Larian Berganti-ganti

13,609 views
13,357 views

Published on

Published in: Sports
1 Comment
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
13,609
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
493
Comments
1
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Larian Berganti-ganti

  1. 1. PENGENALAN• Kebanyakkan kanak-kanak tertarik kepada acara perlumbaan lebih-lebih lagi lari berganti-ganti.• Disebabkan itu, motivasi untuk mereka mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan lari berganti-ganti tidak menjadi masalah.
  2. 2. • Perhatian yang utama hendaklah diberikan kepada pengajaran pertukaran baton yang cekap dan pemahaman prinsip-prinsip asas dalam perlumbaan lari berganti-ganti daripada guru kepada pelajar sebelum memulakan latihan.
  3. 3. Apakah peralatan yang digunakandalam aktiviti Lari Berganti-gantiini?
  4. 4. Alatan-alatan yang digunakandalam aktiviti ini Alatan Blok Baton Permulaan
  5. 5. (a) Blok Permulaan:digunakan dalam semua acara lari berganti- ganti.digunakan oleh pelari pertama.cara memegangnya boleh disesuaikan mengikut keselesaan atlit.
  6. 6. Cara mengukur blok boleh dilakukan dengan cara berikut:(i) Letakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki darigaris permulaan.(ii) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.(iii) pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kakidaripada garis permulaan.
  7. 7. (b) Batonalat yang penting dalam acara lari berganti- ganti.berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh.
  8. 8. berukuran tidak lebih daripada 30sm dan tidak kurang daripada 28sm. Ukur lilitnya hendaklah antara 12sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50gm.diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari.
  9. 9. hendaklah dipegang sepanjang larian.penyerahan baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran (20 meter).
  10. 10. Teknik/Gaya Penukaran BatonTerdapat dua gaya utama penukaran batonyang digunakan, iaitu:(a) Gaya selang-seli tanpa pandang(b) Gaya selang-seli cara pandang
  11. 11. Apakah yang dimaksudkan dengangaya selang-seli tanpa pandang dangaya selang-seli cara pandang?
  12. 12. (a) Gaya selang-seli tanpa pandang diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti- ganti 4x100 meter. pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan.Perhatian: semasa menerime baton, pelari tidakmenoleh ke belakang.
  13. 13. Menerima baton gaya selang-seli tanpa pandang: Pelari yang sedang menunggu akan mula berlari sebaik sahaja pembawa baton sampai di tandaan Kemudian pelari yang membawa baton memberi isyarat kepada pelari yang berada di hadapannya. Pelari yang berada di hadapan akan menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton daripada pelari yang membawa baton. Pada masa yang tepat, baton itu diletakkan ke dalam tangan penerima.
  14. 14. (b) Gaya selang-seli cara pandang diberi nama semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhati pemberian baton daripadanya. adalah menjadi tugas pembawa baton meletakkan baton ke dalam tangan penerima. biasanya pemberian itu dilakukan dengan pergerakan ke bawah.
  15. 15. Cara memberi baton• Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton.• Beri isyarat kepada penerima.• Hulurkan baton dengan tangan yang lurus.• Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.
  16. 16. Cara menerima baton• Selalu berada dalam keadaan sedia.• Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton.• Sediakkan tandaan. Berlepaslah dengan pantas sebaik sahaja pelari yang membawa baton sampai di tandaan itu. Jangan menoleh ke belakang semasa berlari(gaya tanpa pandang).
  17. 17. • Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton.• Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
  18. 18. Nota: Adalah menjadi tugas pembawa baton untuk meletakkan baton ke dalam tangan penerima. Sekiranya baton yang dibawa terjatuh ke tanah semasa melakukan pertukaran, pembawa baton tadi dikehendaki mengutip baton terjatuh itu semula dan memberikannya kepada pelari yang menunggu. Baton hendaklah dihantar kepada penerimanya di dalam lingkungan zon penukaran baton sejauh 20 meter.
  19. 19. Latihan Ansur Maju Penukaran Baton A. Latihan statik-berpasangan. B. Ulang latihan statik di atas dengan menggunakan baton. C. Latihan bergerak-berpasangan. D. Latihan bergerak-berpasangan.
  20. 20. Latihan statik-berpasangan melibatkan dua perserta. Perserta A berdiri lebuh kurang satu meter di belakang perserta B. Perserta A memberi isyarat kepada perserta B. Perserta B menarik tanggannya ke hadapan sebaik sahaja Peserta A menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan aktiviti ini secara berulang-ulang.
  21. 21. Latihan bergerak-berpasangan memerlukan dua peserta. dilakukan sambil berlari anak(joging) Peserta A akan berlari ke hadapan Peserta B setelah memberi baton kepadanya. Peserta B menghantar baton kepada Peserta A. Teruskan latihan yang serupa buat beberapa kali.
