Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

  • 1,737 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
1,737
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
132
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. ISI KANDUNGAN 1. DOA AWAL PAGI 2. DOA SEBELUM BERTUGAS 3. DOA SAMBUTAN 100 TAHUN MASJID 4. DOA SOLAT HAJAT 5. DOA PEMOHONAN HAJAT 6. DOA SEMBAHYANG TAHAJUD 7. DOA SEMBAHYANG ISTIKHARAH 8. DOA SEMBAHYANG WITIR 9. KAIFIAT SEMBAHYANG HAJAT DAN DOA 10. DOA SEMBAHYANG DHUHA 11. DOA SEMBAHYANG TARAWIH 12. DOA YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI 13. DOA PENUTUP YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI 14. DOA YASIN BAHASA ARAB 15. DOA YASIN BAHASA MELAYU 16. DOA HARI RAYA AIDILFITRI / AIDILADHA 17. DOA MINTA PETUNJUK JALAN KEBENARAN 18. DOA SEMPENA MESYUARAT 19. DOA AKHIRI MESYUARAT 20. DOA ANTARA 2 KHUTBAH 21. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI 1 22. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI 2 23. DOA ANCAMAN YAHUDI ZIONIS 24. DOA MAJLIS KEMERDEKAAN 25. DOA MAJLIS PERASMIAN 26. DOA MAJLIS PERKAHWINAN 1 27. DOA MAJLIS PERKAHWINAN 2 28. DOA MUDAH MENGHAFAL 29. DOA PERASMIAN PECAH TANAH 30. DOA SAMBUTAN HARI GURU 31. ZIKIR MUNAJAT 1 32. ZIKIR MUNAJAT 2 33. PENGHULU ISTIGHFAR 34. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN 35. DOA SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN 36. DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN 37. PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN 38. PENUTUPAN PENUTUP KONVENSYEN 39. DOA ANGIN AHMAR 40. DOA CERAMAH KESIHATAN MASJID 41. DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM 42. DOA KENDURI KESYUKURAN 43. DOA KESEJAHTERAAN 44. DOA MAJLIS PENUTUP UMUM 45. DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH /MAULUD 46. DOA JAMUAN AIDILFITRI 47. DOA GOTONG ROYONG MASJID 48. DOA ZIARAH KUBUR 49. DOA AWAL TAHUN 50. DOA AKHIR TAHUN ` 01 02 03 04 05 07 08 09 10 11 12 13 15 16 17 18 19 20 21 21 22 23 24 25 26 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 50 52
  • 2. DOA AWAL PAGI , . SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. Ya Allah Ya Tuhan kami, Kepada engkaulah kami memohon dan kepada engkaulah kami meminta …. agar engkau sinarilah hati-hati hambamu ini dengan cahaya hidayahmu, sebagai mana engkau menerangi bumi dan langit ini dengan rahmatmu. Keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan pandulah dengan kefahaman jalan yang engkau redhai dan jadikanlah kami sebagai hambamu yang bersyukur di atas segala nikmatmu Ya Rahman , Ya Rahim Bukakanlah bagi kami pintu-pintu ilmu dan hiasilah anak-anak kami ini dengan akhlak yang baik lagi terpuji dan janganlah engkau sesatkan hati-hati kami setelah engkau memberi petunjuknya . Kami jua memohon agar dilimpahkan kejayaan dalam segala kerja yang kami lakukan, permudahkanlah segala uasaha kami dan terimalah doa kami, sesungguhnya engkaulah Tuhan yang maha pemurah ,maha mendengar lagi maha mengetahui. Ya Allah,Kami memohon kepadamu agar engkau tunjukkanlah kepada kami jalan keredhaanmu di dunia mahupun di akhirat. Perbetulkanlah segala amal perbuatan kami serta kurniakanlah kelebihan dan kemulian untuk kami berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah ya Tuhan kami bukakanlah pintu taubat kepada kami agar kami bersih daripada segala kejahatan dan sesungguhnya engkaulah Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengampun. .
  • 3. DOA SEBELUM BERTUGAS PAGI , . Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini . Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan, Justeru kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan. Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi , sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan , Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. .
