Your SlideShare is downloading. ×
Soalan 1   internship dan perpaduan (integrasi)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi)

4,371
views

Published on


2 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
4,371
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
100
Comments
2
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa1.0 INTEGRASI NASIONAL :1.1 Pengenalan Pendidikan adalah satu keperluan asas pada masa kini. Setiap individu perlumempunyai ilmu dan kemahiran agar dapat menjadi insan yang fleksibel dan serbaboleh serta mampu memberikan sumbangan kepada negara pada masa hadapan.Untuk ke arah itu, pelbagai program telah dirancangkan agar setiap individu dinegara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya tanpa mengira latar belakangsosiobudaya dan ekonomi mereka. Negara kita mempunyai pelbagai jenis kaumyang memiliki adat dan budaya yang berbeza-beza. Justeru, untuk mewujudkankesatuan dan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat negara ini, maka pendidikantelah dijadikan salah satu medium yang boleh diketengahkan. Untuk mencapai objektif perpaduan atau integrasi ini, maka pihak kerajaansudah mula menerapkan hal ini seawal mungkin bermula di sekolah lagi. Namun,menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sesebuah masyarakat integrasibukanlah sesuatu yang mudah. Integrasi adalah satu proses yang kompleks. Hal inikerana, di Malaysia terdapat tiga kaum yang terbesar. Ketiga-tiga kaum ini sangatmementingkan hak mereka terpelihara. Untuk menyatakan suara mereka, tindakan-tindakan yang diambil itu adakalanya menghasilkan pelbagai konflik danmenyebabkan krisis kaum sering terjadi di negara ini. Apatah lagi dengan keadaanpolitik Malaysia yang bersifat perkauman (komunalisme), ini sudah pastimenyukarkan integrasi nasional wujud dalam negara ini. Walaubagaimanapun,pelbagai tindakan tetap diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah sosialisasiini. 1
  • 2. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa1.2 Definisi Integrasi adalah penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum,unsur, bahagian dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Penerapanintegrasi pada peringkat kanak-kanak sekaligus akan memberikan kesan padaperingkat nasional. Integrasi dalam makna yang lebih global lagi sebenarnya bukansahaja melibatkan perbezaan kaum, agama dan budaya, bahkan perbezaan tarafhidup dan sosial juga salah satu dari cabang integrasi. Integrasi nasional adalahproses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaankebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identitinasional (Syed Ibrahim, 2008 : hlmn 294). Daripada definisi ini, adalah sangat penting untuk menerapkan nilai-nilaiperpaduan (integrasi) agar objektif untuk memperkukuhkan integrasi pada peringkatnasional dicapai dengan penerapannya bermula dari peringkat sekolah lagi.Kerajaan pula telah meletakkan amanah yang begitu besar kepada pihak sekolahyang diharap boleh menjadi agen perubahan agar dapat membantu menjayakanhasrat integrasi nasional. Guru merupakan suatu profesion yang bertanggungjawabmendidik manusia. Mereka berperanan membentuk sahsiah para pelajar. Guruadalah golongan manusia yang memberikan kesan yang besar terhadapperkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia (Zulhilmi Paidi &Rohani Abdul Ghani , 2005). 2
  • 3. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa2.0 PROGRAM MOTIVASI CAKNA PENDIDIKAN DAN CAKNA MASYARAKAT MAMPU MEMPERKUKUHKAN INTEGRASI NASIONAL2.1 Pengenalan Program internship dijalankan selama sebulan di sekolah yang sama semasaberpraktikum fasa tiga. Namun, program internship ini berbeza dengan praktikumyang memfokuskan guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran mengajar dandiselia oleh guru dan pensyarah pembimbing. Tetapi, internship adalah programyang memberikan peluang kepada guru-guru pelatih untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bersama-sama pihak sekolah sama ada melibatkan