Your SlideShare is downloading. ×
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Proposal kt new 1

7,909

Published on

1 Comment
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
7,909
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
302
Comments
1
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 TAJUK KAJIAN Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Kertas Satu, Tingkatan 4 IT 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Selangor. 2.0 NAMA AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI Kertas kerja ini dikemukakan oleh Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Pendidikan Sultan Idris Jurusan Perdagangan / Keusahawanan. Nama-nama pengkaji adalah : 1. Pn. Basyirah Binti Ahmad 2. Pn. Rozianah Binti Md Yusof 3. Siti Amiatunaim Binti Abd Hamid 4. Cik. Simah Binti Serat 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan, dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat persekolahan, sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah. Mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran BM merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa yang berteraskan BM baku. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran BM merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan.
  • 2. Penekanan kemahiran menulis adalah fokus yang paling penting dan perlu dikuasai oleh individu yang bergelar pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran BM (KPM 2001). Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bermula pada tahun 1988 ini bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan BM. Penguasaan penulisan sebenarnya banyak dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020. Rentetan itu kami menjalankan kajian ini di S.M.K Bandar Banting, Selangor yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 IT 2 iaitu seramai 40 orang. Namun penekanan diberikan kepada 15 orang pelajar yang mempunyai markah di bawah 50 sahaja. 4.0 KAJIAN LEPAS Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan kemahiran menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat dalam pemikiran penulis melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau menggubah perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai. Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian bagi menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid. Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan kandungan, pengatahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994). Sukatan Pelajaran BM Semakan (2003), menegaskan bahawa tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran BM ialah supaya murid dapat menggunakan BM secara berkesan
  • 3. dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Selain itu, dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan, guru juga perlu mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menggunakan strategi pemusatan murid. Manakala menurut Kagan, (1994) dan Zawiah Abd. Shukor (2001) mengenai teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan idea tersebut, setiap ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan mereka mantap dan bermakna. Akhirnya, menerusi teknik tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Menurut Kamarudin Hj. Husin, 1998 pula menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan tersusun. 5.0 PENYATAAN MASALAH Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang pelajar ialah bagaimana untuk memulakan penulisan. Ini kerana memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan kebolehan semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang serupa. Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal untuk mencapai keputusan yang baik dalam peringkat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • 4. Selain itu, daripada temubual yang dijalankan bersama Puan Janah Binti Sarman mendapati sebanyak 15 orang murid daripada Tingkatan 4 IT 2 lemah dan berada pada tahap minimum dalam penulisan. Ini dibuktikan dalam keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010, mendapati murid sasaran memperolehi markah kurang daripada 50. Murid kurang mampu untuk mengarang dengan baik tanpa bantuan guru. Ini berlaku terutamanya bagi karangan berbentuk format dan karangan berbentuk naratif. Pemeriksaan terhadap beberapa buah karangan yang ditulis oleh murid dalam ujian di sekolah memperlihatkan bahawa pencapaian dalam penulisan karangan murid-murid tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk menghasilkan karangan. Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran penulisan khususnya dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih untuk meneroka maklumat sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru mengawal dari segi isi, bukan berperanan membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan begini sebenarnya akan mendorong murid terlalu banyak bergantung kepada guru. Keadaan ini seterusnya menyebabkan murid kurang berkemahiran untuk mengarang. 6.0 OBJEKTIF KAJIAN 6.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. 6.2 Memberi pendedahan teknik penulisan karangan Bahasa Melayu. 6.3 Memahami strategi memilih tajuk dan mengenal pasti kata kunci soalan.
