Your SlideShare is downloading. ×
Inovasi dalam Al-Quran
Upcoming SlideShare
Loading in...5

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Inovasi dalam Al-Quran

1,133
views

Published on

Ini adalah assignment terakhir sebelum peperiksaan akhir semester di UKM. Segala pertanyaan dan copy paste sila rujuk kepada 0172886181

Ini adalah assignment terakhir sebelum peperiksaan akhir semester di UKM. Segala pertanyaan dan copy paste sila rujuk kepada 0172886181

Published in: Education, Spiritual

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

• Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,133
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
98
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

• 1. -314325-371475
SUBJEK :
DHABT AL-QURAN
( PPPN 1033 )
TAJUK :
INOVASI AL-QURAN
DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ FAIZULAMRI BIN MOHD SAAD
DISEDIAKAN OLEH :
NORARBIZAITUL LAILA BINTI MOHAMMAD ZAINUDDIN (A121342)
NORHAZIANA BINTI MOHD ALI SAMAN (A121449)
SALWIZA BINTI KASIM (A121340)
RAZMALINDA BINTI ABDUL RAZAK( A121405 )
PENDIDIKAN ISLAM
2011
ISI KANDUNGANHALAMAN

1.0Pendahuluan 1
2.0Islam Dan Teknologi 2
3.0Inovasi al-Quran
3.1 al-Quran Berwarna 6
3.1.1Mudahnya Membaca al-Quran Berwarna6
3.2 e-Qalam7
3.3 Al-Quran Flash8
3.4 Inovasi Berdasarkan Ketukan 9 4.0Rahsia al-Quran, Sains dan Teknologi 10 5.0Penutup 15
Rujukan 16

