Lumba jalan kaki
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Lumba jalan kaki

on

  • 4,856 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,856
Views on SlideShare
4,856
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
94
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Lumba jalan kaki Lumba jalan kaki Document Transcript

    • LUMBA JALAN KAKIDefinisi lumba jalan kaki ialah kemajuan langkah yang berterusan menyentuh permukaan bumi. Dua asas undang-undang boleh menjelaskan apa itu lumba jalan kaki: 1. Sebelah kaki mesti memijak bumi sepanjang masa, kaki hadapan mesti memijak bumi setelah kaki belakang diangkat; 2. Kaki belakang mesti diluruskan dari mula menyentuh bumi sehingga ke posisi tegak lurus dengan badan.Lumba jalan kaki adalah acara balapan yang unik melibatkan kekuatan, dayatahan dan fleksibiliti. Pelumba harus memfokuskan pada teknik berjalansepanjang perlumbaan melalui tumpuan mental yang baik bagi mengekalkangaya dan teknik berjalan yang sah. OBJEKTIF Selepas mempelajari topik ini kita akan dapat: 1. Melakukan kemahiran asas lumba jalan kaki dengan teknik yang sah dan selamat; 2. Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian dalam lumba jalan kaki; 3. Menyatakan undang-undang dan peraturan lumba jalan kaki; 4. Menganal pasti otot-otot utama yang digunakan dalam lumba jalan kaki;dan 5. Menganalisis fasa pergerakan dalam lumba jalan kaki. 1
    • FASA-FASA KEMAHIRAN LUMBA JALAN KAKIA. FASA SOKONGAN SEBELAH KAKI Fasa sokongan sebelah kaki terbahagi kepada dua iaitu sokongan kaki hdapan dan sokongan kaki belakang. Fasa ini menghasilkan pecutan dan persediaan untuk menjejakkan kaki yang bebas. i. Sokongan Kaki Hadapan Fasa ini bermula sebaik sahaja kaki yang melangkah ke hadapan menyentuh permukaan bumi sehingga kaki tersebut berada dalam posisi yang lurus dengan badan. Pusat gravity berada pada kaki yang menyokong badan. Pergerakan ke hadapan dalam fasa ini ibantu oleh momentum yang terhasil semasa sokongan kaki belakang. ii. Sokongan Kaki Belakang Fasa ini memastikan kedua-dua belah kaki menyentuh bumi sepanjang masa dan ia bermula sebaik sahaja kaki sokongan melakukan tolakan ke hadapan manakala kaki yang bebas mula melangkah ke hadapan. Fasa ini juga menghasilkan pecutan dan persediaan bagi fasa sokongan dua belah kaki.B. FASA SOKONGAN DUA BELAH KAKI Fasa sokongan dua belah kaki berlaku hanya seketika iaitu ketika kedua-dua belah kaki menyentuh permukaan bumi. Fasa ini menghubungkan sokongan kaki belakang dan sokongan kaki hadapan. Pelaksanaannya ialah dengan menjejakkan tumit kaki hadapan ke permukaan bumi diikuti bebola kaki belakang menyentuh permukaan bumi. Kedua-dua belah lutut diluruskan dengan mengekalkan posisi badan berserta dengan ayunan tangan bersilang arah dengan langkahan kaki. 2
    • TEKNIK-TEKNIK PERGERAKANA. POSTUR BADANPostur badan perlu tegak dan relaks dari mulan langkahan hingga akhirlangkahan. Teknik memperoleh postur badan yang betul ialah denganmenegangkan otot belakang badan dan otot abdominal. Bahu relaks danfleksi siku. Tegakkan kepala dan terus memandang ke hadapan.B. PERGERAKAN TANGANAyunan tangan yang betul dapat mengekalkan momentum pergerakan kehadapan dan menghasilkan imbangan badan yang baik. Teknik inidilaksanakan dengan fleksi siku 85°hingga 90° sepanjang masa. Ayunantangan rapat pada badan. Semasa ayunan belakang, genggaman tangandirapatkan ke sisi pinggul dan semasa ayunan hadapan, tangan selaridengan dada.C. PERGERAKAN PINGGULPergerakan pinggul adalah aksi putaran ke hadapan dan ke belakang.Fleksibiliti bahagian pinggul penting untuk menghasilkan pergerakan yangbaik. Aksi ini memastikan kita memperoleh kedudukan tapak kaki yangbetul panjang langkah yang optimum semasa melangkah.D. KEDUDUKAN KAKI DAN TAPAK KAKIKedudukan kaki dan tapak kaki semasa berjalan akan membantu kitamemperoleh panjang langkah yang optimum dan aturan langkah yangpantas. Keadaan ini akan menghasilkan kelajuan pergerakan kakimelangkah. OTOT-OTOT UTAMA YANG TERLIBAT KETIKA LUMBA JALAN KAKI 1. Gluteal; 2. Hamstring 3. Gastrocnemius 4. Quadriceps 3
    • UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1. Penentuan posisi ketika permulaan ditentukan mengikut seeding yang dilaksanakan oleh penganjur; 2. Perlumbaan yang berlangsung di balapan akan diadili oleh enam orang hakim termasuk seorang ketua hakim; 3. Amaran akan diberikan sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut definisi perlumbaan; 4. Tiga amaran akan diberi sebelum penyertaan dibatalkan 5. Tanda kuning dengan symbol kesalahan akan ditunjukkan sebagai tanda amaran. Tanda merah pula ditunjukkan sebagai penyertaan dibatalkan; 6. Penyertaan akan dibatalkan oleh ketua hakim apabila tiga hakim sependapat cara berjalan tidak mengikut definisi lumba jalan kaki;dan 7. Sekiranya pertandingan diadakan di balapan, individu yang dibatalkan mesti segera meninggalkan balapan.LUMBA JALAN KAKI MEMERLUKAN TEKNIK BERJALAN KAKI YANG SAH.LATIHAN YANG SISTEMATIK MENGIKUT PRINSIP-PRINSIP LATIHANAKAN MEMBANTU KITA MENGUASAI TEKNIK BERJALAN YANG BETUL.HAL INI PENTING SUPAYA KITA DAPAT MENGELAK DARIPADAMELAKUKAN TEKNIK BERJALAN YANG TIDAK SAH DAN DIBATALKANKETIKA PERTANDINGAN. SELAIN ITU, ASPEK-ASPEK KESELAMATANJUGA PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK MENGELAKKAN SEBARANGRISIKO KECEDERAAN 4