murid-muridsahaja, atau melibatkan guru-guru sahaja ataupun melibatkan kedua-duanya sekali.Untuk internship kali ini, saya telah menjalankan beberapa program dan aktiviti yangmenarik dengan kerjasama rakan saya dan pihak sekolah. Antara program yang kami telah jalankan adalah Program Motivasi CaknaPendidikan Sek. Keb. Bukit Marak, Senamrobik 1 Malaysia, penglibatan dalamprogram NILAM dan beberapa lagi program yang lain. Melalui program-programyang dianjurkan ini, penerapan nilai-nilai murni dalam diri individu adalah lebihefisyen dan kesannya pula adalah ketara. Banyak faedahnya program-program seperti ini dijalankan diperingkatsekolah. Kelebihan-kelebihannya bukan setakat memberikan kesan kepada pihaksekolah dan diri individu yang terlibat sahaja, bahkan terdapat juga kesan nyatayang boleh dilihat pada masa hadapan nanti terutama dalam hidup masyarakat yangpelbagai seperti negara kita ini. Integrasi nasional seperti yang digariskan olehkerajaan perlu diperkukuhkan lagi agar setiap kaum yang wujud di Malaysia inifaham dan sedar peranan serta fungsi diri mereka sendiri sebagai individu danrakyat dalam sesebuah negara. 3
  • 4. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa2.2 Pemupukan nilai integrasi dalam Program Motivasi Cakna dan Cakna Masyarakat Melalui program-program seperti yang telah saya jalankan sebenarnya sedikitsebanyak dapat membantu dalam meningkatkan, memantapkan dan menjayakanintegrasi nasional negara kita. Sebagai contohnya, dalam Program Motivasi CaknaPendidikan yang pernah saya jalankan di sekolah tersebut. Program ini merupakanprogram yang dijalankan untuk memberikan semangat dan motivasi yang baik danberkesan dalam diri murid-murid terutama kepada para pengawas sekolah dan jugamurid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan besar iaitu Ujian PenilaianSekolah Rendah (UPSR). Dalam program yang dijalankan tersebut, semua aktiviti-aktiviti telah dirancang sendiri oleh pihak kami dengan keizinan pihak sekolahsetelah kami dimurnikan dalam mesyuarat bersama. Perancangan aktiviti-aktiviti ini telah dijalankan dengan mengambil kirapelbagai aspek antaranya dari aspek cabaran terhadap kognitif murid, aspek nilaidan sahsiah, aspek kepimpinan, aspek kesatuan dan persefahaman dan lain-lainlagi. Jadi, jelaslah bahawa program ini secara langsung boleh membantu hasratkerajaan dalam memperkukuhkan integrasi nasional secara tidak langsung. 2.2.1 Pemupukan nilai kemesraan dan interaksi melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) : Ice Breaking. Bagi menjelaskan lagi pernyataan ini, saya berikan contoh semasa aktivitipertama yang kami jalankan atau dipanggil Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1. LDK 1juga dinamakan sebagai sesi pegenalan (ice breaking). Dalam sesi ini, murid-muridatau para peserta program telah diasingkan kepada dua kumpulan, iaitu lelaki danperempuan dan dikehendaki membuat bulatan. Dalam bulatan tersebut, muriddiedarkan dengan beberapa keping biskut. Apabila lagu dimainkan, murid akanmenyua biskut tersebut dengan menggunakan mulut dan rakan di sebelah juga akan 4
  • 5. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasamengambil biskut itu menggunakan mulut. Apabila lagu diberhentikan, peserta yangmenyimpan biskut dimulutnya akan memakan biskut tersebut. Sekalipun aktiviti ini kelihatan seperti menjijikkan, namun sebenarnya banyakmakna yang tersirat terdapat di dalamnya. Perasaan mesra sesama orang lain perludibentuk agar orang lain juga boleh menerima diri kita seadanya. Dalamkepelbagaian kaum di negara kita, kemesraan yang terjalin sekian lamamenyebabkan timbulnya perasaan menghormati antara satu sama lain. MenurutChew Fong Peng (2008), interaksi antara pelajar dalam sistem pendidikan telahmembantu memupuk persefahaman antara kaum dengan perasaan kekitaansebagai warga dan bangsa Malaysia. Dalam LDK yang sama, aktiviti seterusnya yang kami jalankan adalah aktivitimembina logo dan membuat slogan untuk kumpulan masing-masing. Seperti yangdinyatakan Chew Fong Peng tadi, semasa aktiviti ini murid banyak berinteraksisesama mereka. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semasa(interaksi) secara tidak langsung meningkatkan keakraban sesama peserta. Hal inidiakui sendiri oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Seri Dr. Mahathir bin Muhamad (A.Aziz Deraman, 2005). “Kita semua telah bersetuju, perpaduan dan keutuhan itu akan kita bina dan pupuk melalui satu bahasa, iaitu Bahasa Kebangsaan…. Maka, Bahasa Kebangsaan diasaskan kepada Bahasa Melayu…” (Tun Seri Dr. Mahathir bin Muhamad, 1982) Mudahnya, kemesraan akan mudah berputik melalui interaksi. Interaksidengan menggunakan bahasa yang sama akan memudahkan maklumat dan idea-idea dikongsi bersama-sama sekalipun berbeza bangsa dan budaya. Jelaslah,interaksi antara elemen penting membentuk kemesraan dan persefahaman dalamkalangan rakyat. 5
  • 6. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 2.2.2 Pemupukan nilai muafakat dan tolak ansur dalam LDK : Eksplorasi Eksplorasi merupakan aktiviti cergas yang melibatkan fizikal dan kognitif.Pembabitan cergas pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk peribadimereka, misalnya dalam menjayakan sesuatu aktiviti atau program, pelajar dituntutagar berusaha dengan gigih dan tekun selain mempunyai rasa tanggungjawab danamanah. Menurut Sofian Omar Fauzee (dalam Chew Fong Peng, 2008), nilai-nilaimurni ini tidak diajar melalui buku teks semata-mata. Sebaliknya nilai ini bolehdipupuk melalui kokurikulum di sekolah. Oleh itu, dengan aktiviti ini, titik perbezaan itu perlu dihapuskan agar merekamampu melaksanakan tugasan dengan baik. Mereka perlu berbincang danbermuafakat dengan keputusan mereka agar tidak membuat keputusan yang salah.Menurut Prof. Dr. Sidek Baba (2009), muafakat dalam pembinaan negara dimulakandengan menghasilkan sesuatu perlembagaan yang sering dihubungkan sebagaikontrak sosial. Kontrak sosial disepakati oleh semua kaum supaya menjadi suatulandasan yang lebih adil terhadap proses mengisi dan mengurus kemerdekaan. Kontrak sosial yang disepakati dalam konteks peserta program ini adalahperaturan atau arahan daripada ketua kumpulan mereka. Peranan ketua kumpulansangat penting bagi memastikan mereka bermuafakat dan bertolak ansur dalammembuat keputusan. Tolak ansur juga merupakan unsur penting dalam integrasinegara. Mantan Perdana Menteri iaitu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pernahberkata (Sivamurugan Pandian, 2006) : “Dengan perpaduan dan sikap toleransi itu, mereka dapat hidup dalam suasana aman. Kecintaan mereka kepada keamanan, menambahkan lagi iltizam kepada perpaduan kesedaran untuk mengekalkan toleransi dalam hubungan antara kaum.” 6
  • 7. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 2.2.3 Pemupukan nilai kerjasama dan kepercayaan dalam LDK : Mencari Jalan Kebenaran Disamping itu, pada LDK seterusnya yang dinamakan „Mencari JalanKebenaran‟, nilai yang cuba diterapkan dan diuji adalah nilai kepercayaan dankerjasama. Sebenarnya kedua-dua nilai ini sudah cuba diwujudkan semasamelakukan LDK sebelum ini lagi, namun kali ini elemen kepercayaan dan kerjasamabenar-benar diuji. Aktiviti yang dijalankan ini memerlukan ahli-ahli kumpulan untukmempercayai kata-kata yang diucapkan oleh ketua kumpulan mereka. Kata-kataketua kumpulan itu sebenarnya bermotifkan kepada satu destinasi sahaja iaitudestinasi seperti yang telah kami tetapkan. Ahli kumpulan akan membuat bulatan dan akan berjalan sambil membawabarang amanah yang diletakkan ditengah-tengah kertas mahjong dalam keadaanmata yang tertutup. Penekanan yang cuba kami berikan kepada mereka pada ketikaitu adalah betapa perlunya mereka mempercayai sepenuhnya kata-kata yang keluardaripada ketua kumpulan mereka dan dalam masa yang sama juga, mereka perlubekerjasama agar barang amanah tersebut tidak terjatuh daripada kertas mahjongyang mereka bawa. Perpaduan negara kita bukanlah setakat dibina bertunjangkan semangatnasionalisme dan patriotik sahaja. Malah, unsur kepercayaan dan kerjasama jugamenjadi tiang utama yang menjadikan negara kita sebagai negara majmuk yangaman di dunia. Walaupun tidak dinafikan perpaduan ada pasang surutnya; yangpenting adalan kejujuran dan kepercayaan bahawa sistem yang ada adalah yangterbaik dalam membina kesaksamaan dan mempertahankan hak masing-masing(Sivamurugan Pandian, 2011). 7
