Your SlideShare is downloading. ×
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial

1,450
views

Published on


0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,450
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
80
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences SME3023 Tajuk : Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial SEM 2 2011/2012 NAME MATRIC NOLEANDER JAMES D20091035061AHMAD RAZIN B. AB KADIR D20091034981 LECTURER’S NAME : PROF. DR. MARZITA PUTEH ISI KANDUNGAN 1
  • 2. PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1 2.0 Definisi 2 3.0 Isu-isu perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial 2 3.1 Isu status sosioekonomi 2-4 3.2 Isu pengaruh rakan sebaya 5 3.3 Isu jantina 6 3.4 Isu sekolah 6-7 3.5 Isu guru 8 3.6 Isu halangan bahasa 9-10 4.0 Penutup 10 RUJUKAN 11-12 POWER POINT 2
  • 3. 1.0 pengenalan Matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam kehidupan seharian yangmeletakkannya sebagai satu mata pelajaran yang mesti diajar di peringkat sekolah rendah dansekolah menengah. Selaras dengan status dan pentingnya mata pelajaran matematik pihakKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan setiap pelajar dikehendaki mengambilMatematik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kepentingan Matematik iniadalah jelas dengan kedudukan sebagai mata pelajaran teras dalam peperiksaan UPSR, PMR, danSPM. Kelulusan di peringkat kepujian adalah penting bagi mereka yang ingin melanjutkanpelajaran dalam bidang sains, kejuruteraan, sains computer, perubatan, seni bina dan sebagainya. Kepentingan Matematik boleh dilihat dari beberapa aspek. Pertama, ia merupakan asaskepada pemikiran logical. Pengurusan Matematik membolehkan pelajar mengatur fikirannyasecara logical. Kedua, Matematik bukan sekadar satu bidang ilmu yang mengajar berfikir secralogical tetapi juga merupakan asas kepada beberapa bidang sains teori dan gunaan. Penguasaandalam Matematik menjadikan seseorang pelajar itu mantap dalam kemahiran berfikir secaralogical dan kemahiran asa yang kukuh untuk mengusai lain-lain bidang sains. Juga didapatiMatematik banyak menyumbang kepada pengukuran disiplin pelajar. Seseorang pelajar yangberupaya menghabiskan masa bagi menyelesaikan sesuatu masalah Matematik mempunyai sifat-sifat sabar, tekun dan yakin diri. Di kalangan pelajar sekolah ini beranggapan subjek matematik adalah subjek yang palingsusah dan membebankan pelajar, namun tidak semua menyatakan begitu ada juga yang berminatdengan subjek ini. Namun terdapat banyak isu yang boleh didebatkan tentang perbezaanpencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial.Antara isu-isu yang bolehdidebatkan berdasarkan perbezaan kumpulan sosial ialah status sosialekonomi, pengaruh rakansebaya, jantina, sekolah, dan guru. Terdapat beberapa kajian mengenai perbezaan pencapaian pelajar. Mengikut Boocock(1972) dalam buku ‘ Sociology of learning’ menyatakan pengaruh-pengaruh dalam pencapaianakademik seseorang murid termasuklah pengaruh persekitaran sosial keluarga. Manakala 3
  • 4. mengikut Abdullah Mohd Noor (1999) ‘Pengaruh Latar belakang sosial keluarga terhadappencapaian Sains dan Matematik di kalangan murid sekolah rendah. 1.0 Definisi Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-Empat, pencapaian dikatakan sebagai sesuatu yangtelah dicapai( dihasilkan atau diperoleh) atau perstasi. Manakala Matematik, menurut Bhasah Hj.Abu Bakar (2002), Matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbolnya (sepertinombor, titik garisan, bentuk) dan bahasa Matematik serta prinsip, hokum, teorem dan peraturan-peraturan matematik yang digunakan untuk menjalankan operasinya. Pada asasnya matematik merupakan cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripadapenaakulan terhadap kajian alam sekeliling dan cakerawala. Sehubungan itu, matematik menjadisatu system logic yang menentukan rumusan-rumusan yang terdiri daripada bahasa Matematikitu sendiri seperti symbol, hukum-hukum dan operasi-operasinya. Ringkasnya, Matematik bolehdiertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni dan bahasa yangtersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan reaksi manusia. Disamping itu juga, menurut Swetz dan Su Tim (1983), matematik bukan sahajamelibatkan pengiraan (computation), menghafal peraturan dan fakta, namun ianya jugamelibatka penyiasatan, penekoraan, eksperimen, mengemukakan masalah dan menyelesaikanmasalah. 2.0 Isu-isu Perbezaaan Pencapaian Berdasarkan Perbezaan Kumpulan Sosial 3.1 Isu status sosioekonomi Status sosioekonomi banyak mempengaruhi perbezaan pencapaian terutama pencapaianmatematik. Terdapat beberapa aspek-aspek penting di dalam sosioekonomi iaitu tahappendidikan ibu bapa, sikap ibu bapa, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa dan kestabilankeluarga.Terdapat beberapaan kajian yang menbuktikan tahap pendidikan ibu bapamempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian daripada Saifuddin Hj Masduki (1977) yang 4