  • 4. DOA SAMBUTAN 100 TAHUN MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR-1927M , Ya Allah Ya Tuhan Kami, Pada pagi yang berbahagia ini, kami warga Mukim Lekir, Khususnya Kariah Masjid AlRahmaniah Batu 8 Lekir.memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana pada pagi ini, kami dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama merai dan menyambut hari sambutan ulangtahun masjid yang ke 100 . Ya Allah ya Tuhan kami, Kami bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah memberi peluang kepada kami menjadi penduduk Mukim Lekir di Daerah Manjung ini samada bermukim atau bermustautin di sini.. Sebagai Warga penduduk di sini, kami bermohon kepadaMu agar masjid yang kami cintai ini mampu melahirkan penduduk-penduduk yang berilmu dan berakhlak mulia, mampu melahirkan pemimpin bertaraf tinggi, mampu melahirkan insan-insan yang mengharumkan nama Mukim Lekir di mata masyarakat Negeri Perak seterusnya Malaysia. Ya Allah ya tuhan kami, Kau berkatilah usaha-usaha kami sebagai seorang warga Mukim ini, baik yang tua ataupun yang muda untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan bertolak ansur, memaju dan menjaga nama baik Kariah yang kami cintai ini agar cemerlang dari segi Akhlak mahupun Syahsiah diri. Ya Allah Ya Rohman ya Rohim, Kau lindungilah Masjid kami ini daripada perkara-perkara yang tidak baik, daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan keharmonian Kariah Lekir, daripada perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah Penduduk Lekir dan seterusnya kami bermohon petunjuk dan hidayahmu agar Kariah ini sentiasa mendapat kerahmatan, kemakmuran, dan kesejahteraan untuk terus membimbing anak genarasi kami demi agama, bangsa dan negara. .
  • 5. DOA SOLAT HAJAT , Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada WAKTU ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau . Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal‟alamin , Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram , Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan . Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara‟ Kepada Engkau sajalah kami memohon agar Engkau mengurniakan taufiq kepada generasi Islam hari ini, hinggalah mereka menjadikan Islam itu sebagai pegangan dalam pemikirannya, kepercayaannya, kemuncak pengukurannya, amalnya, dan juga sebagai tujuan dalam penyelidikannya hingga mencapai kemuliaan yang ditunggu-tunggu dan kehormatan yang dicaricari. Engkaulah sebaik-baik tempat memohon pertolongan dan Engkau pasti akan mengabulkan permohonan. Ya „Azizi Ya Sattar Ya Fa‟alullima yurid , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan. Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
  • 6. DOA PEMOHONAN HAJAT
  • 7. DOA SEMBAHYANG TAHAJJUD .
  • 8. DOA SOLAT ISTIKHARAH Jabir bin Abdillah Radhiallaahu anhu berkata: Adalah Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam mengajari kami shalat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari surah Al-Quran. Beliau bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan shalat sunah (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini: . “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu. Aku mohon kepadaMu sesuatu dari anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau mengeta-hui, sedang aku tidak mengetahuinya dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendak-nya menyebut persoalannya) lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya terha-dap diriku atau -Nabi bersabda: …di dunia atau akhirat- sukseskanlah untuk-ku, mudahkan jalannya, kemudian berilah berkah. Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini lebih berbahaya bagiku dalam agama, perekonomian dan akibatnya kepada diriku, maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan kebaikan untukku di mana saja kebaikan itu berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku.” Tidak menyesal orang yang beristikharah kepada Al-Khaliq dan bermusya-warah dengan orang-orang mukmin dan berhati-hati dalam menangani perso-alannya. Allah Ta’ala berfirman: “… dan bermusyawarahlah kepada mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, perekonomian, politik dan lain-lain). Bila kamu telah membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah…” (Ali Imran, 3: 159) HR. Al-Bukhari 7/162
  • 9. DOA SEMBAHYANG WITIR . . .
  • 10. KAIFIAT SOLAT HAJAT : :( . “DARIPADA ABDULLAH BIN ABI AUFA RA: KAMI KELUAR BERSAMA-SAMA NABI MUHAMMAD SAW ( MUSAFIR ) , BERSABDA NABI : SESIAPA YANG MEMPUNYAI HAJAT KEPADA ALLAH ATAU MENGHAJATI SESUATU UNTUK ORANG LAIN, MAKA BERWUDU‟LAH DENGAN BAIK, KEMUDIAN SOLATLAH 2 RAKAAT KEMUDIAN BERDOA : 1. PUJIAN PADA ALLAH 2. SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW 3. BACA DOA : 4. PINTA HAJAT SAMADA PERKARA DUNIA ATAU AKHIRAT. 5. SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN PERKENANKANNYA”. ( HADIS RIWAYAT IMAM TURMIZI, AN-NASAIE DAN IBNU MAJAH )
  • 11. DOA SOLAT DHUHA
  • 12. DOA SOLAT TARAWIH
  • 13. DOA YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI 
  • 14.                      
  • 15. DOA PENUTUP                 
  • 16. DOA YASIN B.ARAB . . . . . . .