• PENDAHULUAN
• 2. Islam merupakan satu agama yang lengkap sempurna sebagai panduan hidup bagi semua makhluk. Keindahan Islam ini boleh dilihat dengan bukti yang jelas oleh Allah swt melalui kalam-Nya iaitu kitab suci al-Quran al-Karim. Sumber perundangan dan petunjuk yang Allah swt bekalkan untuk hamba-hamba-Nya sebagai jalan menuju redha-Nya. Berbekalkan Al-Quran dan As-Sunnah keindahan Islam banyak di terjemahkan didalamnya sehingga ia mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Ini termasuklan bagaimana kita dapat lihat bahawa di dalam Al-Quran juga terdapat perubahan yang wujud terutama dari sudut ilmu Dhabtnya iaitu inovasi di dalam penulisan ayat-ayat AlQuran itu sendiri.
• 3. Bermula dengan perubahan titik sehingga wujud perubahan dari aspek warna, maka jelas penulisan al-Quran mengalami perubahan dari sudut inovasi sesuai dengan keadaan pada masa itu. Ini tidak ada kaitan dengan perubahan dari lafaz dan makna satu-atu ayat suci al-Quran tersebut malah ia tetap kekal terpelihara hingga akhir zaman.
• 4. Di sini penulis cuba menerangkan serba sedikit perubahan dari sudut inovasi dalam al-Quran untuk dijadikan panduan berguna pada masa akan datang.
• 5. ISLAM DAN TEKNOLOGI
Dari segi definisi teknologi ianya membawa maksud “aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dan lain-lain, sains gunaan” Sementara Islam adalah “tunduk dan patuh pada perintah Allah” (kamus dewan bahasa dan pustaka).
Teknologi adalah perkataan yang berasal dari Barat dan membawa maksud aplikasi sains secara praktikal atau mekanikal terhadap industri atau kehidupan. Walau bagaimanapun, teknologi atau ciptaan alat-alat teknologi telah sekaligus dikaitkan dengan tamadun Barat sehinggakan umat Islam telah terterap di dalam pemikiran mereka bahawa teknologi dan permodenan bererti penerapan nilai-nilai Barat berserta cara hidupnya.
Ini dapat kita memperhatikan sendiri bagaimana negara-negara Muslim berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf pencapaian teknologi masing-masing seperti teknologi nuklear di Pakistan dan Cyberjaya di Malaysia dan sebagainya tanpa benar-benar memahami apakah tujuan teknologi tersebut. Perbahasan tentang teknologi dan permodenan sering kali di kaitkan dengan idea-idea seperti demokrasi, kebebasan hidup (freedom) dan free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan-ucapan seperti “untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi.”
Maka, teknologi dan tamadun terutama sekali tamadun barat sering disatukan dan seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. Ini menimbulkan suatu kekeliruan di dalam pemikiran umat Islam tentang soal teknologi dan Islam. Jika teknologi bererti tamadun dan nilai-nilai barat ataupun tamadun barat berserta nilai-nilainyalah yang menghasilkan teknologi maka, bolehkah umat Islam menerima dan mengambil teknologi? Ini mengakibatkan umat Islam berpecah kepada dua kumpulan iaitu, kumpulan pertama yang berpendapat bahawa umat Islam perlu maju dan mengikut arus perubahan maka, kita perlu berteknologi dan sekaligus memeluk cara hidup Barat berserta idea-ideanya dan idea-idea Barat tidak bertentangan dengan Islam. Kumpulan yang kedua pula berpendapat bahawa idea-idea Barat memang bertentangan dengan Islam, oleh kerana itu segala apa yang datangnya daripada Barat adalah salah dan bid’ah termasuk teknologinya.
Jika kita mendalami persoalan ini, kita akan melihat bahawa kedua-dua pendapat ini adalah bertentangan dengan realiti yang sebenarnya. Ini ialah kerana teknologi dan tamadun/ nilai-nilai Barat bukanlah dua perkara dalam satu yang tidak boleh diasingkan lagi malah, kedua-duanya merupakan perkara yang berasingan. Teknologi merupakan ciptaan barang-barang material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu tamadun, dalam kata lain ianya adalah madaniyyah (bahan material civilization) yang bersifat universal contohnya alat-alat dapur seperti gas cooker, microwave ataupun alat-alat komputer, televisyen, mesin jenerator dan alat-alat perang seperti kereta kebal, roket dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut adalah ciptaan fizikal yang tidak terikat kepada mana-mana tamadun. Ini jelas sekali kerana tiada sesiapapun yang boleh mengaku bahawa sebuah microwave adalah terikat kepada tamadun barat atau menjadi lambang cara hidup Barat. Ini berbeza dengan alat-alat materi seperti lambang salib yang sememangnya terikat kepada idea Kristianiti ataupun patung-patung yang terikat kepada kebebasan menunjuk aurat seperti patung-patung ukiran zaman Renaissance.