  • 5. menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatanibu bapa dan tahap pendidian ibu bapa. Manakala menurut Noraini (dalam Zarinah Arshat danRozumah Baharuddin, 1999) menyatakan “anak-anak dari kelurga yang mempunyai statussosioekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam persekolahan dan memperolehi gredpencapaian lebih tinggi berbanding anak-anak dari keluarga yang mempunyai status ekonomiyang rendah”. Menurut Brembeck pula dalam Badariah (1999), pencapaian akademik seseorangdikatakan mempunyai pertalian yang rapat dengan status sosioekonomi keluarga. Terdapat jugakajian mengenai sikap ibu bapa menjadi isu dalam perbezaan pencapaian pelajaran, kajian kesmengenai Keciciran di sekolah Menengah (BPPDP, 1996) dan Drop-out & Low Achievement-Case studies in selected in Malaysia (EPRD,1994) menggariskan beberapa sikap negative ibubapa atau keluarga terhadap pendidikan iaitu: • Tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak Ibu bapa sering kali melepas tangan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka hanya kepada guru-guru disekolah. Ini kita boleh lihat ibu bapa leka bekerja dan mencari duit sehingga melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa keluar awal pagi manakala pulang lewat malam tanpa menghiraukan anak-anak. Ada diantara meraka sememangnya menghantar anak-anak ke sekolah mahupun kelas tambahan tetapi tidak tahudan tidak ambil berat terhadap perilaku anak-anak disekolah. Ini menyebabkan pelajar mula belajar sambil lewa dan berani untuk ponteng sekolah. Mereka juga membiarkan dan tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku anak- anak yang nakal. Meraka kurang mengawasi kemajuan pelajaran anak meraka dan tidak menyemak kerja sekolah anak-anak. • Kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran Pelajaran amat penting dalam era kemodenan ini. Kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran ini biasanya boleh dilihat daripada ibu bapa yang berpendapatan rendah yang mana mereka lebih sukakan anak-anak mereka bekerja untuk membantu mereka untuk mengara hidup keluarga. Mereka lebih sukakan hidup ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’ tanpa ingin merubah nasib keluarga mereka. Mereka sering menyerah 5
  • 6. tugas membantu pelajran kepada anak yang lebih tua dan lebih suka anak menolong kerja di rumah berbanding bersekolah.Terdapat beberapa faktor yang didapati saling berkait rapat antara satu sama lain iaitu pendidikanibu bapa, pekerjaan ibu bapa, dan pendapatan ibu bapa. Faktor- faktor ini akan menjadi sebabutama yang mempengaruhi pencapaian pelajaran anak-anak meraka. Perkaitan ini boleh dilihatapabila tahap pendidikan ibu bapa rendah mereka akan mendapat pekerjaan yang kurang baiksekaligus mereka akan mendapat pendapatan yang rendah. Pendapatan ini tidak mampumenanggung nafkah keluarga. Dengan berpendapatan rendah juga ,mereka tidak dapatmemenuhi keperluan pendidikan anak-anak dan pelajar bekerja untuk membantu ibubapa. Menurut perangkaan kementerian Pembangunan Wanirta dan Kelurga, sebanyak 7.5peratus penduduk Malaysia adalah di bawah paras kemiskinan. Ini bermakna seramai 1.7 jutapenduduk Malaysia perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan daripada jumlah tersebutsebanyak 16.5 peratus adalah daripada keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal (The Sun, 22 Mei2002).Jadual berikut menunjukkan dapatan kajian yang diperoleh Oleh Abdullah Mohd Noor melaluikajiannya yang bertajuk “Pengaruh Latar Belakang Sosial Keluarga Terhadap Pencapaian Sainsdan Matematik Dikalangan Murid Sekolah Reandah”. Skor Matematik Sains Tinggi Sederhana Rendah Tinggi Sederhana Rendah Pendapatan Rendah 0% 0% 0% 0% 0% 0% Sederhana 16% 11% 74% 5% 53% 42% Tinggi 33% 17% 50% 27% 33% 40% 3.2 Isu pengaruh rakan sebaya Pengaruh adalah daya yang ada atau timbul dari sesuatu (orang atau benda) yang ikutmembentuk watak, kepercayaan an perbuatan seseorang. Rakan sebaya merujuk kepada remaja 6
  • 7. yang sama umur atau sama paras kematangan. Masalah remaja sering kali dikaitkan denganrakan sebaya. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka. Mereka seringmelepaskan dan berkongsi masalah mereka bersama rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), rakan sebaya turut berperanan dalammempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Pengaruh rakan sebaya merangkumi bersifat positifatau negatif. Punca keruntuhan akhlak remaja pada peringkat ini mudah terikut-ikut denganrakan mereka (Gottfrendson & McNeil, 1991).Rakan sebaya di alam persekolahan adalahkumpulan rujukan pelajar yang memberi ‘ sokongan moral’ dalam mencari identiti diri danpembentukan imej (Pomberi, 1990;Mahmood 1991). Antara faktor yang menyebabkan rakan sebaya boleh mempengaruhi pencapaianakademik ialah mereka banyak habiskan masa bersama rakan-rakan, mempunyai perasaan inginmemcuba yang tinggi, rakan lebih memahami mereka berbanding ibu bapa dan mereka ingin dirimereka diterima. Menurut Tan Sri Abdul Taib Mahmud “kemahiran dalam bidang bimbingandan kaunseling dikalangan remaja dan belia penting bagi mengatasi pengaruh rakan sebaya agartidak terlibat dalam aktiviti anti sosial”.Jadi, untuk mengatasi masalah ini, peranan keluarga amat penting dititik beratkan. Antara aspekyang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa ialah memberi kasih saying mencukupi, membinadisiplin yang kukuh, didikan yang betul, luangkan masa bersama-sama, layanan anak-anakdengan mesra dan mendengar pendapat anak-anak. 3.3 Isu Jantina Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagaiinovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan.Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan negara. Namun begituisu berkaitan pencapaian pelajar mengikut jantina turut menjadi perbualan dalam pendidikan. 7
  • 8. Dinegara ini, perbezaan pencapaian antara lelaki dan perempuan tidak begitu ketara, namunbanyak kajian menunjukkan pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki di Malaysia. Terdapat beberapa kajian yang telah dikumpulkan dalam membuat analisis berkaitanperbezaan pencapaian diantara pelajar lelaki dan perempuan.kajian pertama diambil daripadaJamil Ahmad et.al (2001). Kajian beliau dan rakan-rakannya membincangkan perbezaan prestasiakademik di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam sistem pendidikan di Malaysia.Berdasarkan analisis prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam peperiksaan awam, iaituUPSR, PMR dan SPM. Pelajar perempuan keputusan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki.Disamping itu juga, daripada kajian beliau juga dapat simpulkan bahawa pencapaian pelajarlelaki menurun setiap tahun. Jelas diperhatikan pada peperiksaan SPM, pelajar lelaki mempunyaikeputusan yang lebih rendah daripada pereampuan. Hal ini menunjukkan pelajar lelaki tidakbersungguh-sungguh apabila usia mereka semakin meningkat. Seharusnya semakin matang umurpelajar semakin meningkat pengetahuanya. Hal ini berlaku mungkin kerana disebabkan olehpengaruh rakan sebaya dikalangan pelajar. Di samping itu, perkara ini berlaku mungkindisebabkan pelajar perempuan berkecondongan menggunakan strategi yang lebih konkrit sepertimenggunakan model dan membilang manakala pelajar lelaki pula berkecondonganmenggunakan strategi yang lebih abstrak yang mencerminkan kefahaman konsep mereka(Fennema, Carpenter dan Jacobs, 1998). 3.4 Isu sekolah Sekolah merupakan satu tempat yang sesuai untuk para pelajar menuntut ilmusehinggalah sampai ke menara gading. Walaubagaimanapun, sekolah juga merupakan faktoryang menyebabkan prestasi akademik para pelajar menurun. Ini disebabkan oleh beberapafaktor. Antaranya ialah kedudukan sekolah tersebut. Sekolah yang berada di kawasan pedalamansering kali di cop oleh masyarakat sebagai sekolah yang tercorot dalam prestasi akademik. Iniberlaku kerana keadaan sekeliling sekolah tersebut. Sekolah yang berada di kawasan pedalamanbiasanya tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti di kawasan Bandar.Kemudahan asas seperti meja, kerusi dan papan tulis serba kekurangan. Kesannya para pelajartidak dapat belajar dengan baik. Menurut Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang 8