  • 8. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Penerapan unsur-unsur ini perlu dilakukan sejak diperingkat kanak-kanaklagi. Kerjasama dan kepercayaan kepada kaum-kaum lain terutama kepadapemimpin negara akan menjadikan kita sebagai rakyat yang efektif dalam membantupemimpin-pemimpin negara untuk memacu negara ke arah yang lebih majudisamping mampu menjamin keharmonian berterusan dalam negara. Di sinilahmenunjukkan bahawa betapa pentingnya elemen kepercayaan dan kerjasamadalam menjamin pengukuhan integrasi nasional negara kita. 2.2.4 Pemupukan nilai pada aktiviti rutin (diluar aktiviti formal) sepanjang program Sebenarnya, penerapan nilai persefahaman dan perpaduan ini bukan setakatkami terapkan dalam diri mereka melalui aktiviti-aktiviti formal secara berkumpulan,bahkan dalam aktiviti rutin juga kami cuba pupukkan nilai ini. Sebagai contohnya,semasa para peserta ingin ke dewan makan, mereka diwajibkan bergerak secaraberamai-ramai dan tidak boleh berseorangan. Hal ini bertujuan mewujudkankeakraban mereka dan cuba mengekalkannya tanpa mengira mereka datang darikumpulan mana sekalipun. Seperti juga dalam masyarakat negara kita ini,keakraban lebih mudah dimunculkan semasa mereka duduk semeja sambil berbualdan berkongsi pendapat walaupun di meja makan sekalipun. Perkara ini mampu membantu meningkatkan lagi persefahaman antarasesuatu kaum dengan kaum yang lain. Selain itu, sekiranya sepanjang program ituada peserta yang melakukan kesalahan, maka semua sekali akan dikenakantindakan. Hal ini sebenarnya bukanlah untuk mendera atau menyusahkan parapeserta lain, tapi motif utama kami lakukan seperti ini agar mereka sentiasa salingmengingati antara mereka, tegur menegur, peka dengan tindak-tanduk rakan laindan menasihati rakan-rakan mereka yang melakukan kesalahan sama adakesalahan itu secara sengaja ataupun tidak. 8
  • 9. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah teguran dan nasihat yangberguna perlu diberikan disamping perlunya kita sebagai rakan agar peka denganperubahan tingkahlaku individu di persekitaran kita. Jika dalam kehidupanbermasyarakat, perkara ini penting dan perlu dijaga kerana melibatkan identiti dankesannya kepada negara. Sekiranya memberi kesan kepada negara, ini bermaknakesilapan yang dilakukan oleh beberapa individu atau pihak tadi akan memberikanimplikasi kepada pihak lain juga. Itulah pentingnya nilai menasihati, memperingati,tegur-menegur dan peka dengan orang persekitaran kita. Disamping itu, kebiasaannya ketika waktu solat telah tiba, beberapa orangmurid yang bukan beragama Islam diasingkan. Pengasingan ini bukanlah bermaknamereka diabaikan terus daripada pengawasan para fasilitator program. Sebenarnyamereka diasingkan dan diberikan tazkirah yang sesuai dengan agama dan nilai-nilainorma budaya mereka yang sebenarnya membawa kepada tujuan yang satu iaituperpaduan. Begitu juga dengan murid-murid yang Muslim. Tazkirah perlu diadakankepada mereka agar dapat membuka pintu hati dan seterusnya menerapkan nilai-nilai murni sejajar sepertimana yang dikehendaki junjungan kita Rasulullah S.A.W. Penerapan nilai murni dan pemahaman yang baik tentang perpaduan akanmenjadikan para peserta mempunyai jati diri yang unggul. Secara tidak langsung,sekiranya ini dapat disemai dalam diri para peserta, bukan sahaja objektif programutama ini tercapai iaitu “Pembinaan Jati Diri, Seiring Akhlak Terpuji” bahkan insiprasinegara iaitu yang mahu menjayakan dan memantapkan integrasi nasional juga akanterhasil. Di sini menunjukkan bahawa, wadah perpaduan yang penting selain dari nilai-nilai yang disebut tadi adalah agama. Agama boleh menjadi media dalampenyatupaduan masyarakat kerana dalam kehidupan beragama, tiada diantaraagama-agama di dunia ini yang menginginkan kehidupan yang kacau bilau. Bahkan,menekankan bahawa kehidupan yang aman akan memudahkan penganut agamatersebut mengamalkan ajaran-ajaran agama mereka. 9
