• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
 

Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

on

  • 1,860 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,860
Views on SlideShare
1,857
Embed Views
3

Actions

Likes
0
Downloads
82
Comments
0

1 Embed 3

https://twitter.com 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii Document Transcript

    • PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUHIJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
    • Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan GuruGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
    • MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia ii
    • KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Komunikasi Bertulis 1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk 1.3 Kandungan Isi  Konsep  Bentuk  Kesantunan dalam komunikasi bertulis Tajuk 2 Aktiviti Penulisan Berformat 2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi  Memo  Minit Mesyuarat  Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi  Teks Ucapan  Pengumuman  Temu Bual  Teks Pengacaraan Majlis  Laporan  Rencana  Karya Kreatif
    • Tajuk 3 Komunikasi Lisan 2.2 Sipnosis 2.3 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi  Konsep  Bentuk  Halangan  Kesantunan dalam Komunikasi Lisan  Komunikasi Interpersonal  Komunikasi Intrapersonal  Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi  Komunikasi di Media ElektronikTajuk 4 Aktiviti Lisan 2.4 Sipnosis 2.5 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi  Ucapan  Pengumuman  Pengacaraan  Perbengkelan  Mesyuarat  Forum  Perbahasan  Syarahan  Pidato  Ceramah  TaklimatBibliografiPanel Penulis ModulIkon Modul ii
    • PANDUAN PELAJARPENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskanpembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkinkembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahunmeninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arahkendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untukmenguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada cadangan jawapan adalah lebih membantu jika andaberbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan nota untukdibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutoratau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian andaagar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran Amenerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. vi
    • Anda juga diperlukan untuk menyediakan tugasan berdasarkan soalan yangakan diberikan oleh tutor anda. Hasilkanlah tugasan yang berkualiti dengan merujukpelbagai bahan bacaan yang sesuai.SASARAN KURSUSPelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan InstitutPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah ProgramPensiswazahan Guru (PPG).JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jampembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalahseperti dalam Jadual 1: Agihan Jam pembelajaranAktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada Amali Amali Amali Amali Amali Amali (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1) (1+2) (0+2) (0+3)Membaca modulpembelajaran danmenyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65tugasan terarah / amaliMenghadiri kelas interaksi 10 10 5 5 5 5bersemuka (5 kali)Latihan Amali* - 10 - 8 - 5Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15Ulangkaji 10 10 10 10 5 5Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. vii
    • SUSUNAN TAJUK MODULModul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda bolehberbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapatmasalah berhubung dengan modul ini.IKONAnda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRANAnda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan jugaperbincangan.Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. viii
    • 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. ix
    • PENGENALAN1. Penerangan Ringkas KursusKursus WAJ3116 iaitu Bahasa Melayu Komunikatif II (Communicative MalayLanguage II) merupakan kursus wajib dan ditawarkan kepada pelajar SarjanaMuda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut PendidikanGuru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah ProgramPensiswazahan Guru (PPG).2. Tajuk PilihanModul ini mengandungi empat tajuk, iaitu: 2.1 Komunikasi Bertulis 2.2 Aktiviti Penulisan Berformat 2.3 Komunikasi Lisan 2.4 Aktiviti Lisan3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) 3.1 Kredit : 2(2+0) 3.2 Jam Interaksi : 30 jam 3.3 Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu 3.4 Prasyarat : Tiada 3.5 Semester : Satu/Dua 3.6 Penilaian : Kerja Kursus (100%)4. Bahan sokongan 4.1 Rujukan Asas Asmah Haji Omar.(2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    • Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4.2 Rujukan Tambahan Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman. Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A.Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.5. Maklumat tentang aktiviti atau latihan.  Anda dikehendaki membuat semua aktiviti yang disarankan dalam setiap bab. Tujuannya supaya pemahaman anda bertambah jelas. Lakukan pembelajaran sendiri atau bersama rakan-rakan.  Catat semua isi penting yang diperoleh menerusi pencarian di internet, buku, jurnal dan akhbar dalam bentuk peta minda dan berbincanglah dengan pensyarah anda .
    • AGIHAN TAJUKKod & Nama Kursus: WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIKandungan modul ini dibahagi kepada empat (4) tajuk / topik. Jadual di bawahmenjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melaluimodul. JUMLAH JAM MENGIKUT INTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA KURSUS Komunikasi Bertulis  Konsep  Bentuk  Kesantunan dalam Komunikasi Bertulis 1 Aktiviti Penulisan Berformat  Memo  Minit Mesyuarat  Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi  Teks Ucapan  Pengumuman Aktiviti Penulisan Berformat  Temu bual  Teks Pengacaraan Majlis  Laporan  Rencana 2  Karya Kreatif Komunikasi Lisan  Konsep  Bentuk  Halangan Kesantunan dalam komunikasi Lisan. Komunikasi Interpersonal dan Intrapersonal 3 Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi Komunikasi di media elektronik.
