui lambang-lambang tertentu yang diambil daripada alam
tabii, alam fenomena.
• Pantun-pantun ini haruslah didedahkan dalam pelbagai majlis
supaya generasi yang akan datang juga akan mempunyai
pengetahuan terhadap pantun-pantun.
RUJUKAN
Harun Mat Piah (2001). Pantun Melayu: Bingkisan Permata. Kuala Lumpur:
Yayasan Karyawan.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007). Komsas Pegangan Teras
Keterampilan. Kuala Lumpur: Icon Region Sdn Bhd.
Rosli Saludin (2014). Teromba Pengacaraan Majlis. Negeri Sembilan:
Persatuan Aura Anak Seni.
Seri Lanang Jaya Rohani, Abd. Rahman Napiah & Mohd Rashid Md.
Rashid (2016). Karya Agung Melayu.Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Sekian, terima kasih

More Related Content

What's hot

Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajaksaieyen
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
Adat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asliAdat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asliTika Daud
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuanHaryati Ismail
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Kesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat MalaysiaKesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat Malaysiavelter jailih
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantunAzy Shazela
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Junidah Sukiman
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bualNur Hassan
 

What's hot (20)

Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Adat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asliAdat dan kepercayaan orang asli
Adat dan kepercayaan orang asli
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Kesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat MalaysiaKesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat Malaysia
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
 
Forum
ForumForum
Forum
 

Similar to Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATAPANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATAAmie Gy
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnikDhani Ahmad
 
Kesedaran Kepelbagaian
Kesedaran KepelbagaianKesedaran Kepelbagaian
Kesedaran KepelbagaianTDYuen
 
Budaya Dayak yang masih ada sampai sekarang
Budaya Dayak yang masih ada sampai sekarangBudaya Dayak yang masih ada sampai sekarang
Budaya Dayak yang masih ada sampai sekarangKarina Natallia
 
Tugas pancasila
Tugas pancasilaTugas pancasila
Tugas pancasilaAdi II
 
Eksiskah karakter bangsa_(indonesia)_-lukas_sugiarto-_2
Eksiskah karakter bangsa_(indonesia)_-lukas_sugiarto-_2Eksiskah karakter bangsa_(indonesia)_-lukas_sugiarto-_2
Eksiskah karakter bangsa_(indonesia)_-lukas_sugiarto-_2Firda Aurora Sweet
 
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudayaBab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudayaCikgu Ana
 
Topik 3 cabaran komunikasi dan penyiaran islam
Topik 3 cabaran komunikasi dan penyiaran islamTopik 3 cabaran komunikasi dan penyiaran islam
Topik 3 cabaran komunikasi dan penyiaran islamSafwan Faidhi
 
LAPORAN PRAKTEK LAPANGAN GEOGRAFI BUDAYA KABUPATEN TANA TORAJA
LAPORAN PRAKTEK LAPANGAN GEOGRAFI BUDAYA KABUPATEN TANA TORAJALAPORAN PRAKTEK LAPANGAN GEOGRAFI BUDAYA KABUPATEN TANA TORAJA
LAPORAN PRAKTEK LAPANGAN GEOGRAFI BUDAYA KABUPATEN TANA TORAJASansanikhs
 
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.docx
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.docxPeran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.docx
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.docxZukét Printing
 
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.pdf
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.pdfPeran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.pdf
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.pdfZukét Printing
 
Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114Shila Daly
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Dinamika sistem sosial budaya indonesia
Dinamika sistem sosial budaya indonesiaDinamika sistem sosial budaya indonesia
Dinamika sistem sosial budaya indonesiaMuchlis Soleiman
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Mohammad Yaqin
 
sosiologi antropologi dalam konteks pendidikan bangsa
sosiologi antropologi dalam konteks pendidikan bangsasosiologi antropologi dalam konteks pendidikan bangsa
sosiologi antropologi dalam konteks pendidikan bangsaHana Hafifah
 
Filsafat Pesantren Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa ...
Filsafat Pesantren Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa ...Filsafat Pesantren Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa ...
Filsafat Pesantren Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa ...Zukét Printing
 

Similar to Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata (20)

PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATAPANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
 
Kesedaran Kepelbagaian
Kesedaran KepelbagaianKesedaran Kepelbagaian
Kesedaran Kepelbagaian
 
