Kesusasteraan melayu stpm p1 syair
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kesusasteraan melayu stpm p1 syair

on

  • 1,443 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,443
Views on SlideShare
1,443
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
7
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • maaf sekiranya ada sebarang kekurangan...
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kesusasteraan melayu stpm p1 syair Kesusasteraan melayu stpm p1 syair Presentation Transcript

  • PENGENALAN • Syair- sejenis puisi berlagu yang berasal daripada Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. • Di Malaysia, syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu klasik. • A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar. Syair juga telah wujud sebelum kejatuhan kerajaan Melaka. • Menurut Za’ba pula, beliau berpendapat bahawa syair berasal daripada perkataan ‘syir’ yang membawa maksud ‘perasaan’ serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang menarik dan indah. • Syair disampaikan dalam bentuk rangkap, tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus dan dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu lama.
  • SYAIR IKAN TERUBUK Oleh : NORATIKAH & ATHIRAH Sebagai pembuka kata daripada kami…
  • MAKSUD • Rangkap 1: Syair ini dimulakan dengan bacaan bismillah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semesta yang sentiasa memberi rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam. • Rangkap 2:Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling( kawasan pemerintahannya) kerana bersedih. • Rangkap 3:Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.
  • MAKSUD • Rangkap 4:Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita. • Rangkap 5:Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu. Sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya. • Rangkap 6: Puteri tersebut dikenali sebagai puteri puyu-puyu yang tinggal di dalam sebuah kolam (air tawar) memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun. • Rangkap 7:Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimilki oleh puteri ikan puyu-puyu.
  • MAKSUD • Rangkap 8:Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah sehingga tidak keruan. • Rangkap 9:Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu- puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri. • Rangkap 10:Apabila menjelang waktu senja,tuan puteri berdoa sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat moga Allah akan memakbulkan segala permintaanya. • Rangkap 11:Upacara berdoa tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh)
  • MAKSUD • Rangkap 12:Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan. • Rangkap 13:Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari kayangan. • Rangkap 14:Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.
  • MAKSUD • Rangkap 15:Pokok pulai itu sangat rendang dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya. • Rangkap 16:Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi. • Rangkap 17:Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya. • Rangkap 18:Ikan pari telah datang menghadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu.
  • MAKSUD • Rangkap 19:Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara. • Rangkap 20:Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri. • Rangkap 21:Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .
  • MAKSUD • Rangkap 22:Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya. • Rangkap 23:Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri. • Rangkap 24:Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemadi di dalam kalbunya.
  • TEMA • Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca dari perbezaan status .
  • PERSOALAN 1) Persoalan percintaan : • Percintaan yang melibatkan perbezaan status / darjat yang membawa kepada kegagalan dalam percintaan tersebut. • Contohnya,Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang berasal dari kerajaan air masin dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar. 2) Persoalan Pengharapan pada yang Esa./Doa : • Segala harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa, • Contohnya, Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada Allah agar dia tidak dipertemukan dengan Ikan terubuk. 3) Persoalan tentang kerinduan : • Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan perasaan jadi resah dan gelisah. • Contohnya,Ikan Terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabkannya sedih dan gelisah.