Umat Islam perlu membezakan di antara teknologi (madaniyyah) yang dicipta oleh ahli sains dan teknologi Barat dengan tamadun Barat itu sendiri. Ini ialah kerana tamadun Barat bukan sekadar pencapaian teknologi dan ciptaan alat-alat materi tetapi tamadun (hadarah) Barat bererti nilai-nilai atau idea-idea yang datangnya dari pemikiran, cara hidup dan ideologi Barat, Kapitalisme. Maka, idea-idea seperti Demokrasi (iaitu manusialah yang berhak mencipta hukuman), women’s liberation dan freedom semuanya berasal dari tamadun/ hadarah Barat yang bertentangan dengan Islam dan nilai-nilai Islam. Jika perbezaan ini tidak difahami oleh umat Islam, maka ianya akan membawa kesan buruk terhadap kehidupan umat Islam malah, seluruh manusia yang menganuti hadarah barat sebagaimana yang kita perhatikan di negara-negara barat itu sendiri.
Teknologi perlu difahami sebagai bahan-bahan material yang bersifat universal dan boleh dicipta dan digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau kafir tetapi apa yang penting ialah tujuan kegunaannya dan tujuan penciptaannya yang ditentukan oleh idea-idea yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, komputer merupakan alat teknologi yang tidak ada baik atau buruknya dan tidak terikat kepada mana-mana tamadun tetapi ianya boleh digunakan untuk perkara-perkara sumbang seperti ponorgraphy akibat daripada idea Barat seperti ‘freedom’ dan keghairahan nafsu sebaliknya komputer boleh pula digunakan untuk jalan berda’wah dan menyampaikan risalah Islam. Contoh lainnya seperti kegunaan teknologi dalam perang, alat-alat perang boleh digunakan untuk membunuh rakyat sesebuah negara mengikut idea-idea koloniasasi atau nasionalisme hinggakan kita lihat bagaimana umat Islam berperang sesama sendiri ataupun ianya boleh digunakan dalam berjihad iaitu berperang untuk menegakkan Islam sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an di dalam surah 8:60
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (An Anfal:60)
Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau ciptaan barang-barang material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Madinah sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam. AlQur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah s.w.t berfirman:-
"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? " (Luqman:20 )
"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)". (Ibrahim: 32)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (Al- A'raaf:32)
Ini sekaligus membantah pendapat sesetengah orang yang menyangkakan bahawa Islam itu ‘kuno’ dan tamadun Islam serta cara hidup Islam bererti tamadun unta. Walaubagaimanapun, ianya amat penting bagi umat Islam supaya memahami bahawa kegunaan alat-alat teknologi tersebut adalah tertakluk kepada Syariah dan hukum Islam. Tujuan ciptaan dan kegunaan alat-alat material mestilah berasal dan mengikut hadarah (idea-idea) Islam dan objektif Islam. Ini ialah kerana Islam mempunyai idea-idea tersendiri yang bertentangan dengan hadarah Barat. Ini juga memberi erti bahawa ukuran sesebuah negara maju bukanlah tertakluk kepada pencapaian teknologinya. Sebagai contoh, kita boleh katakan bahawa Iraq merupakan sebuah negara berteknologi hinggakan mampu mencipta ‘biological weapon’ tetapi ianya bukan sebuah negara maju sama dengan negara-negara Muslim yang lain seperti Pakistan, Malaysia dan Saudi Arabia. Kita juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa disebabkan teknologi berasal daripada negara-negara barat, maka kita perlu meniru cara hidup Barat dan ideologinya untuk menjadi sebuah negara yang berteknologi. Kita perlu mengingati sejarah bahawa negara Khilafah Islam merupakan negara yang termaju malah merupakan sebuah ‘super power’ semenjak zaman Rasullullah s.a.w hinggakan zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki.
Oleh itu, umat Islam tidak boleh lagi memegang kepada prinsip bahawa teknologi serta tamadun barat adalah merupakan suatu pakatan hinggakan umat Islam perlu meniru tamadun barat untuk mencapai kemajuan. Tamadun apa sekalipun sama ada Barat ataupun Timur yang bertentangan dengan hadarah Islam perlu dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Sebaliknya kita perlu kembali kepada hadarah Islam di dalam pemikiran, perbuatan, perasaan serta struktur masyarakat kita. http://ptdbnet.ukm.my/bpr2
“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. (Al- Imran:85)