Budaya Dayak yang masih ada sampai sekarang
Budaya Dayak yang masih ada sampai sekarangBudaya Dayak yang masih ada sampai sekarang
Budaya Dayak yang masih ada sampai sekarang
 
Tugas pancasila
Tugas pancasilaTugas pancasila
Tugas pancasila
 
Eksiskah karakter bangsa_(indonesia)_-lukas_sugiarto-_2
Eksiskah karakter bangsa_(indonesia)_-lukas_sugiarto-_2Eksiskah karakter bangsa_(indonesia)_-lukas_sugiarto-_2
Eksiskah karakter bangsa_(indonesia)_-lukas_sugiarto-_2
 
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudayaBab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Pancasila jawa
Pancasila jawaPancasila jawa
Pancasila jawa
 
Topik 3 cabaran komunikasi dan penyiaran islam
Topik 3 cabaran komunikasi dan penyiaran islamTopik 3 cabaran komunikasi dan penyiaran islam
Topik 3 cabaran komunikasi dan penyiaran islam
 
LAPORAN PRAKTEK LAPANGAN GEOGRAFI BUDAYA KABUPATEN TANA TORAJA
LAPORAN PRAKTEK LAPANGAN GEOGRAFI BUDAYA KABUPATEN TANA TORAJALAPORAN PRAKTEK LAPANGAN GEOGRAFI BUDAYA KABUPATEN TANA TORAJA
LAPORAN PRAKTEK LAPANGAN GEOGRAFI BUDAYA KABUPATEN TANA TORAJA
 
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.docx
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.docxPeran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.docx
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.docx
 
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.pdf
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.pdfPeran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.pdf
Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa dan Bernegara.pdf
 
Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Sosiologi multikultur
Sosiologi multikulturSosiologi multikultur
Sosiologi multikultur
 
Dinamika sistem sosial budaya indonesia
Dinamika sistem sosial budaya indonesiaDinamika sistem sosial budaya indonesia
Dinamika sistem sosial budaya indonesia
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
sosiologi antropologi dalam konteks pendidikan bangsa
sosiologi antropologi dalam konteks pendidikan bangsasosiologi antropologi dalam konteks pendidikan bangsa
sosiologi antropologi dalam konteks pendidikan bangsa
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Filsafat Pesantren Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa ...
Filsafat Pesantren Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa ...Filsafat Pesantren Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa ...
Filsafat Pesantren Peran dan Kontribusi Masyarakat Pesantren dalam Berbangsa ...
 

Recently uploaded

Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdekaKisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdekahellenchanel31
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfbayuputra151203
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf2210130220024
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUTeric214073
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIsyedharis59
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptxfurqanridha
 
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxMateri Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxnursamsi40
 
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptxanisakhairoza
 
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfMakna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfAdindaRizkiThalia
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daWijaya Kusumah
 
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptxDinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptxFritzPieterMichaelNa
 
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfProgram Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfrizalrulloh1992
 
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024ssuser82320b
 
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docxaljabarkoho
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxYusufAmirudin3
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahkrisdanarahmatullah7
 
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxPaparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxagunk4
 
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptxMATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptxSuarniSuarni5
 

Recently uploaded (20)

Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdekaKisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
 
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptxELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
 
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxMateri Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
 
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
 
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfMakna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
 
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptxDinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
 
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfProgram Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
 
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptxDEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
 
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
 
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
 
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxPaparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
 
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptxMATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
 

Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

  • 1. BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA
  • 2. NAMA AHLI KUMPULAN : MOHAMMAD FAIZOL BIN MOHAMED KHAN D20121057975 MUHAMMAD ILYAS BIN TALIB D20121057995 AMIE BINTI GABRA D20121057964 WI GEOK MEI D20121057965 WONG NYET YUNG D20121057980 NAMA PENSYARAH : DR.SERI LANANG JAYA HJ. ROHANI
  • 3. PENGENALAN • Bingkisan Permata terdiri daripada 4000 pantun daripada berbagai-bagai jenis dan bentuk, yang meliputi tema dan isi yang luas dan pelbagai. • Harun Mat Piah (2001) menyatakan bahawa Bingkisan Permata merupakan tajuk kecil daripada judul koleksi ini disesuaikan dengan konsep “bingkisan” dalam tradisi dan budaya Melayu. • Menurut Harun Mat Piah (2001), pantun-pantun dalam koleksi ini merupakan rasa hati yang secara tradisi disampaikan melaliu lisan tetapi ditulis dan dirakam untuk disampaikan kepada khalayak yang dihormati
  • 4. • Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir(2007:51) menyatakan bahawa pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama yang berangkap yang jika terdiri daripada empat baris bagi setiap rangkap, maka dua baris pertama itu dikenali sebagai sampiran atau ayat pembayang dan dua baris yang seterusnya pula mengandungi maksud yang dikenali sebagai ayat maksud. • Terdapat empat pecahan yang dibincangkan dalam Bingkisan Permata.: i. Bingkis Pemula ii. Bingkis Bicara iii. Bingkis Kasih iv. Bingkis Penutup
  • 5. Pemikiran subjek yang dibawakan oleh pengarang bermula daripada idea dan pengalaman yang dimantapkan bersama- sama dengan imaginasi dan kreativiti dijelmakan menjadi persoalan dan tema sesebuah karya
  • 6. Pemikiran dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata menitikberatkan ilmu pengetahuan kepercayaan dan keimanan kepada Allah sebagai asas kehidupan manusia tingkah laku dan moral manusia dalam hubungan sesama manusia
  • 7. i) Kepercayaan dan Keimanan Kepada Allah Sebagai Asas Kehidupan Manusia Contoh : Pantun Melayu ke-875 & 876 Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis mayat di pintu kubur Teringat badan tidak sembahyang. Asamnya kandis asam gelugur Ketiga dengan asam remenia Nyawa menangis di pintu kubur Hendak kembali ke dalam dunia. (Pantun Melayu, 2001:137)
  • 8. menggambarkan kepercayaan masyarakat Melayu terhadap balasan kepada mereka yang tidak mengerjakan ibadah solat ketika masih hidup di dunia Pantun ini menjadi pengajaran kepada masyarakat Melayu supaya tidak meninggalkan solat  menunaikan solat merupakan rukun Islam yang kedua dan wajib dilakukan oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam
  • 9. ii) Tingkah Laku dan Moral Manusia dalam Hubungan Sesama Manusia - segala perlakuan dan tingkah laku masyarakat yang wajar dan tidak wajar dilakukan telah diungkapkan dalam pantun Melayu - tujuan adalah untuk dijadikan sebagai pengajaran dan teladan kepada masyarakat - dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian
  • 10. Contoh : Pantun Melayu ke-96 Ayun anak ayun Ayun sampai hujung serambi Bangun anak bangun Jangan tidur meninggi hari. (Pantun Melayu, 2001: 19) menjelaskan bahawa masyarakat Melayu yang tidak membudayakan tidur sehingga lewat hari atau sehingga matahari naik waktu selepas subuh merupakan masa untuk golongan Melayu mencari rezeki percaya bahawa amalan tidur sehingga lewat hari akan menutup pintu rezeki mereka
  • 11. iii) Menitikberatkan Ilmu Pengetahuan Masyarakat Melayu amatlah mementingkan pendidikan terutamanya kepada generasi yang lebih muda.  Malah generasi yang lebih tua seperti datuk dan nenek sering memberi pesanan kepada cucunya supaya sentiasa belajar rajin-rajin. Contoh: Pantun Melayu yang ke-139 Burung kenek-kenek Terbang atas pagar Pesan datuk nenek Rajin-rajin pergi belajar. (Pantun Melayu, 2001: 25)
  • 12. Falsafah cinta kepada ilmu dan kebenaran mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran bidang falsafah yang diberi penekanan ialah etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik dan logik
  • 14. Sosial - masyarakat Melayu yang lebih menekankan hutang budi berbanding dengan hutang harta kerana hutang budi membawa nilai yang lebih besar Hutang budi membawa nilai yang besar berbanding hutang harta