  • 17. DOA YASIN B.MELAYU Segala puji bagi Allah tuhan sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan segala sahabat dan kerabat baginda seluruhnya. Ya Allah Ya Tuhan kami…. Dengan kalimah Bismillah… kami mengadapMu Ya Allah. Kepada Engkaulah kami sembah .dan kepada Engkau juga kami minta pertolongan. Sesungguhnya Ya Allah .. kami amat lemah untuk menghadapi dugaan hidup ini tanpa petunjuk dan pertolongan serta rahmatMu Ya Allah. Dengan berkat surah Yaasin yang kami tutur dan bacakan Ya Allah.. Dengan kebenaran dan hak surah Yaasin dan Al-Quran… Kami mengharapkan petunjukMu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami… permudahkanlah kami dalam segala urusan dan amalan kami. Ya Allah Ya Tuhan kami….. perelokkanlah agama kami dan tauhid serta pegangan kami. Selamatkanlah arwah roh kami dan juga jasad kami .. Ya Allah. Perbaikkanlah amal dan kerja kami . Ya Allah Ya Tuhan kami, hanya kepada engkau kami sembah dan kepada Engkau kami minta pertolongan. Berikanlan kami kekuatan ya Allah untuk merubah diri kami menjadi insan pelajar yang gemilang dan berbudaya penyayang yang sentiasa mendapat keberkatan dan perlindunganMu Ya Allah.
  • 18. DOA HARI RAYA , YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM KAMI MERAFA’KAN KESYUKURAN KEPADAMU YA ALLAH KERANA TELAH MEMANJANGKAN UMUR KAMI HINGGA KE HARI INI, KESIHATAN TUBUH BADAN SEHINGGA KAMI BERJAYA MELAKSANAKAN APA YANG TELAH KAMI RANCANG SELAMA INI YAITU MENJALANKAN IBADAH KORBAN YANG MERUPAKAN SUNAT MUAKKADAH BAGI KAMI. TERIMALAH YA ALLAH AMALAN KAMI IAITU PUASA / (KORBAN KAMI TERUTAMA BAGI MEREKA YANG TELAH MENGORBANKAN WANG RINGGIT MEREKA UNTUK 2/3 EKOR LEMBU YANG TELAH DIKORBANKAN PAGI INI). YA ALLAH YA BADI’USSAMAWATI WAL ARD KAMI BERMOHON PADA MU YA ALLAH KESIHATAN TUBUH BADAN, KESELAMATAN, JUGA TERHINDAR DARI BALA’MU YA ALLAH. KAMI TAHU YA ALLAH, KAMI SENTIASA MENZALIMI DIRI KAMI YA ALLAH, SENTIASA TIDAK TERLEPAS DARI DOSA-DOSA KECIL YANG SENTIASA MENGELILINGI KAMI YA ALLAH, MALAH TERKADANG DI KALANGAN KAMI TELAH MELAKUKAN DOSA BESAR KEPADAMU YA ALLAH. OLEH ITU YA ALLAH, DI WAKTU YANG PENUH SYAHDU INI YA ALLAH, KAMI MEMOHON AMPUN SEGALA DOSA KAMI, AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI SELAMA INI YA ALLAH, SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAULAH MAHA PENGAMPUN DOSA PARA HAMBAMU. YA ALLAH YA QADHIYAL HAJAT JADIKANLAH KAMI DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG MUDAH DALAM MENUNAIKAN IBADAH KEPADAMU, TERUTAMA SOLAT 5 KALI SEHARI SEMALAM KERANA SESUNGGUHNYA SOLAT YANG SEBENAR ADALAH YANG BOLEH MENCEGAH DARI PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNKAR. YA ALLAH, JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH KERANA SESUNGGUHNYA MEREKALAH YANG AKAN MENGGANTIKANKAN KAMI SUATU MASA NANTI. YA ALLAH YA RAFI’UD DARAJAT KURNIAKAN KEHARMONIAN SERTA KESEJAHTERAAN PENDUDUK KAMPUNG LEKIR INI, JADIKANLAH MASYARAKAT KAMPUNG LEKIR INI SEBAGAI MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, SENTIASA INGIN
  • 19. BERTOLONG BANTU, BEKERJA SAMA, BERMUAFAKAT ANTARA SAMA LAIN SAMA ADA HAL EHWAL DUNIA MAHUPUN AKHIRAT. . DOA MINTA PETUNJUK JALAN KEBENARAN Ya Allah Ya Tuhan kami , Tunjukkanlah kami sesuatu yang benar (hak) itu tetap benar(hak) , maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menuruti dan mengikutinya . Ya Allah Ya Tuhan kami , Tunjukkanlah kami sesuatu yang batil (salah) itu tetap batil (salah) , maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menghindari dan menjauhinya . Ya Allah Ya Tuhan kami , Berikanlah kefahaman yang benar tentang perkara agama , dan ajarkanlah kepada kami ilmu takwil , dan tunjukkanlah kami jalanMu yang lurus , jalan yang telah Engkau kurniakan kepada Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
  • 20. DOA SEMPENA MESYUARAT , Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Hakim Ya Azim, Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir, Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan, kesejahteraan, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan genarasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat. .
