• Save
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru

on

  • 19,383 views

 

Statistics

Views

Total Views
19,383
Views on SlideShare
19,383
Embed Views
0

Actions

Likes
13
Downloads
0
Comments
2

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • terima kasih :)...
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Aktiviti yang baik untuk masyarakat.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru Document Transcript

  • KERTAS KERJA PENGANJURAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2011PERINGKAT FELDA BUKIT ROKAN UTARAPENGENALANPihak FELDA melalui Pengurus Encik Abdul Jalal Ajat telah meminta kerjasama pihak JKKKuntuk menganjurkan satu karnival sukan di peringkat Felda Bukit Rokan Utara. Karnival iniakan melibatkan semua pihak di kampung ini terutamanya JKKK, Belia, Pemuda dan PuteriUMNO, Tadika serta pengurusan FELDA. Oleh itu, semua pihak yang terbabit perlumemberikan sepenuh komitmen untuk memastikan penganjuran karnival ini dapat dijayakandengan sempurna.MESYUARAT PENGANJURAN KARNIVAL SUKAN RAKYATSatu Mesyuarat Khas JKKK akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membincangkansecara terperinci aspek-aspek penganjuran Karnival Sukan ini termasuk segala keperluanpenganjuran, peralatan dan belanjawan.TEMA KARNIVALTema Karnival Sukan Rakyat ini akan ditetapkan di dalam mesyuarat Khas JKKK yang akandiadakan di dalam masa terdekat.PENGLIBATAN BADAN-BADAN DAN AGENSIBadan-badan yang akan terlibat menjayakan Karnival Sukan kali ini adalah seperti berikut:1. Pengurusaa FELDA Bukit Rokan Utara2. JKKKK3. GPW, PKJ dan Bina Insan4. UMNO Cawangan FELDA Bukit Rokan Utara5. Tabika Kemas FELDA Bukit Rokan Utara6. Polis dan Rela Kawasan FELDA Bukit Rokan Utara7. Jabatan Parol Daerah Tampin sebagai Keluarga Angkat FELDA Bukit Rokan Utara8. Suruhanjaya Pilihanraya untuk kempen Pendaftaran Pengundi9. Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Tampin yang berminat mengadakan pameran atau membuka kaunter khas.10. Peniaga-peniaga yang berminat menjalankan perniagaan semasa karnival.BAJET KARNIVALJKKK menganggarkan bajet yang diperlukan untuk menganjurkan karnival ini adalah disekitar RM5,000. Kos in termasuk untuk mengadakan peralatan-peralatan yang perlu untukkarnival tersebut. Dianggarkan 70% daripada kos tersebut akan digunakan untuk membelihadiah-hadiah pertandingan serta cenderahati para juri dan pengadil dan tetamu khas.
  • Jumlah sebenar belanjawan penganjuran ini akan ditetapkan pada mesyuarat Khas JKKKtersebut di atas.TARIKH KARNIVALTarikh karnival ini yang dicadangkan adalah pada cuti sekolah pertengahan semester iaitu diantara 28 Mei 2011 dan 12 Jun 2011. Juga dicadangkan sukan ini diadakan pada hari biasaiaitu antara hari Isnin dan Jumaat untuk memastikan jumlah penyertaan peserta dankehadiran penonton yang maksimum. Karnival ini akan berlangsung selama sehari bermulajam 7:30 pagi dan berakhir di sebelah petang lebih kurang jam 6:30 petangWalau bagaimanapun, terdapat acara-acara yang perlu dijalankan secara pusingan awal yangakan bermula sebelum hari Karnival. Tetapi pertandingan akhir bagi acara-acara ini akandilangsungkan pada hari Karnival Sukan.PERASMIAN, PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAHKarnival akan dirasmikan oleh Pengurus FELDA Bukit Rokan Utara, Encik Abd Jalal Ajat danMajlis Penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Kamil BinHaji Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh.Jemputan-jemputan lain yang boleh diundang adalah Penghulu Mukim Gemencheh, Tuan HjZaina’lariffin Bin Haji Mohd Saleh, isteri YB Dato’ Mohd Kamil, Datin Siti Halimah BintiBahaman serta pengurusan tertinggi Felda Wilayah Raja Alias.ACARA-ACARA KARNIVALAcara-acara yang dicadangkan adalah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Kanak-kanak, Belia, Beliawanis, Lelaki dan Wanita Dewasa, serta acara Berkumpulan. Acara-acarayang boleh dijalankan mengikut setiap kategori adalah seperti di bawah:Senarai Acara Mengikut Kategoria. Acara Kanak-Kanak: 1. Mewarna Bawah 6 Tahun 2. Mewarna Bawah 12 Tahun 3. Tiup Belon 4. Isi Air Dalam Botol 5. Lari Bawa Bola Atas Sudub. Acara Belia: 1. Futsal 2. Sepaktakraw 3. Badminton 4. Sepak Bola Dalam Gol
  • c. Acara Beliawanis: 1. Bola Jaring 2. Boling Padang Guna Buah Kelapa 3. Isi Air Dalam Botol 4. Sepak Bola Dalam Gold. Acara Lelaki Dewasa: 1. Pancing Botol 2. Boling Padang Guna Buah Kelapa 3. Sepak Bola Dalam Gole. Acara Wanita Dewasa: 1. Anyam Ketupat 2. Boling Padang Guna Buah Kelapa 3. Isi Air Dalam Botol 4. Sepak Bola Dalam Gol 5. Congkakf. Acara Keluarga (Campuran): 1. Semakin Jauh Semakin SayangSenarai Acara Mengikut Kumpulan dan Individua. Senarai Penuh Acara Individu. 1. Tiup Belon 2. Mewarna Bawah 6 Tahun 3. Mewarna Bawah 12 Tahun 4. Anyam Ketupat 5. Pancing Botolb. Senarai Penuh Acara Berkumpulan. 1. Futsal - 7 orang setiap kumpulan 2. Isi Air Dalam Botol - 4 orang setiap kumpulan 3. Lari Bawa Bola Atas Sudu - 4 orang setiap kumpulan 4. Sepak Bola Dalam Gol - 4 orang setiap kumpulan 5. Boling Padang Guna Buah Kelapa - 4 orang setiap kumpulan 6. Badminton (Bergu) - 2 orang setiap kumpulan 7. Sepaktakraw - 3 orang setiap kumpulan 8. Bola Jaring - 9 orang setiap kumpulan 9. Semakin Jauh Semakin Sayang - 2 orang setiap kumpulan
  • Senarai Acara Khas Bagi Kategori WanitaDi samping acara-acara di atas, pihak GPW, PKJ dan Bina Insan juga akan menganjurkanacara-acara khas untuk wanita iaitu masakan dan gubahan dengan hadiah-hadiah disediakansendiri oleh pihak GPW, PKJ dan Bina Insan.Hadiah-hadiah yang disediakan adalah bernilai: Johan: RM 15.00 Naib Johan: RM 10.00 Ketiga: RM 7.00 Saguhati: RM 5.00Nilai-nilai hadiah di atas akan diberikan kerana para peserta pertandingan di dalam kategoriini perlu mengeluarkan modal mereka sendiri bagi menyediakan bahan-bahan untuk acara-acara yang disertai oleh mereka.HADIAH-HADIAH KARNIVAL SUKAN RAKYATa. Bagi acara-acara individu, hadiah-hadiah akan diberikan berdasarkan kedudukan seperti berikut: - Johan - Naib Johan - Ketiga - 2 hadiah saguhati (sama nilai)b. Bagi acara-acara berkumpulan (kecuali bagi hadiah untuk kategori keluarga campuran), hadiah-hadiah akan diberikan adalah seperti berikut: - Johan - Naib Johan - Ketigac. Manakala bagi acara keluarga campuran (Semakin Jauh Semakin Sayang), hadiah-hadiah akan diberikan seperti berikut: - Johan - Naib Johan - Ketiga - 2 hadiah saguhati (sama nilai)LAIN-LAIN PERKARAJKKK mencadangkan dibuka kawasan khas untuk membolehkan para peniaga menjalankanaktiviti perniagaan. Tapak tersebut akan disewa kepada para peniaga yang berminat. Iniakan dapat menjadi sumber dana tambahan bagi menampung kos operasi penganjuranKarnival Sukan Rakyat ini.
  • Jumlah tapak yang dicadangkan adalah di antara 10 hingga 20 tapak yang berkeluasan 10kaki x 10 kaki dan kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 untuk sehariberniaga. Para peniaga perlu membawa peralatan mereka sendiri seperti kanopi, meja dankerusi.ASPEK KEWANGAN DAN BELANJAWANAnggaran awal bagi Kos Penganjuran Karnival Sukan ini adalah sekitar RM5,000.00. Walaubagaimanapun, anggaran sebenar kos penganjuran ini akan ditentukan di dalam MesyuaratKhas JKKK nanti.1. Kos Hadiah RM 3,000.002. Kos Cenderahati RM3. Kos Peralatan RM4. Kos Pengurusan RM5. Lain-lain Kos6. Kos Luarjangka (10%) JUMLAH RMPEMBIAYAAN KOS PENGANJURANDifahamkan bahawa Felda akan menyediakan kos penganjuran Karnival Sukan ini.PERLANTIKAN URUSETIA PENGANJURAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2011Mesyuarat Khas JKKK juga perlu membincangkan dan melantik Jawatankuasa KecilPenganjuran Karnival Sukan ini bagi memastikan kelancaran program yang akan dijalankan.Mesyuarat akan membincangkan jenis-jenis urusetia yang perlu dilantik.Jawatankuasa yang akan dibentuk ini adalah berdasarkan struktur berikut:Penaung: Encik Abdul Jalal Bin Ajat, Pengurus FeldaPengerusi: Encik Abdul Talib Bin Ahmad, Pengerusi JKKKSetiausaha: Encik Abdullah Bin Musa, Setiausaha JKKKBendahari: Encik Rasol Bin Ahmad, Bendahari JKKKKetua Penyelaras: .................................................................................................Urusetia Kecil yang perlu dilantik di antaranya adalah:1. Keselamatan dan Trafik2. Peralatan dan Khemah3. Makanan dan Jamuan4. Hadiah dan Cenderahati
  • 5. Pengadil dan Juri6. Lain-lainKertas kerja ini dibuat sebagai panduan asas penganjuran Karnival Sukan Rakyat Felda BukitRokan Utara 2011. Panduan lengkap akan dikeluarkan setelah selesai Mesyuarat Khas JKKKberhubung perkara ini.Disediakan oleh:..........................................................ABDULLAH BIN MUSASetiausaha JKKKFELDA Bukit Rokan Utara