Ulasan Kajian Tindakan

6,926 views
6,736 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,926
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
357
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ulasan Kajian Tindakan

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH 2010/2011 KPR 5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN E TUGASAN 1 : ULASAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK SITI AMIATUNAIM BT ABD HAMID L20101006009 SIMAH BT SERAT L20101006014 PENSYARAH : PROF. MADYA DR. HAJI ABD LATIF HAJI GAPOR 1
  2. 2. MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA OLEH Julaila Selamat Rosnah Embok Tang Rashidah Punawan SK Laksamana, Kota Tinggi, Johor. Kajian Tindakan yang ingin diulas ini bertajuk ‘Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menjawab Soalan Tolak Dengan Mengumpul Semula Dari Ratus Ke Puluh Dan Puluh Ke Sa’ yang telah dijalankan oleh Julaila Selamat, Rosnah Embok Tang dan Rashidah Punawan dari Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi Johor. Kami memdapat jurnal ini melalui laman web http://www.arjpnj.com/ktindak/files/tolak.pdf. Limitasi pengkaji terhadap penyelidikan ini adalah pelajar kelas 3 Jaya dan 3 Maju iaitu seramai 11 orang pelajar sebagai sampel kajian, sembilan orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan. Kami terpanggil untuk mengulas jurnal ini kerana kami merasakan teknik-teknik baru yang dikemukan oleh pengkaji adalah sesuatu yang menarik dan perlu diberi perhatian kerana teknik ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru dari sekolah lain yang berhadapan dengan masalah yang hampir sama; di mana masih terdapat pelajar yang tidak menguasai teknik asas mengira walaupun pelajar tersebut sudah berada di tahun 3 persekolahan; sedangkan antara matlamat kerajaan untuk memastikan pelajar dapat menguasai 3 M (membaca, menulis dan mengira) di peringkat sekolah rendah. Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas pengkaji mendapati pelajar kelas tiga Jaya dan 3 Maju tidak menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyemakan buku latihan dan merujuk kepada keputusan ujian bulan pertama. Kemudian pengkaji melakukan pemerhatian dan hasil pemerhatian pengkaji mendapati pelajar tidak memahami konsep pinjam sebelah dan kemudian kumpul semula. Malahan pelajar ini juga malas mengira, tidak berkeyakinan dan tiada motivasi dalaman. 2
  3. 3. Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas Matematik menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa. Manakala objektif utama kajian tindakan ini pula adalah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa melibatkan tiga digit dengan tepat menggunakan teknik pembilang EQ (Easy Quantifiers). Selain itu, objektif pengkaji juga adalah untuk meningkatkan penguasaan dan kepantasan pelajat dalam pengiraan yang melibatkan konsep ‘pinjam sebelah’ dan menambahkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan berkaitan penolakan, serta dapat menambahbaikan dan mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran matematik. Kami mendapati pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan untuk membantu pengkaji menganalisa data yang diperlukan seperti menggunakan kaedah pemerhatian, yang mana pengkaji mendapati sikap malas yang ada pada pelajar ini yang menyebabkan mereka tidak menguasai asas Matematik. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah Ujian Pra dan Soal Selidik untuk mengumpul maklumat, yang mana daripada dua kaedah berkenaan, pengkaji mendapati 0% pelajar yang mendapat skor penuh, 36% pelajar mendapat skor kosong dalam ujian tersebut, dan 37% daripada pelajar tersebut menyatakan mereka tidak berminat dengan mata pelajaran Matematik. Selepas menganalisa data tersebut, pengkaji berpendapat bahawa pelajar tersebut perlu diberi rawatan klinikal, yang mana kelas klinikal tersebut telah dijalankan selama dua minggu. Semasa proses rawatan klinikal tersebut, pengkaji telah menjalankan tiga jenis aktiviti pembelajaran, iaitu Aktiviti Suluh, Aktiviti Litar EQ dan Latihtubi berterusan. Kami mendapati semasa proses rawatan klinikal ini dijalankan, pengkaji menyediakan beberapa senarai semak untuk membantu pengkaji melihat keberkesanan program yang dijalankan senarai semak pencapaian pelajar, senarai semak perubahan tingkah laku pelajar, graf pencapaian pelajar dan borang soal selidik. Aktiviti Suluh merupakan aktiviti permulaan sesi rawatan, yang mana melalui aktiviti ini pelajar diberikan penerangan mengenai konsep pengiraan yang melibatkan operasi tolak dengan ‘pinjam sebelah’. Penerangan konsep ini ditunjukkan secara tayangan slaid powerpoint. Penerangan powerpoint ini telah menyebabkan pelajar terpegun dan memberi sepenuh perhatian mereka kerana apabila berlaku sesuatu inovasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan tertarik dengan perubahan tersebut. Minat dan perhatian yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut telah memberi implikasi positif dalam pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar ini menunjukkan peningkatan dalam penguasaan pengiraan penolakan dengan konsep ‘pinjam sebelah’. Melalui aktiviti ini juga 3
  4. 4. pelajar-pelajar ini dilihat mula melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka mula menunjukkan minat untuk mencuba dan tampil ke hadapan untuk menjawab soalan yang diberikan. Apabila pengkaji mendapati peningkatan penguasaan kemahiran pengiraan pelajar semakin baik, pengkaji melaksanakan aktiviti yang kedua iaitu Aktiviti Litar EQ. Semasa Aktiviti Litar EQ ini dijalankan, pengkaji mendapati pelajar mengaplikasikan kemahiran ‘pinjam sebelah’ (yang digunakan semasa Aktiviti Suluh) sebelum menggunakan Pembilang EQ untuk menyelesaikan soalan yang diberi. Pengkaji mendapati Aktiviti Litar EQ ini juga berjaya menarik minat pelajar kerana semasa proses ini berjalan, pelajar semakin aktif untuk bertanyakan soalan kepada pengkaji berkaitan dengan Pembilang EQ. Aktiviti Litar EQ ini juga telah berjaya membantu pelajar untuk lebih menguasai teknik pengiraan tolak kerana pelajar ini dapat menyelesaikan setiap soalan yang diberikan. Setelah pengkaji memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Aktiviti Suluh dan Aktiviti Litar EQ, pengkaji menggunakan pendekatan behaviorisma untuk lebih memantapkan penguasaan pengiraan tolak pelajar. Pendekatan behaviorisma yang digunakan ialah kaedah Latih Tubi. Kaedah Latih Tubi ini digunakan sebagai pelengkap dan kesinambungan daripada dua aktiviti yang telah dijalankan. Pengkaji telah menggunakan Ujian Pos untuk melihat keberkesanan program yang telah dijalankan. Hasil yang telah ditunjukkan oleh pelajar tersebut adalah seperti di bawah: UJIAN PRA UJIAN POS SKALA BIL % SKALA BIL % Betul Semua 0 0 Betul Semua 4 37 Betul 7 – 9 0 0 Betul 7 – 9 4 37 Betul 3 – 6 0 0 Betul 3 – 6 1 9 Betul 1 – 2 7 64 Betul 1 – 2 2 17 Salah Salah 4 36 0 0 Semua Semua JUMLAH 11 100 JUMLAH 11 100 Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa pelajar tersebut telah berjaya untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam teknik asas penolakan. Hal ini kerana semasa Ujian Pra dijalankan, sebanyak 36% pelajar yang mendapat skor kosong, dan 0% pelajar 4
  5. 5. yang mendapat skor penuh, tetapi setelah sesi rawatan klinikal dijalankan, pencapaian pelajar telah meningkat, di mana sebanayk 37% pelajar telah mendapat skor penuh dan 0% pelajar yang mendapat skor kosong. Hasil daripada ulasan di atas, kami mendapati rekabentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah ‘Model Kemmis & McTaggart (1988)’, yang hanya menggunakan satu lingkaran sahaja seperti rajah di bawah ini:- Berdasarkan Model rekabentuk Kemmis & McTaggart (1988), setiap kajian yang dilakukan oleh pengkaji menggunakan prosedur seperti rajah 2 di bawah:- 5
  6. 6. Mengenalpasti Masalah Merancang Melakukan Tindakan Refleksi Melaksanakan Tindakan dan Pemerhatian Prosedur pertama yang digunakan oleh pengkaji adalah mengenalpasti masalah kajian. Pengkaji mendapati pelajar tidak dapat menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula nilai sebelah. Pengkaji mengenalpasti masalah ini melalui penyemakan buku latihan Matematik dan kemerosotan ujian bulanan pelajar untuk subjek ini. Setelah mengenalpasti masalah ini, pengkaji menjalankan beberapa kaedah untuk mengenalpasti pelajar sasaran dan faktor yang menyebabkan mereka lemah dalam penguasaan kemahiran tolak menggunakan teknik pinjam dan kumpul semula. Dalam prosedur kedua, pengkaji merancang kaedah yang sesuai untuk diguna pakai dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pengkaji menggunakan tiga jenis kaedah, iaitu Aktiviti Suluh, Aktiviti Litar EQ dan Latih Tubi. Pengkaji menjalankan ketiga-tiga aktiviti ini melalui ‘rawatan klinikal’ yang dilaksanakan selama dua minggu. Prosedur berikutnya adalah melaksanakan tindakan dan pemerhatian ketiga-tiga aktiviti yang telah dirancang. Pengkaji menggunakan tayangan slaid powerpoint untuk menunjukkan cara menggunakan kaedah pinjam sebelah. Tayangan slaid ini merupakan satu inovasi kepada pelajar tersebut kerana kebiasaannya guru mengajar dengan menggunakan papan hitam, tidak menggunakan tayangan slaid. Hasil pemerhatian aktiviti ini murid terpegun dengan slaid yang ditunjukkan dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap slaid sehingga selesai penerangan. Aktiviti kedua menyusul selepas aktiviti pertama selesai dilaksanakan. Melalui Aktiviti Litar EQ, pelajar diberikan pembilang EQ setiap seorang. Pengkaji menggunakan gambar kartun pada pembilang tersebut untuk menarik perhatian pelajar. Pelajar mengaplikasikan kaedah pinjam sebelah yang telah diajar dalam aktiviti pertama tadi. Hasil pemerhatian aktiviti ini pula, murid pada mulanya agak 6
  7. 7. sukar memahami kaedah ini namun murid boleh memperolehi hasil tolak selepas menggunakan pendekatan mesra murid. Aktiviti ketiga, iaitu Latih Tubi digunakan untuk memantapkan lagi pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep tolak menggunakan kaedah pinjam dan kumpul semula. Prosedur terakhir yang diguanakan oleh pengkaji ialah melakukan refleksi atau penilaian kajian iaitu menilai keberkesanan aktiviti Suluh dan aktiviti Litar EQ dan membuat senarai semak data setiap murid sasaran untuk mengetahui perubahan semasa sama ada mengalami peningkatan atau tidak. Tiga penilaian yang dilakukan oleh pengkaji iaitu jadual pencapaian setiap murid sasaran dalam rawatan kritikal, jadual perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos dan graf pencapaian individu murid sasaran. Secara konklusinya pengkaji berpuas hati dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh pelajar sasaran tersebut. Selain itu, pengkaji juga berharap agar guru yang mengajar pelajar yang lemah dalam Matematik untuk mengajar pelajar berkenaan dengan menggunapakai konsep ‘learning is fun’ dan ‘mathematic is fun’ untuk menarik minat pelajar tersebut terhadap Matematik. 7

×