Darah Istihadah                               DARAH ISTIHADAHPendarahan yang terjadi di luar batas-batas haid (dan nifas) ...
Kemampuan membandingkan antara darah kuat dan darah lemah yang terjadiketika pendarahan disebut Attamyiiz.       Mu’taadah...
digunakan untuk pendarahan darah lemah hendaklah tidak kurang dari batas minimum                                   suci ia...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Darah Istihadah

155

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
155
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
2
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Darah Istihadah

  1. 1. Darah Istihadah DARAH ISTIHADAHPendarahan yang terjadi di luar batas-batas haid (dan nifas) disebut pendarahanistihadah. Wanita yang mengalami hal yang seperti itu disebut mustahadhah.Wanita mustahadhah secara garis besarnya dibahagi kepada empat bahagian, iaitu:1- Mubtadi ah Mumayyizah2- Mubtadi ah Ghoiru Mumayyizah3- Mu’taadah Mumayyizah4- Mu’taadah Ghoiru Mumayyizah Mubtadi ah ialah gadis yang baru pertama kali mengalami haid. Mumayyizah ialahwanita yang mampu membandingkan antara darah yang kuat dan lemah ketika terjadinyaistihadhah. Jadi pengertian Mubtadi ah Mumayyizah ialah gadis yang pertama kalididatangi haid, namun ia sudah mampu membandingkan antara warna dan sifat darah,antara yang kuat dan yang lemah ketika terjadinya pendarahan istihadhah Perbincangan Darah Istihadah 1/3
  2. 2. Kemampuan membandingkan antara darah kuat dan darah lemah yang terjadiketika pendarahan disebut Attamyiiz. Mu’taadah ialah wanita yang pernah didatangi haid sekalipun baru pertama kalidan setelah ia mengalami pendarahan haid kemudian bersuci. Jadi pengertian Mu’taadah Mumayyizah ialah wanita yang sudah pernahmengalami datang bulan disamping itu, ia juga memiliki kemampuan untukmembandingkan antara darah yang kuat mahupun yang lemah. Wanita jenis Mumayyizah baik Mubtadi ah mahupun Mu’taadah mempunyaipersamaan hukum, baik dari segi cara-cara menentukan waktu haid dan istihadahnya,mahupun persyaratan yang harus dipenuhi kerana kedua-duanya sama-samamumayyizah. Ketentuan hukum dengan mengembalikan kepada attamyiz.(iaitu dengancara melihat hasil kemampuan mereka dalam membandingkan kualiti darah yangmengalir). Maka waktu yang digunakan pendarahan darah kuat dianggap waktu haid . Begitu juga waktu bersih ( naqa’) yang menyelang-nyelingi waktu pendarahandarah kuat. Sementara itu waktu yang digunakan untuk pendarahan darah lemahdianggap waktu istihadhah, dengan tiga syarat iaitu:1) Hendaklah waktu yang digunakan untuk pendarahan darah kuat tidak kurang daribatas minimum haid iaitu sehari semalam (24 jam).2) Waktu yang digunakan untuk pendarahan darah kuat tidak melebihi had maksimumhaid iaitu 15 hari 15 malam.3) Jika pendarahan masih terus berlangsung hingga ke akhir bulan, maka waktu yang 2/3
  3. 3. digunakan untuk pendarahan darah lemah hendaklah tidak kurang dari batas minimum suci iaitu 15 hari 15 malam. Ghoirul Mumayyizah Pengertian ghoirul mumayyizah ialah wanita yang tidak mampu membandingkan kualiti atau warna darahnya yang keluar pada saat terjadinya istihadhah. Jika ghoiru mumayyizah ini wanita yang pertama kali mengalami pendarahan ( mubtadi ah) dan ingat waktu pertama kali terjadinya pendarahan maka cara menentukan pendarahan haid ialah dengan mengembalikan kepada batas minimum haid iaitu sehari semalam (24 jam). Dan jika ghoiru mumayyizah ini wanita yang sudah pernah mengalami pendarahan haid (mu’tadah). Maka cara menentukan pendarahan haidnya ialah dengan mengembalikan kepada adat kebiasaan pendarahan haid sebelumnnya, baik kadarnya mahupun waktunya hanya saja dalam pusingan pertama hendaklah menunggu sehingga darah keluar melebihi 15 hari. Sebaik sahaja masuk hari 16 hendaklah mandi bersuci dan mengqodo waktu-waktu sembahyang yang ditinggal selepas tradisi haidnya. Dan pada pusingan berikutnya hendaklah mandi bersuci sebaik sahaja darah melepasi sadat kebiasaan (tradisi haid sebelumnya). Disediakan oleh, Jusup Marsudi Nasihat Agama 3/3Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

×