  • 5. 7.0 METODOLOGI KAJIAN 7.1 Reka bentuk kajian Kajian ini dijalankan berdasarkan reka bentuk Model Kemmis & McTaggerd (1988) yang hanya menggunakan lingkaran pertama sahaja seperti di bawah: Kami merancang untuk menggunapakai dua jenis aktiviti yang dirasakan bersesuaian dan dapat mencapai objektif kajian kami. Dua aktiviti telah dirancang untuk membantu murid meningkatkan keupayaan menulis karangan Bahasa Melayu adalah seperti berikut: 1. Penulisan Karangan Naratif i. Cerita TV ii. Lakonan 2. Penulisan Karangan Format
  • 6. i. Salin dan Jalin Kaedah-kaedah ini adalah menggunakan pendekatan pembelajaran secara koperatif dan serta mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) semasa proses pembelajaran. Kaedah pengajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan yang kecil untuk mencapai matlamat yang sama. Terdapat lima unsur dalam bentuk pembelajaran koperatif meliputi kebergantungan antara satu sama lain secara positif, interaksi antara satu sama lain, kebolehpercayaan individu terhadap pembelajaran diri sendiri, kemahiran untuk bekerjasama dalam kumpulan dan pemprosesan kumpulan. Melalui kaedah ini, murid akan mengaplikasikan kaedah ‘round table’ dalam penulisan karangan fakta dan karangan bentuk naratif. Mereka dapat memberi dan berkongsi idea secara bergilir-gilir. Secara tidak langsung, ahli digalakkan untuk meluaskan pengetahuan agar sesi perbincangan berjalan lancar. Ini adalah selari dengan objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBKK) yang menggalakkan penggunaan daya pemikiran kritis dan kreatif dalam pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan meliputi kemahiran untuk menulis karangan naratif dan karangan format. 7.1.1 AKTIVITI 1: PENULISAN KARANGAN NARATIF Karangan naratif menceritakan semula peristiwa-peristiwa yang telah berlaku menurut susunan kronologi peristiwa-peristiwa itu terjadi. Jenis karangan naratif adalah seperti cerpen, skrip drama, sketsa, cerita berdasarkan peribahasa. Pengajaran penulisan naratif di sekolah bertujuan meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar tentang amalan kebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan bahasa. Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Ia juga satu kaedah untuk pelajar berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan idea
  • 7. dan perasaan dan memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran. Tindakan yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai karangan naratif adalah seperti berikut: (i) Membuat karangan berdasarkan cerita TV Melalui kaedah ini, guru akan memilih beberapa rancangan televisyen yang berbentuk cereka untuk ditayangkan kepada murid. Tayangan akan mengambil masa selama satu jam. Cerita-cerita yang dipilih perlu bersesuaian dengan murid dan menitik beratkan unsur-unsur moral yang tinggi. Kaedah ini akan memberi sedikit panduan kepada murid dalam membuat imaginasi penceritaan mengikut kronologi yang sesuai. Pelaksanaan ini akan dibuat dalam masa 1 minggu melalui kaedah berikut: • Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan • Guru menayangkan sebuah cerita yang berkaitan dengan topik karangan naratif • Setelah selesai menonton, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan membahagikan tugas seperti ketua kumpulan, pencatat dan pembentang. • Murid dikehendaki menulis semula rangka cerita berdasarkan rancangan yang telah ditonton • Setiap murid kemudian diminta untuk menulis karangan naratif berdasarkan rancangan yang telah ditonton (ii) Membuat karangan naratif berdasarkan lakonan Melalui kaedah ini, diharapkan murid akan lebih seronok untuk melibatkan diri dalam pembelajaran Bahasa Melayu di samping untuk meningkatkan kemahiran imaginatif murid dalam penulisan karangan bentuk naratif. Murid akan diminta untuk melakonkan beberapa watak mengikut tajuk cerita yang telah diberikan (Lampiran 1). Murid-murid dari kumpulan lain akan membina semula plot cerita melalui penggunaan peta minda. Kaedah yang akan dijalankan adalah seperti berikut: • Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
  • 8. • Murid memilih tajuk lakonan yang ingin dipersembahkan • Murid berbincang dalam kumpulan tentang watak dan cerita yang akan dikembangkan • Murid diminta melakonkan watak-watak dan cerita yang telah dibincangkan (iii) Penulisan semula jalan cerita melalui bentuk peta minda Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid membina plot-plot cerita berdasarkan lakonan yang telah dibuat dalam aktiviti (ii). Masa selama dua jam akan diperuntukkan bagi kaedah ini yang akan berlangsung selama 1 minggu. Penggunaan peta minda adalah bertujuan untuk membolehkan murid menjana dan mencatat isi-isi penting dan menjalin karangan dengan lebih berkesan. Murid hanya perlu menyambungkan isi dengan kata hubung tang sesuai. Kaedah pelaksanaan yang dirancang ialah: • Guru berbincang tentang penggunaan peta minda untuk menjana dan mencatat isi-isi penting • Perbincangan tentang struktur karangan berbentuk naratif dan perenggan pendahuluan • Mencatat isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta minda yang dicadangkan • Murid membuat latihan mengarang secara individu. 7.1.2 AKTIVITI 2: PENULISAN KARANGAN FORMAT Karangan fakta merujuk kepada suatu perbincangan atau pendapat yang memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti menyokong pernyataan. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian sokongan yang mengandungi keterangan, contoh ataupun analogi yang sesuai. Langkah-langkah yang akan dilaksanakan untuk memahirkan murid dengan kaedah penulisan karangan berformat adalah: (i) Kaedah menyalin karangan