• INOVASI AL-QURAN
3.1AL-QURAN BERWARNA
Akhir-akhir ini terdapat banyak kaedah  al-Qur’an dengan tampilanya warna warni, warna-warna itu ternyata bukan hanya sebagai pemanis perwajahan tapi dalam supaya mempermudahkan pembaca dalam membaca al-Qur’an dengan benar dan sesuai makhrajnya.
Al-Quran berwarna ini cukup menarik, tidak seperti al-Qur’an biasa yang selama ini kita kenal. Di dalamnya pun tidak seperti al-Qur’an pada umumnya, di mana setiap blok warna menunjukkan ketentuan-ketentuan tajwid yang mengikuti ketentuan paling shahih (disepakati para ulama). Karya inovatif dan fenomenal ini sengaja dihadirkan sebagai sebuah kesadaran akan pentingnya membaca al-Qur’an dengan ketentuan tajwid.
3.1.1Mudahnya Membaca Al-Quran Berwarna
Ketentuan bacaan dipermudahkan melalui alat peraga kode warna, misalnya saat bacaan mendengung, memantul, suara sengau dari hidung dan lain-lain, masing-masing dibuatkan warna cetakan yang berbeza-beza.  Mushaf al-Quran dengan penjelasan tajwid yang dipermudah dengan menggunakan warna ini dilengkapi dengan penjelasan ketentuan-ketentuan tajwid dalam bahasa Indonesia (huruf latin) yang mudah dipahami. Ketentuan-ketentuan tajwid tersebut berdasarkan bacaan tajwid ala qiraat ‘asim yang diriwayatkan Imam Al-Hafs, yang merupakan cara baca yang paling banyak dipergunakan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Indonesia dan Malaysia dari tujuh riwayat cara baca (qiraat sab’ah).
Selain itu, blok warna yang dipergunakan dalam menentukan tajwid juga memerlukan pembaca agar lebih memperhatikan tekanan, fonetik, irama serta cara membaca al-Qur’an. Lahirnya penerbitan mushaf al-Qur’an dengan metode pemberian kode warna ini merupakan karya inovatif dari tiga bersaudara, yakni Abdus Sami, Abdul Nareem dan Abdul Moin yang memang telah lama bergelut dalam bidang penerbitan buku-buku Islam. Di ilhami dari aturan lampu lalu lintas yang bersifat universal di mana warna merah bererti pemakai jalan harus berhenti, warna kuning menunjukkan persiapan jalan serta hijau bererti silakan jalan. Sistem “traffic light” inilah yang kemudian diadaptasi bagi kemudahan umat Islam dalam membaca al-Qur’an dengan benar dan baik. http://infomasjidkita.com/al-quran-berwarna.html