  • 15. - pantun membawa maksud bahawa masyarakat Melayu menanamkan prinsip hutang budi yang tidak mampu dibayar dan dibawa mati - masyarakat Melayu menekankan bahawa segala jenis hutang- piutang berbentuk harta benda boleh dibayar tetapi bukan hutang budi Contoh: pantun Melayu yang ke-633 Anyam ketupat bawa belayar Diletak di atas peti Hutang piutang dapat dibayar Terhutang jasa dibawa mati. (Pantun Melayu, 2001: 101)
  • 16. Etika Maruah diri seseorang melambangkan nama sesebuah bangsa Contoh: Pantun Melayu yang ke-885 Banyak orang pergi menjala Mencari orang di dalam parit Jagalah diri jangan tercela Rosak nama bangsa terpalit. (Pantun Melayu, 2001: 139)
  • 17. -memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu supaya menjaga maruah diri -termasuklah nilai-nilai murni yang telah tersemai dalam diri anggota masyarakat sejak turun-temurun - akhlah dalam sesebuah masyarakat sama ada baik ataupun tidak boleh mempengaruhi pandangan masyarakat yang lain terhadap sesebuah masyarakat tersebut
  • 18. mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat turut merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat boleh dianggap sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam, kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat Budaya
  • 20. adat yang penting dalam golongan masyarakat Melayu kehidupan bermasyarakat pada zaman dahulu banyak menerapkan sikap bekerjasama dalam kalangan anggota masyarakat pihak yang terlibat biasanya akan melakukan rundingan terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan itu dibuat bertujuan supaya keputusan yang dibuat mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat Contoh: Pantun Melayu yang ke-501 Anak India membawa madat Dari Kedah langsung ke Bali Hidup manusia biar beradat Bahasa tidak berjual beli. (Pantun Melayu, 2001: 79) i) Adat Meminang
  • 21.  adat yang sering diamalkan apabila sesuatu majlis yang dijalankan melibatkan golongan istana. Contoh: Pantun Melayu yang ke-43 Limau purut jatuh ke lembah Tiba di lembah tumbuhlah duri Pinang mengadap sirih menyembah Jari sepuluh menjunjung duli. (Pantun Melayu, 2001: 11)  golongan yang diperintah amatlah menitikberatkan adat menyembah pembesar ini kepada golongan yang memerintah  rakyat yang biasa ini haruslah menyembah kepada pembesar mahupun sultan apabila mengadap dengan golongan yang memerintah ini ii) Adat Menyembah Pembesar
  • 22.  golongan masyarakat Melayu amat mementingkan adat mengenang budi terhadap orang yang telah berjasa kepadanya  supaya tidak diibaratkan sebagai kacang lupakan kulit  Contoh: Pantun Melayu yang ke-687 Burung empat disangka enam Ibunya lari membawa sarang Sakit diubat mati ditanam Itu budi dikenang orang. (Pantun Melayu, 2001: 108) iii) Adat Mengenang Budi
  • 23. satu konsep mengenai pandangan hidup alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu turut merujuk kepada suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu dengan tujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam Pandangan hidup masyarakat Melayu lazimnya turut melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan, dengan alam dan hubungan sesama manusia. Pandangan hidup tentang manusia dapat diperincikan kepada tiga bahagian, iaitu tentang keluarga, pemimpin dan masyarakat. Pandangan Hidup
  • 24. Pandangan Hidup dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata berpegang dengan institusi kekeluargaan masyarakat Melayu merupakan golongan yang bersopan-santun, merendah diri dan tidak berlagak masyarakat Melayu merupakan komuniti yang sangat bersabar dan tidak memaksa sikap ketegasan masyarakat Melayu terhadap sesuatu perkara
  • 25.  masyarakat Melayu beranggapan bahawa institusi kekeluargaan merupakan organisasi yang asas dalam membentuk masyarakat yang berpegang kepada agama Islam  institusi kekeluargaan yang wujud sama ada bahagia ataupun tidak boleh mempengaruhi pegangan agama anak-anak dalam kekeluargaan tersebut  Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya", sesebuah institusi kekeluargaan yang akan menentukan pegangan agama anak- anak  Contoh: Pantun Melayu yang ke-562 Mengala sudah cahaya merata Lalu sampai ke birai telaga Muafakatlah seia sekata Tanda hidup berkeluarga. i) Berpegang dengan Institusi Kekeluargaan
