• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
 

Penyediaan kertas cadangan pyldkn

on

  • 2,195 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,195
Views on SlideShare
2,195
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
85
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Penyediaan kertas cadangan pyldkn Penyediaan kertas cadangan pyldkn Document Transcript

    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Dr. Nor Azizah SallehPENGENALANLangkah pertama dalam menulis sesebuah kajian ilmiah ialah menyediakan drafcadangan kajian, iaitu ringkasan atau sebuah dokumen yang ditulis secara sistematik,yang melakarkan kajian yang akan anda lakukan. Sebuah cadangan kajian yang lengkap,pada amnya, mengandungi masalah kajian, persoalan kajian, tinjauan literatur, metodologikajian dan senarai rujukan.OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menerangkan kepentingan cadangan kajian sebagai penunjuk arah kepada kajian yang dicadangkan; dan 2. menyediakan satu cadangan kajian, menyatakan permasalahan kajian, hipotesis, teori, soalan kajian, tinjauan literatur, metodologi dan batasan kajian.PETA MINDA TOPIK Cadangan Kajian Permasalahan Tinjauan Metodologi Kajian Literatur Kajian2.1 KENAPA ANDA MENULIS CADANGAN KAJIAN?Cadangan kajian ialah rancangan kajian yang meliputi kerangka konsept kajian, tujuandan objektif kajian, soalan dan hipotesis kajian, kepentingan dan batasan kajian, tinjauanliteratur dan kajian lepas serta alat kajian dan kaedah penganalisisan data. Pengkaji akanmenjalankan kajian berpandukan cadangan kajian ini, yang akhirnya akan menghasilkankertas kajian, disertasi, tesis atau kertas projek. Dengan menyediakan cadangan kajianpengkaji boleh: OUM20
    • TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN(a) mengenal pasti permasalahan yang dikaji dan menyatakan satu set soalan kajian untuk dijawab dalam kajian;(b) membuat tinjauan literatur berkaitan dengan permasalahan kajiaan (ini menunjukkan status pengetahuan ilmiah dalam bidang itu), serta mengenal pasti bidang yang belum lagi dikaji atau kurang diberi perhatian oleh pengkaji;(c) menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian, jika berkaitan);(d) membina metodologi kajian yang berpadanan untuk menguji hipotesis atau untuk menjawab soalan-soalan kajian;(e) membina reka bentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai; dan(f) mengenal pasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya.2.2 KANDUNGAN CADANGAN KAJIANSebenarnya tidak ada suatu cara tertentu untuk kita menstruktur sesebuah cadangankajian. Bagaimanapun, anda dicadang menbahagikan cadangan kajian anda kepadaseksyen atau bab seperti yang ditunjukan dalam Rajah 2.1. Cadangan Kajian Bab Satu Bab Dua Bab Tiga menyatakan masalah memaparkan literatur menjelaskan secara yang ingin dikaji, berkaitan dan kajian terperinci tentang reka termasuk tujuan, berkaitan dengan topik bentuk kajian, termasuk soalan kajian dan yang anda pilih. pemilihan sampel dan cara kepentingan kajian. data dikutip dan dianalisis. Rajah 2.1: Cadangan kajian2.2.1 Bab 1: Masalah KajianBahagian seterusnya menerangkan kandungan Bab 1.(a) Pengenalan Dalam bahagian ini anda akan memperkenalkan masalah kajian dengan sedikit elaborasi tentang fokus utamanya dan variabel yang terlibat dan tujuan kajian. Anda juga harus mengetengahkan beberapa kajian yang signifikan dalam bidang kajian yang anda pilih. Ia sepatutnya ditulis sepanjang lebih kurang 200 perkataan sepertiOUM 21
    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 ditunjukkan dalam contoh berikut. (Contoh ini tidak diterjemahkan supaya ia dapat menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang perlu menulis laporan kajian dalam Bahasa Inggeris). Topic: Inculcating Noble Values through Cooperative Learning in Science Introduction Cooperative learning is learning in small group of 4-5 persons with emphasis on interdependency among members, and maintaining individual responsibilities in achieving specific learning objectives. It has been proven through more than 100 research that it enhances achievement as well as affective domain (Johnson & Johnson, 1994). The noble values (nilai murni) in the Malaysian school curriculum cut across curriculum and are required to be included in the daily lesson plan. This research attempts to see if the 5 noble values: love, rationale, diligent, independent and cooperativeness can be inculcated through teaching of science using the cooperative learning TGT structure. Cooperative learning to inculcate values was conducted in 12 secondary schools in Malaysia, using the structures of Jigsaw2 and STAD (NorAzizah et al, IRPA 1998). This experimental study, however, will focus on cooperative learning using TGT (Team Games Tournaments), which was not extensively researched locally in science. It is introducing learning through group competitive games which would make learning interesting and encourages students to attain positive values in life.(b) Latar Belakang Masalah Kajian Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda kenal pasti dan terangkan kenapa perlunya kajian ini di buat. Anda juga harus melakarkan keadaan semasa atau isu isu yang perlu ditangani, dan terangkan bagaimana kajian anda akan menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah- masalah yang ada. Di sini juga anda boleh menjelaskan literatur yang yang berkaitan dengan kajian anda dan yang menghasilkan pertemuan signifikan. Berikut adalah contoh latar belakang masalah kajian. Crimes such as theft, robbery, murder, gang fight, and juvenile delinquency are common topics in Malaysian daily newspapers currently. One wonders what makes individuals lose their humanities and conduct criminal acts on other fellow human beings. How can we help? Parents and teachers are among the responsible parties in bringing up children to have positive characters as delineated in the 16 noble values including love for life and the environment, love, kind-heartedness, rationale, cooperativeness and diligent. Teaching values is difficult but it is important in moulding future citizens into human beings who are responsible towards themselves, others and the nation. Hence this research is undertaken to improve the teaching and learning of values in an effort to realize the philosophy of the Malaysian School Curriculum in bringing about a balanced individual affectively, cognitively, physically and spiritually. The research hopes to answer the questions: can we inculcate values (love, kind- heartedness, cooperativeness, rationale and diligent) through cooperative learning in science using TGT cooperative learning structure? Throughout the 1990s many research in Malaysian schools had indicated that cooperative learning can bring about achievements as well as values (NorAzizah & Chong Poh Wan, 2000). This research would use TGT cooperative structure which has not been widely used in science lessons in Malaysian secondary school. OUM22
    • TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Latihan 2.1 Jelaskan apa yang anda faham tentang “Latar Belakang Masalah Kajian”.(c) Pernyataan Masalah Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk persoalan kajian. Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan mengandungi variabel kajian. Sekiranya anda menggunakan hipotesis, sebagaimana lazimnya dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda nyatakan. Berikut adalah contoh-contoh pernyataan masalah kajian dalam bentuk soalan: (i) Apakah keperluan professional sesuatu kumpulan guru sains tertentu? (ii) Apakah mereka memerlukan kursus pedagogikal, Bahasa Inggeris, kandungan sains, rekreasi, pengendalian kelas atau mana-mana kursus lain? (iii) Adakah kursus-kursus profesional perlu dibezakan untuk guru-guru berdasarkan kadar gaji bulanan? (iv) Adakah pelajar-pelajar Tingkatan 2A yang mengikut latih tubi kursus percakapan bahasa Inggeris harian mempunyai keupayaan lisan lebih baik daripada pelajar Tingkatan 2B yang mengikut kurikulum biasa? (v) Adakah pelajar-pelajar yang melawat rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua mendapat markah lebih tinggi bagi indeks empati dan belas kasihan berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak mengikuti program tersebut? Latihan 2.2 Cadangkan satu topik kajian dan tuliskan “Pernyataan Masalah” bagi topik ini.(d) Kerangka Konsep Kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan antara variabel takbersandar (independent) dan variabel bersandar (dependent) yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah. Contohnya, suatu kajian untuk melihat kesan peralatan makmal ke atas personaliti guru dan pendapat pelajar tentang pencapaian sains am. Contoh kerangka konsep ditunjukkan dalam Rajah 2.2. 1. Peralatan makmal 2. Personaliti guru Pencapaian sains 3. Pandangan pelajar Rajah 2.2: Kerangka konsep: Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian sainsOUM 23
    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2(e) Objektif dan Soalan Kajian Di dalam cadangan kajian anda perlu menyatakan objektif dan soalan kajian yang akan anda lakukan dengan jelas. Berikut adalah beberapa contoh objektif kajian untuk mengkaji pembelajaran koperatif: Objektif-objektif kajian ini ialah: 1. Untuk memastikan sama ada pembelajaran menggunakan TGT dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains. 2. Untuk memastikan sama ada pembelajaran koperatif menggunakan TGT dapat membina rasa kasih sayang, belas kasihan, kejujuran, sikap rasional dan kerjasama.(f) Kepentingan Kajian Bahagian ini biasanya menceritakan kepentingan hasil kajian anda nanti. Ia juga sepatutnya dapat mengenal pasti individu, kumpulan atau institusi yang mungkin akan mendapat manfaat daripada kajian ini. Contohnya, pembelajaran koperatif mungkin akan berguna kepada guru-guru sains khasnya, dan amnya guru-guru mata pelajaran lain yang mungkin mencari-cari cara baru untuk menerap nilai-nilai tertentu. Ia juga mungkin berguna untuk guru besar yang ingin mengetahui bagaimana pembelajaran koperatif boleh digunakan di sekolah mereka.(g) Batasan Kajian Disini nyatakan batasan kajian anda, iaitu nyatakan sejauh manakah penemuan anda boleh diguna pakai dalam konteks lain. Contohnya, jika kajian pembelajaran koperatif (TGT) anda melibatkan penerapan nilai-nilai tertentu di 12 buah sekolah kerajaan di negeri Selangor, maka penemuannya mungkin boleh diguna pakai di sekolah-sekolah di negeri Selangor sahaja, dan tidak di semua sekolah di seluruh negara.(h) Penerangan Terminologi Kebanyakan, tetapi tidak semua, cadangan kajian mengandungi bahagian yang memberi definisi terminologi penting yang digunakan, terutamanya termonologi teknikal. Contohnya, didalam kajian The Inculcation of Values Using Cooperative Learning in Science, terminologi yang didefinisikan termasuk: pembelajaran koperatif, TGT, sains, pencapaian dan nilai-nilai. Terminologi-terminologi ini perlu didefinisikan dalam konteks kajian ini. Definisi-definisi ini boleh ditulis dalam bentuk konseptual dan operasional. Definisi operasional adalah definisi tentang variabel dalam bentuk yang boleh diukur, terutama sekali dalam kajian kuantitatif. Contohnya: Pencapaian bererti markah sains (0 ke 100) yang dapati dari ujian bulanan. Nilai ini dikira menurut skala Likert dari 1 ke 9. Sesetengah variabel boleh didefinisi secara konseptual, contohnya, TGT adalah pendekan kepada Team Games Tournament di mana pelajar membantu satu sama lain untuk belajar dalam kumpulan-kumpulan kecil dan pengajarannya menurut empat (4) langkah: OUM24
    • TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN (i) guru mengajar; (ii) pelajar belajar dalam kumpulan; (iii) adakan pertandingan; dan (iv) beri hadiah.(i) Rumusan Ini adalah perenggan pendek yang menyatakan tujuan kajian dan rumusan dari apa yang tertulis sebelumnya. Latihan 2.3 Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, lukiskan “Kerangka Konsep” bagi kajian ini.2.2.2 Bab 2: Tinjauan LiteraturSekarang kita akan melihat tinjauan literatur dan apa yang terkandung di dalamnya.(a) Pengenalan Dalam bahagian tinjauan literatur ini, anda akan menyatakan tujuan kajian anda dan topik kecil tentang “Literatur Berkaitan” dan “Kajian Berkaitan” yang akan disampaikan dalam muka-muka surat seterusnya.(b) Literatur Berkaitan Anda perlu menyampaikan lakaran kasar semua literatur yang berkaitan dengan kajian anda. Ini termasuklah teori-teori dan prinsip-prinsip dalam topik kajian anda. Contohnya: Kaedah mengajar kemahiran berfikir bagi fungsi dan persamaan kuadratik. Dalam mengkaji topik ini, literatur berkaitan adalah tentang: Kemahiran berfikir. Pendekatan pendekatan mengajar kemahiran berfikir. Strategi strategi mengajar.(c) Kajian Berkaitan Dalam bahagian ini, anda akan memfokus kepada kajian-kajian lepas yang dijalankan di dalam dan di luar Negara yang berkaitan dengan soalan kajian yang anda pilih. Anda harus memberi ringkasan kepada setiap kajian dan terangkan penemuannya. Kemudian, nyatakan pandangan anda sekiranya terdapat persamaan dan perbezaan antara kajian-kajian tersebut.(d) Rumusan Berdasarkan tinjauan literatur yang anda buat, tulis pandangan kritikal anda tentang kajian-kajian lepas dan juga kepentingan tinjauan ini kepada kajian anda.OUM 25
    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2Satu lagi aspek penting yang perlu anda muatkan dalam cadangan kajian anda ialahmetodologi kajian yang akan anda gunakan untuk menjalankan kajian anda. Latihan 2.4 Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan satu ayat berkaitan “Literatur Berkaitan” dan satu ayat berkaitan “Kajian Berkaitan”.2.2.3 Bab 3: Metodologi Kajian(a) Pengenalan Di sini dinyatakan sekali lagi tujuan kajian anda. Anda harus memberi tahu pembaca yang bab in akan mengandungi beberapa topik kecil termasuk reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat-alat kajian, kaedah pengumpulan data dan kaeah penganalisisan data.(b) Reka Bentuk Kajian Di sini anda perlu nyatakan jenis kajian anda, sama ada ia menggunakan kaedah kuantitatif atau kaedah kualitatif dan berikan juga justifikasi pilihan anda. Anda juga harus menerangkan reka bentuk kajian anda. Contohnya, ini adalah suatu kajian eksperimental, anda mungkin akan menggunakan pre-test-post-test-equivalent group design. Jika anda membuat kajian tinjauan, anda mungkin akan menggunakan reka bentuk cross-sectional atau longitudinal.(c) Populasi dan Sampel Dalam bahagian ini, anda akan menyatakan populasi yang dirangkumi kajian anda dan teknik memilih respoden kajian daripada populasi yang ditetapkan. Saiz dan lokasi polulasi dan sampel perlu diterangkan dengan jelas. Sebagai pengkaji, anda perlu memilih populasi sasaran dan memilih responden kajian yang mewakili populasi itu. Dalam tinjauan, lazimnya 10% daripada populasi akan diambil. Teknik persampelan berdasarkan kebarangkalian, termasuklah persampelan rawak mudah, persampelan rawak berstrata, persampelan rawak sistematik dan persampelan kelompok. Bagi kaedah kualitatif, persampelan khusus (bukan berdasarkan kebarangkalian) digunakan. Saiz sampel biasanya kecil, terutama dalam kajian kes, sampel itu mungkin seorang pelajar, satu kumpulan atau suatu organisasi.(d) Alat Kajian Alat kajian ialah alat yang digunakan untuk mengukur variabel kajian anda. Contohnya, sebuah alat penimbang dugunakan untuk mengukur berat dan pita ukur digunakan untuk mengukur panjang bilik darjah. Dalam kajian pendidikan, anda perlukan alat untuk mengukur pencapaian pelajar, kemahiran manipulatif atau sikap. Anda perlu menyatakan alat kajian anda yang mungkin terdiri daripada pelbagai alat seperti borang kaji selidik, borang pemerhatian, borang temuduga, skala mengukur sikap dan pelbagai jenis ujian (ujian pencapaian, kemahiran berfikir, kecerdasan fizikal dan sikap). OUM26
    • TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN (i) Teknik Pengutipan Data Anda patut menyatakan siapakah yang akan mungutip data, bagaimana ia akan dikutip dan bila. Sama ada anda akan mengutip data sendiri atau anda akan gunakan orang lain (contohnya, guru kelas) untuk mengutipnya. Teknik utama mendapatkan data termasuklah memberi ujian kepada responden dan meminta mereka mengisi borang kaji selidik. Teknik-teknik lain adalah dengan mengadakan temuduga yang dirakam dan membuat pemerhatian dengan peralatan video.Anda perlu ingat yang anda perlu membuat temu janji terlebih dahulu sebelum membuattemuduga atau lawatan. Adalah penting untuk mendapatkan kebenaran dari guru besaratau pengetua sekolah terlebih dahulu sebelum anda menjalankan kajian. Anda perlumembuat jadual waktu untuk membolehkan anda menyiapkan kajian dalam masa yangtelah ditetapkan. Di bawah disediakan jadual waktu kerja kajian yang anda boleh adaptasiuntuk keseluruhan kajian dan ia harus dimasukkan bersama cadangan kajian anda. Jadual 2.1: Kajian: Persepsi Guru Berijazah tentang Kepuasan Kerja Aktiviti Jan 06 Feb 06 Mac 06 April 06 Mei 06 Menulis cadangan kajian X - Membina dan menguji alat kajian X - Mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di sekolah. X Membuat tinjauan dan mengutip data x Analisis data X X x Menulis laporan x X x (ii) Kaedah Analisis Data Kaedah analisis data ialah cara yang akan anda gunakan utuk menganalisis data kajian anda. Analisis data bermula dengan bentuk kajian yang akan anda jalankan: Adakah bentuknya deskriptif atau inferential? Nyatakan jenis analisis statistik yang sesuai untuk menganalisis jenis data kajian. Sekiranya anda menggunakan pekej perisisan statistik, jangan lupa menyatakanya dalam cadangan kajian anda. Jika anda menggunakan borang kaji selidik, apakah statistik descriptif yang akan anda gunakan? Sekiranya ia adalah kajian kualitatif, bagaimanakah anda akan memproses laporan temuduga dan data pemerhatian anda? Tujuan bahagian ini ialah untuk menerangkan peringkat- demi-peringkat bagaimana data yang telah anda kutipl akan diproses dan dianalisis untuk mendapatkan inferens dan hasil kajian. Data perlu dianalisis untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian dan menguji hipotesis.OUM 27
    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 (iii) Rumusan Dalam bahagian ini, anda akan merumus dengan ringkas semua topik kecil yang ditulis sebelumnya, termasuklah soalan kajian, sampel kajian reka bentuk kajian, alat dan analisis data. Nota: Nota: Bajet Kajian Ini tidak diperlukan bagi semua cadangan kajian, tetapi ia penting sekiranya anda bercadang untuk memohon bantuan kewangan dari mana-mana agensi. Perincian kewangan ini akan diteliti oleh bakal penderma untuk tujuan membuat keputusan. Perkara-perkara yang akan dimasukan ke dalam bajet termasuklah: • Barang pakai-habis seperti alat tulis. • Elaun perjalanan dan lojing. • Keperluan sumber manusia (pembantu kajian/makmal). • Peralatan/alat khas. • Percetakan laporan/menghadiri seminar.Latihan 2.5Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan dua (2) item soal selidikyang dapat mengukur motivasi belajar. OUM28
    • TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Lampiran ACadangan kajian ini diadaptasi dari cadangan kajian Mohd. Noh (2000), sebuah latihanilmiah Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau membuat kajian keatas sebab kenapa pelajarberhenti mengambil biologi di peringkat SPM. Sila lihat cadangan kajian ini dan komententang strukturnya, tinjauan literaturnya, kaedah kajiannya dan latar belakangnya.1.1 BackgroundPresently, the writer finds no research had been done on problems in teaching Biologysince it started. The Malaysian Biology curriculum changes with time and contemporaryneeds. Now Malaysia has introduced computer aided learning (SMART SCHOOL)beginning year 2000 at 90 pioneer schools. No thesis has been done on the effectivenessof Biology instruction in school. However, there is the phenomenon of some sciencestudents leaving Biology at SPM level, with few leaving the other pure sciences. In KualaLumpur, about 25% of SPM candidates drop Biology each year, as confirmed by theexamination section in Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (refer to Table 2.1). Table 2.1: List of Candidates in the Respective Science Streams in Schools of Wilayah Persekutuan. 1996-1999 Total % Candidates Year Physics Chemistry Biology Candidates Leaving Biology 1996 4243 4271 3360 4271 21.3% 1997 4358 4353 3215 4358 26.1% 1998 5221 5249 3786 5249 27.9% 1999 5880 5873 4371 5880 25.7%More students were predicted to leave Biology at HSC level due to changes in theeducation policy as confirmed by the Ministry of Education.This was reported in the radio,Channel One, 7.00 am of 14th June 1999 that all HSC candidates must take English(MUET) Malaysian University English Test. Science candidates have to drop a sciencesubject if the maximum subjects remain 5 (General Paper is a compulsory subject).This occurence gave an impetus for the writer to investigate the reasons why morestudents leave Biology and not the other science subjects. It is the writer’s belief that theremust be pertinent reasons but not due to the failure of KBSM Biology instructions in theclassroom.1.2 Aims of the ResearchThe National Education philosophy stresses understanding of concepts as well asinculcation of moral values and implies learning as whole not partitioned to a fewsubjects. This is manifested in the various sciences taught in schools, including biology.Why should biology be driven out? The aims of the research are:OUM 29
    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2(i) to identify sources that lead many science students to drop KBSM Biology compared to other science subjects; and(ii) to identify replacement subjects selected by the students who drop KBSM Biology.1.3 ObjectivesBased on the aims above, the objectives of the research are:1. To identify sources that lead science students to drop Biology. The identified sources to be researched are: (i) Students’ attitude toward Biology. (ii) Students perception of the Biology teachers. (iii) Lack of science equipments in the science lab to continue studying Biology effectively. (iv) Biology is not essential with the students future career. e. Parents do not encourage their children to take Biology. (v) The school administrators do not encourage students to take Biology.2. To identify replacement subjects as alternative to Biology and the reason for the choice.1.4 Significance of the ResearchThe research is important because no research had been done on teaching and learningBiology. Therefore, the results of this study would be useful to Malaysian educators. Inaddition, this would be the baseline for other researchers to research KBSM Biology insuch areas as curriculum implementation and teaching aids.1.5 Limitation of ResearchThe research is restricted to students who had dropped Biology in a number of schools inKuala Lumpur only. Five hundred students dropped Biology at the SPM level in 1999 fromKuala Lumpur area and thus the sample for this research would be taken at this location.Schools are randomly selected regardless of race, sex and school size. Results of theresearch could be generalised to schools located in the Kuala Lumpur area only. OUM30
    • TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN1.6 Definition of TermsCareer Choice: This refers to the students’ ambition on the career they would pursue afterSPM.Students Attitudes: This is a concept that describes the students perceptions and beliefstoward a subject and so manifested in their actions and behaviours.Teaching Approach: The methods and techniques used by a teacher in presenting thesubject of Biology in class and in the science lab.Support from Parents: The motivation and guidance given by parents at home that wouldinfluence their choice of subject in school and the career choice.Lab Facilities: This includes the physical structure of the lab. The standard according to theMinistry of Education are 24x30 feet wide and 50 feet long with tables, chairs and electricsoutlet. Water and gas facilities, teaching aids, OHP, charts and projector are sufficient forstudents to conduct KBSM Biology experiment.School Administration: Policy, priority and preferences placed by the school on the sciencecurriculum, adequate number of science teachers, flexibility to drop Biology for othersubjects such as accounting and technical drawing.Students Dropping Biology: Students’ decision to stop taking biology as an SPM subjectand to replace it with other electives such as accounting principles, technical drawing,economy, languages (Mandarin, Arabic).Teaching Problems include problems which frequently occur during teaching in theclassroom or within the school compound. Factors related to this include environment,teaching objectives, teachers preparedness, teaching strategy and evaluation ofachievement. All these problems effect teaching and learning in the classroom. Objectivesmay be too high to be attainable by students; content may be too much or difficult andteaching strategy may be ineffective (Atan Long, 1991).CHAPTER 2: LITERATURE REVIEWIn this section, students’ attitudes toward science teachers’ personalities and sciencepracticals are discussed. The research include all sciences (biology, chemistry andphysics). Research specifically on Biology alone are few.Students’ attitude toward science affects achievement. According to a research by RozitaIsmail (1991), Form 4 students of high achievement have a significantly positive attitudetoward science than those of lower achievement. The research was conducted in threeschools in Perak. Eisenhardt (1977) found that it was good performance in chemistry thatmotivates students to like chemistry. Lee Bang Hock (1988) found in his research in fourschools in Kajang that Biology was favoured by the girls while the boys preferred Physicsand Chemistry.OUM 31
    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2Students’ attitudes toward teachers can help students to like science. According to Norlela(1995) students preferred teachers they can easily communicate for academic problemsAbdullah Nor (1998) also indicated that teachers who established good learning climatefacilitates students’ learning of Physics.Practicals in the science laboratory facilitates science manipulative skills and interestaccording to Ogunniyi (1983), who made his study on Nigerian school teachers. Similarresults were reported by Tobin (1986), who conducted the study in an Australian HighSchool. According to Wong Kam Kin (1999), practicals helped students to understandscience concept better. Muraly Theran a/l Rengasamy (1978) studied Form 4 studentsachievement in science and found that teachers used of teaching aids and facilitiesimproved students performance.CHAPTER 3: RESEARCH METHODOLOGY3.1 IntroductionThe items discussed in this chapter include some aspects related to strategy ofimplementing the research: the research design, sample, location of research, instruments,procedure, technique of data collection, and method of data analysis.3.2 Research DesignThis is a survey research using questionnaire administered to respondents who haddropped Biology at SPM level in the year 1999. The questionnaire include 35 close-endeditems and one open- ended item. The items are categorised into 7 themes: attitudes towards biology; perceptions towards the teacher; effect of lab facilities on learning; parental influence, effect of career choice; influence of school administration in handling students’ decision making process; and subjects alternative to Biology.3.3 Location of ResearchThe areas are located within the vicinity of Kuala Lumpur. The researcher chose four (4)schools from each of the four zones of Kuala Lumpur There is a total of 16schools as shown in Table 2.2. OUM32
    • TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Table 2.2: List of Schools in the Research Zone School a. Bangsar 1. SMK Bukit Bandaraya, K.L. 2. SMK Seri Pantai, K.L. 3. SMK Taman Tun Dr. Ismail, K.L. 4. SMK Victoria, K.L. b. Pudu 1. SMK(P) Bandaraya, K.L. 2. SMK Aminuddin Baki, K.L. 3. SMK Cheras, K.L. 4. SMK Sains Selangor, K.L. c. Sentul 1. SMK (P) Jalan Ipoh, K.L. 2. SMK Menjalara, Kepong, K.L. 3. SMK Kepong, K.L. 4. SMK Bandar Baru Sentul, K.L. d. Keramat 1. SMK Desa Tun Hussein Onn, K.L. 2. SMK Wangsa Maju, K.L. 3. SMK Teknik, Setapak, K.L. 4. SMK Tinggi, Setapak, K.L.3.4 InstrumentsA set of questionnaire was designed based on the research questions. The questionnairewas adapted from that of Abdul Wahid Othman (1998), entitled “Sikap pelajar terhadapmata pelajaran fizik: Satu perbandingan di antara pelajar pencapaian tinggi, sederhanadan rendah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.” Abdul Wahid had adjusted the itemsfrom questionnaire of Siti Rahayah Ariffin (1988), entitled, “Kajian mengenai sikapterhadap sains dan pencapaian dalam mata pelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatantiga.” Some items are derived from questionnaire of Lee Beng Heok (1988) research,entitled, “Sikap pelajar terhadap biologi dan sekolah: Dikotomi dan tahap pencapaian.”For content validity the questionnaire was referred to the supervisor whose area is Biologyeducation. Next, the writer was advised to do the reliability test using test and retesttechniques. Reliability test determines the consistencies of answers by respondents shouldthe test be repeated again. The reliability test was done at Sekolah Menengah LelakiMethodist, Sentul where 20 form five students do the first test on Wednesday at 1.00 pm,30th September,1999. The retest was done on Friday, at 10.30 am, 1st Oktober 1999. Thereliability was high (above 0.8).Some improvements to the items were made. There aretwo sections on the questionnaire:OUM 33
    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 21. Section A : Backgound of respondents2. Section B : Include 35 close-ended items and one open-ended item.The 35 items are categorised into 7 themes each having 4 to 6 items. Table 2.3: Themes and the Respective Items in the Questionnaire (Close Ended Items) No. Themes Item 1. Students attitude towards biology. 1,2,3,4,5,6 2. Students attitude towards biology teacher. 7,8,9,10,11,12 3. Effect of lab facilities. 13,14,15,16,17 4. Effect of future career. 18,19,20,21 5. Parental influence. 22,23,24,25 6. School administrations influence. 26,27,28,29 7. Sources of alternative subject replacing biology. 31,32,33,34,35,36Item number 30 is an open-ended item requesting students to choose the subjectsalternative to Biology. The rest of the 35 items, respondents are requested to circle theanswer on the scale of 1 to 10. Number one indicates highly disagree to the givenstatement, while 10 indicates student highly agree to it.3.5 ProcedureThe research topic was chosen after consultation with the supervisor and the drafting ofproposal was made, entitled “Factors that influence science students to drop Biology atSPM level”. The revised proposal was sent to the Ministry of Education Research andPolicy Division (Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan Pembangunandan Penyelidikan BPPP), for their evaluation and approval to visit the schools for datacollection. In addition, permission was also sought from Bahagian Pendaftaran, JabatanPendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Both letters would be shown to theschool on the visit.The questionnaire were submitted to the school administrator who will administer it to therespondents. The data collected would be examined, sorted and analysed.3.6 Data CollectionThis is a survey using a self administered questionnaire to the respondents (selectedstudents). It is not posted by mail but the questionnaire was delivered by the researcher tothe school and he would collect it back. OUM34
    • TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIANThe Senior science teacher of the school was requested to help in the distributionand administration of the questionnaire to the respondents with the permission of theschool head. Students would be briefed on how to respond to the questionnaire and 45minutes would be allocated for the answering session. The researcher would come back tothe school after a week to collect the questionnaire forms.3.7 Data AnalysisThe 35 close-ended items will be analysed based on the scale 1 to 10. The following tableshows how scores would be obtained: Table 2.4: Scale for Answering Questionnaire from Strongly Agree to Strongly Disagree Category Strongly Disagree ------------- ----------------- Strongly Agree Level of agreement 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Score (S) 5 4 3 2 1 1 2 3 4 5 Sample (n) Total (S x n)Data will be analysed in terms of frequency and percentage.References:Abdul Wahid Othman. (1999). Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran Fizik: Satu Perbandingan di antara Pelajar Berpencapaian Tinggi, Sederhana dan Rendah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.Abdullah bin Nor. (1998). Kajian Mengenai Beberapa Faktor yang Mempengaruhi Kecenderungan Terhadap Fizik bagi Pelajar Tingkatan 4. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.Atan Long. (1983). Pedagogi Kaedah Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Eisenhardt, W.D. (1977). A research for predominant causal sequence in interrelationship ofinterest in academic subject and academic achievement, Dissertation Abstract International, 37, no 07:4225.Lee Ben Hock. (1988). Sikap Pelajar Terhadap Biologi dan Sekolah: Dikotomi Jantina dan Tahap Pencapaian. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.Masmuda Hj Bakri. (1981). Persepsi Terhadap Matapelajaran di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.Muraly Tharen a/l Rengasamy. (1987). Kesan Penggunaan ABM Terhadap Pencapaian Murid Tingkatan 4 dalam Matapelajaran Fizik. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.OUM 35
    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2Norlela Sulaiman. (1995). Strategi Mempertingkat Minat Pelajar Terhadap Subjek Sains bagi Memenuhi Matlamat Pendidikan Negara, Seminar Kebangsaan Matrikulasi/Asasi Pertama, Malaysia 22-23 November.Ogunniyi, M.B. (1983). An analysis of laboratory activities in selected Nigerian secondary school. Journal of Science Education. 5(2): 195-201.Rozita Ismail. (1991). Kajian Mengenai Sikap dan Pencapaian dalam Matapelajaran Fizik Moden Tingkatan 4 di 3 Buah Sekolah Menengah di Daerah Batang Padang Perak. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.Tobin, Kenneth. (1986). Secondary school science laboratory activities. Journal of Science Education. 8(2): 199-211. OUM36
    • TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Lampiran BPilih satu topik kecil kajian dan berdasarkan panduan dibawah, tulis cadangan kajianuntuk topik yang telah anda pilih: Jadual 2.1: Panduan Menulis Cadangan Kajian Contents Items to be Included Chapter 1 Research Problem Background of the Why must this research be done? Data from Research previous research to support it. Statement of the Statement of the research problem in terms of what Problem the research will attempt to do. Conceptual Framework Relationship between research variables. General aim of the research, objectives, research Aim of the Research questions, hypothes. (if any) Significance of the Why is it significant to you as a researcher, to the Research profession, the organisation or the community in general? What benefit will you or they get? Limitation of the Factors that limit the research or data collection. To Research what extent can the result be generalised to a bigger population ? Definition of Terms Conceptual and operational definition of main variables in the research (in measurable terms). Chapter 2 Literature Review Introduction Review the literature related to the research: State principles or theories directly related to the research. Related Research • Review the past research related to the present research. • Compare and contrast the findings and give conclusion and comments. Summary Summarise related literature and research and states the reasons why such literature as research are important for the research. Chapter 3 Research Methodology Introduction Introduction to the conceptual framework of the research: stating the relationship between proposed in the research. Research Design Which research design do you use? Why is it suitable? Population and Sample Which specific population does the research address? How and where the samples are taken?OUM 37
    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 Sampling What procedure do you follow? Research Instruments Description, sources, its validity and reliability (attach it to appendix). Data Collection Who collects the data? How and when? Time line to do the research: getting permission, informing schools, colleges or institutes. Data Analysis Plan how data would be analysed. Desciptive or inferential? Which specific statistical test would be used? References List of referencesSelain daripada kandungan yang diberikan dalam Jadual 2.1, format bagi penulisancadangan kajian adalah seperti berikut:Topik Tesis/Thesis TitlePengesahan/DeclarationAbstrak/Abstract (in Bahasa Melayu or English) Jadual Kandungan/Table of ContentsSenarai Jadual/List of TablesSenarai Rajah/List of FiguresBab 1: Masalah Kajian/Chapter 1: Research Problem1.1 Pengenalan/Introduction1.2 Pernyataan Masalah/Statement of the Problems1.3 Kerangka Konsep/Conceptual Framework1.4 Matlamat Kajian/Aim of the Research1.5 Kepentingan Kajian/Significance of the Research1.6 Batasan Kajian/Limitations of the Research1.7 Definisi Istilah/Definition of Terms1.8 Ringkasan/SummaryBab 2: Tinjauan Literatur/Chapter 2: Literature Review2.1 Pengenalan/Introduction2.2 Literatur Berkaitan/Related Literature2.3 Kajian Berkaitan/Related Research2.4 Ringkasan/Summary OUM38
    • TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIANBab 3: Kaedah Kajian/Chapter 3: Research Methodology3.1 Pengenalan/Introduction3.2 Reka Bentuk Kajian/Research Design3.3 Populasi dan Sampel/Population and Sample3.4 Alat-alat Kajian/Research Intruments3.4.1 Pembangunan Alat-alat Kajian/Development of Research Instruments3.4.2 Variabel Kajian/Research Variables3.5 Tatacara Pengutipan Data/Data Collection Procedure3.6 Tatacara Penganalisisan Data/Data Analysis Procedure3.7 Ringkasan/SummaryRUMUSANMenulis cadangan kajian memakan masa yang panjang. Saya cadangkan anda berkerjasama rapat dengan tutor penyelia anda. Jangan risau kepada kritikan yang membina,terima kritikan dengan fikiran terbuka, sebab kritikan ini akan menambah baik kajian anda.Sesuatu cadangan kajian mengandungi soalan kajian, reka bentuk kajian yang terperincidan terang, kepentingan kajian, definisi istilah, alat-alat kajian, kaedah pengutipan datadan kaedah penganalisisan data.GLOSARICadangan kajian – Cadangan kajian ialah rancangan kajian yang meliputi kerangka konseptual kajian, tujuan dan objektif kajian, soalan dan hipotesis kajian, kepentingan dan batasan kajian, tinjauan literatur dan kajian lepas serta alat kajian dan kaedah penganalisisan data.Kerangka konsep – Kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan antara variabel takbersandar (independent) dan variabel bersandar (dependent) yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah.Latar belakang masalah – Latar belakang masalah kajian adalah penjelasan awal tentang masalah-masalah dalam amalan harian yang berkait rapat dengan topik kajian, yang akhirnya menjadi asas kepada pembentukan kerangka konsep kajian.OUM 39
    • PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2Pernyataan masalah – Pernyataan masalah adalah pernyataan pengkaji tentang apakah yang cuba diselesiakan oleh kajiannya dan ia boleh ditulis dalam bentuk tujuan am atau persoalan am kajian (bukan masalah amalan harian yang kerap ditulis pelajar).Tinjauan literatur – Tinjauan literatur mengandungi dua (2) bahagian, iaitu “Literatur Berkaitan” yang memuatkan konsep, teori, prinsip dan model berkaitan dengan bidang kajian; dan “Kajian Berkaitan” yang memuatkan kajian-kajian lepas berkaitan dengan bidang kajian.UJIAN 11. Pengkaji perlu menyediakan cadangan kajian terlebih dahulu sebelum. Nyatakan mengapa rancangan kajian ini perlu disediakan.2. Dalam “Pengenalan” kepada Bab 1, apakah tujuan kajian yang ditunjukkan dalam contoh kajian “Inculcating noble values through cooperative learning in science”?3. Dalam contoh cadangan kajian yang diberi, nyatakan apakah batasan-batasan kajian yang dijelaskan oleh pengkaji.UJIAN 2Andaikan anda sebenarnya ingin menjalankan kajian bertopik: “Hubungan antara motivasidan kemahiran asas dengan pencapaian matematik”.(a) Jelaskan dengan ringkas kepentingan kajian ini sama ada kepada murid, ibu bapa, guru atau guru besar sekolah.(b) Senaraikan dua (2) soalan kajian yang berkait dengan variabel-variabel yang diberikan dalam topik kajian ini.(c) Tuliskan sedikit “Latar Belakang Masalah Kajian” dalam “Bab 1: Masalah Kajian” yang sesuai bagi topik kajian ini. OUM40