• e-QALAM
E-Qalam merupakan satu lagi kejayaan baru dalam teknologi pendidikan untuk membantu anda membaca Al-Quran dengan betul. Ia merupakan pen digital yang boleh membaca Al-Quran berkod yang dialunkan oleh Qari terkenal. E-Qalam dilengkapi dengan dua kaedah bacaan, At-Tadwir (biasa) dan At-Tartil (perlahan). Terdapat empat pilihan bahasa terjemahan iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Mandarin. Satu pen satu bahasa.
Ciri-ciri utama
Bacaan oleh Imam Masjidil Haram, Syeikh Saad Said Al-Ghamidi
Kualiti rakaman suara yang bermutu tinggi
Mendengar bacaan melalui pembesar suara atau fon telinga.
Dua kaedah bacaan, At-Tadwir (biasa) dan At-Tartil (perlahan).
Empat pilihan bahasa terjemahan - Malaysia, Inggeris, Indonesia dan Mandarin.
919480443865Mesra pengguna dan mudah dibawa.
91757599695

• AL-QURAN FLASH
Ciri-ciri keistimewaan yang terdapat didalam al-Quran Flash antaranya:-

• Hukum tajwid yang berbeza warna
• 6. Suara dari pembaca Qari-qari terkenal
• 7. Terjemahan daripada pelbagai bahasa
• 8. Meliputi kesemua surah
Contoh laman web ini boleh dilayari di http://www.quranexplorer.com/quran/#
3.4INOVASI BERDASARKAN KETUKAN
-15621010217153.4.1Cara Membaca Ghunnah
9NOV
Cara membaca Ghunnah adalah sebagai berikut:
Pada ketukan ke-1 anda akan mengucapkan ‘TSUM’. Pertahankan bibir  anda pada posisi bunyi ‘M’ hingga ketukan ke-5. Bunyi ‘M’ akan lepas bersamaan dengan bunyi ‘MA’ pada ketukan ke-5. Bunyi ‘M’ dari ketukan ke-1 hingga menjelang ketukan ke-5 tidak boleh terputus. Itulah yang disebut dengan bunyi Ghunnah. Dengung terjadi pada bunyi ‘M’ dengan durasi 4 ketukan.
Pada ketukan ke-10  anda akan mengucapkan ‘LUN’. Pertahankan lidah  anda pada posisi bunyi ‘N’ hingga ketukan ke-14. Bunyi ‘N’ akan lepas bersamaan dengan bunyi ‘NA’ pada ketukan ke-14. Bunyi ‘N’ dari ketukan ke-10  hingga menjelang ketukan ke-14 tidak boleh terputus. Itulah yang disebut dengan bunyi Ghunnah. Dengung terjadi pada bunyi ‘N’ dengan durasi 4 ketukan.
Pada ketukan ke-22  anda akan mengucapkan ‘NIN’. Pertahankani lidah  anda pada posisi bunyi ‘N’ hingga ketukan ke-26. Bunyi ‘N’ akan lepas bersamaan dengan bunyi ‘NA’ pada ketukan ke-26. Bunyi ‘N’ dari ketukan ke-22  hingga menjelang ketukan ke-26 tidak boleh terputus. Itulah yang disebut dengan bunyi Ghunnah. Dengung terjadi pada bunyi ‘N’ dengan durasi 4 ketukan.
http://binaalquran.wordpress.com/2010/11/09/cara-membaca-ghunnah/
3.4.2Cara Membaca Iqlab
NOV
Cara membaca Iqlab adalah sebagai berikut:
Pada ketukan ke-2 anda mengucapkan ‘YUM’. Pertahankan bibir anda pada posisi pengucapan “M” hingga ketukan ke-6. Bersamaan dengan pengucapan ‘BA’ pada ketukan ke-6, bunyi ‘M’ pun menghilang. Bunyi ‘M’ dari ketukan ke-2 hingga menjelang ketukan ke-6 tidak boleh terputus. Jadi suaranya berdengung pada bunyi ‘M’. Itulah yang disebut dengan suara  HYPERLINK "http://binaalquran.wordpress.com/2010/11/09/2010/10/26/iqlab/"Iqlab. Suara ‘N’ berbalik menjadi suara ‘M’ dengan didengungkan selama 4 ketukan.
Pada ketukan ke-11 terdapat kasus Ghunnah. Cara membacanya sudah dimulai sejak ketukan ke-7. Pada ketukan ke-7, anda mengucapkan ‘DZAN’. Pertahankan lidah anda pada posisi bunyi ‘N’ hingga ketukan ke-11 saat anda mengucapkan ‘NA’. Bunyi ‘N’ dari ketukan ke-7 hingga ketukan ke-11 tidak boleh terputus. Jadi suaranya berdengung pada bunyi ‘N’. Itulah yang disebut dengan suara Ghunnah. Suara ‘N’ berdengung dengan durasi 4 ketukan.
Pada ketukan ke-3 anda mengucapkan ‘DAM’. Pertahankan bibir anda pada posisi pengucapan “M” hingga ketukan ke-7. Bersamaan dengan pengucapan ‘BA’ pada ketukan ke-7, bunyi ‘M’ pun menghilang. Bunyi ‘M’ dari ketukan ke-3 hingga menjelang ketukan ke-7 tidak boleh terputus. Jadi suaranya berdengung pada bunyi ‘M’. Itulah yang disebut dengan suara  HYPERLINK "http://binaalquran.wordpress.com/2010/11/09/2010/10/26/iqlab/"Iqlab. Suara ‘N’ berbalik menjadi suara ‘M’ dengan didengungkan selama 4 ketukan.
Membaca  HYPERLINK "http://binaalquran.wordpress.com/2010/11/09/2010/10/26/iqlab/"Iqlab tanpa didengungkan (hanya mengubah bunyi N menjadi M) adalah salah.
3.4.3Isyarat bacaan DENGUNG pada tanwin1DEC
-89535938530Apabila kita sedikit jeli mengamati penulisan tanwin pada Alquran Rosmul Utsmani, terdapat isyarat yang sangat jelas antara tanwin yang dibaca dengung dengan tanwin yang dibaca id-har.Pada contoh berikut, perhatikan kemiringan garis antara tanwin yang dibaca dengung dengan tanwin yang dibaca izhar. Tanwin yang diapit dengan dua garis merah, itulah yang dibaca izhar, sedangkan yang diapit dengan dua garis biru, itulah tanwin yang dibaca dengung. Kemudian perhatikan bentuk tanwin dhommah yang dibaca id-hizhar (lingkaran merah) dengan tanwin dhommah yang dibaca dengung (lingkaran biru) !
-5429250
http://binaalquran.wordpress.com/2010/11/09/cara-membaca-ghunnah