  • 10. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa3.0 RUMUSAN Maka, jelaslah bahawasanya, dalam usaha memperkukuhkan integrasinasional di negara kita, banyak aspek-aspek yang boleh disentuh terutama dalamaspek nilai. Pemupukan dan penyemaian nilai-nilai pula perlulah dimulakan sejakdiperingkat kanak-kanak lagi. Sesuai dengan pepatah Melayu yang menyebut,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, kanak-kanak adalah bakal generasidan pewaris negara pada masa akan datang. Sekiranya mereka dididik dengan baik dan dilengkapkan dengan nilai-nilaimurni kehidupan mengikut acuan agama dan misi negara, sudah pasti tidak akanberlaku perpecahan dalam kalangan rakyat di negara ini sepertimana tragedi hitamyang pernah berlaku suatu ketika dahulu yang kita kenali sebagai Tragedi 13 Mei1969. Pengajaran yang diambil dari peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnyakita menerapkan nilai-nilai yang baik agar perpaduan ini dapat dikekalkan. Sebagai seorang guru, pendidikan yang diberikan kepada murid perlulahdiselitkan dengan mesej-mesej yang baik dan tiada satu titik pun nilai negatifditunjukkan kepada murid. Kecemerlangan setiap individu dari segi jasmani, emosi,rohani, intelek dan sahsiah banyak dicorak ketika mereka di bangku sekolah lagi.Justeru, peranan guru-guru dan pihak sekolah sangat penting bagi menjaya hasratkerajaan terutama dalam aspek integrasi nasional ini. Pengintegrasian ini selarasdengan cabaran keempat dalam Wawasan 2020 iaitu “membentuk sebuahmasyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yangmempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budipekerti yang luhur”. Kemajuan negara kita pada hari ini adalah datangnya daripada perpaduanyang begitu mantap yang diamalkan oleh generasi-generasi terdahulu. Namun,sejak akhir-akhir ini, banyak isu-isu sensitif yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentuyang disiarkan didada-dada akhbar yang akhirnya membuatkan perpaduan negarakelihatan bergelora. 10
  • 11. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Menurut Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani (2005), kemajmukan ini dapatdiolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa bagi negara kita sekiranyamasyarakat Malaysia dapat membuktikan semangat perpaduan yang jitu lagi utuhdengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang telah diterjemahkan dalamdasar-dasar negara. Akhir sekali, semua pihak seharusnya berganding bahu agar keamanan yangkita perolehi ini dapat dikekalkan sekaligus mewujudkan identiti nasional yang positifkepada masyarakat dunia. Perpaduan sangat penting agar peristiwa 13 Mei 1969tidak berlaku lagi. Walaupun pada umumnya selepas mencapai kemerdekaan,Malaysia sering digambarkan sebagai sebuah negara yang aman danmasyarakatnya bersatu padu, namun gambaran ini musnah akibat berlakunyaperistiwa rusuhan pada 13 Mei 1969 (Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani , 2005). Perbezaan antara kaum, pihak, ataupun individu sebenarnya bertujuan untukmenjadikan manusia ini saling kenal-mengenali antara satu sama lain dan bolehberkongsi adat dan budaya yang sesuai dengan norma-norma yang digariskan olehagama. Sesuai dengan firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahaimanusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorangperempuan dan menjadikan kamu berbangsa-banga dan bersuku-suku supayakamu saling kenal-mengenal” (al-Hujuraat: 13). 11
