Disediakan OlehCikgu Adnan Mohd Rafi       SMK. Sandakan
   1. Sebuah Negara yg bebas drp dunia empayar   2. Negara yg berdaulat dan dibawah kuasa raja mutlak   3. Penduduknya ...
1. Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal :   Golongan feudal (bangsawan, Penguasa Autonomi Tempatan,    golongan adatLandlord...
2. Perkembangan Zaman Renaissance : Akibat berlakunya zaman Renaissance telah  mengubah sikap dan pemikiran orang Eropah ...
3. Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangsaan :   Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16    melalui sokong...
4. Kemajuan Ekonomi : Perkembangan     ekonomi yang pesat selepas zaman Renaissance melahirkan golongan kapitalis seperti...
 5.   Kemunculan Golongan Pertengahan: Golongan pertengahan yg mengusahakan perdagangan dan perindustrian memerlukan per...
 6.    Bahasa Kebangsaan : Muncul  golongan cerdik pandai selepas  zaman Renaissance. Penulisan dan  penerbitan karya be...
   7. Perang salib:   - Perang ini berlaku selama hampir 200 tahun antara org    kristian dgn org islam di Timur Tengah ...
 8.   Pemberian anugerah serta gelaran kpd golongan bangsawan:-Terbentuk dgn pemberian anugerah dan gelaran kepada gol b...
   9. Golongan gereja:   - Kejatuhan institusi gereja menyumbang ke    pembentukan negara bangsa   - Gereja amat berkua...
 Monarki  Mutlak merupakan bentuk kerajaan yang unggul, di mana seseorang Raja itu mempunyai kuasa penuh untuk memerintah...
   Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir    Zaman Pertengahan bermula dari feudalisme di    mana raja masih dia...
Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanyamenjawab kepada Tuhan dan bukan kepadamanusia yang lain terutamanya wakil r...
   Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia    secara semula jadi masing-masing mempunyai hasrat atau ...
   Pada Zaman Pembaharuan atau Rennaisance,    teori monarki mutlak disokong oleh ramai para    falsafah Perancis sebagai...
 Sistem beraja mutlak (berlangsung hampir dua abad) diasaskan oleh Raja Henry VII pada 1485 yg mengasaskan Dinasti Tudor ...
Nama Pemerintah    Tempoh PemerintahanRaja Henry VII     1485-1509Raja Henry VIII    1509-1547Mary I             1553 -155...
 Magna Carta (Piagam Agung dalam bahasa Latin)  merupakan piagam yang diterbitkan pada tahun 1215 di  England. Piagam ini...
dewan atau Parlimen United Kingdom dan seringdirujuk sebagai "Pertuanan" (the Lords). ParlimenUK terdiri dari Raja, Dewan ...
 Terdiri drp golongan knight, orang kaya,  dan peguam. House of Lords lebih berpengaruh  berbanding House of Commons dar...
   Awal abad ke-17, muncul golongan gentry dluar bandar yg    kemudiannya mengatasi kekayaan golongan bangsawan.   Di ba...
 Sebilangan   kecil mazhab Protestan tidak  puas hati dengan gereja Anglican kerana  masih amalkan sifat gereja tradision...
   Selepas kemangkatan Ratu Elizabateh I, iaitu Dinasti    Tudor terakhir, England tiada waris terdekat yg boleh    mewar...
 Semagat ‘magna Carta’ yg dipegang oleh Diansti  Tudor berjaya meredakan penentangan ahli  parlimen & gol. Puritan. Raja...
   Dasar raja James menegaskan bahawa kedudukan raja    mengatasi segala undang-undang yg digubal oleh manusia   Pemrint...
 Dikemukan/disuarakan  atas sebab rasa tidak puas hati terhadap penggunaan kuasa mutlak raja kpd Raja Charles 1. Petisyen...
-Menangkap 9 ahli parlimen yg menentangnya secara terbuka diparlimen dandengan angkuh membubarkan dan menjalankan pemerint...
 Perancisdiketuai raja-raja sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1789. Raja Louis XVI dan ratu baginda, Marie Antoinette...
 Napoleon   Bonaparte mengambil alih pemerintahan Republik pada tahun 1799, menjadikan diri beliau Konsul Pertama, dan ke...