  22. 22. Latihan bergerak-berpasangan Asingkan kedudukan kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 meter. Peserta A berlari apabila dia sampai di tandaan,Peserta B pula akan mula berlari. Peserta A terus mengejar Peserta B untuk memberi baton kepadanya. Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.
  23. 23. NOTA:• Latihan-latihan yang telah disebutkan di atas boleh dilakukan oleh empat hingga enam orang peserta dalam satu barisan.• Semasa menjalankan latihan, guru yang mengajar hendaklah menggalakkan para pelajarnya memerhati kawan-kawan mereka dan meneliti sama ada teknik atau cara yang dipraktiskan itu betul atau tidak.
  24. 24. KEDUDUKAN PELARI DAN ZON PENUKARAN BATONPetunjuk dan simbol-simbol:M : garis mula dan tamat.a : menandakan mulaan dan akhiran zon penukaranbaton ( 20 meter ).b : garis 10 meter di belakang zon penukaran baton.Peserta tidakdibenarkan menunggu di belakang garis ini.P : peserta; p1, p2, p3 dan p4. ( tidak semua berada digaris ini ).
  25. 25. Jenis –jenis larian:Bagi acara 4 x 100 meter, kedudukan para pelari adalah seperti berikut; pelali pertama berada pada p1, pelari kedua pada kedudukan p2, pelari ketiga pada p3 dan pelari keempat pada p4.Bagi acara 4 x 200 meter pelari pertama dan pelari ketiga berada pada kedudukan p1 manakala pelari kedua dan keempat berada pada kedudukan p3.Kedudukan pelari bagi acara 4 x 400 meter pula, kesemua pelari berada pada kedudukan p1.
  26. 26. Panduan Mengatur pelari-pelariuntuk perlumbaan.
  27. 27. 1. Pelari pertama: dapat memulakan larian yang baik. pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap semasa menerima baton.2. Pelari kedua: merupakan perlari yang terpantas di bahagian lurus. cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.
  28. 28. 3. Pelari ketiga: pantas berlari di bahagian selekoh. cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanannya.4. Pelari keempat: tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di dalam pasukannya. pantas berlari di bahagian lurus. merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang.
  29. 29. 2 POSISI MULAAN UNTUK PELARI KEDUA, KETIGADAN KEEMPAT1. Pelari-pelari ( yang akan menerima baton daripada pelari yang masuk) mengambil posisi mulaan berdiri, sambil memandang dari atas bahu diri pelari masuk yang membawa baton.2. Apabila pelari yang masuk sampai pada tanda tertentu, pelari yang keluar menghadap ke hadapan dan mula belari pecut secepat mungkin tanpa memandang belakang.
  30. 30. Penempatan pelari-pelari adalah tanggungjawabjurulatih.Di bawah terdapat 2 contoh susunan pasukan: Contoh 1 Pelari Pertama Ketiga terbaik Pelari Kedua Keempat terbaik Pelari Ketiga Kedua terbaik Pelari Keempat Terbaik Contoh 2 Pelari Pertama Ketiga terbaik Pelari Kedua Terbaik (untuk mencapai jarak terluas) Pelari Ketiga Keempat terbaik Pelari Keempat Kedua terbaik
  31. 31. Aktiviti yang boleh dijalankan di kalangan pelajaruntuk mengalakkan perlumbaan lari berganti-gantiini:(a) Lari berganti-ganti dan tukar tempat.(b) Lari berganti-ganti berbentuk roda.(c) Lari berganti-ganti mengelilingi skitel.(d) Lari berganti-ganti 30 meter.
  32. 32. (a) Lari berganti-ganti dan tukar tempat• memerlukan 4 peserta.• peserta 1 dan 3 membawa baton.• peserta 1 memulakan larian dan memberikan baton kepada peserta 2.• setelah menerime baton, peserta 2 akan berlari dan mencuit tangan peserta 3.• peserta 3 akan terus lari dan menyerahkan baton kepada peserta 4. yang akan memecut ke hadapan.• Ulang pusingan kedua dengan peserta 4 menjadi pelari pertyama manakala peserta 1 akan berada di tempat kedua dan seterusnya.
  33. 33. (b) Lari berganti-ganti berbentuk roda.• peserta-peserta disusun mengikut kedudukan.• permainan dimulakan dengan peserta 1 setiap kumpulan berlari dalam satu kumpulan.• peserta 1 kemudian akan menyerahkan baton kepada peserta 2 yang sedang menunggu gilirannya di tempat yang telah dikosongkan oleh peserta 1.• diteruskan sehingga semua peserta mendapat peluang untuk berlari.