  • 21. DOA AKHIRI PERJUMPAAN/MESYUARAT DAN DOA ANTARA 2 KHUTBAH JUMAAT
  • 22. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI Ya Allah ya tuhan kami, kami berserah diri kepada-Mu dalam segala perkara.Engkaulah yang memberi nikmat untuk kami meneruskan kehidupan ini, menghirup udara-Mu, menetap di bumi – Mu dan masih menikmati nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman, kami memohon kepada-Mu ya Allah agar nikmat ini dapat kami kecapi selama kehipan yang berbaki ini. Ya Allah ya tuhan kami,di kalangan kami ini ada yang dapat menyahut seruan-Mu sebagai tetamu untuk menunai Fardu Haji, maka pada hari ini kami menadah tangan kepada-mu memohon sahabat kami ini dapat menunaikan kefarduan seperti yang dikehendaki oleh ya Allah.Terimalah haji yang bakal dilakukan ini sebagai haji yang mabrur-yang diterima oleh –Mu- , selamatkanlah sahabat-sahabat kami ini sepanjang melakukan rukun islam yang kelima ini , dipermudahkanlah segala hal perlakuan dalam ibadah ini supaya dengannya dapatlah sahabat kami dihindari dari azab api neraka-Mu.kami benar-benar takut dengan azab yang engkau nyatakan di dalam kalam-Mu dan lisan nabi-mu.Lindungilah kami darinya ya Allah ya rabbal a`lamin. Ya Allah ya tuhan kami, kepada keluarga sahabat kami ini, selamat dan sejahterakanlah mereka di sepanjang ketiadaan sahabat kami ini ketika melakukan ibadah haji.Semoga keluarga di sini juga turut dalam jagaan dan lindungan–Mu ya Allah.Ya Allah ya tuhan kami, kami memohon kurnia dari-Mu, tanpa-Mu kami tidak memiliki apa-apa.kuniakanlah kepada kami yang masih belum menunaikan ibadah ini dapat pergi dengan selamatnya pada tahun-tahun yang akan datang, sampaikanlah salam kami kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W insan terpilih disisi-Mu yang amat kami cintai,yang ingin kami temui di bumi yang Madinah Al-Munawwarah. Ya Allah ya tuhan kami,berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharankanlah kaimi dari seksa neraka-Mu. Ya Allah ya tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kam, berikan rahmat dari gedung kemurahan-Mu sesungguhnya engkau tuhan yang memberi anugerah.
  • 23. DOA ANCAMAN YAHUDI ZIONIS , . "WAHAI Tuhan Kami, anugerahikan kepada kami ketakwaan kepada-Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepada-Mu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berikanlah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia ini." "Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami khususnya orang yahudi yang berfahaman zionis dan sekutu-sekutunya. Dan berilah hukuman yang setimpal kepada mereka yang memusuhi agama-Mu, berilah kesukaran dalam segala urusan kehidupan mereka, serta berikanlah seluruh kekuatan pada dunia seluruhnya untuk menghancurkan dan melenyapkan kaum zionis dari atas bumi-Mu ini. "Ya Allah ,Engkau tundukkan mereka terhadap kami seperti menundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Allah Sulaiman , Ya Allah ,Ya Muntaqim engkau kembalikan semula rancangan dan pakatan jahat mereka ke atas diri mereka sendiri ,dan engkau hancur pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka . .
  • 24. DOA MAJLIS KEMERDEKAAN Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki , Jadikanlah pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan . Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat kemerdekaan yang telah Engkau kurniakan kepada tanah air kami , juga kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pejuang kemerdekaan dan barisan pemimpin negara yang telah , yang sedang dan yang akan mempertahankan erti kemerdekaan ini sehingga ke titisan darah terakhir . Sesungguhnya pengisian terhadap kemerdekaan lebih mencabar daripada memperolehinya . Oleh itu berilah kami kekuatan untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini dengan sumbangan bermakna. Kami amat menyedari dan menginsafi susah payah generasi terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan , maka Engkau cucurilah rahmat ke atas roh pejuangpejuang kemerdekaan . Moga-moga dengan keinsafan dan kesedaran yang mendalam menjadi titik tolak untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi membangunkan negara dalam menghadapi cabaran masa hadapan . Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup baru tahun … . Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
  • 25. DOA MAJLIS PERASMIAN                                                     -YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM . Berkatilah dan Rahmatilah majlis kami pada petang ini, Sesungguhnya perhimpunan kami dalam MAJLIS PERASMIAN ……………………………………. ini, adalah semata-mata menyahut seruanMu untuk menjadi insan yang sentiasa diberkati dan diredhai. Ya Allah, jadikanlah kami semua golongan yang mengajak kepada kebenaran, yakni mengajak umat manusia mengerjakan amal soleh dan kebajikan. -YA ALLAH ya tuhan kami, Jadikanlah juga majlis ini sebagai WASILAH kepada kami untuk memperolehi ganjaran di Akhirat. Sesungguhnya, segala sumbangan yang telah kami berikan untuk pembinaan surau sekolah ini adalah datang dari rezekiMu jua Ya Allah. Ya Allah, ya tuhan kami jadikanlah surau