SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Peranan wanita dalam aspek pembangunan negara
memang tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya
daripada pihak masyarakat umum.

Huraikan peranan yang mampu dipikul oleh kaum
wanita di negara ini.
Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalu
sering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini.
Kita masih belum menyedari bahawa dalam kelembutan
wanita itu tersirat satu ketabahan yang ketara untuk mampu
menyumbangkan sesuatu buat pembangunan negara kita.
Rencana dalam media massa telah banyak memaparkan
tentang keupayaan wanita dalam aspek membangunkan
negara kini ini. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan yang
berupaya dilaksanakan oleh wanita Malaysia.

Sudah pasti peranan atau tugas yang ketara ialah golongan
ini boleh menjalankan usaha mendidik generasi muda
dengan lebih baik. Kelembutan dan keprihatinan mereka
terhadap keperluan kasih sayang anak-anak menjadikan
wanita paling sesuai dalam tugas mendidik ini. Kejayaan
mereka mendidik anak menjamin satu kelompok
masyarakat yang lebih berjaya dalam kehidupana mereka
pada masa hadapan. Jelaslah, wanita di negara ini
berperanan untuk mendidik generasi muda agar menjadi
satu generasi yang memiliki semua cirri-ciri yang
diperlukan dalam kehidupan yang mencabar ini.

Selain itu, wanita juga berperanan untuk menyumbangkan
tenaga dalam sektor ekonomi Malaysia. Wanita memiliki
kemahiran yang tertentu yang berguna untuk menjadikan
diri mereka sebagai satu sumber manusia yang lengkap.
Sikap rajin bekerja dan tekun serta memberikan perhatian
yang sepenuhnya ketika bekerja menjadikan golongan ini
sasaran utama industri kilang di Malaysia pula. Jadi, kaum
wanita memang mempunyai peranan besar dalam
memastikan sumber manusia negara ini berupaya
memenuhi keperluan pertumbuhan ekonomi negara kita.

Pada masa yang sama wanita juga berperanan untuk
menimba ilmu pengetahuan yang sebanyak mungkin.
Usaha memperoleh ilmu ini menjadikan wanita terdedah
terhadap pelbagai perubahan teknologi yang menjadikan
diri wanita itu lebih baik dan berkeyakinan pula. Sudah ada
banyak wanita yang memiliki ilmu yang tinggi ini berjaya
mendirikan pelbagai perniagaan yang kemudiannya
menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti untuk
pasaran dalam dan luar negara pula. Sesungguhnya,
mencari ilmu itu menjadi tugas utama wanita kerana dunia
yang penuh persaingan ini memerlukan wanita yang
berilmu tinggi pula.

Malahan, wanita juga boleh mencurahkan tenaga mereka
dalam aspek keselamatan negara yang begitu penting itu.
Sudah ramai wanita yang menyertai perkhidmatan tentera
dan polis dnegan mempamerkan keupayaan yang serupa
dengan kaum lelaki. Kewujudan kaum wanita dalam
perkhidmatan keselamatan ini juga memberikan peluang
kepada kaum lelaki untuk memastikan semua tugas dapat
diselesaikan dengan baik kerana ada tugas-tugas yang
memerlukan tangan wanita sahaja. Justeru, wanita juga
berupaya menyumbangkan tenaga mereka dalam bidang
keselamatan negara yang amat penting itu.

Kesimpulannya, peranan atau tugas wanita terhadap negara
ini begitu luas dan amat diperlukan. Kita semua hendaklah
memandang tinggi dan member peluang kepada wanita
untuk membuktikan kemampuan mereka ini. Sikap
memandang enteng keupayaan wanita bukanlah satu
tindakan yang tepat dalam kehidupan dunia penuh cabaran
ini. Slogan “pemuda harapan negara pemudi tiang negara”
harus menjadi peringatan kepada kita betapa besarnya
sumbangan wanita terhadap kemajuan negara itu.

More Related Content

Viewers also liked

Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamPeranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamNur Paşa
 
Peran wanita dalam politik islam
Peran wanita dalam politik islamPeran wanita dalam politik islam
Peran wanita dalam politik islammelly lydea
 
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020960623
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaZailani Baharuddin
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayatfiro HAR
 
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Nazira M
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 
Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatJenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatAhliBM
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 

Viewers also liked (14)

Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamPeranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
 
SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5
 
Peran wanita dalam politik islam
Peran wanita dalam politik islamPeran wanita dalam politik islam
Peran wanita dalam politik islam
 
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
 
Analisis ayat
Analisis ayatAnalisis ayat
Analisis ayat
 
KONSEP INSTITUSI KELUARGA
KONSEP INSTITUSI KELUARGAKONSEP INSTITUSI KELUARGA
KONSEP INSTITUSI KELUARGA
 
Wanita & islam
Wanita & islamWanita & islam
Wanita & islam
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
 
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatJenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis Ayat
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 

More from company mak pak saia

More from company mak pak saia (7)

Siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh nabi saw tidak akan masuk syurga
Siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh nabi saw tidak akan masuk syurgaSiapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh nabi saw tidak akan masuk syurga
Siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh nabi saw tidak akan masuk syurga
 
Hayatilah dan ambil iktibar
Hayatilah dan ambil iktibarHayatilah dan ambil iktibar
Hayatilah dan ambil iktibar
 
Diari seorang wanita
Diari seorang wanitaDiari seorang wanita
Diari seorang wanita
 
Definisi cinta
Definisi cintaDefinisi cinta
Definisi cinta
 
Describing line graphs
Describing line graphsDescribing line graphs
Describing line graphs
 
Describing line graphs
Describing line graphsDescribing line graphs
Describing line graphs
 
Muet
MuetMuet
Muet
 

Peranan wanita dalam aspek pembangunan negara memang tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya daripada pihak masyarakat umum

  • 1. Peranan wanita dalam aspek pembangunan negara memang tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya daripada pihak masyarakat umum. Huraikan peranan yang mampu dipikul oleh kaum wanita di negara ini. Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalu sering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Kita masih belum menyedari bahawa dalam kelembutan wanita itu tersirat satu ketabahan yang ketara untuk mampu menyumbangkan sesuatu buat pembangunan negara kita. Rencana dalam media massa telah banyak memaparkan tentang keupayaan wanita dalam aspek membangunkan negara kini ini. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan yang berupaya dilaksanakan oleh wanita Malaysia. Sudah pasti peranan atau tugas yang ketara ialah golongan ini boleh menjalankan usaha mendidik generasi muda dengan lebih baik. Kelembutan dan keprihatinan mereka terhadap keperluan kasih sayang anak-anak menjadikan wanita paling sesuai dalam tugas mendidik ini. Kejayaan mereka mendidik anak menjamin satu kelompok masyarakat yang lebih berjaya dalam kehidupana mereka pada masa hadapan. Jelaslah, wanita di negara ini berperanan untuk mendidik generasi muda agar menjadi satu generasi yang memiliki semua cirri-ciri yang diperlukan dalam kehidupan yang mencabar ini. Selain itu, wanita juga berperanan untuk menyumbangkan
  • 2. tenaga dalam sektor ekonomi Malaysia. Wanita memiliki kemahiran yang tertentu yang berguna untuk menjadikan diri mereka sebagai satu sumber manusia yang lengkap. Sikap rajin bekerja dan tekun serta memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika bekerja menjadikan golongan ini sasaran utama industri kilang di Malaysia pula. Jadi, kaum wanita memang mempunyai peranan besar dalam memastikan sumber manusia negara ini berupaya memenuhi keperluan pertumbuhan ekonomi negara kita. Pada masa yang sama wanita juga berperanan untuk menimba ilmu pengetahuan yang sebanyak mungkin. Usaha memperoleh ilmu ini menjadikan wanita terdedah terhadap pelbagai perubahan teknologi yang menjadikan diri wanita itu lebih baik dan berkeyakinan pula. Sudah ada banyak wanita yang memiliki ilmu yang tinggi ini berjaya mendirikan pelbagai perniagaan yang kemudiannya menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti untuk pasaran dalam dan luar negara pula. Sesungguhnya, mencari ilmu itu menjadi tugas utama wanita kerana dunia yang penuh persaingan ini memerlukan wanita yang berilmu tinggi pula. Malahan, wanita juga boleh mencurahkan tenaga mereka dalam aspek keselamatan negara yang begitu penting itu. Sudah ramai wanita yang menyertai perkhidmatan tentera dan polis dnegan mempamerkan keupayaan yang serupa dengan kaum lelaki. Kewujudan kaum wanita dalam perkhidmatan keselamatan ini juga memberikan peluang kepada kaum lelaki untuk memastikan semua tugas dapat diselesaikan dengan baik kerana ada tugas-tugas yang
  • 3. memerlukan tangan wanita sahaja. Justeru, wanita juga berupaya menyumbangkan tenaga mereka dalam bidang keselamatan negara yang amat penting itu. Kesimpulannya, peranan atau tugas wanita terhadap negara ini begitu luas dan amat diperlukan. Kita semua hendaklah memandang tinggi dan member peluang kepada wanita untuk membuktikan kemampuan mereka ini. Sikap memandang enteng keupayaan wanita bukanlah satu tindakan yang tepat dalam kehidupan dunia penuh cabaran ini. Slogan “pemuda harapan negara pemudi tiang negara” harus menjadi peringatan kepada kita betapa besarnya sumbangan wanita terhadap kemajuan negara itu.