  34. 34. (c) Lari berganti-ganti mengelilingi skitel.• Permainan dimulakan dengan peserta 1 setiap kumpulan berlari ke hadapan mengelilingi skitel.• Selepas itu berlari ke belakang kumpulannya untuk mengelilingi satu skitel lagi. Peserta 2 akan meneruskan perlumbaan setelah menerima baton daripada peserta 1.• Semua peserta mesti menunggu giliran mereka di sebelah kanan kumpulan masing-masing.• Kumpulan yang terlebih dahulu menamatkan perlumbaan dikira pemenang.
  35. 35. (d) Lari berganti-ganti 30 meter.• Gunakan kawasan tengah gelanggang bola jaring sebagai zon penukaran baton(10 meter).• Setiap peserta dikehendaki berlari sejauh 30 meter dan 10 meter di dalam zon.
  36. 36. Peraturan-peraturan semasa Perlumbaan LARI BERGANTI-GANTI• Garisan-garisan setebal 5sm dibuat merentasi balapan menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi (scratch).• Setiap zon sambut hendaklah berjarak 20 meter dengan garisan pembahagi (scratch) di tengah- tengahnya.• Zon sambut bermula dan tamat dari sisi garisannya yang menghala garisan permulaan, dari arah peserta datang. Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400 meter (atau zon sambut kedua 4 x 200 meter) sama dengan garisan permulaan 800 meter.
  37. 37. • Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400 meter ialah garisan 10 meter di kedua-dua belah garisan permulaan atau penamat.• Lengkuk yang merintasi balapan pada permulaan memotong masuk pelari kedua (4 x 400 meter) dan pelari ketiga (4 x 200 meter) di awal bahagian lurus seberang padang hendaklah sama dengan garisan memotong masuk bagi acara 800 meter, seperti dijelaskan dalam Peraturan 163.5.• Lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan kalau boleh 4 x 200 meter hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya. Dalam acara 4 x 200 meter ( jika tidak dijalankan dalam lorong ) dan 4 x 400 meter, pusingan pertama serta sebahagian daripada pusingan kedua sehingga ke garisan memotong masuk, hendaklah dijalankan sepenuhnya di dalam lorong.
  38. 38. • Dalam 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu, boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10 meter keluar daripada zon sambutnya (lihat perenggan 2 di atas). Satu tanda jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon ini.• Dalam 4 x 400 meter, pelari kedua akan memulakan lariannya di dalam lorong dan tidak dibenarkan keluar dari zonnya malah dikehendaki meyambut baton dari dalam zon tersebut. Sama juga bagi pelari ketiga dan keempat mesti menyambut baton dari dalam zon.
  39. 39. • Pelari kedua setiap pasukan akan berlari di dalam lorong sehingga menghampiri garisan memotong selepas selekoh pertama di mana atlet boleh meninggalkan lorong masing- masing. Garisan memotong hendaklah melengkung selebar 5 cm, merentasi balapan ditanda, pada setiap hujung dengan sehelai bendera. Sekurang-kurangnya setinggi 1.50m, terletak di luar balapan, 30 cm daripada garisan yang paling hampir.
  40. 40. • Pelari-pelari ketiga dan keempat 4 x 400 m hendaklah mendengar arahan pegawai-pegawai yang ditetapkan, menunggu untuk menyambut baton mengikut susunan pelari pasukan masing-masing setelah melepasi tanda 200 m balapan (dari dalam ke luar). Setelah pelari-pelari diletakkan dalam susunan ini, mereka tidak lagi boleh berubah tempat di awal zon sambut. Sekiranya mana-mana atlet tidak mengikut peraturan ini, beliau akan menyebabkan pembatalan pasukannya.
  41. 41. • Dalam sebarang acara lari berganti-ganti, apabila lorong tidak digunakan termasuk bila sesuai, dalam acara 4 x 200 m dan 4 x 400m, atlet yang menunggu boleh masuk kawasan dalam balapan apabila ahli pasukan menghampiri, dengan syarat mereka tidak menghalang atau menggangu atlet lain. Dalam acara 4 x 200 m dan 4 x 400 m atlet yang menunggu hendaklah mengekalkan urutan seperti dalam perenggan 9.
  42. 42. • Tanda pengenalan (Check Marks). Sekiranya keseluruhan atau sebahagian lari berganti-ganti itu dijalankan mengikut lorong, seseorang peserta boleh membuat tanda pengenalan sendiri dengan menggunakan pita pelekat, maksimum 5 sm x 40 sm, berwarna terang yang tidak boleh sampai mengelirukan tanda-tanda sebenar di balapan. Bagi balapan bitumen atau rumput, pelari boleh membuat tanda dengan menggariskan balapan. Dalam apa jua keadaan tidak ada tanda lain boleh dibuat.
