• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
 

36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

on

  • 19,285 views

 

Statistics

Views

Total Views
19,285
Views on SlideShare
19,282
Embed Views
3

Actions

Likes
10
Downloads
789
Comments
9

1 Embed 3

http://madbrosports.com 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

19 of 9 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Thanks for sharing the info. Helps me a lot in completing my assignment.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • thank you for sharing your assignment
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • thanks
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Terima kasih di atas perkongsian maklumat.. Semoga terus berjaya..
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • bagus untuk maklumat saya semasa membuat tugasan
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1) 36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1) Document Transcript

    • PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 20081.0 Pengenalan Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka. Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.
    • PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
    • PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 20082.0 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual2.1 Guru Sebagai Pengurus Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus. Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses P & P. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah: 1) Menguruskan rutin bilik darjah. 2) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian. 3) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah. 4) Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. 5) Mengurus aktiviti kumpulan. 6) Mengurus karya dan hasil kerja murid. 7) Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual. 8) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik. 9) Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang menyeronokkan. 10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
    • PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 20082.2 Guru Sebagai Pembimbing Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing murid- murid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru. Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan Seni Visual: 1) Bersopan santun 2) Menghormati pandangan murid 3) Peramah 4) Jujur 5) Prihatin
    • PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual.2.3 Guru Sebagai Motivator Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?: 1) Memberi komentar yang positif. 2) Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid. 3) Memilih alat dan bahan. - Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
    • PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 4) Masa - Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. 5) Rangsangan - Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. - Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. 6) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel - Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. 7) Hormat-menghormati - Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan 8) Memberikan Galakan dan Motivasi - Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. 9) Penghargaan - Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.
    • PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 20082.4 Guru Sebagai Pemudah Cara Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid- murid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan? Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyeidakan “wording” yang sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.
    • PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 20082.5 Guru Sebagai Inisiator Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid- muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni? 1) Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid. 2) Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P. 3) Memahami dinamika kumpulan. 4) Membantu murid memperkembangan ilmu seni. 5) Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalani aktiviti P & P seni mereka. 6) Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik perhatian murid. Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
    • PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 20083.0 RUMUSAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan penyataan yang menjadi penentu arah haluan, asa serta sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Penghayatan terhadap FPK merupakan tunjang kepada pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yang meliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikan khususnya sekolah. Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam FPK. Suasa persekolahan yang memberi peluang kepada pelajar mendapat pengalaman hidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Di samping itu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat menggalakkan pelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara lisan dan bertulis. Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid secara menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja secara terpisah-pisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu meningkatkan perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar. Pengitlakkannya, semua pihak sewajarnya bersama-sama berusaha untuk mencari formula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jayanya. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sesungguhnya, sikap tidak bertanggungjawab ini akan meranapkan impian untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai satu sistem pendidikan bertaraf dunia.