  • PERSOALAN 4) Persoalan tentang kedaulatan. (keluarga raja) • Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri. • Contohnya,Puteri ikan puyu-puyu berkata jika dia dari keturunan yang berdaulat barang diminta barang jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk, maka berlaku perkara aneh pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok pulai dan akhirnya hilang. 5) Persoalan tentang kejadian luar biasa / aneh • Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan sesuatu keadaan. • Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat. 6) Persoalan tentang kecantikan golongan bangsawan. • Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik , contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik, • Contohnya Cantik mejelis barang lakunya.
  • CIRI-CIRI SYAIR • Fakta-Terdiri daripada empat baris serangkap • Huraian-Kesemua 24 rangkap terdiri daripada 4 baris • Contoh: Bismillah itu permulaan kalam, Dengan nama Allah khalik al-alam, Melimpahkan rahmat siang dan malam, Kepada segala mukmin dan Islam.
  • CIRI-CIRI SYAIR • Fakta-bilangan patah perkataan • Huraian-Keseluruhan syair mempunyai 3 higga 5 patah perkataan • Contoh: 3 patah perkataan-rangkap 14 baris 3 : Eloknya tidaklah ternilai 5 patah perkataan-rangkap 6 baris 2: Di dalam kolam konon tempatnya
  • CIRI-CIRI SYAIR • Fakta-Bilangan suku kata • Huraian-Mempunyai suku kata antara 8 hingga 13 suku kata • Contoh: 8 suku kata-rangkap 14 baris 2: Datang dari Tanjung Balai 13 suku kata-rangkap 16 baris 2: Perkataan puteri terhentilah ia
  • CIRI-CIRI SYAIR • Fakta-Rima akhirnya • Huraian-Rima akhir syair ini terikat iaitu a-a-a- a • Contoh: rangkap 2 Mula dikarang ikan terubuk, Lalai memandang ikan di lubuk, Hati dan jantung bagai serbuk, Laksana kayu dimakan bubuk.
  • FUNGSI Sebagai hiburan Alat menyampaikan pengajaran Alat sindiran Pendidikan
  • ASPEK ESTETIKA • Fakta-Penggunaan bahasa asing • Huraian-Penggunaan bahasa arab dalam syair • Contoh: a) Rangkap 1 baris 1-bismillah b) Rangkap 1 baris 2-khalikal-alam c) Rangkap 1 baris 3-rahmat d) Rangkap 1 baris 4-mukmin dan islam e) Rangkap 12 baris 1-Ya Ilahi
  • ASPEK ESTETIKA • Fakta-Metafora • Huraian-Penggunan unsur abstrak dan konkrit dalam ayat • Contoh:  Rangkap 20 baris 2: Tunduk berhamburan airnya mata,  Rangkap 22 baris 1: Kain putih bersampul putih,
  • ASPEK ESTETIKA • Fakta-Hiperbola • Huraian-Menyatakan sesuatu secara berlebih- lebihan • Contoh: Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk Rangkap 4 baris 1-pagi dan petang duduk bercinta Rangkap 15 baris 4-puteri melompat ke atas pucuknya
  • ASPEK ESTETIKA • Fakta-Personafikasi • Huraian-Sifat manusia yang diberi pada objek atau benda • Contoh: Rangkap 13 baris 2-turunlah ribut dengan segera Rangkap 15 baris 3-sampailah waktu dengan janjinya Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut
  • ASPEK ESTETIKA • Fakta-Simile • Huraian-Perbandingan setara yang menggunakan perkataan seperti,bak,umpama,bagai • Contoh: Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut
  • GAMBARAN MASYARAKAT • 1. Perbezaan darjat/keturunan Boleh membawa kegagalan dalam percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan terubuk berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar. • 2. Keagungan tuhan Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan , keizinan dari tuhan hendaklah dipohon bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari tuhan untuk memudahkan urusannya menolak ikan terubuk.
  • GAMBARAN MASYARAKAT • 3. Konsep daulat. Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. terbukti apabila Puteri Puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan diri. • 4. Kejadian luar biasa. Kejadian aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemerintah . Pemerintah atau raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair ikan terubuk kejadian aneh yang berlaku ialah ribut, kilat dan petir sabung- menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja.
  • NILAI • NILAI KEMANUSIAAN: i. Nilai kasih sayang ii. Keberanian iii. Kegigihan iv. Keyakinan • NILAI KEMASYRAKATAN: i. Kerjasama ii. Kesetiaan kepada pemerintah • NILAI KEAGAMAAN: i. Memuliakan Tuhan sebagai pentadbir alam ii. Limpahan rahmat untuk semua makhluk.