    • JUMLAH JAM MENGIKUTINTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA KURSUS Aktiviti Lisan  Ucapan 4  Pengumuman  Pengacaraan  Perbengkelan  Mesyuarat Aktiviti Lisan  Forum  Perbahasan 5  Syarahan  Pidato  Ceramah  Taklimat JUMLAH
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IITAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS  SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis. Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis; 2. mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis; 3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.  KERANGKA TAJUK-TAJUK
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II KANDUNGAN ISI Pengenalan Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan pengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik. Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungjawab.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIDefinisi dan Konsep Komunikasi Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatusyang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkanbahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalamkomunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat,pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakansimbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson(1969). Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaranamat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal keranatidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebihbersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yangberkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna danmaklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan, jelasmenunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea,dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai salurandengan tujuan mencapai persamaan makna. Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalammasyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalanpenguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalahlagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesansentiasa tercapai.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IITutorialBincangkan bentuk komunikasiLatihan 1Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Perbincangan Definisi komunikasi mengikut pandangan tokoh Definisi Komunikasisatu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu lain Berasal daripada bahasa Latin “communicatus” yang bermaksud berkongsi sesuatu. Latihan 1 Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kesantunan Dalam Komunikasi Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalammenggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisankepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yanglebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnyamenggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadiatau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal. Latihan 2 Bincangkan aspek kesantunan dalam komunikasi. Komunikasi
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IITutorialBincangkan ciri-ciri komunikasiMembuat nota tentang ciri-ciri komunikasi.Layari Internet
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIRehatTamat
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIIKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IITamat
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IITAJUK 2 AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT  SINOPSIS Tajuk 2 menjelaskan perihal aktiviti penulisan berformat serta contoh- contoh aktiviti komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat; 2. ; 3.  KERANGKA TAJUK-TAJUK AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT MEMO  TEKS UCAPAN   Ciri‐ciri Memo   Jenis‐jenis Teks Ucapan   Format dan Contoh Memo   Format Teks Ucapan   Contoh Teks Ucapan  MINIT MESYUARAT   Jenis‐jenis Mesyuarat  PENGUMUMAN   Format Minit Mesyuarat   Jenis‐jenis Pengumuman   Contoh minit mesyuarat   Format Pengumuman   Contoh Pengumuman  SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI   Jenis‐jenis   TEMU BUAL   Format Surat   Jenis‐jenis Temu Bual   Contoh Surat   Format Temu Bual   Contoh Temu Bual  LAPORAN   Jenis‐jenis Laporan  TEKS PENGACARAAN MAJLIS   Format Laporan   Jenis‐jenis Pengacaraan Majlis   Contoh Laporan   Format Teks Pengacaraan Majlis   Contoh Teks Pengacaraan Majlis 
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II KANDUNGAN ISI Pengenalan ............... ....... 1. Memo Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Memori juga sejenis surat atau disebut sebagai surat edaran dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah catatan yang disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu formal dan mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan kepada ketua jabatan. Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk tertentu seperti surat rasmi, malahan ada memo yang tersedia dalam bentuk borang Tujuan memo  Memberi maklumat dan fakta  Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan  Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan Ciri Memo  Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas  Terus kepada maksud  Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat  Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh, perkara, tandatangan dan sebagainya.  Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Bentuk Memo Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk yang tertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk boring dan boleh juga dalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan masing-masing. Pada umumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk borang dan bentuk terbuka. Memo Bentuk Borang Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah dicatat dalam borang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau menandakan sahaja pada ruang yang telah disediakan. Di samping itu, disediakan juga ruang kosong untuk catatan tambahan jika perlu. Memo Bentuk Terbuka Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah seperti surat tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka bentuknya ynag tersendiri bagi tujuan memudahkan urusan. Bahasa Memo Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gaya penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendak disampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang digunakan seharusnya:• ringkas, padat dan jelas• Lembut dan berdiplomasi• Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca• Tidak menimbulkan prasangka.• Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Langkah Menulis Memo Merancang:• Tujuan penulisan memo tersebut• Mengenal pasti siapakah sasaran• Apa yang diharapkan• Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut Menulis • Menepati tujuannya • Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut • Satu isi satu perenggan Menyemak • Maklumatnya adakah tepat dan betul • Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca • Konstruktif Perbincangan Membuat Nota 2. Minit Mesyuarat Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara- perkara yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting kerana akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Semasa mesyuarat di adakan, segala keputusan yang diambil akan dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau juga bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli. Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa tiga hari. Minit