  43. 43. • Peringatan I :Bagi membantu peserta-peserta mengenal pasti lengkuk memotong masuk, kon-kon atau prisma kecil (5 sm x 5 sm), yang tidak melebihi tingginya 15 sm yang berlainan warna dengan garisan lengkuk tersebut bolehlah diletakkan di setiap titik sebelum pertemuan garisan lengkuk tadi dengan garisan lorong.• Peringatan II : Dalam larian 4 x 200 m dan 4 x 400 m yang disertai oleh tidak lebih daripada empat pasukan, disarankan hanya selekoh pertama pusingan pertama dijalankan mengikut lorong.
  44. 44. • Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30 sm dan tidak kurang daripada 28 sm. Ukur lilitnya hendaklah diantara 12 sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50 gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari.• Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil balik oleh atlet yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patut dihabiskannya, Asalkan peraturan ini diguna pakai dan tindakan tadi tidak menggangu atlet lain, terlepas baton tidak mengakibatkan pembatalan.
  45. 45. • Dalam semua lari berganti-ganti, baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila baton telah benar-benar berada di dalam genggaman pelari yang menerima tadi.• Peserta-peserta tidak dibenarkan memakai sarung tangan atau meletak bahan di tangan mereka supaya memperolehi genggaman yang lebih baik. Dalam kawasan zon sambut, hanya kedudukan baton yang menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh atau kaki dan tangan peserta yang dipersoalkan. Pertukaran baton di luar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.
  46. 46. • Sebelum dan atau setelah menyerahkan baton, peserta hendaklah berada di dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak berhalangan supaya tidak menghalang peserta-peserta lain. Peraturan 163.3 dan 4 tidak akan bersabit atlet-atlet ini. Sekiranya seseorang peserta itu secara sengaja menggangu peserta lain dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya, tindakan beliau ini boleh mengakibatkan pasukan beliau dibatalkan.
  47. 47. • Bantuan dengan mendorong atau cara lain akan menyebabkan pembatalan.• Sebaik sahaja pasukan lari berganti-ganti memulakan pertandingan, hanya dua orang atlet sahaja yang boleh menjadi pengganti (simpanan) untuk pusingan-pusingan berikutnya. Penggantian hanya boleh dibuat dengan atlet- atlet yang telah didaftarkan sejak dari mula, sama ada untuk acara berkenaan atau acara lain. Jika sesuatu pasukan tidak mengikut peraturan ini ia akan dibatalkan.
  48. 48. • Komposisi dan susunan larian peserta-peserta hendaklah diistiharkan secara rasmi tidak melebihi sejam sebelum masa panggilan pusingan pertama setiap pusingan pertandingan. Pertukaran selepas ini akan dibuat hanya atas sebab kecederaan ( dan ianya hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola). Paukan berkenaan boleh membuat demikian hanya sehingga masa panggilan terakhir untuk saringan pasukan yang bertanding itu.• Apabila seseorang atlet itu telah digantikan oleh peserta simpanan, beliau tidak boleh berlari semula. Jika sesuatu pasukan tidak mengikut peraturan ini akan dibatalkan.
  49. 49. PENANDA SEMAK (CHECK MARKS) Apabila suatu perlumbaan dilarikan dalam lorong- lorong, peserta boleh menggunakan satu penanda-semak di atas lorong sendiri. Untuk memastikan satu penukaran baton yang baik, adalah penting bahawa kelajuan pelari-keluar mesti bersepadu dengan kelajuan pelari-masuk. Untuk mengukur masa yang tepat bagi memulakan larian pecut, penanda-semak digunakan. Posisi penanda-semak adalah kritis. Jurulatih-jurulatih baru boleh menggunakan kaedah di bawah. Penanda-semak: 5-7 langkah daripada zon pemecutan
  50. 50. Sebagai panduan kasar:Letakkan satu penanda dengan jarak 5 – 7 langkah (berjalan) di belakang zon pemecutan. Pelari-keluar (B) berdiri berhampiran dalam zon pemecutan. Apabila pelari-masuk (A) sampai ke penanda-semak (x), pelari-keluar (B) memusing untuk menghadap ke hadapan dan berlari secepat mungkin. Penukaran baton harus dilakukan lebih kurang pada pertengahan zon penukaran baton.Penanda-semak mungkin perlu diubah suai beberapa kali sehingga ia didapati sempurna.
  51. 51. POIN PENUKARAN Untuk memastikan baton bertukar tangan dengan seberapa cepat yang mungkin, penukaran harus dilakukan apabila pelari yang membawa baton telah menyaingi pelari-keluar. Pelari-masuk menyaingi pelari yang keluar. Secara umum, penukaran baton yang baik berada lebih kurang 2-3 meter melepasi pertengahan zon penukaran baton. Penukaran baton berada pada 2-3 meter melepasi pertengahan zon penukaran baton.

×