ini sebagai wadah bagi membina kerohanian dalam diri setiap penghuni asrama. Tingkatkanlah iman kami dan penuhilah dada kami dengan Nur HidayahMu, supaya dapat kami mengimarahkan surau ini sebaik-baiknya, dengan mengerjakan ibadat kepada Allah, solat lima waktu secara berjemaah, mengadakan program-program yang membentuk keperibadian yang mulia, tazkirah dan sebagainya. YA ALLAH YA AZIZUL GHAFFAR, Kami berhimpun pada petang ini juga Ya Allah, adalah untuk menjadi KHAIRA UMMAH sebaik-baik ummah, dan menyatakan keikhlasan kami dalam mendokong dan menegakkan agamaMu, Ya Allah, Lindungilah asrama kami ini dari segala musibah dan mala bahaya, Kau berikanlah kecemerlangan kepada asrama dan sekolah kami, Ya Allah. YA ALLAH, YA MUQALLIBAL QULUB Wahai Tuhan yang berkuasa, menyatukan hati-hati manusia, Kami memohon pada mu Ya Allah kau satukanlah hati-hati kami, bimbingilah kami untuk mencapai Redha Mu ya Allah, Kukuhkanlah organisasi-organisasi kami untuk meneruskan perjuangan Rasul mu dalam kumpulan yang kuat . YA ALLAH, Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan dosa ibu-bapa kami serta kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihi kami semasa kecil.
  • 26. .
  • 27. DOA MAJLIS PERKAHWINAN , . Ya Allah, ya Hannan, ya Mannan Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman, Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu…. Murahkan rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh… Semoga kehidupan dipenuhi Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah di dunia dan akhirat…
  • 28. DOA MAJLIS PERKAHWINAN Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Perkahwinan (Nama Pengantin dan pasangannya) pada hari yang berbahagia ini Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah Ya Waduud , Kami merasa sungguh bertuah kerana dikunjungi oleh tetamu yang amat istimewa iaitu ……………… , moga-moga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis ini . Ya Allah Ya Rahman , Limpahkanlah lembayung rahmat dan rahim-Mu kepada pasangan raja sehari yang kami raikan pada hari ini , sesungguhnya perkahwinan itu merupakan ikatan yang suci dan luhur , ikatan yang menyatukan dua hati yang berbeza fitrah dan nalurinya , maka Engkau peliharalah ikatan ini dan kurniakanlah kepada pasangan suami isteri ini ketenangan jiwa (sakiinah) sebagaimana Engkau janjikan dalam kitab-Mu , juga kurniakanlah kepada mempelai ini sifat kasih sayang atas dasar keimanan , sifat kesabaran dalam menghadapi cabaran rumahtangga , sifat tolak ansur dan menerima seadanya dalam menerima kekurangan pasangan masing-masing , sifat tolong menolong antara satu sama lain dan banyak lagi sifat yang perlu di suburkan demi kebahagiaan sesebuah rumah tangga . Ya Allah , Ya Kariim , Kurniakanlah kepada suami , sifat tanggungjawab tehadap isteri dan keluarga , sifat hikmah dalam mendidik isteri dan anak-anak serta melindungi mereka . Kurniakanlah kepada isteri sifat penyayang kepada suami dan anak-anak , sifat pengorbanan yang unggul demi kebahagiaan suami dan anak-anak serta menjaga amanah suami semasa ketiadaannya . Ya Allah , Ya Wahhab , Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah , sebagai penyejuk hati , sehingga mereka mengecap nikmat perkahwinan yang sempurna yang Engkau telah janjikan . Anak-anak yang mentaati dan memuliakan mereka sebagai ibu bapa . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram , Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
  • 29. DOA MUDAH MENGHAFAL َ َ ْ Pengertiannya : Ya Allah cucurilah rahmat-Mu ke atasku dengan meninggalkan maksiat kepada-Mu selama mana Engkau kurniakan kehidupan kepadaku , juga janganlah Engkau bebaniku dengan sesuatu yang tidak berfaedah , dan kurniakanlah kami pandangan yang baik (dalam semua perkara kehidupanku) sehingga Engkau meredhai dan memberkatiku . Ya Allah Tuhan Yang mencipta langit dan bumi , Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan , Kekuatan yang diinginkan , aku mohon kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dengan keagungan dan sinaran cahaya wajahmu , semoga Engkau menguatkan ingatan hatiku agar dapat menghafaz kitab-Mu (al-Qur’an) sebagaimana Engkau ajarkankan kepadaku , dan anugerahilah kepadaku kemahiran membacanya sebagaimana yang Engkau redhai dan kehendakki. Ya Allah Tuhan Yang mencipta langit dan bumi , Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan , Kekuatan yang diinginkan , aku mohon kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dengan keagungan dan sinaran cahaya wajahmu, Semoga Engkau (dengan keberkatan al-Qur’an ) terangilah pandanganku , lancarkanlah ucapan lidahku , hindarilah hatiku dari segala bentuk kegelisahan , lapangkanlah dadaku , dan berikanlah aku kekuatan untuk beramal dengan perintah-Mu sebagaimana yang terkandung di dalam al-Qur’an , Sesungguhnya tiada yang dapat membantuku melaksanakan kebenaran melainkan diri-Mu , dan tiada yang dapat memberi sesuatupun melainkan Engkau , tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan dari-Mu Salam sejahtera ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. , juga keluarga dan seluruh sahabat Baginda .