  • 26. terdapat pula pantun yang menegur seseorang sekiranya berlagak atau meninggi sikap seseorang yang berlagak atau meninggi akhirnya hanya akan memakan diri seseorang itu sahaja Contoh: Pantun Melayu yang ke-535 Jika penghulu berkemenakan Itu menganjung meninggikannya Cerdik nan dilagakkan Mungkin bingung kesudahannya. (Pantun Melayu, 2001: 85) ii) Masyarakat Melayu Merupakan Golongan yang Bersopan-santun, Merendah Diri dan Tidak Berlagak
  • 27. iii) Masyarakat Melayu Merupakan Komuniti yang Sangat Bersabar dan Tidak Memaksa segala perbincangan yang diadakan biasanya dimulakan dengan perbualan yang ringan sebelum perbincangan kepada perkara yang hendak dirundingkan masyarakat Melayu akan menghidangkan tepak sirih pinang kepada tetamu kerana ia dianggap sebagai satu bentuk penghormatan kepada tetamu yang datang melawat Contoh: Pantun Melayu ke-587 Sepinang dua pinang Habis pinang dalam raga Sudah dimakan sirih pinang Apa cerita mahu dibuka. (Pantun Melayu, 2001: 93)
  • 28. iv) Sikap Ketegasan Masyarakat Melayu Terhadap Sesuatu Perkara ketegasan orang Melayu di sini bukanlah merujuk kepada masyarakat Melayu yang keras kepala sebaliknya merujuk kepada sikap mereka yang sanggup mempertahankan sesuatu yang boleh dikatakan penting kepada mereka. Contoh: Pantun Melayu yang ke-526 Gajah lengkur kuda beraksa Sudah diadu tiada dihempaskan Tewas lebur badan binasa Tuan puteri tidak kulepaskan. (Pantun Melayu, 2001: 84)
  • 29. ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN • Menurut Seri Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris (2016:91), estetik berhubung dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan. • Estetik atau keindahan juga merupakan suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting. • Nilai estetika yang terdapat dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata: a. Pantun terdapat dalam berpasangan dan berangkap. Antaranya ialah pantun dua kerat,pantun empat kerat, pantun lapan kerat dan pantun empat belas kerat. Contoh bagi setiap pantun adalah seperti berikut:
  • 30. i. Pantun dua kerat Ada hujan ada panas Ada hari boleh balas. ( Pantun Melayu,2001:15) ii. Pantun empat kerat Cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan. ( Pantun Melayu,2001:26)
  • 31. iii. Pantun enam kerat Bukit ini Bukit Temenggung Banyak bergantungan sarang lebah Diambil, dihantar ke Langsa Sakit ini tiada tertanggung Janganlah lagi ditambah-tambah Kelak badanku rosak binasa. ( Pantun Melayu,2001:469) iv. Pantun lapan kerat Buat bangsal di tengah hutan Tebaslah hutan buat halaman Di tepi halaman menanam kandis Diselang dengan pokok papaya Biarlah sabar dengan perlahan Itulah tanda tuan beriman Tidak patah digoncang iblis Akhirnya tuan menang berjaya. ( Pantun Melayu,2001:82)
  • 32. v. Pantun empat belas kerat Karatau madang berbulu Berbulu berbungan belum Berbunga ketika repak Habis repak, bingkuang pula Bingkuang ambil ke Bengkalai Bengkalai anak rang Kota Lola Kota kecil jalan ke Selida Merantau anak dahulu Di rumah berguna belum Berguna ketika sesak Lepas sesak terbuang pula Terbuang lagi berpakai Berpakai waktu kau menolong Kurang tolong terbuang saja. ( Pantun Melayu,2001:255) •
  • 33. b. Pantun mengekalkan rima a-b-a-b pada kedudukan akhir tetapi terdapat juga pantun yang berima a-a-a-a. i. Pola a-b-a-b Anak ayam turun sepuluh Mati seekor tinggal sembilan Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh Akan bekalan hari kemudian. ( Pantun Melayu,2001:134) ii. Pola a-a-a-a Anak dara menimba perigi Putus timba tinggalkan tali Biarlah jiwa kakanda pergi Asalkan tuan teguhkan janji. ( Pantun Melayu,2001:374)
  • 34. c. Terdapatnya penggunaan unsur-unsur retorik iaitu teknik- teknik keindahan yang terbina melalui penggunaan majaz, metafora, simile, personifikasi, ironi, hiperbola, metonimi dan lain-lain. Contohnya adalah seperti berikut: Tinggi gunung kampong Melayu Setangan pelekat pinggir Peringgi Ibarat burung di pohon kayu Mau dipikat terlalu tinggi. ( Pantun Melayu,2001:371)  Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat terdapatnya penggunaan simile. Tujuannya adalah untuk membandingkan sesuatu. Pada baris ketiga, perkataan ‘ibarat’ merupakan perumpamaan yang telah digunakan dalam pantun itu.