   Kuasa Raja mengatasi semua undang-undang,   Tindakan ‘lettre de cachet’   Majlis Diraja – dianggotai oleh kerabat di...
 Dibahagikan  kpd 3 Estat (blok) Estet pertama terdiri drp goln paderi Estet kedua – goln bangsawan Estet Ketiga – gol...
 Perhimpunan   Orang-orang Kenamaan pd  1787 Persidangan Diraja Kejatuhan bangunan Bastille Perisytiharan hak-hak manu...
 Bincangkan sistem pemerintahan beraja mutlak di England dan Perancis pada abad ke-16 hingga abad ke-18 Bandingkan siste...
 SEKIAN       DAN SELAMAT MEMBUAT RUJUKAN LANJUT
Raja mutlak
Raja mutlak
Raja mutlak
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Raja mutlak

4,103

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
4,103
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
103
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Raja mutlak

  1. 1. Disediakan OlehCikgu Adnan Mohd Rafi SMK. Sandakan
  2. 2.  1. Sebuah Negara yg bebas drp dunia empayar 2. Negara yg berdaulat dan dibawah kuasa raja mutlak 3. Penduduknya berteraskan ciri2 spt 1 bangsa, 1 adat, 1 kesusasteraan dan 1 kesedaran kebangsaan 4. Wujud berasaskan konsep persekutuan beberapa wilayah di bawah sebuah Negara 5. Setiap wilayah mempunyai pemerintah sendiri tetapi dikawal olh kerajaan pusat di bawah seorang raja. 6. Raja berkuasa mengistiharkan perang, memungut cukai, menjalankan pentadbiran dan menguatkuasakan udg2 yg seragam di seluruh Negara 7. Cth Negara bangsa sekitar abad ke-15 ialah England, Perancis dan Sepanyol 8. Terdapat beberapa faktor yg membawa kpd pembentukan Negara bangsa
  3. 3. 1. Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal : Golongan feudal (bangsawan, Penguasa Autonomi Tempatan, golongan adatLandlord, gereja) merupakan golongan yang sangat berpengaruh dari segipolitik pada zaman pertengahan. Pengaruh golongan ini merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan bangsa dan penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam sesebuah negara. Kesannya sistem feudal tidaklagi diterima oleh masyarakat Eropah. Contohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang-undang baru yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang mempunyai lambang kuasayang khas dan lain-lain.
  4. 4. 2. Perkembangan Zaman Renaissance : Akibat berlakunya zaman Renaissance telah mengubah sikap dan pemikiran orang Eropah tentang perasaan kebangsaaan dan kesetiaan kepada negara mereka. Sebelum ini masyarakat Eropah memberi kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menguasai wilayah dan kawasan tertentu Zaman Renaissance telah berjaya menyatukan semua bangsa di Eropah dalam sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan undang-undang, cara hidup, sikap, pemikiran, bahasa dan sebagainya
  5. 5. 3. Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangsaan : Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16 melalui sokongan rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan membawa kepada pembentukan sesebuah negara bangsa. Kebanyakan raja Monarki ini mengekalkan kuasa melalui pemerintahan berpusat, sistem dinasti, perkahwinan, peperangan, komplot dan penaklukan. DiEropah wujud zaman monarki mutlak yang berkuasa melalui dinasti-dinasti agong seperti Romanoff, Hohanzollern, Bourbon dan Habsburg. Contoh-Pemerintahan negara bangsa Perancis oleh Louis Xi dari Dinasti Volois yang melakukan pemusatan kuasa di Paris. Begitu juga Raja Henry VII di England melalui Dinasti Tudor yang melakukan pemusatan kuasa di London.