  • 30. DOA MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH , Ya Allah Ya Tuhan Kami, Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu , kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut dan meraikan MAJLIS PECAH TANAH UNTUK PEMBINAAN ……. pada hari ini. Kami bermohon dan bermunajat kepadaMu, mudah-mudahan majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu dari awal hingga ke akhir majlis.. Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim, Pembinaan sekolah merupakan satu usaha berterusan pihak kerajaan untuk membantu rakyat membangunkan sahsiah insan. Usaha ini bukan sahaja mampu melahirkan manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan malahan akan melahirkan pemimpin pada masa hadapan. Justeru pada hari yang bersejarah ini, disertai dengan pemimpin yang prihatin akan masa depan anak bangsa, engkau berkatilah usaha-usaha murni ini bermula dari projek permulaan sehingga kepada perlaksanaannya. Mudahkanlah apa kiranya ya Allah segala kesulitan yang bakal kami hadapi, jauhkanlah ya Allah segala balak bencana yang bakal menimpa kami, kurniakanlah kepada kami kecekalan, kurniakanlah kami kesabaran, kurniakanlah kepada kami ini kekuatan untuk membina sekolah ini, mudahmudahan segala pengorbanan yang kami jalankan ini mampu memberi manfaat yang besar untuk generasi kami pada masa hadapan Ya Allah Ya Rahman Ya Ghafar Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia, dan cintakan agama, bangsa dan negara kita Malaysia.
  • 31. DOA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU , Ya Allah Ya Tuhan Kami, Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut sambutan Hari Guru peringkat sekolah di sekolah ini. Kami bermohon dan bermunajat kepadaMu, mudah-mudahan majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu dari awal hingga ke akhir majlis.. Ya Allah ya Tuhan kami, Guru merupakan permata yang akan menyinari masa depan sesuatu bangsa. Permata ini perlu digilap sentiasa dengan menguasai ilmu yang baru dan terkini.Tanggungjawab mendidik, mengasuh dan mentarbiah pelajar bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan boleh dipandang ringan. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan, lantaran itu Ya Allah, kami barisan pendidik ........ bermohon dan bermunajat kepada mu agar menjadikan segala urusan mendidik dan mentarbiah anak didik kami ini dipermudahkan olehmu ya Allah , diberikan kesenangan dan kefahaman yang mendalam dan dikira sebagai amalan soleh . Ya Allah ya Rohman ya Rahim Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan cintakan agama, bangsa dan negara di sekolah ini.. Ya Allah Ya Rahman . Kau berikanlah kami keyakinan bahawa usaha mendidik dan mengasuh anak-anak ini akan mendapat ganjaran yang besar disismu dan mudah-midahan dikira sebagai satu amalan yang soleh.
  • 32. 1 ‫ذكر مناجات‬ 10 x Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar 4x Allah , Allah , Allah , Allah 2x Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. 2x Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya (Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang di esakan Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk(wajah-wajah) 2x Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w 2x Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai 10 x Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat
  • 33. 2 ‫ذكر مناجات‬ Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. ( 3 kali ) Muhammad Pesuruh Allah. ( 3 kali ) Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam ( 3 kali ) Tuhanku, aku tak layak masuk syurga-Mu. Namun tak pula sanggup menanggung azab neraka-Mu. Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau pengampun dosa-dosa besar.
  • 34. PENGHULU ISTIGHFAR . DALIL : . DARIPADA SYADDAD BIN AUS RA DARI NABI MUHAMMAD SAW ( PENGHULU ISTIGHFAR …. ) : SESIAPA YANG MEMBACANYA DI WAKTU SIANG DENGAN MENGHAYATINYA, JIKA DIA MATI PADA WAKTU TERSEBUT, MAKA DIA ADALAH AHLI SYURGA. SESIAPA YANG MEMBACANYA DI WAKTU MALAM DENGAN MENGHAYATINYA, JIKA DIA MATI PADA WAKTU TERSEBUT, MAKA DIA ADALAH AHLI SYURGA. RIWAYAT AL-BUKHARI
  • 35. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN , Allahumma Antal „Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perhimpunan Bulanan ..., merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami terhadap pendidikan, dakwah dan tarbiah. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan sumbangan bakti kami, amat besar ertinya buat pendidikan Kampung. Kegigihan, kesabaran dan keyakinan yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi . Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hatihati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada ini. Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • 36. DOA SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN , Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di majlis ini sempena perpisahan Yang Berbahagia …………., merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan. Justeru kami berhimpun disini pada malam ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami buat azimat dan kenangan sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk kepentingan Kariah dan watan. Allahumma Antal Hasibul Jalil Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati… Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau yang berjasa, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini. Iringilah bersama detik-detik perpisahan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara. Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Kurniakanlah apakiranya kepada kami yang ditinggalkan ini, kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami.