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IImesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibatselewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja.Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat.Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuantertentu, antaranya:  Bertukar-tukar fikiran antara ahli  Mendapatkan idea-idea baharu  Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak  Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan mendapatkan persetujuan untuk bertindak atau melaksanakan sesuatu perkara Dalam hal ini minit mesyuarat merupak dokuman yang melaporkanperkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat,catatan keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambiloleh pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertaimesyuarat. Jenis Minit Mesyuarat Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikankepada kepada beberapa jenis: Mesyuarat Jawatankuasa Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat,idea dan membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat inidihadiri oleh individu yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Mesyuarat Agong Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akanberlaku perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikanjawatankuasa yang lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahundan kewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akandibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahliyang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahlidua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam mesyuaratagung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara,membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatuisu. Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telahditetapkan dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapatpersetujuan majoriti ahli. Mesyuarat Khas Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkankata putus daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja. Mesyuarat Tergempar Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatuperjara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusandiperoleh dalam masa yang terhad supaya masalah yang meruncing itutidak merebak atau tersebar menjadi lebih teruk. Mesyuarat Agung Luar Biasa Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat inibiasanya diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentangsesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialahdua pertiga dan keputusan yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli.Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana diadakan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIdi luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, danhanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi satu isusahaja. Ciri Minit Mesyuarat Tulen:  Ringkas dan padat.  Tidak direka-reka.  Bukan bentuk laporan.  Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan keputusan bersama ahli mesyuarat Lengkap:  Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan  Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut. Tepat  Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat.  Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang diperkatakan dan bukanlah pandangan pencatat. Sahih  Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-maklumat yang berkaitan.  Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan kesahihan minit mesyuarat.  Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh, bilangan, nama dan fakta-fakta lain. Berstruktur  Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.  Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor dan mengikut urutan. Perbincangan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II3. Rencana Pendahuluan• Pada kebiasaannya, isu-isu yang disentuh di dalam sebuahrencana ialah persoalan semasa yang menjadi perhatian umum. Rencanaditulis berdasarkan pemikiran penulis,rujukan ,kajian, peristiwa semasadan sebagainya.• Rencana biasanya lebih panjang daripada berita. Setiap fakta yangdikemukakan akan dihuraikan dengan contoh-contoh yang konkrit.Disamping itu, penulis rencana akan memberikan perhatian yang lebihterhadap pendahuluan rencana.Definisi  Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta-fakta sebenar.  Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,  tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.  Fakta–fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik rencana.  Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana  Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan kepada sesuatu tajuk yang khusus.Ciri-ciri Penulisan RencanaPenulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranyaadalah seperti yang berikut:
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II1. Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal. Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yanglebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal danmempunyai struktur yang lebih terancang. Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan danpenutup yang rapi. Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik. Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisanrencana.2. Tujuan penulisan rencana adalah serius. Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang mindapembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya. Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalamsesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkankepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain. Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu,nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokonganbagi sesuatu fakta.3. Ada digniti. Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyainilai intelektual. Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatandan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkanpenyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya. Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnyamempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahanrujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu. Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksidan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa danPustaka, Perpustakaan Negara dan sebagainya.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 4. Ada ukuran kepanjangan.  Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan yang tertentu.  Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya.  Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.  Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih.  Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan.5. Penulisan yang jelas dan jitu. Penulisan rencana padat dengan maklumat yang berupaya menarik perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat. Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan hujahan penulis. Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang konkrit,tepat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan. Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa, menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut.6. Menyampaikan maklumat.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak dan jelas kapada para pembaca. Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan rencana boleh melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut. Dengan memberikan maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut dapat diatasi. Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing, setinggan, budaya punk serta masalah para pekerja kilang merupakan tajuk rencana yang menarik. Kadangkala, hasil daripada penulisan rencana seperti ini dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan masyarakat. Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W + 1H, iaitu who(siapa),when(bila), what(apa),why(mengapa),where(di mana) dan how(bagaimana). Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu peristiwa secara menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini juga secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh pembaca.7. Rencana bersifat ulasan subjektif. Melalui penulisan rencana,penulis dapat melahirkan perasaan dan pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang lebih mendalam mengenainya di akhbar. Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan perasaan penulis.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya. Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri.8. Tempoh tarikan tidak terhad. Ruang dan tempoh tarikan penulisan rencana tidak terhad sebagaimana yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik. Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam fail dan akan digunakan apabila perlu. Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan hanyalah berupa imbasan kembali.9. Organisasi penulisan yang logik. Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang berkaitan. Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan perkara tersebut.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II10. Pembatasan pembicaraan Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.Bentuk-Bentuk RencanaBentuk rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu: Rencana bentuk ilmiah Rencana bentuk separa ilmiah Rencana bentuk popular1. Rencana bentuk ilmiah Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam sesuatu bidang. Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri atau orang lain. Setiap fakta,huraian,ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri.2. Rencana bentuk separa ilmiah Bentuk rencana separa ilmiah tidak memerlukan kajian dan rujukan yang mendalam. Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini juga mengandungi data,jadual,rajah,peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat untuk pembaca. Rencana separa ilmiah ini sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan majalah-majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi.3. Rencana bentuk popular Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular biasanya tidaklah berat.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Rencana bentuk ini berkaitan dengan isu-isu semasa dan menjadi bahan santapan rohani pembaca. Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu. Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar. Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu. Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.1. Rencana jenis penerangan Kebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta dengan lebih jelas dan menyeluruh. Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa kumpulan fakta dari berita harian. Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum.2. Rencana jenis berita. Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya. Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan pendapatnya.3. Rencana jenis profil. Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan kejayaan seseorang tokoh. Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan. Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal. Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal.4. Rencana jenis penyiasatan. Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir serta pendapat orang ramai. Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh- contoh yang sebenarnya. Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab-sebab berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat.5. Rencana jenis pendapat. Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan yang bersahaja, iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh tertentu. Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II6. Rencana jenis perbahasan Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam permainan dan sukan. Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat pihak lain.8. Rencana jenis kritikan. Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau perkara dengan mengemukakan alasannya. Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan lain kemudiannya. Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang patut diberikan pujian.9. Rencana jenis umum. Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan umum seperti hal-hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari. Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca.Peringkat Penulisan Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian,iaitu bahasa dan isi kandungan rencana.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIBahasa Bahasa rencana hendaklah ringkas,bernas dsan padat. Biasanya dalam penulisan rencana ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan kerana ayat sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca. Kandungan Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan, tubuh rencana dan penutup rencana. Pendahuluan  Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga akhir.  Untuk menarik minat pembaca,bahagian pengenalan rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan sedutan kata-kata.  Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan. Tubuh Rencana  Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana.  Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan kepada tema rencana.  Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis.Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudahdifahami.  Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuahrencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran,laporan,cerita atau ulasan.  Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan ideadan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan.  Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikanperalihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembacamengikuti perkembangan idea tersebut.  Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilihtema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea utama itu dariawal hingga akhir penulisan.  Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utamaharuslah diketepikan. Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lainhendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logikberdasarkan kerangka idea yang telah disediakan.  Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulanganperkataan dan rangkai kata yang sesuai dan berpautan atau penggunaanpenanda wacana yang tepat.  Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan bolehdilakukan dengan cara memastikan huraian dalam setiap perenggandibicarakan dan mengukuhkan idea utama.Penutup Rencana  Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnyamenimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semuapersoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan inipenulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuatkesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kesimpulan  Penulisan seperti rencana radio,rencana majalah,rencanadeskriptif,rencana akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan sebagainyayang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana merupakan satu senipenulisan yang tersendiri.  Walaupun rencana tersebut melalui berbagai-bagai alatmedia seperti surat khabar,majalah,radio,televisyen dan buku tetapirencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolahdengan baik. Rehat Perbincangan Latihan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II4. Teks Ucapan Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirinhanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap.Ucapan biasanya terdapat dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan,perpisahan, keraian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu kandunganucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu. Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentangsesuatu perkara di hadapan khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea-idea secara lisan di hadapan hadirin. Ucapan disampaikan dalam upacaratertentu seperti majlis rasmi atau peristiwa tertentu. Ucapan disampaikanberdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Ucapan memerlukankemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan.Definisi UcapanUcapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-bagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan jugamerupakan kegiatan melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terimakasih, tahniah, takziah, dan sebagainya. Ucapan juga dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan,sama ada berbentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secaraterbuka kepada khalayak.Jenis UcapanUcapan Rasmi Ucapan dalam majlis formal Dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan Berbentuk komunikasi sehala
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan konteks dan situasi majlis tersebut. Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa mengubah isi yang ditetapkanUcapan Tidak Rasmi Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada sebarang prosedur Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas dan terus kepada maksud. Ucapan jenis ini kadang kala merupakan komunikasi dua hala, iaitu pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa-apa yang diujarkan oleh pengucap.Contoh : Ucapan tahniah Ucapan takziah Ucapan alu-aluan Ucapan perpisahan Ucapan perasmianFormat Ucapan Umum• Pendahuluan• Isi Kandungan Ucapan• Penutup/ KesimpulanPendahuluan Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza daripada karangan jenis syarahan dan ceramah.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing. Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.Isi Kandungan• Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.• Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.• Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang dihormati sekalian.• Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.Penutup/ Kesimpulan• Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .• Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang diraikan.• Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata indah Latihan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II CONTOH Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan salah seorang guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap untuk disampaikan pada hari tersebut.Pendahuluan• Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir• Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Yang Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yang diraikan……………..guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.Isi• Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan kepada guru yang akan bersara.• Isi-isi ucapan merangkumi : - Latar belakang guru yang akan bersara. - Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai. - Pengalaman - Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru• Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi baru.• Contoh : – Hadirin yang dihormati – Sudara-saudari sekalian – Guru-guru serta murid-murid yang dikasihiPenutup• Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya dalam hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ; Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Sekian,terima kasih.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIProtokol Panggilan Hormat PANGKAT/GELARAN  Cara mengalamatkan  Yang di‐Pertuan Agong  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang  Dipertuan Agong  Yang Dipertua Negeri  Tuan Yang Terutama  Raja Muda/Tengku  Duli Yang Teramat Mulia  Mahkota  Perdana Menteri Malaysia  Yang Amat Berhormat  Timbalan Perdana Menteri  Yang Amat Berhormat  Menteri Besar/Ketua  Yang Amat Berhormat  Menteri  Menteri/Timbalan Menteri  Yang Berhormat  Wakil Rakyat/Adun  Yang Berhormat  Ahli Dewan  Yang Berhormat Senator  Negara/Senator  Pangkat/Gelaran  Cara mengalamatkan  Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri  Yang Berhormat  • Setiausaha Kerajaan  Negeri  • Pegawai Kewangan  Negeri  • Penasihat Undang‐ undang Negeri  Ketua Hakim Negara  Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/Datuk 