  • 9. Strategi pelaksanaan akan mengambil masa 45 minit dan akan berlangsung selama 1 minggu. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membiasakan murid dengan bentuk karangan yang baik dan cara untuk membuat olahan. Murid hanya perlu membaca karangan ini dan menyalin semula karangan tersebut. Murid akan dapat membuat perbandingan sesama mereka mengenai ciri karangan yang baik. Kaedah pelaksanaan yang dirancang adalah: • Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil antara 3-4 orang murid • Murid berbincang tentang peranan dan tugas masing-masing merangkumi ketua kumpulan, pencatat dan pelapor • Guru memberi penerangan ringkas melalui slide yang dipaparkan di hadapan kelas • Murid dikehendaki menyalin karangan bentuk format yang telah dipilih oleh guru • Murid berbincang tentang bentuk format dan kaedah olahan karangan yang disalin dan seterusnya membuat perbentangan (ii) Kaedah menjalin isi karangan Kaedah ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan penulisan karangan berdasarkan rangka karangan ringkas yang disediakan. Bentuk penulisan perlu berdasarkan karangan yang telah disalin dalam kaedah (i) di mana murid akan merangka format, isi penting dan olahan. Kaedah ini juga bertujuan untuk membiasakan murid cara untuk mencari maklumat dan mendapatkan idea serta dapat menyampaikan maklumat dengan ayat yang tepat dan gramatis. Latihan menjalin isi karangan akan dibuat dalam masa yang ditetapkan selama 2 jam dan dilaksanakan selama 1 minggu. Bentuk soalan dan rangka isi ditunjukkan dalam Lampiran 2. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut: • Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
  • 10. • Guru menayangkan gambar di skrin dan menerangkan tentang cara untuk mencari maklumat atau idea untuk menulis • Murid-murid diberi soalan untuk setiap tugasan Kumpulan A – Mencari maklumat penting berdasarkan bahan KOMSAS iaitu syair Kumpulan B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah Kumpulan C – Mencari maklumat berdasarkan lagu Kumpulan D – Mencari maklumat berdasarkan gambar • Murid membina dan menulis karangan berdasarkan format yang telah dipelajari dan kerangka isi yang dibina. 7.2 Sasaran Kajian Sasaran kajian adalah murid kelas 4 IT 2 yang gagal mencapai 50 peratus dalam penilaian kertas penulisan, iaitu seramai 15 orang. 7.3 Instrumen Kajian Kami menggunakan beberapa kaedah untuk mengenalpasti pemasalahan kajian melalui pemerhatian yang dibuat oleh guru Bahasa Melayu, temubual ke atas guru tersebut serta melalui keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. 7.3.1 Pemerhatian Bagi mendapatkan gambaran kegiatan pengajaran guru di dalam kelas, pemerhatian kelas dilakukan sebanyak empat kali dalam tempoh empat minggu. Pemerhatian dalam 4 IT 2 memakan masa selama 40 minit bagi setiap pemerhatian. Dalam pemerhatian kelas tersebut, guru bertindak sebagai pemerhati tanpa penglibatan diri dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian dibuat berdasarkan peringkat penulisan karangan, iaitu sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan selepas menulis karangan. Dalam masa pemerhatian kelas, tema yang menjadi garis
  • 11. panduan pemerhatian ialah penglibatan murid serta tempoh masa yang digunakan oleh murid untuk menyelesaikan penulisan. 7.3.2 Temubual Satu lagi instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah temubual. Temubual melibatkan pertemuan pengkaji dengan Puan Janah Sarman iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu SMK Bandar Banting, Selangor untuk tujuan mendapatkan maklumat. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, alat kajian telah disediakan. Alat kajian itu adalah terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dan diajukan kepada Puan Janah serta dijawab secara lisan. Temubual terbahagi kepada tiga jenis iaitu temubual berstruktur (Structured Interviews), tidak berstruktur (Unstructured Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured Interviews). Temubual berstruktur merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang menjurus kepada topik yang spesifik. Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada penerokaan idea dan soalan-soalan terbuka dikemukakan kepada guru tersebut. Temubual semi berstruktur merupakan gabungan antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur. 7.3.2.1 Kandungan Temubual Terdapat empat soalan yang dikemukakan kepada guru terbabit, yang mana soalan-soalan yang menjurus kepada temubual semi berstruktur. Soalan pertama adalah masalah yang dihadapi pelajar semasa menulis karangan. Soalan kedua ialah cara untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan karangan. Soalan ketiga ialah teknik- teknik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Soalan empat dikemukakan adalah strategi pemilihan tajuk dan mengenal pasti kata kunci soalan bagi memastikan soalan yang dijawab bertepatan dengan pengetahuan dan idea pelajar. 7.3.3 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 Keputusan murid ini merupakan instrumen utama bagi mengenalpasti pemasalahan murid. Sasaran kajian adalah kepada pelajar yang mendapat markah kurang daripada 50 untuk Bahasa Melayu Kertas 1.