  • 37. DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN , Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis INI......, merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni‟mat Mu yang tidak terhingga. Allahumma Antal Hasibul Jalil, Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami sepanjang 2 hari ini, dan hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati. Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan ketinggian martabat al Quran, Muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran. Ya.. Allah, Peliharalah kami, jua anak-anak kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap Kalam Mu. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan dan keazaman untuk membaca dan memperkota ayat-ayat Mu dalam kehidupan. Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram, Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
  • 38. PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN , Allahumma Antal „Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Konvensyen Siri ….., merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Antal Kabirul Muta‟al Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan meneruskan kesinambungan pendidikan kearah kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan. Justeru…Ya Allah berkatilah perhimpunan kami di sini. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan. Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
  • 39. PENUTUPAN PENUTUP KONVENSYEN , Allahumma Antal „Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada tengahari ini, di Majlis Penutupan Konvensyen Perdana Pendidikan, merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Antal Hasibul Jalil Sesungguhnya kami berhimpun selama tiga hari disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan, memerah seluruh tenaga dan pemikiran, bagi mencapai kata sepakat dan muafakat, menghitung dan bermuhasabah, membina garis panduan dan halatuju, untuk mencapai kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan. Justeru… berkatilah perhimpunan kami di sini. Jadikanlah segala usaha dan hasil muafakat di konvensyen ini sebagai landasan dan ransangan demi perjuangan memartabatkan pendidikan tanah air tercinta, usaha dan hasil yang Kau redhai dan restui. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era bestari dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan. Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
  • 40. DOA ANGIN AHMAR
  • 41. CERAMAH KESIHATAN MASJID , Kami bersyukur di atas nikmat dan hikmat yang Engkau berikan kepada kami untuk menghadiri Majlis Ceramah Kesihatan pada pagi ini . Semoga kehadiran kami pada pagi ini akan memberi dan menambahkan maklumat yang berguna supaya kami dapat menjalani kehidupan dengan penuh ke‟afiatan dan kesejahteraan . Ya Allah , Ya „Azizi Ya Sattar Ya Fa‟alullima yurid , Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimat Ikhlas dan prinsip keikhlasan . Berpegang kepada agama Nabi Junjungan Kami Nabi Muhammad S.A.W. , yang juga agama ayah kami Nabi Ibrohim „alaihissalam dengan setulus hati . Dan Nabi Ibrohim bukan seorang musyrikin . Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar , Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami . Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram , Perbaikilah urusan agama kami kerana ia adalah pengawal kehidupan kami , Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah urusan akhirat kami kerana di sanalah kami akan dikembalikan . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan. Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
  • 42. DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM ِ‫بِسِمِ اهللِ الرَّحِمَنِ الرَّحِيِم‬ ِ‫اَلْحَمِدُ هللِ رَبِّ العَالَمِيِنَ ,وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيِنَ وَالصَّالَة ُوَالسَّالَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِه‬ َ‫وَأَصِحَابِهِ أَجِمَعِيِن‬ Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Rafi‟a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua. Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan.. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
  • 43. DOA KENDURI KESYUKURAN
  • 44. DOA KESEJAHTERAAN Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan. Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami. .
  • 45. DOA MAJLIS PENUTUP UMUM Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah Taala, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat baginda. Ya Allah, kami merafakkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah, atas perkenan dan izinMu,hari ini kami hamba-hambaMu mampu berhimpun dan berkumpul selama 2 hari, bagi menjayakan Majlis ....... PadaMu kami memohon agar majlis kami ini dapat keberkatan dan keredaanMu jua. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Indah dan Engkau sukakan segala keindahan, maka melalui Majlis Mahrajan ini, kami hamba-hambaMu memuji keindahan sifatMu, keluhuran budi RasulMu serta ketinggian ajaran agamaMu.Terimalah Ya Allah segala puji-pujian hamba-hambaMu yang hina ini. Ya Allah kami berharap agar Engkau terimalah usaha kami ini sebagai usaha murni dan amal ibadah di sisiMu.Jadikanlah irama nasyid dan selawat yang kami alunkan pada hari ini sebagai pemangkin agar kami lebih mendekatkan diri kami dan pendengarnya kepadaMu. Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut namaMu ,agar kami terus mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan yang sihat untuk menunaikan perintahMu. Ya Allah, Ya Tuhan kami, seandainya di dalam majlis ini terdapat perkara yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.Jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan yang baik. .
