Laporan HARI KOPERASI SEKOLAH, SMK ALAM DAMAI_ ms1 - ms23

  • 407 views
Uploaded on

Dokumentasi Hari Koperasi Sekolah. Contoh dokumen yang melayakkan honorarium RM1,500.00

Dokumentasi Hari Koperasi Sekolah. Contoh dokumen yang melayakkan honorarium RM1,500.00

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
407
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
7
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. LAPORAN HARI KOPERASI SMK ALAM DAMAI 2013
  • 2. KANDUNGAN Muka Surat Kata Alu-aluan PENGENALAN 1 Lapuran Setiausaha ISI KANDUNGAN 1. AKTIVITI WAJIB 6 1.1 Perhimpunan Pelajar 1.1.1 Perhimpunan Khas 1.1.2 Nyanyian Lagu Koperasi 1.1.3 Pembacaan Perutusan 1.1.4 Perutusan Menteri Pelajaran 1.1.5 Perutusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri 1.1.6 Perutusan Presiden ANGKASA 1.2 Penanaman pokok 1.3 Pertandingan Kuiz Koperasi 1.4 Aktiviti Tambahan (semasa perhimpunan) 1.4.1 Pengiktirafan Koperator terbaik sekolah 1.5 Lain-lain Pengiktirfan 1.5.1 Pengiktirafan Koperator Harapan 2013 1.6 Lain-Lain - Pengiktirafan kepada ALK Guru 2013 1.7 Lain-lain Aktiviti Cenderahati kepada pelajar yang membuat persembahan pada Majlis Sambutan HKS 2013 2. AKTIVITI PILIHAN 2.1 Aktiviti Pendidikan Forum Ilmuwan Ekonomi 2.1.2 Peserta Terlibat - Pengacara Majlis - Moderator (seorang) - Ahli Panel (4 orang) - Penonton 100 orang 2.1.3 Kempen Membuka Akaun dan pinjaman peribadi oleh RHB Bank - Untuk Guru dan Pelajar 2.2 Aktiviti Ekonomi 2.2.1 Gerai Jualan dan Car Wash 2.2.2 Aktiviti terbuka hanya untuk pelajar dan Guru-guru SMK Alam Damai Sahaja. 2.3 Aktiviti Sosial dan Budaya 2.3.1 Persembahan Seni Silat Gayung Malaysia - 10 pelajar terlibat 2.3.2 Persembahan Pengucapan Berirama - 30 orang pelajar terlibat 2.3.3 Seorang juru latih Silat Gayung Malaysia
  • 3. 3. PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH 3.1 Telah Melaksanakan Progaram ini 3.2 Penyertaan dari 4 kumpulan dan 3 projek 3.3 Senarai Kumpulan dan Projek 3.4 Program Pemilihan PPKKS LAMPIRAN 1. Buku program 2. Carta Gantt 3. Soalan Kuiz Koperasi 4. Borang Penyertaan Pertandingan Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi 2013 5. Laporan Kewangan Hari HKS 6. Laporan Kewangan Koperasi (Jan 2013-Jun 2013)
  • 4. Assalamualaikum w.b.t, Selamat sejahtera dan Salam 1Koperasi, T erlebih dahulu saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada seluruh warga koperasi SMK Alam Damai yang telah berjaya mengadakan sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) 2013. Saya penuh yakin dan percaya, sambutan HKS yang telah diadakan mendapat manfaat kepada koperasi, koperator , sekolah, PIBG dan masyarakat sekeliling amnya. Pada tahun ini, dengan tema “Koperasi: Bersatu Demi Persekitaran Sejagat” yang dipilih oleh ANG- KASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara, telah memberikan satu mesej jelas kepada masyarakat tentang berkoperasi. Melalui koperasi, anggota di setiap lapisan masyarakat boleh bersatu untuk mewujudkan satu persekitaran yang selesa dari segi sosial dan ekonomi. Setiap tahun bermula tahun 2006, ANGKASA tel- ah menggalakkan koperasi sekolah untuk mengadakan sambutan HKS dengan tema yang berbeza setiap tahun. Ini bertujuan memupuk kesedaran di kalangan pelajar atau koperator muda yang menjadi anggota koperasi su- paya memahami apakah peranan yang boleh dimainkan oleh koperasi dalam sesebuah masyarakat. Alhamdulil- lah, sehingga kini sambutan HKS pada setiap tahun telah mendapat perhatian yang khusus oleh warga sekolah