  • 12. 7.3.4 Ujian Pasca Ujian Pos bertujuan mengetahui keberkesanan pelaksanaan kajian. Ujian pos juga dijalankan untuk membandingkan nilai skor pelajar sebelum dan selepas diberikan rawatan ke atas kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Dalam ujian pos pelajar juga diberi satu set soalan mengikut format Bahasa Melayu kertas 1. 8.0 Kesignifikanan Kajian Dapatan kajian ini diharapkan dapat dikongsi bersama dengan Ketua Panatia Bahasa Melayu SMK Bandar Banting, Selangor, serta guru-guru sekolah melalui aktiviti-aktiviti perkembangan staf dan juga guru-guru Bahasa Melayu. 9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL. PERKARA JUMLAH (RM) 1 Perjalanan (Tanjong Malim – Banting) 75.00 2 Bahan dan alatan bantuan mengajar 50.00 3 Percetakan Kertas Ujian (15 x RM 0.20) 3.00 4 Percetakan Modul / bahan pengajaran (15 xRM 0.70 ) 10.50 5 Perbelanjaan Mesyuarat 20.00 6 Bengkel penulisan 70.00 7 Jumlah 228.50 10.0 JADUAL KERJA BIL. PERKARA TARIKH 1 Mesyuarat Jawatankuasa 10 September 2010 2 Penulisan kertas cadangan 14 September 2010 3 Mesyuarat perancangan 21 September 2010 4 Kerja lapangan – pergi sekolah kajian 23 September 2010 5 Analisa maklumat temubual 28 September 2010 6 Pelaksanaan aktiviti 25 Oktober 2010 7 Pelaksanaan ujian pasca 8 November 2010 8 Refleksi dan penilaian 10 November 2010
  • 13. 9 Penulisan laporan 15 November 2010 10 Pemurnian laporan 22 November 2010 LAMPIRAN
  • 14. CONTOH UJIAN PASCA SPM BAHASA MELAYU Kertas 1 Bahagian A (Masa dicadangkan: 45 minit) [30 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang pencemaran sungai. Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah perkataan.
  • 15. Bahagian B (Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit) [100 markah] Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan. 1. Melancong sama ada di dalam negara atau di luar negara banyak memberikan faedah kepada pelajar. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Bahaskan. 2. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu hari perayaan. Baru-baru ini anda berkesempatan mengunjungi rumah teruka seorang pemimpin negara. Gambarkan keadaan dan suasana rumah terbuka tersebut. 3. Pada masa ini rakyat Malaysia melalui kehidupan yang selesa. Barang makanan boleh didapati dengan mudah dan menyelerakan. Keadan ini memberikan kesan sampingan terhadap kesihatan orang ramai. Sebagai pakar kesihatan, anda telah diminta memberikan ceramah kepada para pelajar di sesuatu sekolah. Tajuk ceramah anda ialah “Amalan
  • 16. Pemakanan yang Sempurna Menjamin Gaya Hidup yang Sihat.’’ Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya. 4. Kewujudan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melengkapi penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat berpendidikan tinggi. Bagi mendapatkan pandangan tentang faedah penubuhan IPTS, anda diminta mewawancara seorang tokoh yang berkaitan. Tulis wawancara tersebut selengkapnya. 5. Jawatankuasa Antidadah di daerah anda telah menganjurkan satu pertandingan menulis cerpen. Tulis cerpen tersebut selengkapnya. LAMPIRAN 1 Menulis karangan naratif menggunakan kaedah lakonan Tajuk perbincangan kumpulan Lakonkan sebuah cerita Saya sedang membaca dengan berdasarkan peribahasa ‘bersatu asyiknya apabila tiba-tiba adik teguh, bercerai roboh’. saya berlari masuk ke dalam bilik sambil menjerit dengan kuat... Lengkapkan menjadi satu cerita yang lengkap mengggunakan ayat di atas. Anda berpeluang mendapat anugerah pada Majlis Anugerah Lakonkan sebuah cerita yang Cenerlang peringkat negeri. mengambarkan suasana dan Lakonkan suasana Majlis tersebut. keadaan Majlis Rumah Terbuka Peringkat Nasional