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIHakim Besar/Hakim  Yang Amat Arif Tan Sri/Datuk Mufti  Sahibussamahah Tan Sri /Datuk Kadi  Sahibulfadilah Tuan Kadi Haji/Hajjah  Yang Mulia Tuan Haji/Hajjah Ustaz/Ustazah  Yang Berbahagia Pengetua/Guru Besar  Yang Berusaha Profesor/Profesor Madya  Yang Berbahagia  Rehat Perbincangan Bahan Bacaan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II5. Surat RasmiPendahuluan Surat Rasmi merupakan teks yang berformat kerana surat rasmimempunyai peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Suratrasmi menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahuioleh orang yang menerima atau membaca surat itu. Kandungan surat rasmiberupa aduan, pemberitahuan, isu-isu tertentu, pemakluman, permohonandan sebagainya. Surat rasmi ditulis oleh sesuatu pihak kepada penerimaagar pihak penerima mendapat maklumat dan pengetahuan tentangperkara tersebut. Surat rasmi merupakan dokumen yang bercetak yangboleh dibaca berulang kali dan dirujuk kembali pada masa akan datang. Definisi Surat kiriman merupakan sesuatu proses atau aktiviti menyalurkanmaklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran karanganberbentuk format yang menggambarkan suasana, khabar, berita dansebagainya yang akan dikirimkan atau diutuskan kepada orang yangditujukan. Dengan maksud pemberitahuan sesuatu hal atau perkara yangdialami, dinikmati dan sebagainya oleh si pengutus surat berkenaan supayasi penerima surat tersebut juga turut merasa dan berkongsi suasana samaada suka mahupun duka. Apakah yang membezakan satu surat dengan surat yang lain? Menurut Burton (1983) perbezaan ini wujud disebabkan oleh tiga perkara: I.Orang yang akan menerima surat anda – penerimaII.Apa yang anda tulis – subjekIII.Mengapa anda menulis – tujuan • Dengan mengambil kira tiga perkara di atas, surat-surat bolehdikategorikan sebagai rasmi dan tidak rasmi.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II• Surat rasmi boleh dikategorikan kepada rasmi peribadian(formal-personal) dan rasmi tidak peribadian (formal-impersonal). (Burton, 1983 dan Asmah, 1988).Surat Rasmi Tidak Peribadian Memohon maklumat daripada firma, institusi organisasi Meminta bantuan atau kerjasama daripada firma-firma Menjawab panggilan temuduga Memesan barang Membuat aduan Membuat tempahanSurat Rasmi Peribadian Mengucap tahniah atau takziah Jemputan (sosial) Jawapan kepada jemputan Ucapan terima kasihSurat Tidak Rasmi (Surat Peribadi) Ditulis dalam pelbagai situasi tentang pelbagai subjek Antara rakan sebaya, sama status Dapat menyatakan pendapat dan perasaan Cara penulisanya lebih bersahajaSurat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :• memohon pekerjaan• membuat aduan / bantahan / cadangan• membuat rayuan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II • membuat jemputan rasmi • menempah barangan • meminta kebenaran • atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi Format Surat Rasmi  Diperperkenalkan oleh Jabatan Perdana Menteri .  Tujuannya supaya terdapat keseragaman di semua kementeriandan agensi kerajaan.  Arahan ini terkandung dalam surat Pekeliling Am Bil.8 tahun 1980bertarikh 1 Oktober 1980.  Lembaga Peperiksaan seterusnya melakukan beberapapengubahsuaian untuk para guru dan pelajar.  Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan, Kementerian PelajaranMalaysia iaitu Pekeliling Am Bil.1 tahun 1987 bertarikh 22 Januari 1987. Ciri-ciri Umum Format Surat Rasmi  bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi.  Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, baku danbetul dari segi ejaan dan tanda baca.  Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapanperibahasa Lembaga Peperiksaan Malaysia pula menyenaraikan ciri-ciri berikut :  Alamat pengirim  Garisan panjang melintang  Nama dan alamat penerima  Nombor telefon  Nombor rujukan  Tarikh
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Perkataan menghadapkan surat  Kepala surat/perkara  Pemerengganan  Pecahan bagi perenggan  Tandatangan  Nama pengirim Format Surat Kiriman rasmi  Alamat pengirim. - ditulis disebelah kiri di bahagian atas surat.  Garis panjang melintang. Alamat penerima. - baris akhir alamat dibubuh garis.  Tarikh . - ditulis di sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamatpenerima.  Panggilan hormat. - dibubuh koma di hujungnya.  Perkara. - huruf besar digunakan pada setiap awal kata, bergaris dan tiada noktahdihujungnya.  Isi-isi. - perenggan pertama dan akhir tidak dibubuh nombor dan ditulis dari tepisurat. Hanya perenggan kedua dan seterusnya dibubuh nombor dan ditulisjarak sedikit dari nombor.  Pengakuan dan tanda tangan pengirim. - ditulis di bahagian kiri bawah surat.  Nama dan jawatan pengirim. - nama ditulis selepas tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya dandibubuh kurungan.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIFormat Surat Rasmi (Lembaga Peperiksaan Malaysia) ________________ Alamat Penulis ________________ ________________ _____________________________( garisan panjang)__________________________ Jawatan / penerima Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri) Tuan / Puan, Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan) Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri) 2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain) 3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.) (Penutup) Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan) _________________ Nama Penuh ( HURUF BESAR) Jawatan ( Huruf Kecil ) Latihan Membuat Nota
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II6. LaporanPendahuluanLaporan ialah kertas kerja yang mengandungi maklumat atau khabar.Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telahberlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yanghendak dilaporkan. Laporan ialah dokuman untuk menyampaikanmaklumat yang khusus kepada pembaca yang tertentu. Maklumat tersebutdisampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkankejelasan dan ketepatan kandungannya.Definisi Kamus Dewan (1996) – maklumat berkenaan sesuatu kedudukan. Ellis dan Hopkins (1985) – dokumen yang digunakan bagimenyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu. Maklumatyang dipaparkan harus mengambil kira aspek ketepatan dan kepadatandisamping disusun dengan sistematik serta mencapai objektif yangditetapkan.Tujuan Melaporkan atau merekodkan sesuatu peristiwa yang dilihat atau didengar. Jenis-jenis laporan: Laporan umum Laporan kajian Laporan syarikat.
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIJenis-jenis LaporanLaporan Umum Laporan untuk bacaan atau pengetahuan umum sahaja Tentang sesuatu kejadian, perkara, isuLaporan Kajian Juga disebut laporan ilmiah/penyelidikan Untuk memerihalkan sesuatu keadaan. Tidak dipengaruhi sebarang unsur emosi penulis. Memerlukan fakta yang tepat dan penyusunan rapi dan tersusun.Laporan Syarikat Laporan tahunan untuk melaporkan aktiviti syarikat dalam tempohsatu tahun. Kandungan – aspek kewangan, pemegang syer, senarai hartasyarikat, tanggungan dan lain-lain. Gaya bahasa – berbentuk huraian dan penjelasan, disusun secarakronologi.Format Laporan Umum Halaman judul muka surat – mengandungi nama penulis,organisasi, tajuk laporan, tahun. Abstark – sinopsis keseluruhan kandungan. Kandungan – tajuk, subtajuk dan lampiran. Pengenalan – latar belakang, kaedah penyelidikan danpenghargaan. Huraian data – disusun mengikut topik dan subtajuk khusus. Kesimpulan – rumusan & cadangan Rujukan & bibliografi