  6. 6. 4. Kemajuan Ekonomi : Perkembangan ekonomi yang pesat selepas zaman Renaissance melahirkan golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong dan lain-lain. Menyebabkan serf lari daripada vassal untuk pergi ke bandar Raja mengambil kesempatan utk meluaskan pengaruhnya serta kuasanya dan membentuk negara bangsa
  7. 7.  5. Kemunculan Golongan Pertengahan: Golongan pertengahan yg mengusahakan perdagangan dan perindustrian memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang besar dan kuat.Untuk itu meraka sanggup membayar wang perlindungan dan cukai kepada raja. Golongan pemerintah pula dapat mengumpul wang yang banyak dan mengukuhkan ekonomi mereka serta dapat membayar gaji tentera. Secara tidaklangsung melemahkan golongan feudal
  8. 8.  6. Bahasa Kebangsaan : Muncul golongan cerdik pandai selepas zaman Renaissance. Penulisan dan penerbitan karya berkembang dibantu oleh penciptaan mesin cetak. Karyayang dihasilkan menggunakan bahasa kebangsaan bukannya bahasa dialek tempatan. Iniberjaya menarik minat membaca rakyat dan memudahkan lagi usaha menyatukan rakyat dan penubuhan Negara bangsa
  9. 9.  7. Perang salib: - Perang ini berlaku selama hampir 200 tahun antara org kristian dgn org islam di Timur Tengah dan Asia Kecil - Semasa perang salib org Kristian meminta bantuan Pope (Paus) dan pemerintah eropah utk meminta bantuan ketenteraan - Olh itu pemerintah meminta bantuan dr vassal dan serf yg disumbang menjadi tentera - Kuasa dan pengaruh vassal berkurangan apabila serf tidak pulang selepas perang selesai - Jd raja mengukuhkan kuasa dgn melancarkan ekspedisi perang dan mewujudkan negara bangsa - Perang salib juga menyebankan org kristian sedar akan kelemahan diri dan ingin mewujudkan negara bangsa spt zaman kegemilangan tamadun Yunani dan Rom.
  10. 10.  8. Pemberian anugerah serta gelaran kpd golongan bangsawan:-Terbentuk dgn pemberian anugerah dan gelaran kepada gol bangsawan-Cth gelaran ialah Duke, Earl, Baron dan Count-Cara ini dpt memuaskan hati gol bangsawan, memudahkan raja mengawal mereka dan mendapatkan taat setia mereka
  11. 11.  9. Golongan gereja: - Kejatuhan institusi gereja menyumbang ke pembentukan negara bangsa - Gereja amat berkuasa dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Ini menggugat kedudukan raja - Olh itu raja memberi hak kpd cendekiawan dan rakyat biasa utk memilih pemimpin gereja - Dgn itu kuasa gereja dpt dihalang dan raja mendapat sokongan rakyat - Pembentukan negara bangsa menjadi muda
  12. 12.  Monarki Mutlak merupakan bentuk kerajaan yang unggul, di mana seseorang Raja itu mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negaranya. Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak. Malah di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Brunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.
  13. 13.  Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari feudalisme di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals di kalangan golongan bangsawan[1]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VIII dari England. Beliau telah berani menentang Paus Katolik di Rom dan mereka mazhab yang baru iaitu Church of England[2]
  14. 14. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanyamenjawab kepada Tuhan dan bukan kepadamanusia yang lain terutamanya wakil rakyat diParlimen[3]. Harta yang melimpah ruah disokongdengan bala tentera yang besar hanya memberimereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini.Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnyamemerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaikraja yang mendakwa hak ketuhanannya untukmemerintah adalah Raja Louis XIV dari Perancis.
  15. 15.  Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia secara semula jadi masing-masing mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka[4]. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau seperti peperangan. Sebaliknya, manusia membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atau artificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang atau lembaga yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people) [Hobbes: ms 376][5]. Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi pendek, keseorangan, miskin dan mereka juga akan bersikap buruk seperti haiwan[6].
  16. 16.  Pada Zaman Pembaharuan atau Rennaisance, teori monarki mutlak disokong oleh ramai para falsafah Perancis sebagai satu bentuk enlightened despotism atau despotisme pembaharuan. Mereka berhujah bahawa seorang raja yang mempunyai kesedaran atau enlightened mampu memperkenalkan pembaharuan yang progresif di samping membendung feudalisme dan golongan paderi yang reaksionis. Teori ini semakin pudar selepas kejatuhan kerajaan Napoleon[7]..
  17. 17.  Sistem beraja mutlak (berlangsung hampir dua abad) diasaskan oleh Raja Henry VII pada 1485 yg mengasaskan Dinasti Tudor yg perintah England sehingga 1603.