  • 9. positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawaterdapat hubung kait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklimbaik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran danpembelajaran akan berjalan dengan baik. Ini terbukti bahawa suasana sekolah yang kondusifsangat mempengeruhi prestasi akademik pelajar. Selain daripada kemudahan asas yang tidak lengkap. Sumber bahan rujukan seperti pusatsumber juga kurang. Buku rujukan yang diperlukan oleh pelajar untuk dijadikan sebagai rujukantambahan susah diperoleh menyebabkan para pelajar cetek ilmu berbanding dengan pelajarBandar yang serba lengkap. Kemudahan internet yang ada di bandar juga memudahkan merekauntuk mencari maklumat. Kesannya pelajar-pelajar yang berada di luar banda jauh ketinggalanberbanding d Bandar. Budaya menimba ilmu juga adalah sesuatu yang asing di luar bandar. Di sanakemudahan yang boleh membantu para pelajar untuk maju. Pelajar-pelaja hidup selesa denganpersekitaran kampung tanpa menghadapi saingan daripada bangsa-bangsa lain berbandingdengan sekolah bandar yang efektif. Para pelajar tidak mempunyai masa untuk berehat. Masacuti hujung minggu dipenuhi dengan membuat kerja rumah dan ke kelas-kelas tambahan dantuisyen. Selain itu fikiran ibu bapa yang masih dogmatik iaitu berfikiran cetek. Merekaberanggapan bahawa anak mereka tidak akan berjaya walapun pergi ke sekolah. Pemikiranseperti ini seharusnya dikikis di kalangan para ibu bapa agar anak mereka mempunyai motivasiyang tinggi untuk belajar dan mempunyai masa depan yang cerah kelak. 3.5 Isu guru Adalah menjadi harapan Negara kita untuk mencapai taraf Negara maju menjelang tahun2020. Kemajuan yang hendak dicapai itu adalah meliputi kesemua aspek kehidupan secaraseimbang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Pendidikan adalah merupakan sesuatuperkara asas yang perlu dipandang berat oleh Negara jika ingin meralisasikan wawasan tersebut.Walau bagaimanapun, tanpa guru yang berkualiti dan berpengalaman. Kemajuan yang hendakingin dicapai ini hanya la di mulut sahaja. Oleh itu para pendidik sangat memainkan perananyang sangat besar. 9
  • 10. Price dan raiker (1999), tahap keyakinan guru mempengaruhi tahap keyakinan pelajardan seterusnya ia akan mempengaruhi pencapaian pelajar. Di sini kita dapat lihat bahawa guruyang sambil lewa ketika mengajar akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar. gurusepatutnya menjadi role model kepada para pelajar dan bukannya menjadi contoh yang kurangbaik kepada para pelajar. Selain itu, pengetahuan yang meluas dalam bidang yang diajar jugasangat penting. Seterusnya ialah kaedah pengajaran, menurut sabri (2006), pengunaan kaedah pengajaranlama, tidak menarik dan sukar difahami oleh pelajar menjadi punca kegagalan pelajar dalammata pelajaran tersebut. Dalam kes ini, guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaranagar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Penyampaian guru yang jelas, menarik dan mudahdifahami oleh pelajar akan menjadikan mereka lebih berminat. Oleh itu, guru bolehmenggunakan pelbagai kaedah pembelajaran, contohnya kaedah berpusatkan guru ataupembelajaran berpusatkan pelajar. Melalui cara ini, para pelajar akan melibatkan diri secara tidaklangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika guru menggunakankaeda pembelajaran berpusatkan pelajar. dengan kaedah yang sesuai sudah tentu akanmembangkitkan lagi rasa minat dalam diri pelajar untuk terus belajar dan mengikutipembelajaran sehingga tamat. Selain itu, interaksi pelbagai hala guru-murid, murid-murid danmurid- guru, sudah tentu pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana komunikasi diantara kedua pihak ini berlaku. Barker (1982) dalam shafrin, fadilah dan rahimi (2009), melaluiproses komunikasi, seorang guru bertindak sebagai pencetus utama sumber iaitu meliputi 55%hingga 81% penyampaian maklumat dalam kelas. 3.6 Isu halangan bahasa Bahasa merupakan satu elemen yang sangat penting dalam proses pembelajaran danpengajaran di mana bahasa merupakan pengantar antara pengajar dan pelajar dalammenyampaiakan maklumat mengenai pembelajaran. Walau bagaimanapun, timbul satu persoalaniaitu mengapakah bahasa mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik.Sebab utama disini ialah, pelaksanaan dasar bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan 10
  • 11. matematik (PPSMI). Dasar ini telah dilaksanakan pada tahun 2003 melibatkan pelajar tahun 1,tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah. Kesan daripada dasar ini kita boleh lihat melalui pencapaian akademik pelajar dalammata pelajaran matematik. Buktinya pada tahun 2007, Negara kita Malaysia telah mengambilbahagian dalam kajian TIMSS yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston Colledge,Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Melalui kajian ini ada Negara yang skor puratapencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Tetapi amat menyedihkan apabilakemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi mata pelajaranmatematik dan 40 mata bagi mata pelajaran sains. Banyak faktor yang menyebabkan merosotnya akademik pelajar dalam mata pelajaranmatematik. Antaranya ialah tahap penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. pelajar yanglemah dalam bahasa inggeris menghadapi situasi yang sukar dalam mempelajari subjekmatematik kerana istilah-istilah matematik ditukar ke bahasa inggeris. Kesannya ramai pelajaryang kurang berminat belajar matematik dalam bahasa inggeris. Selain itu pengajaran gurudalam bahasa inggeris juga meyukarkan pelajar untuk memahami sesuatu konsep dalammatematik. Kaedah yang kurang bersesuaian juga menyebabkan pelajar bosan dan tiadasemangat untuk mempelajari matematik. Contohnya, guru tidak mempelbagaikan kaedahpembelajaran dan tidak menggunakan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dampembelajaran. Oleh itu, pihak yang berkenaan seharusnya mengambil berat dalam menangani masalahini. Para ibu bapa seharusnya mendidik dan memberi sokongan yang secukupnya kepada anakmereka agar mampu belajar matematik dengan baik. Guru pula seharusnya perlu berusaha danberfikir bagaimana menyelesaikan masalah ini. Contohnya guru mengadakan kelas tambahankepada pelajar yang lemah selain memberi motivasi kepada pelajar untuk berdepan denganbahasa inggeris. 3.0 Penutup 11
  • 12. Melalui isu-isu yang kita bincangkan, ini terbukti bahawa perbezaan sosial memainkanperanan yang sangat besar dalam menentukan serta mencorak pencapaian pelajar dalam matapelajaran matematik. Banyak kajian yang membuktikan bahawa isu status sosioekonomi, isupengaruh rakan sebaya, isu jantina, isu sekolah dan isu guru serta isu halangan bahasamerupakan antara isu yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Oleh itu, langkah-langkah yang drastik serta efektif harus diambil serta dilaksanakanuntuk mengelakkan isu-isu ini semakin berleluasa. Pihak kerajaan serta masyarakat seharusnyaberganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini. Kata pepatah berat sama dipikul, ringansama dijinjing. Selain itu, guru seharusnya menggunakan kaedah yang efektif sertamemvariasikan kaedah untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari matematik. Melalui langkah serta tindakan yang efektif, masalah isu ini dapat dibendung dan dapatdikurangkan dari semasa ke semasa. Seterusnya falsafah pendidikan kebangsaan dapat dicapaiiaitu memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. RujukanArora, G.L. (2002). Teachers and their teaching: Need for new perspectives. YamunaVihar,Delhi: RAVI BOOKSFiddler, B. (2004). Merancang kemajuan sekolah ( Abd. Aziz Abd. Rahman, trans ). Kuala lumpur: Institute Terjemahan Negara Malaysia BerhadHussein Mahmood. (2008). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah. (ed.ke-2). Kuala Lumpur: 12
  • 13. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala LumpurBearne, E. , Dombey, H & Grainger, T.(Eds.). (2003). Classroom interaction in literacy. England: Open university pressKamarul Ariffin bin Abd Rashid.(2008). Perkaitan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Akademik subjek matematik di kalangan pelajar UTHM.Tesis. Pulau PinangNorawati binti Hashim. (2004). Hubungan pencapaian matematik murid-murid melayu sekolah rendah Luar Bandar mengikut jantina.Tesis.Tanjung MalimNur Ashiqin Bt Najmuddin.(2003). Pengaruh kerisauan pelajar terhadap pencapaianMatematik dalam Bahasa Inggeris. Tarikh bahan diakses February,29,2012. Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/9530847/Jurnal-Pengaruh-Kerisauan-Pelajar-Terhadap- Pencapaian-Matematik-Dalam-Bahasa-InggerisBhasah Abu Bakar.(2009).Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik SPM. Tarikh bahan diakses Mac, 1, 2012. Diperoleh daripada. http://bhasahabubakar. blogspot. com/2009/05/pencapaian-dan-penguasaan-konsep-dalam.html. 13
  • 14. 14