Permainan bola tampar

26,984
-1

Published on

1 Comment
8 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
26,984
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
758
Comments
1
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Permainan bola tampar

  1. 1. PERMAINANBOLA TAMPARBola tampar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang dan Selangor sejak tahun 1926.Permainan ini telah diperkenalkan oleh bekas mahasiswa dari universiti di Shanghai, China. Padatahun 1927, kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga Selangortelah dianjurkan.Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau dikelolakan oleh MajlisSukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaansesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasanfizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasiyang berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuahpasukan.OBJEKTIFSetelah mempelajari topik ini, kita akan dapat: • Melakukan sekurang-kurangnya empat kemahiran asas bola tampar dengan teknik yang betul dan selamat • Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan bola tampar. • Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian dalam permainan bola tampar. • Menyatakan undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola tampar. • Mengenal pasti sekurang-kurangnya lima otot utama dalam permainan bola tampar. • Merancang strategi asas dalam permainan bola tampar.
  2. 2. Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaan net dari sukanlawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah diperkenalkan oleh WilliamG. Morgan pada tahun 1895. Pada awalnya, permainan ini dikenali sebagai “minonette”sebelumdigantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred Halstead pada tahun 1896.2.1.1 KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA TAMPARBola tampar boleh dimainkan di luar atau di dalam dewan. Semua ukuran peralatan yangdigunakan dalam permainan ini adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan olehPersekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB)A. GelanggangPermukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarangpermukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di ataspadang rumput dan permukaan tanah liat.
  3. 3. B. Tiang, Jaring dan AntenaTiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. Ketinggian tiang dan jaring adalah mengikutperingkat umur dan jantina. Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada di luar gelanggang.Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang antena diletakkan di kedua-duahujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelangmerah. Kategori Pertandingan Ketinggian JaringLelaki bawah 18 tahun 2.43 mPerempuan bawah 18 tahun 2.24 mLelaki bawah 15 tahun 2.25 mPerempuan bawah 15 tahun 2.10 mC. BolaBola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang ringan danlembut. Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian araskepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang. 65-67 CM Dimensi bola tampar
  4. 4. 2.1.2 POSISI PEMAIN BOLA TAMPARSusunan posisi pemain bola tampar dalam gelangang adalah mengikut strategi sesebuah pasukan.Susun atur ini menentukan giliran servis setiap pemain sepanjang permainan. Arah pergerakangiliran melakukan servis antara pemain adalah mengikut arah jam. Ketika servis dilaksanakan,setiap pemain perlu berada pada posisi giliran yang betul.2.1.3 KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPARSetiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiran asas dalam permainan bolatampar. Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialahmenyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.A. MenyanggaMenyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah tangan.Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis atau rejaman pihak lawan.Keupayaan megawal dan menghantar bola tepat kepada rakan dapat menghasilkan tindak balasyang berkesan.Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran inidilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handedunderhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bolatampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantaidan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkanhantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola ataubola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran ataskepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.
  5. 5. Teknik-teknik Menyangga: • Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari. • Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain. • Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. • Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. • Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. • Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. • Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. • Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. • Kendurkan bahagian atas tubuh. • Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.B. ServisPermainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasan servis yang ditetapkan. Servisialah kemahiran menghantar bola melepasi jaring melalui dua antena ke gelanggang pihak lawan.Kegagalan melakukan servis yang sempurna akan mengakibatkan pasukan hilang servis danpihak lawan memperoleh mata. Antara kemahiran asas servis ialah servis bawah tangan danservis atas kepala atau gaya tenis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yangperlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukanmembuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handalmembuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis.(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebutboleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuatdan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima
  6. 6. hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuathantaran lemah (poor pass).C. MengumpanMengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan rakansepasukan melakukan rejaman. Dalam situasi pertandingan, kebiasaannya, seseorang pemainakan diberi tugas untuk melakukan umpanan. Mengumpan boleh dilakukan sama ada di tepijarring atau tengah gelanggang mengikut strategi permainan. Kemahiran ini memerlukanpersefahaman yang tinggi antara pengumpan dengan pemain yang akan melakukan rejaman.Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain setter akanmenghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannyapasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepatdaripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahappersefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bolayang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiranmembuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangandiletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup.
  7. 7. D. MerejamMerejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara kencang ke dalamgelanggang pihak lawan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mata servis lawan. Merejamadalah kemahiran yang kompleks. Kita perlu mempunyai koordinasi tubuh yang baik bagimelakukan larian, lompatan, pergerakan di udara, memukul bola dan mendarat. Rejaman bolehdilakukan dengan baik apabila bola berada dekat dengan jaring. Pemain barisan belakang hanyaboleh melakukan rejaman di belakang garisan serangan.Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata denganmembuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiriberdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda.Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkantangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakanini samalah seperti smash dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya bolatidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalamgelanggang.
  8. 8. E. MengadangMengadang ialah kemahiran menghalang rejaman pihak lawan yang dilakukan dekat denganjaring pada aras atas jaring. Pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalangserangan pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan ketepatan mengagak rejaman lawan dan kuasaotot kaki ketika melompat. Mengadang hanya boleh dilaksanakan oleh pemain barisan hadapanLazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan.Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang membuatrejaman.Cara-cara Menghadanga) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atasb) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan
  9. 9. 2.1.4 Otot-otot utama yang terlibat dalam kemahiran bola tampar Kemahiran Otot-otot utamaMenyangga DeltoidServis Deltoid, Pectoralis majorMengumpan DeltoidMengadang Gastrocnemius, Quadriceps, DeltoidMerejam Gastrocnemius, Erector spinae,Quadriceps, Deltoid2.1.5 UNDANG-UNDANG DAN PERATURANPertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola TamparAmatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia(MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut: 1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua. 2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. 3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel. 4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah. 5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. 6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan. 7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang. 8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. 9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan. 10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jarring atau memasuki kawasan pihak lawan. 11. Setiap pasukan boleh meminta dua kali ‘time out’ dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil.
  10. 10. 12. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula. 13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. 14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan 15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.Kita perlu menguasai semua kemahiran asas permainan bola tampar untuk menjadi pemain yangbaik. Sebagai sebuah pasukan, setiap pemain perlu bekerjasama, cepat dan bijak membuatkeputusan ketika beraksi menentang pihak lawan. Pengetahuan berkaitan permainan bola tamparakan melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi, membentuk sikap pemain yang berdisiplindan beretika.

×