  18. 18. Nama Pemerintah Tempoh PemerintahanRaja Henry VII 1485-1509Raja Henry VIII 1509-1547Mary I 1553 -1559Raja Elizabeth I 1559-1603
  19. 19.  Magna Carta (Piagam Agung dalam bahasa Latin) merupakan piagam yang diterbitkan pada tahun 1215 di England. Piagam ini merupakan pengaruh awal dalam proses mendirikan sistem perlembagaan dan undang-undang am yang wujud pada hari ini. Magna Carta dianggap salah satu daripada dokumen-dokumen penting dalam sejarah demokrasi.Magna Carta diterbitkan hasil daripada pertelingkahan antaraPaus Innocent III, Raja John dan baron-baron England tentangkuasa dan hak raja. Piagam ini mewajibkan John melepaskantuntutan terhadap kuasa-kuasa tertentu, menghormati undang-undang am dan tertakluk kepada undang-undang. Piagam inijuga mengiktiraf hak asasi rakyat biasa- Sebauah piagam politik yg digubal utk mengawal kuasa Raja
  20. 20. dewan atau Parlimen United Kingdom dan seringdirujuk sebagai "Pertuanan" (the Lords). ParlimenUK terdiri dari Raja, Dewan Rakyat (dewan bawahParlimen, juga dirujuk sebagai the Commons), danDewan Pertuanan. Di Parlimen, ahli-ahli DewanPertuanan kini melebihi ahli-ahli Dewan Rakyatdengan 751 berbanding 646.- Tersiri drp golongan tuan tanah yg kaya,golongan bishop, dan kerabat diraja.
  21. 21.  Terdiri drp golongan knight, orang kaya, dan peguam. House of Lords lebih berpengaruh berbanding House of Commons dari segi politik kerana raja mempunyai hubungan yg rapat dgn ahli-ahli House Of Lords (Paul Thomas, 1989;5) Raja-raja Tudor berjaya mengawal kedua- dua dewan tersebut dgn baik.
  22. 22.  Awal abad ke-17, muncul golongan gentry dluar bandar yg kemudiannya mengatasi kekayaan golongan bangsawan. Di bandar muncul gologan bourjois muncul sebagai saudagar kaya, pengusaha ladang pertanian, pemilik bank, dan golongan profesional. Strukktur kelas mykt England mula berubah walaupun golongan gentry dan bourjois tidak boleh menjadi anggota House Of Lords namun dgn kekayaan yg ada mereka cuba tingkatkan status sosial dan pengaruh politik. Pada abad ke-17 , kebanyakan ahli House Of Commons datangnya drp golongan ini. Mereka mula berani mempertikaikan pengaruh politik yg didominasi oleh golongan aristokrat dalam House Of Lord.
  23. 23.  Sebilangan kecil mazhab Protestan tidak puas hati dengan gereja Anglican kerana masih amalkan sifat gereja tradisional Kristian (Katolik). Golongan yg tidak puas hati ini dikenali golongan Puritan Matlamat perjuangan bersihkan amalan agama di England drp pengaruh gereja Katolik Rom dan bebas daripada kawalan politik. Kedudukan golongan puritan lama- kelamaan semakin kukuh disebabn mengutamakan disiplin dan tolak upacara atau istiadat agama tradisional.
  24. 24.  Selepas kemangkatan Ratu Elizabateh I, iaitu Dinasti Tudor terakhir, England tiada waris terdekat yg boleh mewarisi takhta England Bermula pada 1603. Raja James dari Scotland ditabalkan sbg raja England dgn gelaran Raja James I sebagai tanda bermulanya Dinasti Stuart di England Dinsti Stuart ; James I (1603 -1625) Charles I (1625-1649 Charles II (1660-1685) James II (1685-1688) Mary II & William Of Orange (1689-1702
  25. 25.  Semagat ‘magna Carta’ yg dipegang oleh Diansti Tudor berjaya meredakan penentangan ahli parlimen & gol. Puritan. Raja-raja Stuart mengambil sikap berbeza dan terpaksa berhadapn penentangn ahli-ahli parlimen dan kebangkitan gol. Puritan. Kesan penentangan tersebut mencetuskan perang saudara di England yg dikenali sbg Revolusi Puritan (1642-1648). Pemerintahan Raja James I (1603-1625) dan puteranya, Raja Charles I (1625-1649) tidak memahami tradisi politik England. Raja James I berpegang kuat pada doktrin Kuasa suci raja.