  • 35. Limau purut jatuh ke lembah Tiba di lembah tumbuhlah duri Pinang mengadap sirih menyembah Jari sepuluh menjunjung duli. ( Pantun Melayu,2001:11)  Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat terdapatnya penggunaan personifikasi.  Pada baris ketiga, perkataan ‘pinang’ dan ‘sirih’ ialah benda manakala perkataan ‘mengadap’ dan ‘menyembah’ pula merupakan sifat manusia. Hal ini dapat dilihat apabila pengarang telah menggunakan ‘pinang’ dan ‘sirih’ untuk melakukan perbuatan manusia iaitu perbuatan mengadap dan menyembah.
  • 36. d. Terdapatnya unsur-unsur perulangan. Contohnya adalah seperti berikut: Jikalau kena dengan tetaknya Macam mana nyirih tak rapat Jikalau kena dengan mintanya Macam mana sirih tak dapat? ( Pantun Melayu,2001:370)  Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa perkataan ‘jikalau’ pada baris pertama telah diulang pada baris ketiga. Begitu juga dengan perkataan ‘macam mana’ pada baris kedua juga telah diulang pada baris keempat. Hal ini menunjukkan berlakunya perulangan dalam pantun tersebut.
  • 37. • Kepengarangan ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu. • Seri Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris (2016:91) juga menyatakan bahawa kepengarangan memperlihatkan bagaimana cara pengarang berkarya dan membina kekuatan dirinya. • Dalam karya Pantun Melayu Bingkasan Permata ini juga memperlihatkan kepengarangan Harun Mat Piah dalam mengkaji tentang pelbagai pantun.
  • 38. a. ‘Pantun Melayu Bingkisan Permata’ terbahagi kepada empat bahagian iaitu bingkis pemula, bingkis bicara, bingkis kasih dan bingkis penutup. Setiap bahagian dalam buku ini menunjukkan nilai kepengarangan yang tersendiri dan unik. Contohnya adalah seperti berikut: i. Bingkis Pemula Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara ( Pantun Melayu,2001:13)  Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa pantun tersebut boleh digunakan untuk memulakan bicara, majlis atau warkah. Pantun jenis ini sangat sesuai dipersembahkan pada awal majlis sebagai mengucapkan selamat datang dalam sesebuah majlis.
  • 39. ii. Bingkis Bicara Dari Melaka ke Kuala Lanar Pergi meraih buah kuran Jangan takut bercakap benar Kerana itu tanda kejujuran. ( Pantun Melayu,2001:145)  Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa pantun tersebut mempunyai unsur pengajaran yang boleh dipelajari. Pantun ini telah mengajar pembaca untuk bercakap benar terhadap semua perkara. Hal ini demikian kerana bercakap benar merupakan tanda kejujuran seseorang itu.
  • 40. iii. Bingkis Kasih Buah kuini jatuh tercampak Jatuh menimpa bunga selasih Biar bertahun dilambung ombak Tidak kulupa pada yang kasih. ( Pantun Melayu,2001:384)  Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa pantun tersebut menceritakan tentang kasih yang tidak pernah dilupa. Pengarang telah menyatakan bahawa walaupun masa telah berlalu lama tetapi kasih itu tetap tidak dapat dilupakan.
  • 41. iv. Bingkis Penutup Ajung landai kemudi landai Landai mari terheret duri Adik pandai saya pun pandai Jangan pula meninggi diri. ( Pantun Melayu,2001:540)  Pantun di atas memberikan pengajaran kepada pembaca. Pengajarannya ialah jangan bersikap sombong dengan kelebihan yang ada. Sekiranya seseorang itu bersikap sombong dengan kelebihan yang ada, maka mereka akan tidak disukai oleh orang lain. Oleh itu, kita tidak haruslah bersikap sombong dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
  • 42. b. Terdapat isi pantun yang pelbagai bentuk i. Bentuk Jenaka Apa kena bulan tak terang? Terlindung pokok kekabu Apa kena abang tak datang? Abang terkurung dalam kelambu. ( Pantun Melayu,2001:17)  Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa terdapatnya unsur jenaka dalam pantun tersebut. Pada baris keempat telah menunjukkan unsur jenaka apabila jawapan yang diberi ialah abang terkurung dalam kelambu.