  • 12. EDU 3109 Guru dan Cabaran SemasaULASAN JURNAL1.0 Pengenalan Jurnal pendidikan yang bertajuk Pengajaran Berpasukan : ImpelementasiDalam Pembelajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Di SekolahRendah telah dijalankan oleh Ros Silawati binti Ahmad @ Abdullah. Kajian inimerupakan kajian yang bersifat kualitatif dan berfokus kepada masalah pengajaranpenulisan karangan yang kurang berkesan semasa sesi pengajaran danpembelajaran. Kajian ini juga telah dijalankan di sebuah sekolah di negeri Perlisdengan mengambil sampel seramai 30 orang murid yang terdiri daripada muridtahun lima sahaja.2.0 Latar belakang masalah Pengajaran berpasukan (Team Teaching - TT) merupakan salah satu jeniskaedah pengajaran yang melibatkan lebih daripada seorang guru yang mengajardalam suatu sesi pengajaran. Sabri Ahmad (2007) pula telah menambah, terdapatbeberapa bentuk pengajaran yang melibatkan lebih daripada seorang guru iaitupengajaran berstesen, pengajaran selari, pengajaran alternatif dan pengajaranberpasukan. Dalam pengimplementasian TT, seorang guru akan mengajarmanakala guru-guru lain akan mengawas secara bergilir-gilir mengikut perananmasing-masing. Pengkaji juga menyatakan bahawa, TT sebenarnya telah lamadiwujudkan dan diaplikasikan dalam pendidikan pelbagai peringkat persekolahantinggi dan universiti di negara-negara eropah seperti Amerika Syarikat sekitar tahun1960-an. Antara tokoh yang awal mengkaji tentang kaedah ini adalah Florence M.Diesman. Beliau telah mengkaji perlaksanaan TT ini dalam pengajaran BahasaInggeris di 21 buah sekolah sekitar Washington pada tahun 1964. Melalui kajianbeliau, TT dikatakan kaedah yang lebih baik berbanding kaedah-kaedah biasa yangsering digunakan. 12
  • 13. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Selain itu, menurut pengkaji lagi, TT dapat meningkatkan kualiti pengajaranguru dan pada masa yang sama boleh melonjakkan pencapaian akademik pelajar(Bauwens & Hourcade :1995). Pernyataan ini disokong oleh Sabri Ahmad (2007)dengan menyatakan bahawa tanggungjawab mendidik murid hendaklah dikongsibersama-sama. Oleh itu, secara sekilas pandang, kaedah yang dikenali sebagai TTini merupakan kaedah yang bersistemkan ‘give and take’ ataupun ‘win win situation’kerana mampu memberikan kesan kepada kedua-dua pihak sama ada pada pihakguru ataupun murid.3.0 Tujuan kajian Pengkaji telah menyatakan terdapat tiga tujuan kajian ini dijalankan. Tujuanpertama adalah bagi mengenal pasti persepsi murid terhadap ciri-ciri TT dari aspekkognitif yang membantu pembelajaran kemahiran menulis karangan. Tujuan keduapula mengenal pasti persepsi dari aspek afektif terhadap ciri-ciri TT yang membantupembelajaran karangan dan tujuan ketiga adalah mengkaji kepuasan murid dalampembelajaran kemahiran menulis karangan melalui kaedah TT. Soalan-soalandalam borang soal selidik dibina mengikut aspek kajian.4.0 Alatan kajian Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah soal selidik sahaja.Penggunaan instrumen ini sangat sesuai oleh kerana bilangan sampel yangdigunakan oleh pengkaji adalah besar. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Mohd.Majid Konting (1994:188) yang menyatakan bahawa soal selidik digunakan untukmendapatkan maklumat daripada saiz subjek yang lebih besar. Tambah beliau lagi,soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. 13
  • 14. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa5.0 Dapatan kajian Soalan pada borang soal selidik dalam aspek kognitif memfokuskan kepadapemahaman murid terhadap pembinaan karangan setelah dibimbing oleh guru-gurumelalui kaedah TT. Kemudian, dalam soal selidik bagi aspek afektif pula, soalanyang dinyatakan lebih berfokus kepada perasaan murid semasa dan selepasmenjalani kaedah TT. Manakala pada aspek afektif pula, soalan lebih menekankanpada pendapat murid terhadap kaedah TT yang dilaksanakan di dalam kelas. Aspekkepuasan terhadap pembelajaran ini pula ingin mengkaji tentang pendapat muridterhadap kaedah yang digunakan. Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek kognitif, majoriti responden sangatsetuju dengan pengimplementasian TT dalam pembelajaran. Berdasarkan jumlahkeseluruhan dapatan, pada setiap item-item yang dinyatakan dalam soal selidik itumenunjukkan bahawa 60.0 peratus sampel kajiannya menyatakan mereka sangatsetuju dengan keberkesanan kaedah TT terhadap aspek kognitif mereka. Manakalaperatus keseluruhan untuk yang setuju pula sebanyak 38.9 peratus sahaja. Danhanya 1.9 peratus sahaja menyatakan tidak pasti bahawa kaedah ini bolehmeningkatkan kemahiran penulisan mereka dari aspek kognitif. Untuk item tidaksetuju dan sangat tidak setuju, tiada peratus yang dicatat. Bilangan min keseluruhanyang diperoleh untuk aspek kognitif ini adalah 4.58 manakala sisihan piawainya pulahanya 0.50. Seterusnya. dalam aspek afektif pula, seramai 68.8 peratus sampelmenyatakan mereka sangat setuju dengan kaedah ini yang memberi kesan padaafektif mereka. 29.5 peratus pula menyatakan mereka bersetuju bahawa kajian inimempengaruhi afektif mereka. Manakala, hanya 1.7 peratus sampel pula tidak pasti.Dan tiada sampel yang tidak setuju ataupun sangat tidak setuju. Berdasarkan nilaikeseluruhan yang dinyatakan juga, jumlah peratusan min yang diperoleh lebih besarberbanding pada aspek kognitif iaitu sebanyak 4.65 manakala sisihan piawainyalebih kecil iaitu hanya 0.47. Kemudian, untuk soal selidik tentang kepuasan murid terhadap pembelajaran,seramai 49.9 peratus murid sangat bersetuju dengan berpendapat bahawa kaedahini memberikan kepuasan kepada mereka semasa pengaplikasiannya dalampembelajaran. 37.9 peratus sampel pula menyatakan mereka setuju, 7.31 peratus 14
  • 15. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasasampel menyatakan mereka tidak pasti, manakala untuk item tidak setuju dansangat tidak setuju pula, hanya 2.66 peratus sampel pada kedua-dua item tersebut.Nilai min pula sebanyak 4.23 dan sisihan piawainya lebih besar berbanding soalselidik untuk aspek kognitif dan afektif iaitu sebanyak 0.868.6.0 Perbincangan Kaedah TT yang digunakan semasa pembelajaran akan memberikan kesanyang lebih besar kepada murid dalam aspek afektif berdasarkan jadual yangditunjukkan. Nilai sisihan piawainya lebih rendah berbanding aspek kognitif dankepuasan murid. Melalui dapatan-dapatan ini, maka terbuktilah bahawa kaedah TT ini sangatsesuai dijalankan di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran. Ini jugamenunjukkan bahawa objektif-objektif kajian yang dinyatakan oleh pengkaji sudahtercapai. Pengkaji merumuskan kajiannya ini dengan menyatakan kaedah inimerupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sudah diketahui umum.Namun, perlu diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Kaedah ini bukan sahaja melibatkan gandingan tenaga guru-guru, bahkanmelibatkan perkongsian idea dan pemikiran ke arah membentuk pendidikan yanglebih berkualiti pada masa akan datang.7.0 Cadangan dan kesimpulan TT perlu diperluaskan lagi penggunaannya di sekolah-sekolah. Selain itu,pendedahan juga perlu diberikan kepada terutama kepada bakal guru. Pengkaji jugamencadangkan agar pengajaran berpasangan ini bukan sahaja melibatkan guru-guru pelatih sahaja bahkan turut melibatkan guru pembimbing mereka. Dalampelaksanaan ini juga, Peranan guru besar juga merupakan faktor penting. Menurutpengkaji, perancangan yang sistematik dari segi kumpulan TT dan penyelarasanjadual waktu akan memudahkan implementasi amalan ini di sekolah. Pengkaji jugamenekankan bahawa TT juga sesuai diamalkan untuk mata pelajaran lain. 15
  • 16. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa8.0 Kritikan Dalam kajian ini, pengkaji sering menyatakan tentang kelebihan penggunaankaedah TT dalam pembelajaran. Namun, kaedah ini juga sebenarnya adakelemahannya. Kelemahan-kelemahan inilah yang mungkin sering menyebabkankaedah TT tidak dapat dilaksanakan di sekolah dengan lebih efisyen dankomprehensif. Antara kelemahan-kelemahan kaedah ini adalah kekurangan guruyang mempunyai kemahiran mengajar mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh,sekiranya sesebuah sekolah kekurangan guru Bahasa Melayu, sudah tentu sukaruntuk mengaplikasikan kaedah ini kerana guru-guru mata pelajaran lain belum tentuboleh mengajar Bahasa Melayu dengan cara yang betul. Selain itu, kerjasamadaripada guru lain juga amat diperlukan. Sekiranya guru-guru lain kurang berminatdengan kaedah ini, maka sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka.Apatahlagi sekarang ini, tugas-tugas pengkeranian guru di sekolah semakin banyak.Ini menyebabkan guru-guru lain tidak mempunyai masa yang kosong untukmembantu guru yang mahu melaksanakan kaedah ini. Di samping itu juga,kebiasaannya guru-guru mempunyai kaedah, pendekatan, strategi dan teknikpengajaran yang berbeza-beza. Oleh itu, sekiranya berlaku bertindihan idea semasapengajaran dan pembelajaran berlangsung, secara tidak sengaja ini akanmempengaruhi kefahaman murid tentang perkara yang ingin dipelajari pada hari itu. Selain itu juga, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik sahaja.Disebabkan oleh bilangan sampel yang ramai, soal selidik sangat sesuai digunakan.Soal selidik yang dijalankan pula meliputi tiga aspek kajian, namun item soalan padasoal selidik pula banyak dan mungkin menyebabkan murid bosan untuk mengisiborang tersebut. Hal ini mungkin boleh menyebabkan murid mengisi borang soalselidik itu dengan sambil lewa dan mengisi hanya berdasarkan perasaan ataupenekanan guru semasa memberikan penerangan tentang aspek-aspek kajiannya.Ini sekaligus boleh mempengaruhi keputusan kajian kerana murid tidakmelengkapkan borang tersebut sesuai dengan persepsi mereka. Mungkin sekiranyapengkaji mahu mengekalkan borang soal selidik ini dengan item-item yang adauntuk kajian seterusnya, pengkaji perlu mengedarkan borang-borang ini tidak padamasa yang sama. Ini boleh mengelakkan murid daripada berasa kebosanan untukmengisi borang tersebut. 16
  • 17. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa Persembahan data seperti yang ditunjukkan dalam jadual-jadual kajianadalah kemas dan mudah untuk difahami. Dalam analisis data yang ditunjukkan,pengkaji tidak menunjukkan perkaitan antara tingkahlaku yang berlaku semasakajian sedang dijalankan untuk dikaitkan dengan data-data tersebut. Sekiranyainstrumen pemerhatian yang melibatkan ketiga-tiga aspek kajian digunakan untukmengkaji perubahan tingkahlaku, kognitif dan kepuasan sampel, mungkin bolehdikaitkan dengan data-data yang dikumpul dan ini menjadikan kajian tersebut benar-benar menunjukkan perubahan terhadap sampel.9.0 Rumusan Kaedah yang dikaji oleh Ros Silawati ini sebenarnya salah satu kaedahpengajaran yang sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Hal ini kerana, bimbingan yang diberikan oleh guru lebih baikdisebabkan setiap kumpulan murid di dalam kelas tersebut mempunyai seorangguru yang bertindak seperti fasilitator kepada mereka. Oleh itu, mudah bagi muriduntuk bertanyakan soalan-soalan kepada guru-guru tersebut. Berbeza dengan rutinpengajaran yang biasa diamalkan oleh guru selama ini. Sekiranya seorang gurusahaja yang mengajar, adalakalanya murid terlalu malu untuk bertanyakan soalan.Hasil daripada kajian ini, jelaslah sebenarnya banyak kesan yang baik sekiranyakaedah ini diamalkan di sekolah. 17
  • 18. EDU 3109 Guru dan Cabaran SemasaBibliografiHj. Dr. Syed Ibrahim (2008). Malaysia Kita, Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur.International Law Book Services.Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Syarifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar.Prof. Dr. Sidek Baba (2009). Melayu Perkasa. Alaf 21. Shah Alam Selangor.Sivamurugan Pandian (2006). Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun di Putrajaya. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Ting Chew Peh (1987). Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur. Pustaka Dimensi.Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Majid (2005). Pendidikan Negara Bangsa. Pahang Darul Makmur. PTS Publication Sdn. Bhd.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia &sec=Rencana&pg=re_06.htm diakses pada 3 September 2012http://www.scribd.com/doc/27154139/Ulasan-Jurnal-Peranan-Kepimpinan-Guru - diakses pada 3 September 2012 18
  • 19. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 19