  26. 26.  Dasar raja James menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi segala undang-undang yg digubal oleh manusia Pemrintahan secara mutlak Dasar agama Raja James I yg lebih memihak kpd mazhab katolik dan menolak hubungan rapat gereja dgn kerajaan Gol. Puritan tidak iktiraf bishop yg dilantik raja James I Kemuncak kemarahan golongan Puritan apabila Raja James I kahwinkan puteranya dgn Puteri dari Perancis yg bermazhab katolik Memberi keistimewaan pd syarikat yg disukai Pemgenalan cukai tanpa persetujuan parlimen Raja Charles I membelakangi parlimen dlm soal kutipan cukai
  27. 27.  Dikemukan/disuarakan atas sebab rasa tidak puas hati terhadap penggunaan kuasa mutlak raja kpd Raja Charles 1. Petisyen ini mengutuk sikap autokratik raja dan menentang amalan pungut cukai oleh raja tanpa kelulusan parlimen. Parlimen juga desak raja singkir pegawai tinggi kerajaan yg rasuah dan tidak disukai rakyat.
  28. 28. -Menangkap 9 ahli parlimen yg menentangnya secara terbuka diparlimen dandengan angkuh membubarkan dan menjalankan pemerintahan secara mutlak. -Menjalankn pemerintahan tanpa parlimen selama 11 tahun-Pebagai agensi pungutan cukai ditubuh. Hal ini menimbulkan rasa tidak puashati golongan bangsawan , pemilik tanah, gentry dan bourjois sama ada diHouse Of Lord atau House Of Commons yg punya hubungan yang rapat-Menjual hak monopoli barangan pengguna seperti arak, sabun, dan garamdengan harga mahal, kesanya harga barangan tersebut melambung tinggi.-Masalah dalam bidang keagamaan
  29. 29.  Perancisdiketuai raja-raja sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1789. Raja Louis XVI dan ratu baginda, Marie Antoinette, dihukum mati, bersama beribu- ribu warga Perancis yang lain. Keruntuhan sistem beraja mutlak diganti dgn sistem raja bepelembagaan namun dalam masa yg singkat @ lebih kurang 1 tahun dan kemudiannya diganti sistem republik.
  30. 30.  Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintahan Republik pada tahun 1799, menjadikan diri beliau Konsul Pertama, dan kemudiannya Maharaja Empayar Perancis Pertama (1804–1814). Melalui peperangan, tentera beliau menakluki kebanyakan tanah besar Eropah, serta ahli-ahli keluarga Bonaparte dilantik sebagai r aja-raja kerajaan baru
  31. 31.  Kuasa Raja mengatasi semua undang-undang, Tindakan ‘lettre de cachet’ Majlis Diraja – dianggotai oleh kerabat diraja yg berpengaruh, semua keputusan mesti disahkan melalui majlis ini. Intendant – menguruskn hal-hal yg berkaitan dgn pentadbiran & pungutan cukai Pegawai-pegawai intendant terdiri terdiri drp kerabat diraja yg b/jawab kpd raja Goln Paderi (clergy) terdiri paderi atasan (Bishop) dan paderi bawahan (parisy) Golongan Bagsawan – bangsawan atasan dan bangsawan rendah Goln bangsawan bergelar Golongan burjois
  32. 32.  Dibahagikan kpd 3 Estat (blok) Estet pertama terdiri drp goln paderi Estet kedua – goln bangsawan Estet Ketiga – goln burjois dan petani
  33. 33.  Perhimpunan Orang-orang Kenamaan pd 1787 Persidangan Diraja Kejatuhan bangunan Bastille Perisytiharan hak-hak manusia dan Warganegara (Declaration of the right of man and the citizen)
  34. 34.  Bincangkan sistem pemerintahan beraja mutlak di England dan Perancis pada abad ke-16 hingga abad ke-18 Bandingkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan raja berperlambagaan di England dan di Perancis pada abad ke-16 hingga abad ke-18.
  35. 35.  SEKIAN DAN SELAMAT MEMBUAT RUJUKAN LANJUT
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×