  • 43. ii. Bentuk nasihat Gunung Daik Nampak berjajaran Nampak dari segala pecan Jikalau baik ambil akan pelajaran Jikalau jahat segera buangkan. ( Pantun Melayu,2001:150)  Pantun di atas menunjukkan terdapatnya bentuk nasihat dalam pantun yang dinyatakan itu. Pantun ini memberi nasihat kepada para pembaca agar mempelajari perkara yang baik manakala perlakuan yang tidak baik harus kita buangkan dengan segera.
  • 44. iii. Bentuk peribahasa Harimau belang mengejar rusa Rusa makan di daun muda Sebab pulut santan binasa Sebab mulut badan merasa. ( Pantun Melayu,2001:207)  Pantun di atas menunjukkan terdapat bentuk peribahasa dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata. Peribahasa yang digunakan ialah ‘sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa’. Maksud bagi peribahasa ini ialah kerana perbuatan orang lain kita dapat kecelakaannya.
  • 45. iv. Bentuk sindiran Apa guna berkain batik Kalau tidak memakai capal Apalah guna beristeri cantik Kalau tak pandai menumbuk sambal. ( Pantun Melayu,2001:55)  Pantun di atas menunjukkan terdapatnya bentuk sindiran dalam pantun tersebut. Dalam pantun tersebut menyatakan tiada gunanya kalau isteri sangat cantik sedangkan isteri yang cantik itu tidak pandai memasak.
  • 46. NILAI ILMU • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1081), nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. • Seri Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris (2016:151) meyatakan bahawa nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul dan salah. • Bagi perkataan ‘ilmu’ pula, Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:567) menyatakan bahawa ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. • Nilai ilmu merupakan taraf pengetahuan, kepandaian atau kajian tentang sesuatu perkara sama ada secara tersirat atau tersurat.
  • 47. a. Ilmu melalui pantun teka-teki  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1629), teka-teki merujuk kepada soalan yang dikemukakan secara samar-samar dan rumit yang jawapannya harus diduga.  Secara ringkasnya, teka-teki bertujuan untuk menduga dan menguji keupayaan fikiran dan akal seseorang.  Pada biasanya, jawapan teka-teki adalah menarik dan kelakar. Buah kundur di dalam raga Orang tak tahu mengata semangka Siang tidur malam berjaga Kalau tahu cubalah teka. ( Pantun Melayu,2001:57)
  • 48. b. Ilmu agama  Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:14) menyatakan bahawa agama merupakan kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.  Nilai ilmu agama yang terdapat dalam sesebuah pantun itu harus dijadikan panduan oleh para pembaca. Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis ,ayat di pintu kubur Teringat badan tidak bersembahyang. ( Pantun Melayu,2001:137)
  • 49. c. Ilmu peribahasa  Menurut Rosli Saludin (2014), peribahasa merupakan suatu kiasan atau bunga dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu.  Maksud yang dibawa itu berlainan daripada makna asal.  Peribahasa secara umumnya merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan yang masing-masing membawa maksud yang tertentu. Bunga mawar sedang mekar Bunga melur jauh terasing Bagai enau dalam belukar Melepaskan pucuk masing-masing. ( Pantun Melayu,2001:196)
  • 50. PENUTUP • Secara kesimpulan, keempat-empat pecahan dalam Bingkisan Permata ini merupakan keistimewaan yang terdapat dalam karya Harun Mat Piah. • Pantun-pantun yang terdapat dalam Bingkisan Permata ini juga dapat dijadikan panduan dan pengajaran untuk para pembaca yang membaca pantun tersebut. • Selain itu, pantun-pantun yang terdapat dalam Bingkisan Permata ini disampaikan secara halus melalui bahasa yang berangkap dan melalui lambang-lambang tertentu yang diambil daripada alam tabii, alam fenomena. • Pantun-pantun ini haruslah didedahkan dalam pelbagai majlis supaya generasi yang akan datang juga akan mempunyai pengetahuan terhadap pantun-pantun.
  • 51. RUJUKAN Harun Mat Piah (2001). Pantun Melayu: Bingkisan Permata. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007). Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur: Icon Region Sdn Bhd. Rosli Saludin (2014). Teromba Pengacaraan Majlis. Negeri Sembilan: Persatuan Aura Anak Seni. Seri Lanang Jaya Rohani, Abd. Rahman Napiah & Mohd Rashid Md. Rashid (2016). Karya Agung Melayu.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.