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Lampiran.Format Laporan Kajian Halaman kulit Halaman tajuk (sebelah dalam) Abstrak Penghargaan Daftar kandungan Pengenalan iaitu penyataan masalah Tinjauan kajian berkaitan Kaedah penyelidikan Dapatan kajianRumusan dan cadanganFormat laporan Syarikat Halaman Kulit Misi Syarikat Notis Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Audit Struktur Korporat Maklumat Korporat Lembaga Pengarah Ucapan Pengerusi Laporan Kewangan Analisis Pemegang Syer Senarai Harta Borang Proksi Perbincangan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II7. PengumumanDefinisiKertas pengumuman yang mengandungi khabar atau maklumat yangdisebarkan untuk bacaan atau perhatian kepada individu atau pihaktertentu.Ciri-ciri Pengumuman• Mengandungi maklumat yang benar dan tepat.• Keterangan daripada sumber yang dipercayai dan diperolehdaripada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab.• Penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. (ayat aktif)• Tajuk ditulis di sebelah atas dengan jelas dandapat menarik perhatian pembaca.• Mesej yang ingin disampaikan tidak berbelit-belit.• Pengumuman ditulis dengan jelas dan terang.• Pengumuman yg tidak lancar , meleret-leret akan mengelirukanpendengar.Format Pengumumani. Tajuk• Bahagian tajuk paling jelas dipaparkan.• Ditulis dengan huruf besar dan berbentuk frasa.• Diletakkan di atas atau di papan tanda.• Dicatatkan perkara yang hendak diumumkan.. ii. Penjelasan• Terdapat mesej yang hendak disampaikan.• Mempunyai maklumat yang lengkap (tarikh,masa,tempat dansebagainya)
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II• Terdapat pelbagai jenis ayat yang diterapkan seperti ayat berita,ayat suruhan, ayat larangan dan sebagainya.iii. Kesimpulan Terdapat pesanan dan pemberitahuan penting. Perbincangan8. Pengacara MajlisDefinisiPengendalian perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmimengikut sesunan atur cara yang telah ditetapkan.TujuanUntuk mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan catatan.Prosedurmeneliti dan memeriksa program. *mengetahui tujuan majlis diadakan. * meneliti senerai kehadiran. * mengetahui dan peruntukan masa akan diadakanPengacara Majlis• Sebagai ‘ nadi’ sesebuah majlis.• Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri denganpelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancardan meninggalkan kesan yang baik dihati para tamu dan penonton.Ciri-ciri Pengacara majlis
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II• Mempunyai personaliti yang menarik.• Suara yang sedap didengar.• Mempunyai keyakinan diri.• Pandai bermain bahasa dan emosi.• Mempunyai daya inteleksual yang tinggi.Format Pengacaraan Majlis• Memulakan majlis dengan salam.• Kata-kata aluan.• Menyatakan tujuan majlis diadakan.• Mengendalikan atur cara yang ditetapkan.• Menentukan kesinambungan aturcara.Teknik Menulis Teks Pengacara majlispenyediaan teks * mengetahui nama majlis tersebut. * mengetahui tujuan majlis dan atur cara. * mendapatkan senerai nama jemputan terkini, terutamanya tetamu kehormat. * merancang teks yang bersesuian dengan majlis. Perbincangan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIIKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IITAJUK 3 KOMUNIKASI LISAN  SINOPSIS Tajuk 3 menjelaskan perihal komunikasi lisan dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi lisan; 2. ; 3. .  KERANGKA TAJUK-TAJUK  KANDUNGAN ISI Pengenalan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIKOMUNIKASI LISAN1.PidatoPendahuluanPidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melaluisktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul,menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapatmelatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasayang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.Definisi pidatoPengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusahamenjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapatsokongan serta mempengaruhi pendengar.Tujuan1) Memberi penerangan: menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting.2) Memberitahu: perkara yang baru3) Memberi keyakinan: meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik4) Mempengaruhi: Memberi penekanan dan perhatian
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IICiri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik  Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.  Aras bahasa bersesuaian dengan audien.  Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.  Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati.  Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien  Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradabGaya Penyampaian  Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta.  Jangan kaku dan beraksi berlebihan  Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi.  Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai.  Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius.  Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.Gaya dan Intonasi  Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai.  Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian  Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.  Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk  Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi2. SyarahanPendahuluanSatu bentuk komunikasi sehala- Disampaikan secara individu- Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukanDefinisiPengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untukmenjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.-Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yangdisampaikanTujuanMemberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspekpenting tentang tajuk tersebut.Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau halehwal semasa yang menarik.Format Syarahan Pembuka Kata Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak- pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan. Isi atau amanat
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini. Penutup Isi/ amanat Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan tadi. Penutup syarahan Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.3. Ceramah Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikanoleh orang yang pakar dalam bidang tersebut. Menerusi ceramah atau syarahan,penerangan atau penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umumatau topik baharu, dapat disampaikan oleh penceramah kepada pendengar ataupenonton. Biasanya ceramah yang bakal disampaikan di adakan dalam majlisatau perhimpunan yang dirancang dengan tujuan tertentu. Majlis atauperhimpunan ini melibatkan banyak hadirin daripada pelbagai kaum dankedudukan. Jika di sekolah, ceramah kerap diadakan bersempena peristiwatertentu atau kempen untuk memupuk sikap terpuji sebagai mendidik pelajaragar hidup berakhlak, berhemah dan berbudi bahasa. Biasanya ceramah disampaikan oleh penutur kepada khalayak denganbeberapa cara misalnya dengan bantuan gambar, slaid, alat projector, filem dannota. Cara ini semua untuk menarik perhatian pendengar atau hadirin. Oleh itu,
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIbakal penceramah perlu membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikantopik atau persoalan yang hendak diperkatakan kerana ia melibatkan tanggapandan kefahaman di pihak khalayak yang hadir.Definisi ceramah  Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan sesuatu perkara, pengemukaan fikiran atau idea - idea melalui perucapan dan di sampaikan secara 2 hala.  Ceramah dalam kamus Bahasa Indonesia adalah pidato yang bertujuan yang bertujuan memberikan nasihat dan petunjuk sementara itu wujudnya hadirin yang bertindak sebagai pendengar. Dengan demikian ceramah dapat di ertikan sebagai bentuk dari dakwah iaitu dakwah bil-kalam yang bererti menyampaikan ajaran-ajaran, nasihat, mengajak seseorang dengan menggunakan lisan.  Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing – masing.  Ceramah merupakan penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum iaitu topik di sampaikan penceramah kepada penonton.Tujuan ceramah Ceramah juga boleh di kelaskan berdasarkan beberapa tujuan. Biasanyaceramah di lakukan untuk: a. Memujuk Melalui cara ini, penceramah akan cuba mempengaruhi pendengar untuk menghasilkan perubahan dari sikap, kepercayaan dan tindakan. b. Menghibur
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Penceramah kerap kali membawa hadirin ke situasi kenyataan yang lucu dan menjauhkan dari perbincangan isu-isu atau kontroversi. c. Memberi maklumat Penceramah bertujuan untuk memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses, fenomena, idea, dan sebagainya. Pendengar akan memperoleh maklumat pengetahuan baru atau peningkatan taraf pengetahuan tentang perkara yang disampaikan.Jenis-jenis Ceramah a) Ceramah umum Ceramah adalah suatu pesanan yang bertujuan memberikan nasihat dan petunjuk, sementara itu, hadirin yang bertindak sebagai pendengar. Maksud umum adalah keseluruhan untuk siapa sahaja sama ada khalayak ramai, masyarakat luas, atau lazim. Jadi, ceramah umum adalah pidato yang bertujuan untuk memberikan nasihat kepada khalayak umum atau masyarakat luas. Di dalam ceramah umum ini keseluruhannya bersifat menyeluruh tidak ada batasan-batasan apapun baik dari hadirin yang tua mahu pun muda. b) Ceramah khusus Ceramah khusus bererti ceramah yang bertujuan untuk memberikan nasihat-nasihat kepada khalayak tertentu. Topik yang dibincangkan adalah sesuai dengan hadirin dan keadaan. Contoh: Peringatan hari besar Islam seperti Isra’ miraj, maulid nabi dan bulan puasa. Perbincangan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIMembuat Nota
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIIKON Rehat Perbincangan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIBahan BacaanBuku RujukanLatihanMembuat NotaSenarai SemakanLayari InternetPanduan PenggunaMengumpul MaklumatTutorialMemikirTamat
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IITAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS  SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis. Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis; 2. mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis; 3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.  KERANGKA TAJUK-TAJUK  KANDUNGAN ISI Pengenalan Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIakan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan ataudibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasilisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkanbeberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini jugamelibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, larasbahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format danpengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis.Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikutjenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarangkesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan.Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistembahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan,kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupunpemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikangambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahamanpembaca atau khalayak dengan lebih baik. Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dankebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yangberasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakansumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialahfakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secaramudah dan penuh bertanggungjawab. Gaya dan laras turut terlibat dalam organisasi sesebuah teks.Penulis teks Perbincangan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Membuat NotaDefinisi dan Konsep Definisi Komunikasi satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu lain Berasal daripada bahasa Latin “communicatus” yang bermaksud berkongsi sesuatu.Bentuk MEMO  TEKS UCAPAN   Ciri‐ciri Memo   Jenis‐jenis Teks Ucapan   Format dan Contoh Memo   Format Teks Ucapan   Contoh Teks Ucapan 
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II MINIT MESYUARAT   Jenis‐jenis Mesyuarat  PENGUMUMAN   Format Minit Mesyuarat   Jenis‐jenis Pengumuman   Contoh minit mesyuarat   Format Pengumuman   Contoh Pengumuman SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI   Jenis‐jenis    Format Surat  TEMU BUAL   Contoh Surat   Jenis‐jenis Temu Bual   Format Temu Bual   Contoh Temu Bual  LAPORAN   Jenis‐jenis Laporan   Format Laporan  TEKS PENGACARAAN MAJLIS   Contoh Laporan   Jenis‐jenis Pengacaraan Majlis   Format Teks Pengacaraan Majlis   Contoh Teks Pengacaraan Majlis 
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IIIKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan
    • WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF IILayari InternetPanduan PenggunaMengumpul MaklumatTutorialMemikirTamat
    • BIBLIOGRAFI( IKUT FORMAT APA)
    • PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (XXX PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN(NAMA) ENCIK ABU ZAKI BIN ROMLI (KELULUSAN)(JAWATAN) PENSYARAH PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL(EMEL) abu_z66@yahoo.com (PENGALAMAN KERJA)(NAMA) UMAR BIN AHMAD (KELULUSAN)(JAWATAN) PENSYARAH PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL(EMEL) umar115_ahmad@yahoo.com (PENGALAMAN KERJA)(NAMA) (KELULUSAN)(JAWATAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL(EMEL) (PENGALAMAN KERJA)
    • IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat