Kertas kerja inovasi  3 p
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kertas kerja inovasi 3 p

on

  • 272 views

 

Statistics

Views

Total Views
272
Views on SlideShare
272
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
4
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kertas kerja inovasi  3 p Kertas kerja inovasi 3 p Document Transcript

  • KERTAS KERJA PERTANDINGAN INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SEMPENA HARI INOVASI JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2013 1. KATEGORI PERTANDINGAN Kumpulan – Sekolah Menengah 2. TAJUK/TEMA INOVASI ‘INOVASI 3P’ – inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu 3. SINOPSIS INOVASI Sistem pendidikan di Malaysia kini berkembang pesat seiring dengan era globalisasi yang semakin membangun sepantas kilat. Sebagaimana yang diketahui umum kelahiran generasi yang beretika, berinovasi dan berpendidikan terletak di tangan warga guru. Menurut Marimuthu (1993) banyak kajian telah membuktikan mutu guru merupakan faktor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Pengetahuan guru tentang isi pelajaran, organisasi dan gaya persembahan yang berkesan akan mampu menyepadukan ilmu-ilmu agar ia lebih bermakna (Sabaruddin Yusof, 1993). ‘Inovasi 3 P’ dicipta bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru melalui perkongsian kepakaran, penerimaan input pengajaran oleh guru pakar kepada pelajar dan pentaksiran berasaskan sekolah dapat dilakukan seiring dengan pengajaran dan pembelajaran. ‘Inovasi 3P’ member makna; A. Perkongsian Kepakaran B. Penjimatan Masa C. Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1
  • A. Perkongsian Kepakaran Inovasi perkongsian kepakaran bermakna guru yang pakar di dalam sesuatu topik berkongsi ilmu dengan guru-guru lain. Oleh kerana satu kelas mempunyai 2 orang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, seorang guru yang pakar di dalam sesuatu topik yang guru partner tidak mempunyai kepakaran boleh membuat bengkel (mengajar teori) bagi kesemua kelas-kelas yang diajar. Bengkel pengajaran dibuat seminggu atau dua minggu sekali berdasarkan keperluan dengan merujuk kepada rancangan pelajaran tahunan. Bengkel boleh dibuat di dalam jadual waktu guru, selepas sekolah ataupun pada hari Sabtu. Tanpa disedari guru pakar ini telah berkongsi kepakaran dengan partner dan telah menyampaikan input pengajaran yang berkesan kepada semua pelajar. B. Penjimatan Masa Inovasi penjimatan masa berlaku apabila perkongsian kepakaran dilaksanakan. Guru pakar ini telah mengurangkan masa pengajaran teori sesuatu topik yang partner tidak mempunyai kepakaran daripada 3 minggu kepada 1 minggu sahaja (berdasarkan topik dan jumlah minggu mengajar di dalam RPT). Guru partner boleh melaksanakan amali projek selepas pengajaran teori dilakukan oleh guru pakar tadi maka amali projek juga dapat disiapkan dengan cepat. Guru yang pakar di dalam amali projek juga boleh berkongsi kepakaran semasa melakukan amali di mana kelas digabungkan. C. Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran berasaskan sekolah boleh juga diaplikasikan semasa bengkel atau pengajaran teori oleh guru yang pakar di dalam sesuatu topik. PBS dilakukan seiring dengan PDP. Semasa sesi pengajaran teori, guru boleh menjalankan pentaksiran bagi Band 1, 2 dan 3. PBS boleh dibuat dengan cepat manakala pentaksiran bagi Band 4, 5 dan 6 boleh dilakukan oleh guru partner di dalam kelas pada waktu lain. Tanpa disedari masa melakukan pentaksiran juga dapat dikurangkan dan tidak berlanjutan sehingga berminggu-minggu lamanya. 4. KUMPULAN SASARAN 2
  • Kumpulan sasaran adalah semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 terutamanya pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan mengambil PMR. 5. LATAR BELAKANG Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar pelajar boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan seharian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja buat sendiri yang mudah yang berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyelenggaraan. Di samping itu, masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan. Namun demikian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini bukan semuanya mempunyai opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu. Ada guru-guru yang mempunyai opsyen Ekonomi, Perakaunan, Perdagangan, Pertanian dan Kejuruteraan dikehendaki mengajar mata pelajaran ini. Guru-guru yang bukan opsyen ini mempunyai kepakaran atau ilmu yang tinggi bagi sesetengah topik di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, maka Inovasi 3P ini diperkenalkan bagi merealisasikan matlamat perkongsian kepakaran, penyampaian input pengajaran yang berkesan dan pelaksanaan pentaksiran berasakan sekolah. Inovasi ini diharap dapat membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran dan membantu pelajar di dalam memahami sesuatu topik dengan berkesan. 6. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN 3
  • Semua sekolah akan menggunakan 2 orang guru bagi setiap kelas untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pada kebiasaannya guru-guru akan mengambil pelajar masing-masing bagi mengajar teori dan amali bagi setiap topik. Masalah lain yang wujud dari pemerhatian pengkaji adalah: A. Guru-guru yang tidak pakar di dalam sesetengah topik tidak dapat menyampaikan input pengajaran dengan berkesan. B. Pelajar tidak mendapat input yang betul dan tepat disebabkan guru kurang kepakaran di dalam sesetengah topik. C. Masa pengajaran dan pembelajaran akan berlarutan dengan panjang disebabkan guru kurang pakar di dalam sesetengah topik. Guru mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sukatan pelajaran. D. Guru-guru akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan projek amali. E. Guru-guru juga akan mengambil masa yang lama untuk membuat pentaksiran terhadap pelajar. Markah PBS tidak dapat dilengkapkan pada waktu yang sepatutnya. 7. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI A. Pelajar-pelajar yang tidak datang ke sekolah tidak mendapat input daripada guru pakar dan pentaksiran tidak dapat dilakukan terhadap pelajar-pelajar tersebut. B. Pelajar tidak dapat datang pada hari Sabtu disebabkan tiada pengangkutan atau terpaksa menghadiri tuisyen. 8. OBJEKTIF INOVASI Selepas inovasi diharapkan: 4
  • A. Guru yang kurang pakar di dalam sesetengah topik akan lebih yakin untuk mengajar topik tersebut kerana telah mendapat penerangan yang betul daripada guru yang pakar. B. Pelajar-pelajar akan mendapat input pengajaran yang tepat dan betul oleh guru pakar. C. Sukatan pelajaran dapat dihabiskan oleh semua guru dengan cepat atau pada masa yang ditetapkan. D. Amali projek dapat disiapkan dengan cepat oleh semua guru. E. Pentaksiran dapat dibuat dengan cepat dan markah boleh diisikan ke dalam sistem dengan segera. 9. TARIKH MULA DAN TARIKH SIAP PELAKSANAAN Bergantung kepada guru berdasarkan topik-topik yang guru kurang kepakaran. 10. INOVASI YANG DILAKSANAKAN PENGENDALIAN A. Semua guru diberi taklimat berkenaan inovasi yang hendak dilaksanakan pada awal tahun. B. Guru-guru boleh berbincang dengan partner berkenaan topik-topik mana yang mereka boleh berkongsi kepakaran. C. Guru-guru boleh menentukan pada masa bila hendak memulakan inovasi berdasarkan RPT dan berdasarkan jadual waktu guru. D. Guru-guru boleh berbincang tentang bahan apa yang hendak digunakan semasa sesi pengajaran. 5
  • 11. BENTUK KEJAYAAN A. Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran oleh semua guru terutama guru-guru baru. B. Peningkatan terhadap tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang sukar. C. Penjimatan masa PDP dapat dikurangkan beberapa minggu, sukatan pelajaran dapat dihabiskan, amali projek dapat disiapkan dengan cepat dan pentaksiran dapat dilaksanakan pada masa yang sama. 12. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN INOVASI Inovasi baru yang belum dipertandingkan 13. LAMPIRAN Lampiran 1: sokongan 6
  • 11. BENTUK KEJAYAAN A. Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran oleh semua guru terutama guru-guru baru. B. Peningkatan terhadap tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang sukar. C. Penjimatan masa PDP dapat dikurangkan beberapa minggu, sukatan pelajaran dapat dihabiskan, amali projek dapat disiapkan dengan cepat dan pentaksiran dapat dilaksanakan pada masa yang sama. 12. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN INOVASI Inovasi baru yang belum dipertandingkan 13. LAMPIRAN Lampiran 1: sokongan 6