dan menjadi agenda tahunan setiap sekolah di Malaysia. Jumlah koperasi sekolah yang mengadakan sambutan HKS telah mencecah hampir 2,000 buah kope- rasi sekolah berbanding hanya 900 buah pada tahun 2006. Ini membuktikan bahawa, anggota koperasi sekolah telah mula faham dan yakin bahawa sambutan HKS yang diadakan akan memberikan impak positif kepada koperator muda hasil daripada aktiviti yang diadakan semasa HKS berlangsung. Koperator muda berpeluang untuk menonjolkan bakat dan potensi diri dalam membina keyakinan diri dengan terlibat dalam aktiviti seperti sosial, ekonomi, keusahawanan dan sebagainya. Saya ingin menyeru kepada semua warga SMK Alam Damai untuk memberikan sokongan kepada koperasi dengan mengadakan sambutan HKS pada tahun-tahun yang akan datang. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang diterajui oleh Pengetua dan Guru-guru Penolong Kanan yang telah memberikan sokongan padu dalam mem- perkasakan koperasi sekolah dengan mengadakan pelbagai program berkaitan koperasi. Tidak lupa juga kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan HKS 2013. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak koperasi SMK Alam Damai yang memberikan ruang dan peluang ini untuk mencoretkan kata-kata aluan sebagai motivasi kepada seluruh anggota koperasi sekolah. Saya mengucapkan Tahniah dan moga Berjaya dalam bidang yang diceburi. Sekian, terima kasih. ‘Bekerja bersama –sama, demi manfaat bersama’ DATO’ HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH DIMP,SMP,AMP,PPN Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Kata Alu-Aluan DATO’ HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH DIMP,SMP,AMP,PPN Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
  • 5. Assalamualaikom Warahmatullahi Wabarakatuh. S yukur ke hadrat Allah s.w.t. atas izinNya Laporan Hari Koperasi SMK Alam Damai, 2013 berjaya diterbitkan. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada ALK yang telah berjaya melaksanakan tugasan ini dengan baik. Terlebih dahulu, ingin saya merakamkan jutaan tahniah kepada ANGKASA yang telah berjaya menonjolkan koperaasi sekolah selaku entiti penting dalam institusi pendidikan negara melalui acara tahunan ini kerana HKS dilihat semakin berprestij dan mantap. Malah kepimpinan negara juga melihat HKS sesuai dijadikan landasan terbaik transformasi kepada anggotanya. SambutanHariKoperasi(HKS)yangdiperkenalkanolehANGKASAsejak1995telahmelaluipelbagai transformasisesuaidengankeperluandankehendakwargakoperasiselakukomunitiyangmenyambutnya secara rasmi. Tema sambutan pada tahun ini ialah “Koperasi: Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat”. Ia bertepatan sekali dengan nilai-nilai yang terdapat dalam Jati Diri Koperasi iaitu antaranya adalah kesaksamaan dan keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi juga menerima nilai-nilai etika, termasuk sadik, amanah, telus , tanggung-jawab sosial serta prihatin terhadap orang lain. Tema Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat merupakan pemangkin ke arah merealisasi- kan Jati Diri Koperasi kepada Persekitaran demi kesejahteran dan keamanan Sejagat. Akhir sekali, semoga ANGKASA terus memainkan peranan dalam usaha memartabatkan koperasi sekolah sebaris dengan koperasi dewasa di persada dunia. Sekian terima kasih. PN. HAFSAH SHARIF Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai Berhad Kata Alu-Aluan PN. HAFSAH SHARIF - Pengetua SMK Alam Damai Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai Berhad
  • 6. Pengenalan