• RAHSIA AL-QURAN, SAINS DAN TEKNOLOGI
Dengan berbekalkan teori serta pengetahuan yang terdapat dalam al-Quran, cendiakawan Islam menjalankan kajian demi kajian sehingga mencapai tamadun yang gemilang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Pada ayat2 al-Quran diturunkan, tidak siapa jelas mengenai makna yang tersirat di dalamnya. Misalnya surah Yunus dalam ayat 61 dalam al-Quran yang menerangkan mengenai atom benda yang kecil manakala dalam ayat 80 surah Yasin membincangkan mengenai atom adalah benda terkecil.
Cendiakawan Islam yang mengkaji al-Quran menggunakan maklumat berkenaan bagi meneroka ilmu sains sehingga mencapai zaman kegemilangan tamadun islam ada abad ketujuh hijrah. Ketika itu umat islam mula menunjukkan minat kearah mengkaji dan mempelajari ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi. Sesungguhnya ilmu yang digali di dalam al-Quran mendahului zamannya memandangkan fakta sains yang dibawa terbukti benar. Sehinggalah menjelang abad kesembilan Hijrah, semakin banyak fakta di dalam al-Quran semakin menyakinkan sehingga kegemilangan sains dan teknologi dalam tamadun semakin bersinar.
Ketika itu nama2 ilmuan dan saintis Islam seperti Ibnu Sina yang terkenal dalam dunia perubatan sehingga bukunya masih digunakan sebagai rujukan sehingga kini, Ibnu Haitam dalam bidang optik al-Khawarizmi cendiakawan terkenal dalam bidang matematik dan al-Biruni dalam bidang astronomi banyak membantu dalam kemajuan sains dan teknologi sehingga kini.
Bagaimanapun nama mereka seakan tenggelam dan semakin hilang dengan nama2 Barat seperti Isacc Newton, Charles Darwin, Aristotle, Leonardo da Vinci dan Galilieo Galilie. Malah sebenarnya Ibnu Haitam lebih dahulu menemui teori graviti sebelum Isacc Newton menjadikan sebagai teori. Jika sejarah mengatakan Wilbur Wright dan Oliver Wright merupakan manusia pertama memperkenalkan konsep penerbangan tetapi sebenarnya Ibnu Firnas bukan sahaja telah meneroka konsep berkenaan tetapi juga menjalankan kajian mengenai cakerawala 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci. Bukan sahaja itu, cendiakawan islam juga terkenal dalam pelbagai ciptaan dan inovasi termasuk menghasilkan ubat bedil, penggunaan angka sifar dalam matematik dan proses penyulingan bagi memisahkan benda asing dalam campuran cecair.
Cendiakawan Islam juga terlibat membina balai cerap untuk mengkaji bintang, peta, glob, kincir air dan angin, bangunan pengisar bijirin serta kereta perisai.Amat malang kegemilangan tamadun Islam tidak terus bersinar tetapi terus malap dan padam ketika berakhirnya pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Ketika itu pelbagai maklumat dan penemuan penting juga dikatakan hilang semasa Perang Salib. Malah mereka seolah-olah cuba menafikan kegemilangan cendiakawan Islam dengan menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama. Antaranya Ibnu Sina kepada Avicenna, al-Biruni kepada Alberuni, al-Battani kepada Albetagnius, Ibnu Haitam kepada Alhazen, al-Khindi kepada Alkindus dan Ibnu Rushd kepada Averroes.
Tidak dapat dinafikan kajian serta perkembangan ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi tidak lagi didominasi umat islam. Malah zaman kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini sekadar mampu dikenang dan dibanggakan pencapaiannya. Kini manusia termasuk umat Islam lebih mengenali ilmuan Barat dalam pelbagai bidang.
(http://hairilhazlan.com/rahsia-sainsteknologi-dalam-al-quran)

• PENUTUP
Disini amat jelaslah bahawa al-Quran mengandungi seribu satu rahsia yang boleh di rungkai oleh umat manusia sejak zaman berzaman lagi. Keindahanya mampu mengangumi masyarakat Barat yang secara terang tidak memperakui al-Quran walhal mereka tahu tentang kebeasaran al-Quran itu sendiri.
Oleh itu, kita sebagai umah Islam yang menjadikan ianya sebagai cara hidup malah panduan sepanjang zaman maka hendaklah kita berusaha mempelajari kandungan, mentadabbur dan melakukan pelbagai inovasi untuk menarik dan memudahkan pembacaan al-Quran al-Karim Insyaallah.
Sabda Nabi SAW bermaksud :
“Daripada Aisyah ra katanya, Rasulullah saw telah bersabda : Qari yang bertajwid lagi tadabbur bacaannya di akhirat kelak akan bersama-sama dengan para Rasul dan Malaikat yang setia. Sementara Qari yang tersekat-sekat, baginya dua pahala ( iaitu pahala membaca dan pahala susah yang dihadapinya”. (Riwayat Muslim)
RUJUKAN
(http://hairilhazlan.com/rahsia-sainsteknologi-dalam-al-quran)
http://ptdbnet.ukm.my/bpr2/index.php?option=com_content&view=article&id=5&Itemid=6
http://e-qalam.com/store/
http://www.quranexplorer.com/quran/#
http://binaalquran.wordpress.com/2010/11/09/cara-membaca-ghunnah/
http://infomasjidkita.com/al-quran-berwarna.html