• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
 

Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah

on

  • 5,607 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,607
Views on SlideShare
3,479
Embed Views
2,128

Actions

Likes
1
Downloads
240
Comments
0

3 Embeds 2,128

http://aidahzaraman.blogspot.com 2126
http://aidahzaraman.blogspot.ae 1
http://aidahzaraman.blogspot.ca 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah Document Transcript

    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103Banding Beza Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Dan KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR)Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insanpada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baruakan dapatmembangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi danmelengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertamapenggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telahmemperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan.Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan.Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yangholistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan danpengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antaraKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard SekolahRendah (KSSR). 1
    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103ASPEK KBSR KSSRReka Bentuk Komunikasi( lisan, membaca, dan Komunikasi (lisan, membaca,Kurikulum menulis). menulis dan menaakul). Manusia Dengan Alam Kerohanian, Sikap dan Nilai. Sekelilingnya. Perkembangan Diri Individu. Kemanusiaan. Keterampilan Diri. Perkembangan Fizikal dan Estetika. Sains dan Teknologi.Kaedah Penekanan yang ketara kepada Dijalankan secaraberterusanPentaksiran pentaksiran sumatif. untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai. Bersifat autentik dan holistik. 2
    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 PERSAMAANPeruntukan Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaranMasa khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kemahiran Berfikir dalam P&PPedagogi Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar 3
    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenalisebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secaraberperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangandan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yangserba maju dan canggih kini. Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alamsekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandungkemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikanasas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk,Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaranini diajar pada tahap 1 dan tahap 2. Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa melayu, berfungsi sebagaibahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Pada tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur,mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap 2 pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedahseperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa melayu KBSRbertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasasebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negaradan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alamsekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Pada tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada tahap 2, duamata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata pelajaranPendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negaraini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-prinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar padatiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengantahap perkembangan dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahap 1, murid diajar nilaipengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannyaseperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala, pada tahap 2 4
    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan, negara danantarabangsa. Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubungdengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang ketiga dalamKBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialahkomponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagikemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara matapelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, PendidikanMuzik, serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enamtunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dankritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan danfokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihatdi dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalamtunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalambahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dibilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa sepertimendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita lihat didalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca danmenulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiranberbahasa yang amat penting iaitu menaakul. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untukmeningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan.Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjangkomunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dannilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula 5
    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yangdihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilaidan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepadapengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan denganperkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.Tunjangketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yangbertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati danmengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitarsetempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepadapengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumbertenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme danperpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduanperlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu,semangat patriotisme perlu ditanam dalam diriindividu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi.Oleh yang demikian, tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunanilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti PendidikanSivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. Seterusnya, Tunjang Keterampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agendapembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan(Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yangkukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan danmengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilaimelalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampuditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakandiperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. 6
    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah dirimelalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepadaindividumurid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjahdan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatandalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagaipemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakantunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insanseimbang darisegi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain.Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umurdan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan JasmanidanKesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal,potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukankreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat danapresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanyapendidikan seni visual dan muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, rekabentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebutimpak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi denganilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Diperingkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitannumerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkanperbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asasmengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secaraberkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celiksains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan denganpembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakandiberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialahPenilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektifdan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana 7
    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untukmerancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengantahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif.Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan olehLembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokuskepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antaramata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi matapelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuanmengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukansyarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahanberbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbangkepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untukmengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian.Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, muridtidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah danmengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untukmenjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiranKBSR. Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, makapembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran PendidikanKebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuhPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik danberterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalamKSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalampembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapatlima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dankokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. 8
    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistempentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luaryangdipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatifmembabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapormaklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkanpembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yangmenunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan padahujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskanpembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkansekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja merekatermasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannyauntuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yangsistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen inidibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembanganmenunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantauperkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalammenetap matlamat yang hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembanganpembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan sertamengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan danpencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukandan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya padatahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspeky ang digunakandalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yangditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p,aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan, 9
    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri,pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlakuperubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia danBahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggerispula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolahdikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaansekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah. Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbangdengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akandatang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikandalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secaraberperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21.Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaantransformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubaldasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. 10
    • AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103RUJUKANAbd. Halim, Othman, Nor Azita, Hazmeh. (2011). KSSR : Pendidikan Jasmani dan PendidikanKesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaChoong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd.Helen Ten ( 1996). Manual Olahraga : Manual Olahraga Petaling Jaya, Selangor : Junjuara Publications Sdn. Bhd..http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.htmlhttp://jpnpp.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=92%3Aminda-kssr-bakal-lahir-minda-kelas-pertama&catid=42%3Arokstories&lang=enhttp://www.scribd.com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADA-KBSR-DAN-KSSR-2-http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/01/31/kssr-kurangkan-tekanan-peperiksaan-bina-modal-insan-berkesan/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binamodalinsanberkesan/Article/print_html 11