  • 7. LAPORAN SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 2013 1.0 PENGENALAN Sambutan Hari Koperasi Sekolah telah disambut pada 17 Jun 2013 di SMK Alam Damai, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan sempena meraikan pelancaran Hari Koperasi Peringkat Sekolah yang diadakan dari 17 Jun 2013 hingga 23 Jun 2013. Sambutan daripada warga sekolah amat menggalakkan. Koperasi sekolah telah berjaya memainkan peranan sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha untuk menyemai nilai-nilai koperasi dalam kalangan ahlinya. 2.0 TARIKH DAN TEMA SAMBUTAN Sambutan telah diadakan pada Jun 2013. Tema sambutan pada tahun ini ialah ”Koperasi: Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat”. 3.0 OBJEKTIF SAMBUTAN Sambutan HKS di peringkat sekolah bertujuan untuk meraikan pelancaran Hari Koperasi Peringkat Sekolah yang diadakan dari 17 Jun 2013 hingga 23 Jun 2013. Serta peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. 4.0 AKTIVITI-AKTIVITI HKS 2012 Dua (2) jenis aktiviti telah dilaksanakan, iaitu:- i) Aktiviti wajib ii) Aktiviti pilihan Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan dijalankan berdasarkan kreativiti pelajar. Kesemua aktiviti yang dijalankan berdasarkan kepada tema sambutan. Di bawah adalah laporan lengkap aktiviti yang telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai. 8
  • 8. AKTIVITI LAPORAN Perhimpunan Khas 1.0 Semua pelajar dihimpunkan dalam satu perhimpunan khas pada pukul 7.15 pagi 2.0 Ketibaan semua guru dan Pemangku Pengetua ke tapak perhimpunan untuk memulakan majlis rasmi Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2012. 3.0 Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Wilayah. 4.0 Bacaan doa . 5.0 Nyanyian lagu Koperasi vi. Perutusan Khas Hari Koperasi Sekolah yang disampaikan oleh 3 orang wakil pelajar dimulakan dengan; i) Perutusan YDP ANGKASA Dibaca oleh adik Ili Nadia binti Karim (Koperator Terbaik 2013) ii) Perutusan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dibaca oleh adik Kamarul Helmi bin Ahamad (Koperator Harapan 2013) iii) Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia Dibaca oleh adik Khaizuran bin Izat (Ketua Pelajar) 6.0 Edaran tanda Peringatan HKS kepada pentadbir, guru-guru dan pelajar. 7.0 Pengiktirafan Koperator Terbaik ix. Persembahan pelajar (silat dan drum line) x. Pemangku Pengetua menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan sambutan Hari Koperasi Sekolah 2013. Penanaman pokok sebagai simbolik perasmian Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2013. 9
  • 9. Aktiviti Bonus Pihak koperasi sekolah telah mengundang 2 buah Bank RHB untuk menguruskan pembukaan akaun pelajar dan memberi perkhidmatan pinjaman peribadi kepada warga SMK alam Damai. Aktiviti tambahan Pengiktirafan Koperator Terbaik 2013 Koperator terbaik tahun 2013 ialah Saudari Ili Nadia binti Karim Lain-lain Pengiktirafan Koperator Harapan 2013 ialah Saudara Kamarul Hilmi bin Ahamad Edaran Tanda Peringatan HKS Edaran tanda peringatan HKS 2013 dimulakan dengan penyampainya oleh Koperator Terbaik 2013, kepada pentadbir dan guru-guru. Seterusnya edaran tanda peringatan HKS kepada semua pelajar diberi dari kelas ke kelas untuk menjimatkan masa. Setiap pelajar akan mendapat satu penanda buku sebagai tanda peringatan HKS 2013. Aktiviti Pendidikan Sebagai aktiviti pendidikan pelajar tingkatan 1 2013, didedahkan tentang koperasi sekolah dan peranan ANGKASA dalam menjayakan koperasi. Aktiviti Ekonomi/ Keusahawanan Sempena HKS 2012, gerai-gerai jualan telah dibuka kepada pelajar. Sambutan adalah amat menggalakkan, walaupun aktiviti ini buat pertama kali diadakan dan ia dibuat secara kecil-kecilan. 6 kumpulan pelajar ahli koperasi termasuk ALK telah sepakat untuk mengadakan gerai jualan. Jualan hanya dilakukan semasa rehat 1 dan rehat 2 pada setiap hari dalam minggu sambutan. 10
  • 10. Aktiviti sosial dan budaya Aktiviti ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu; Aktiviti keceriaan Taman dan penanaman pokok yang diadakan di perkarangan bengkel KH. Aktiviti ini telah diadakan semasa P&P untuk tajuk yang berkaitan tanaman hiasan sepanjang minggu. Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (PPKKS) 4 kumpulan telah menghantar borang penyertaan, tetapi hanya 3 kumpulan saja yang menyertai perandingan tersebut, Ia terdiri daripada: a) C.I.I. Invention Group - Product: Hiasan Plag dinding b) Proaktif Group - Product: ' QURMA CHIPS' c) ALK 1- "KETAM Cool" - Product: Uniq Memo Pad d) ALK 2- "Ketam Comel" - Tidak menghantar penyertaan PAMIRAN BAHAN DAN MAKLUMAT ANGKASA Semua bahan dan edaran yang diterima di pamirkan agar semua maklumat berkaitan Koperasi dan ANGKASA dapat di akses oleh warga sekolah. 11
  • 11. 5.0 POST MORTEM SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2013 Secara keseluuhannya, sambutan HKS 2012 telah berjalan dengan lancar. Semua aktiviti yang dirancang telah dapat diaksanakan dengan sempurna. Walau bagaimana pun masih terdapat beberapa kekurangan yang didapati , antaranya; a. Kurang aktiviti pendidikan di mana hanya satu aktiviti pendidikan dilaksanakan iaitu kuiz koperasi. Di masa akan datang dicadangkan lebih banyak aktiviti pendidikan di adakan antaranya seperti forum, pidato dan sebagainya. b. Aktiviti jualan yang pertama kali dibuat selepas pembukaan sekolah, dibuat secara kecil-kecil. Pada tahun hadapan cadangan untuk memberi peluang ke pada kelab dan pesatuan lain untuk menyertai aktiviti ini. Laporan disediakan oleh, Ku Mahani binti Ku Mat Desa Setiausaha Koperasi SMK Alam Damai 56000 Kuala Lumpur. 12
  • 12. Kandungan 13
  • 13. 1. Aktiviti Wajib. 1.1 Perhimpunan Pelajar 1.1.1 Waktu Perhimpunan Khas 14
  • 14. 1.1.2 Lagu Koperasi 15
  • 15. Pembacaan Perutusan 1.1.4 Pembacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Ketua Pelajar iaitu adik Khaizuran Izat 1.1.5 Pembacaan Perutusan Menteri Perda- gangan Dalam Negeri oleh adik Kamarul Helmi (Koperator Harapan 1.1.6 Pembacaan Perutusan Presiden ANGKASA oleh adik Ili Nadia Binti Karim 16
  • 16. 1.2 Penanaman Pokok Persediaan untuk aktiviti penanaman pokok Pokok Limau Kasturi menjadi pilihan untuk acara perasmian Hari HKS 2013 Upacara simbolik ini di lakukan oleh PK Kokurikulum En Zainudin bin Ab Hadi Akhir sekali, Perasmi menyiram air ke pohon yang baru ditanam 17
  • 17. 1.3 Pertandingan Kuiz Koperasi Di kendalikan oleh En. Hairul Sebahagian pelajar yang menyertai pertandingan 18
  • 18. 1.7 Aktiviti Tambahan (semasa perhimpunan) 1.7.1 Pengiktirafan koperator terbaik sekolah 2013 Hadiah di sampaikan oleh PK Kokurikulum kepada adik Ili Nadiah binti Karim Lain-lain pengiktirafan: Koperator Harapan, adik Kamarul Helmi bin Ahamad 19
  • 19. 1.7.2 Edaran Tanda Peringatan HKS Diberikan kepada guru-guru dan pentadbir 20
  • 20. 1.7.2 Edaran Tanda Peringatan HKS Diberikan kepada pelajar dari kelas ke kelas 21
  • 21. 1.7.3 lain-lain Aktiviti hadiah diberikan kepada pemenang pertandingan kuiz koperasi 22
  • 22. 1.7.3 lain-lain Aktiviti Cenderahati kepada guru-guru koperasi 23