  • 17. Permulaan: Digunakan untuk memperkenalkan watak utama dan perwatakannya serta gambarab suasana latar belakang tempat Perkembangan: Watak utama dan watak-watak yang lain saling berhubung dan mewujudkan cerita yang semakin berkembang Peleraian: Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya dan cerita akan berakhir. LAMPIRAN 2 Tajuk perbincangan kumpulan Mencari maklumat penting Mencari maklumat penting berdasarkan bahan KOMSAS berdasarkan iaitu syair petikan dari majalah Mencari maklumat berdasarkan Mencari maklumat berdasarkan lagu gambar
  • 18. Kumpulan A – Mencari maklumat penting berdasarkan bahan KOMSAS iaitu syair Syair Cintai Alam Sekitar Aduhai adikku kakak berpesan, Kelak dirimu jadikan panduan, Cintailah keindahan jaga kebersihan, Persekitaran indah tiada pencemaran. Kempen kebersihan bersama dihayati, Udara nyaman pasti dinikmati, Sihat badan wajah berseri, Negara aman hidup harmoni. Jadilah warga bertimbang rasa, Kepada alam membuat jasa, Tanah dan tumbuhan dipelihara, Kerosakan tiada bumi sejahtera. Air sungai mengalir damai,
  • 19. Ombak berlagu memukul pantai, Unggas bernyanyi suasana permai, Di hari minggu kita bersantai. Jerebu berleluasa melanda negara, Kebakaran dan kilang punca angkara, Lapisan ozon semakin derita, Tanamkan kesedaran atasi segera. Amalan meludah membuang sampah, Mengotorkan sekitar mesti ditegah, Menghisap rokok menagih dadah, Perbuatan yang buruk perlu ditegah. (Rafe’ah A. Rahman, Langit di Tangan, 1995 DBP) Kumpulan B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah.
  • 20. Kumpulan C – Mencari maklumat berdasarkan lagu Keranamu Malaysia Buruh nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya lahir generasi bijak pandai Pakar I.T. pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam siber teknologi terkini Kekayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara Keranamu kami bebas merdeka Keranamu nyawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara Keranamu negara Malaysia Malaysia … Terima kasih Malaysia !!!
  • 21. Kumpulan D – Mencari maklumat berdasarkan gambar
  • 22. Pengurusan grafik kerja kumpulan Kumpulan A: Maklumat penting dalam syair Kumpulan B 1 2 Maklumat penting petikan rencana majalah 3 4
  • 23. Kumpulan C Keranamu Malaysia 1 2 3 4 Kumpulan D
  • 24. LAMPIRAN 3 MARKAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 IT 2 (BAHASA MELAYU KERTAS 1) SMK BANDAR BANTING BIL NAMA PELAJAR MARKAH 1 ZURAINI BT MOHD TOURIOU @ IDRIS 48 2 HAYATUL MUKHLISAH BT AZIZ 47 SATHIYASILAN A/L 3 SATHIAMOORTHI 44 4 LOW YIH SEE 42 5 ONG CHEE XIN 40 6 MUHAMMAD ADAM B TAKRIR 40 7 MUHAMMAD SAZAKRULL B SELAMAT 37 8 CHONG XUE YEH 35 9 HO PEI HOON 31 10 SURENTHIRAN A/L RAVI 31 MOHAMAD SYAZWAN B MOHAMED 11 ISRI 27 12 MUHAMMAD DANIAL B RIDUAN 22 ABDUL HANAN B 13 ZULKIFLY 17 14 NG YI SIN 3 15 TAN BOON HOR 3 BIBLIOGRAFI
  • 25. Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd. Slavin R.E (1989). Research on cooperatif learning. Theory, reseach& practive. Boston. MA: Allyn& Bacon. Yap Kim Fat (1991). Kesan sambutan interaktif penulisan karangan Pelajar tingkatan 4. Desertasi untuk sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakuti Pendidikan. Universiti Malaya.

×