  • 46. DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH/MAULID Ya Allah bagi-Mu puja dan puji ,Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya . Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berhimpun untuk menyambut Ma‟al Hijrah …. H pada waktu yang berbahagia ini . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya. Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja dan puji pancaran cahaya langit dan bumi, Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat , Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang dakwah dan tarbiah . Ya Allah Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan , Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ; Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam kerja berpasukan ; Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah klami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul‟azmi ; Ya Allah , Ya Hazimal Ahzab , Engkau berilah pertolongan kepada saudara kami yang berada di seluruh bumi umat Islam . Selamatkanlah mereka . Ya Allah Ya Latif , Ya Khabirun bima fissudur , Sesungguhnya Engkau tahu segala hajat dan lintasan hati kami , maka dengan segala rahman dan rahim-Mu dan luasnya ilmu-Mu penuhilah hajat kami dalam kehidupan ini . .
  • 47. DOA JAMUAN AIDIL FITRI MASJID Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Pada waktu yang yang berbahagia ini, kami warga kariah Lekir,.memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk meraikan Majlis Jamuan Hari Raya Aidul Fitri pada waktu yang berbahagia ini. Mudah-mudahan program yang dianjurkan ini mampu meneratkan hubungan persaudaraan sesama kami. Allahumma Ya „Aliim, Wa Ya Khabiir, Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
  • 48. DOA GOTONG ROYONG MASJID Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar , Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami . Kami ingin merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelancaran Program Gotong Royong pada pagi yang berbahagia ini dengan tema “…………………………………”. Engkau mengetahui apa yang kami hajati dari majlis ini maka berikan kekuatan kepada kami untuk mewujudkan budaya dan persekitaran yang selamat di sekitar Masjid ini secara berterusan . Ya Allah jauhilah diri kami , keluarga ,masyarakat dan negara kami daripada musibah yang tidak daya kami menanggungnya . Semoga kesejahteraan dan keselamatan ini akan menyediakan prasarana yang sihat demi kesejahteraan warga kampung kami. Jadikanlah usaha kami ini sebagai sebab musabbab untuk menyedarkan dan menginsafkan diri kami betapa keselamatan diri baik zahir mahupun batin merupakan pra syarat untuk mengecapi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia ini demi mencapai kecemerlangan di pelbagai lapangan. Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
  • 49. DOA ZIARAH KUBUR ‫َا َّالَ ُ َلَِكُ ِ أَ ِ َ ا َِّا ِ ِ َ اِ ُ ِِِِ َ َاِ ُ ِِِِ َ، ََِّا ِ ِ َا َاهللُ ِكُ ِ الَ ِقُ ِ َ وَ ِ َ ُ اهللُ اِ ُ َِ ِ ِِِ َ مَّا‬ ‫لس و ع ي ه ٍل لدي ر مً لنؤمييً و لنسلنيً وإى إٌ ش ء ب ه ح وٌ يرحه لنستقدميً ِي‬ .َ‫َاِ ُ َِ ِ ِرِ َ أَ ِأَ ُ اهللَ لََا َلَكُ ُ اِ َاَِة‬ ‫و ل ن س ت أ خ يً س ل ي و ه ل ع ف ي‬ Assalamu‟alaikum ahladdiyaari minal mu‟miniina wal muslimiina, wa inna insyaa Alloohu bikum laahiquuna wa yarhamulloohul mustaqdimiina minnaa wal musta‟khiriina as alullooha lanaa walakumul „aafiyata. “Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami Insya Alloh akan menyusul, ( semoga Allah Ta‟ala memberikan rahmat kepada orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan datang) DOA AWAL TAHUN Hendaklah dibacakan setelah selesai menyempurnakan solat Maghrib ( Awal waktu Maghrib ) 
  • 50.                 Maksudnya : Ya Allah , Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan-Mu yang Maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah. Inilah tahun baharu yang tiba kepada kami, kami memohon kepadaMu agar memberi pemeliharaan daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tenteratenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu agar melakukan pekerjaan atau amalan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu.Ya Allah, Tuhan yang telah mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan engkau wahai tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabatnya.
  • 51. DOA AKHIR TAHUN Hendaklah dibacakan 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib ( Akhir waktu Asar ) 
  • 52.                 Maksudnya : Ya Allah , apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini daripada apa yang telah Engkau tegahi kami, maka kami tidak sempat untuk bertaubat darinya dan Engkau tidak meredoinya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami, walaupun Engkau berkuasa atas menyeksa kami, malah Engkau memberi peluang kepada kami supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu Ya Allah, maka ampunilah kesalahan kami . Ya Allah, Semoga Engkau menerima amalan kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada apa-apa yang kami lakukan dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, Wahai Tuhan yang Maha Mulia. Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabatnya.