Perbezaan Pencapaian Dalam Matematik Antara                        Sekolah Bandar Dan Luar BandarSelepas mengikuti pembent...
kemampuan pelajar supaya minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dapatdipupuk.         Yang terakhir, pihak-pihak ...
Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki Dan PerempuanBanyak perkara telah saya pelajari melalui isu yang dibentangkan oleh k...
Keempat, persepsi pihak-pihak tertentu seperti guru atau ibu bapa juga menjadipenyebab perbezaan pencapaian dalam matemati...
Perbezaan Pencapaian Matematik Antara SK dan SJKCIsu pembentangan kumpulan 3 ialah perbezaan pencapaian matematik antara S...
sekolah berbanding dengan PIBG SK. Peranan yang dimainkan oleh PIBG SJKC ialahmengikuti perkembangan matematik pelajar, me...
Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Matematik:                         Konstruktivisme VS Latih TubiTajuk ini telah dibenta...
tidak difahami olehnya. Soalan-soalan yang ditanya menandakan pelajar itu berfikir dantidak hanya menerima secara bulat-bu...
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Tajuk ini telah dibentangkan oleh kumpulan 5. Di sini saya telah mempelajari beber...
mengikut kurikulum semasa. Jadi kurikulum ini tidak memberi kesan positif sekiranyafaktor-faktor tertentu yang mempengaruh...
5)      Apakah yang dimaksudkan dengan standard mengikut konteks bilik darjah?           Dan adakah ia sesuai dan berkesan...
akan mengehadkan penyampaian guru. Sebagai contoh, guru tidak boleh mengubahsuaiatau mengadaptasikan langkah-langkah pengi...
Soalan:   1) Komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran      yang lain. Bagaimanakah guru ...
Persijilan Guru MatematikMinggu ke-12 merupakan minggu terakhir pembentangan isu-isu. Isu yang dibentangkanoleh kumpulan i...
Yang terakhir, Bahasa Inggeris sangat penting untuk kita kerana ia merupakanbahasa     perantara   antarabangsa.   Sebagai...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Combined

1,362 views
1,305 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,362
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
25
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Combined

  1. 1. Perbezaan Pencapaian Dalam Matematik Antara Sekolah Bandar Dan Luar BandarSelepas mengikuti pembentangan kumpulan 1 dalam membincangkan perbezaanpencapaian dalam matematik antara sekolah bandar dan luar bandar, saya telah banyakmendapat pengetahuan tentang isu seumpamaan ini. Yang pertama, dasar PPSMI iaitupengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telahdiperkenalkan pada tahun 2003. Namun dasar ini tidak dilaksanakan serta-merta tetapisecara berperingkat. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkatSekolah Menengah sementara tahun 2008 untuk peringkat Sekolah Rendah. Yang kedua, melalui pembentangan kumpulan ini, saya juga dapat mengetahuibahawa ciri-ciri yang membezakan bandar dengan luar bandar ialah dari segi bilanganpenduduk, susunan penempatan, dan kemudahcapaian kemudahan infrastruktur.Sesesuatu tempat yang melibatkan 100 ribu penduduk, susunan penempatan yang teraturdan kemudahan infrastruktur yang tersedia dikategori sebagai bandar manakala bilanganpenduduk yang kurang daripada 100 ribu orang, susunan penempatan yang rawak sertakemudahan infrastruktur serba kurang atau tiada dikategori sebagai luar bandar. Yang ketiga, antara faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaianmatematik antara sekolah bandar dan luar bandar turut dibincangkan. Salah satu faktoryang diperkatakan ialah dasar PPSMI menjadi penyebab keciciran pencapaian pelajarluar bandar dalam matematik berbanding dengan pelajar bandar. Pada pendapat saya, iniberlaku disebabkan kebanyakan pelajar sekolah bandar mempunyai latar belakangkeluarga berpendidikan manakala pelajar sekolah luar bandar masih lagi menggunakanbahasa ibunda. Maka ini memberi kesan kepada jurang perbezaan pencapaian dalammatematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Yang keempat, guru sendiri juga memainkan peranan penting dalam hal ini.Sebenarnya, guru harus menunjukkan teladan yang baik agar dapat membentuk sikappositif pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Segala pengajaran atau aturan aktivitiakademik harus mengutamakan pelajar terlebih dahulu. Oleh itu, pengajaran danpembelajaran dalam kelas perlu dirancang agar bersesuaian dengan keperluan dan 1
  2. 2. kemampuan pelajar supaya minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dapatdipupuk. Yang terakhir, pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa harus terlibat secara langsungdalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pencapaian akademik pelajar. Sikapibu bapa luar bandar yang kurang menitikberatkan pencapaian akademik pelajar akanmemberi kesan kepada pelajar itu sendiri. Contohnya, pelajar menjadi tidak bermotivasidan bersikap sambil lewa dalam pembelajaran. Pengharapan dan ekspektasi yang wajarboleh diberikan kepada pelajar sebagai dorongan dan rangsangan untuk meningkatkanminat pelajar terhadap matematik.Soalan 1) Kemudahan infrastruktur merupakan alat yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Bagaimanakah kemudahan infrastruktur ini membantu dari sudut meningkatkan pencapaian matematik pelajar? 2) Apakah kriteria yang membezakan sekolah bandar dengan sekolah luar bandar mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia? 3) Pencapaian matematik pelajar di bandar selalu dikaitkan dengan latar belakang keluarga yang mengutamakan pendidikan. Adakah betul pelajar dari keluarga yang mengutamakan pendidikan semuanya mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Matematik? 4) Pelajar di luar bandar dikatakan kurang berminat dengan mata pelajaran matematik menurut pembentangan kumpulan 1, adakah minat itu diukur berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan awam semata-mata? 5) Dasar PPSMI dikatakan berat sebelah bagi pelajar sekolah luar bandar yang datang dari keluarga yang tidak berpendidikan tinggi di samping meluaskan lagi jurang pencapaian matematik antara pelajar bandar dan luar bandar. Bagaimanakah kelemahan ini diatasi? 2
  3. 3. Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki Dan PerempuanBanyak perkara telah saya pelajari melalui isu yang dibentangkan oleh kumpulan 2 iaituperbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuan. Menurut pembentangankumpulan 2, pelajar perempuan memperoleh keputusan yang lebih baik dalam matematikberbanding pelajar lelaki. Beberapa isi yang telah dibincangkan merangsang minda sayauntuk berfikir. Pertama, jurang perbezaan pencapaian matemaik semakin meluas antaraperempuan dan lelaki mengikut peringkat UPSR, PMR dan SPM. Ini menunjukkanbahawa dari segi kematangan umur, semakin tinggi umur pelajar perempuan semakinmaju pencapaian perempuan dalam mata pelajaran Matematik berbanding dengan lelaki. Kedua, faktor-faktor penyebab terjadinya perbezaan ini turut dibincangkan. Dariaspek faktor pelajar, kumpulan 2 mengatakan sikap perempuan lebih gigih berusaha danbaik dalam tugasan seperti lebih kuat menghafal fakta jika berbanding dengan lelaki.Selepas perbincangan Dr. Lim dengan rakan-rakan dalam kelas, saya bersetuju bahawatahap kecerdasan minda perempuan atau lelaki tidak banyak beza. Yang membezakanperbezaan pencapaian dalam matematik ini ialah sikap pelajar. Perempuan mempunyaisikap yang lebih positif dan memberi perhatian yang serius kepada kerja-kerja sekolahberbanding dengan pelajar lelaki. Pada abad ke-20 ini, status perempuan dan lelaki adalahsama. Kaum perempuan mampu berdikari dan mampu melaksanakan tugas dengan baikjika diberi peluang. Maka secara sosiologi, perempuan lebih berusaha untuk merebutpeluang pendidikan yang ada untuk berjaya dalam kehidupan. Dengan ini, sikapperempuan yang gigih ini membawa kepada pencapaian matematik yang baik berbandingdengan lelaki. Ketiga, aspek gaya pembelajaran mempengaruhi perbezaan pencapaian matematikantara perempuan dan lelaki. Menurut pembentangan kumpulan 2, perempuan lebihmahir dalam teori manakala lelaki lebih mahir dalam praktikal. Oleh itu, guru seharusnyatidak hanya menggunakan kaedah traditional semata-mata dalam menyampaikanpengajaran. Guru perlu mempelbagaikan kaedah atau teknik mengajar sepertipenggunaan ICT dalam pengajaran matematik agar bersesuaian dengan gayapembelajaran lelaki. 3
  4. 4. Keempat, persepsi pihak-pihak tertentu seperti guru atau ibu bapa juga menjadipenyebab perbezaan pencapaian dalam matematik antara perempuan dan lelaki. Secaraluaran, lelaki dilihat sebagai individu yang bersifat extrovert, aktif dan suka kepadacabaran, manakala perempuan dilihat sebagai individu yang bersifat introvert, dudukdalam rumah dan memerlukan bimbingan yang lebih. Maka ibu bapa mahupun guru lebihmemberi perhatian terhadap perempuan. Sepatutnya, ibu bapa mahupun guru harusbersikap adil dan memberi perhatian yang sama untuk semua tanpa mengira perempuanatau lelaki. Walau bagaimanapun, saya berpendapat sikap lelaki itu sendiri yang dapatmerapatkan jurang perbezaan pencapaian matematik antara lelaki dan perempuan. Lelakiperlu lebih yakin, gigih berusaha dan bersikap positif dalam matematik. Matematikmerupakan satu mata pelajaran yang perlu membuat latihan yang banyak, mengulang kajidan membaca. Dalam hal ini, lelaki harus banyak meluangkan masa untuk meneroka ilmumatematik daripada menghabiskan masa untuk hiburan, aktiviti dan bersosial di luar.Soalan 1) Menurut pembentangan kumpulan 2, lelaki lebih mahir dalam praktikal. Bagaimanakah pengajaran matematik secara praktikal diaplikasikan untuk pelajar lelaki? 2) Mengikut min ’persepsi terhadap guru’ yang dikemukakan oleh ahli kumpulan 2, lelaki mencatat min yang kurang daripada perempuan. Adakah ini bermakna lelaki mempunyai persepsi negatif terhadap guru yang lebih berbanding perempuan? Jika ya, mengapakah ini berlaku? 3) Adakah faktor sosioekonomi keluarga juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian matematik antara lelaki dan perempuan? 4) Pelajar perlu menerapkan minat terhadap topik-topik yang dipelajari. Bagaimanakah guru membentuk minat pelajar lelaki terhadap matematik? 5) Ibu bapa lebih mengharapkan agar perempuan lebih berjaya. Apakah bukti yang menunjukkan perkara ini berlaku? 4
  5. 5. Perbezaan Pencapaian Matematik Antara SK dan SJKCIsu pembentangan kumpulan 3 ialah perbezaan pencapaian matematik antara SK danSJKC. Dari sini, saya telah mendapat pengetahuan baru mengenai SK dan SJKC. Yangpertama, laporan Razak 1956 mencadangkan bahawa bahasa Melayu digunakan sebagaipengantar dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu sekolah kebangsaan merujuk kepadasekolah yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar bagi memupukperpaduan rakyat Malaysia. Manakala SJKC merupakan lanjutan sekolah vernakularyang menggunakan mandarin sebagai bahasa pengantar. Yang kedua, SJKC dikatakan lebih baik pencapaian dalam matematik berbandingdengan SK antara puncanya ialah perbezaan kuantiti latihan matematik yang diberikanantara SK dan SJKC. Mengikut pembentangan kumpulan 3 yang menyatakan bahawaguru-guru di SJKC memberi latihan matematik yang lebih banyak berbanding SK. Sayakurang bersetuju dengan penyataan ini kerana kecemerlangan dalam pencapaianmatematik bukan bergantung kepada latihan yang banyak semata-mata. Yang lebihpenting ialah latihan itu berkesan sekirannya ia sesuai dan menepati format peperiksaan. Yang ketiga, mengikut laporan pencapaian yang dikemukakan oleh kumpulan 3,semuanya menunjukkan pencapaian SJKC lebih baik pencapaian dalam mata pelajaranMatematik berbanding SK. Selepas diingatkan oleh Dr.Lim, kami mendapati adalah lebihwajar jika perbandingan pencapaian dalam matematik antara SK dengan SJKCmengambil faktor lokasi penempatan sekolah. Ini bermakna membuat perbandinganpencapaian dalam matematik SK di bandar dan SJKC di bandar atau SK di luar bandardan SJKC di luar bandar. Yang keempat, satu lagi faktor yang dibentangkan oleh kumpulan ini ialah SJKCmempraktikkan P&P yang lebih berdisiplin dan mempunyai peraturan yang ketat jikaberbanding dengan SK. Saya tidak membantah pernyataan ini tetapi selepas tercetusnyaidea daripada Dr.Lim bahawa ‘ada bayar, ada nilai’, ini menyebabkan saya terfikirbahawa SK ialah sekolah bantuan penuh kerajaan manakala SJKC bukan semestinya.Oleh itu, pihak PIBG SJKC lebih memainkan peranan penting dalam pendidikan di 5
  6. 6. sekolah berbanding dengan PIBG SK. Peranan yang dimainkan oleh PIBG SJKC ialahmengikuti perkembangan matematik pelajar, mengamalkan sikap sentiasa membantu danmembuat pemerhatian dari semasa ke semasa bagi memastikan keperluan pendidikanmurid mencukupi. Yang terakhir, antara satu cadangan yang dikemukakan oleh ahli kumpulan 3ialah waktu pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah diperbanyakkan. Dalamhal ini, faktor kuantiti masa tidak memberi kesan yang begitu banyak dalam membantumeningkatkan pencapaian matematik di SK tetapi yang menjadi faktor ialah carapenggunaan masa itu. Penggunaan masa dengan berkesan seperti menggunakan bukukerja alternatif untuk mengajar berbanding dengan menggunakan buku teks semata-mata.Buku kerja alternatif seperti buku latihan, latih tubi, soalan-soalan peperiksaan lepas danseumpamanya bukan sahaja menjimatkan masa malah pelajar akan mendapat masa yanglebih untuk memahami matematik secara lebih mendalam lagi melalui terdedahnyapelbagai bentuk dan jenis soalan.Soalan 1) Mengapakah pembahagian masa belajar dalam matematik berbeza antara SK dengan SJKC? 2) Mengikut laporan KPM yang menyatakan bahawa SJKC lebih baik pencapaiannya dalam Matematik berbanding dengan SK. Adakah lokasi penempatan sekolah sama ada di bandar dan luar bandar turut diambil kira? 3) Mengikut pembentangan kumpulan 3 yang menyatakan bahawa sistem pendidikan di SJKC lebih tersusun dari segi pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanakan ‘P&P yang tersusun’ dilihat? 4) Adakah pernyataan ini betul jika budaya Cina lebih mementingkan pendidikan berbanding budaya Melayu? Jika ya, mengapakah perbezaan budaya ini berlaku? 5) SJKC mempunyai buku teks dan buku kerja alternatif apabila mereka mendapati ‘buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan kurang sesuai atau menyusahkan’. Mengapakah tanggapan sebegini wujud di kalangan SJKC? 6
  7. 7. Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Matematik: Konstruktivisme VS Latih TubiTajuk ini telah dibentangkan oleh kumpulan 5. Sepanjang proses pembentangan yangdijalankan, saya telah memperoleh serba sedikit ilmu pengetahuan yang saya tidak tahusebelum itu. Yang pertama, tanggungjawab seorang guru sangat berat dalam mendidikmurid-murid. Sebagai seorang guru, kita perlulah melengkapkan diri kita dengan ilmudan kepakaran untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar. Teknik penyoalansangat digalakkan dalam proses P&P supaya tahap kefahaman setiap individu dapatditentukan. Yang kedua, definisi P&P menurut mana-mana bahan rujukan menjelaskan iamerupakan satu proses memberi dan menerima ilmu. Namun pada hakikatnya, pelajartidak menerima secara bulat-bulat apa yang disampaikan oleh guru. Ini keranapengalaman dan pengetahuan sedia ada bagi setiap individu adalah berbeza. Pelajarhanya akan mendengar dan seterusnya memproses maklumat tersebut mengikutpengetahuan sedia ada untuk memberi makna terhadap sesuatu perkara. Oleh itukomuniksi dua hala antara guru dengan pelajar sangat penting untuk mengetahui apayang pelajar tersebut faham dan adakah kefahaman pelajar tersebut sama dengan maksudsebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Yang ketiga, tidak ada satu strategik pun yang dikatakan berkesan untuk semuasituasi pembelajaran. Tetapi bergantung kepada apa yang kita nak daripada pelajartersebut. Contohnya, jika kita ingin pelajar kita menguasai sesuatu kemahiran, strategikyang berkesan ialah latih tubi tetapi strategik ini tidak sesuai digunakan untukmengukuhkan lagi pemahaman konsep. Untuk mengukuhkan kefahaman konsep,strategik yang berkesan digunakan ialah konstruktivisme. Yang keempat, untuk mewujudkan komunikasi berkesan di antara guru denganmurid, guru perlulah membina suasana bilik darjah yang baik supaya pelajar dapatmerasai keselesaan dalam bilik darjah. Ini dapat menggalakkan pelajar berasa bebas danselesa untuk bercakap. Ini sangat membantu guru dalam mengendalikan kelasterutamanya apabila pelajar banyak bertanya tentang apa yang difahami dan apa yang 7
  8. 8. tidak difahami olehnya. Soalan-soalan yang ditanya menandakan pelajar itu berfikir dantidak hanya menerima secara bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh orang lain. Yang kelima, pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku yang kekal.Dalam konteks bilik darjah, definisi perubahan tingkah laku boleh dijelaskan sebagaiseseorang murid boleh melakukan sesuatu yang dia tidak boleh buat sebelum itu.Contohnya dahulu pelajar tidak tahu sifir, tetapi selepas melalui proses pembelajaran,pelajar tersebut sudah tahu bersifir. Sebagai seorang guru, kita tidak akan berpuas hatisetakat murid boleh mentakrif, tetapi belajar pada aras yang lebih tinggi mengikuttaksonomi Bloom iaitu dari pemikiran aras rendah (pengetahuan, kefahaman, aplikasi)kepada aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis dan penilaian) secara berperingkat.Soalan 1) Mengikut kumpulan 4, pembelajaran berlaku apabila murid mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ke atas kehidupan seharian. Adakah ini bermakna jika dia tidak mengaplikasikan, maka dia tidak mengalami pembelajaran? 2) Bagaimanakah guru mengetahui sama ada seseorang murid sudah faham terhadap apa yang sebenarnya guru hendak disampaikan? 3) Bagaimanakah hendak melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah konstruktivisme? Dan bagaimanakan hendak menilai sama ada kaedah itu konstruktivisme? 4) Mengikut ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme, salah satu ciri ialah menyokong pembelajaran secara koperatif. Bagaimanakah hendak mengaplikasikan kaedah ini ke atas seorang murid yang pasif dan pendiam dengan berkesan? 5) Guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang baik dan selesa supaya pelajar bebas menyuarakan pertanyaan, idea mahupun maklumat. Bagaimanakah suasana bilik darjah yang baik dan selesa dibentuk? 8
  9. 9. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Tajuk ini telah dibentangkan oleh kumpulan 5. Di sini saya telah mempelajari beberapaperkara penting berkenaan dengan KSSR yang sebelum ini saya tidak begitu jelas dengandasar sebegini. Yang pertama, KSSR akan dijalankan secara berperingkat di seluruhMalaysia bermula tahun 1 2011 yang akan menerapkan beberapa elemen seperti elemenTMK dan pendidikan seks dalam subjek pendidikan kesihatan. Dengan adanyapendidikan seks ini, nescaya dapat memberikan pendedahan mengenai pengetahuan seksini melalui pendidikan rasmi di sekolah agar gejala gangguan seksual dapat dibendung. Yang kedua, dasar pendidikan diperbaharui dari semasa ke semasa denganbermatlamat bahawa kualiti pendidikan di negara ini dipertingkatkan. Sebenarnya yangmenjadi faktor meningkatkan kualiti pendidikan ialah guru itu sendiri. Seseorang guruyang baik seharusnya sentiasa memperbaiki diri dan sanggup menerima cabaran untukmelakukan pembaharuan. Sekiranya tidak berlaku perbezaan dalam kaedah gurumengajar dalam bilik darjah, maka tidak bermakna dasar-dasar pendidikandiperkenalkan. Oleh itu, gurulah yang berperanan penting untuk menentukan kualitipendidikan selaras dengan dasar pendidikan semasa. Yang ketiga, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Domberkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum BersepaduSekolah Rendah (KBSR). Mengikut pembentangan kumpulan 5, KSSR menekankan 4Miaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul manakala KBSR hanya menekankan 3Msahaja. Kemahiran menaakul yang diterangkan oleh kumpulan ini ialah murid-murid akanmenaakul mengikut kefahaman sendiri atas bimbingan dan penjelasan konsep oleh guru.Bagi Sekolah Rendah Tahap 1 akan tertumpu kepada penguasaan 4M manakala SekolahRendah Tahap 2 akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M. Yang keempat, kurikulum berasaskan standard. Standard yang dimaksudkan ialahmemastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Selepas tercetusnya ideaoleh Dr.Lim bahawa guru akan berbohong kerana sebagai pelaksana pendidikan dalambilik darjah, dia akan memastikan murid-murid melepasi standard yang ditetapkan 9
  10. 10. mengikut kurikulum semasa. Jadi kurikulum ini tidak memberi kesan positif sekiranyafaktor-faktor tertentu yang mempengaruhi pembelajaran murid diabaikan. Sebagaicontoh, faktor keupayaan dan kebolehan setiap murid adalah berbeza-beza. Oleh itu, guruperlu prihatin dengan faktor ini dan merancang pengajaran yang bermatlamatmengutamakan murid-murid supaya masalah murid keciciran dalam pembelajaran dapatdibendung. Yang terakhir, pembinaan modul pengajaran berteraskan empat fasa terarah untukmenggantikan penulisan rancangan pengajaran harian. Modul Pengajaran BerteraskanEmpat Fasa Terarah ini merupakan sebuah rancangan pengajaran kreatif yang lengkap,yang terdiri daripada empat fasa. Ia bermula dengan Fasa Persediaan, diikuti dengan FasaImaginasi, seterusnya Fasa Perkembangan dan diakhiri dengan Fasa Tindakan.Pengajaran berteraskan empat fasa ini merupakan langkah pengajaran kreatif yangmenggantikan cara lama pengajaran iaitu pendahuluan, set induksi, langkah 1, 2, dan 3serta penutup. Sekiranya guru terus mengabaikan pelaksanaan pengajaran kreatif melaluiempat fasa terarah ini di dalam modul yang sepatutnya dibina, sudah tentu guru akanmengajar murid-murid dengan cara yang lama iaitu pengajaran biasa seperti sebelum ini.Maka, guru dikatakan sebagai individu yang berperanan penting dalam mencorakkanpendidikan selaras dengan dasar pendidikan semasa.Soalan : 1) KSSR merupakan transformasi baru KBSR. Bagaimanakah hendak memastikan ia boleh dilaksanakan? 2) Apakah kelemahan pada KBSR dan mengapakah kelemahan ini berlaku? 3) Adakah kelemahan pada KBSR telah diatasi sebelum memperkenalkan kurikulum yang baru? 4) Bagaimanakah guru berperanan dalam meningkatkan kualiti pendidikan mengikut KSSR? 10
  11. 11. 5) Apakah yang dimaksudkan dengan standard mengikut konteks bilik darjah? Dan adakah ia sesuai dan berkesan dengan situasi sebenar dalam bilik darjah? Penggunaan ICT Dalam Mengajar Matematik (Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer)Selepas mengikuti pembentangan kumpulan 6 dalam tajuk pengajaran Matematikmenggunakan komputer, saya ingin meluahkan sedikit pendapat yang saya rasa pentinghasil daripada perbincangan Dr. Lim dan rakan-rakan sekelas dalam isu ini. Yangpertama, ICT dapat menjadikan pembelajaran pelajar menjadi lebih berkesan dengansyarat guru memainkan peranan penting dalam hal ini. Sebagai contoh, guru sekolahperlu tahu bertanya soalan yang bagus untuk menggalakkan pelajar meneroka jawapansendiri dengan berbantukan ICT. Misalnya, guru boleh melukis satu graf fungsi kuadratikpada papan tulis kemudian mengajukan soalan berbentuk merangsang pemikiran pelajarseperti “apakah yang akan terjadi pada graf sekiranya nilai pekali fungsi kuadratikberubah dari 1 kepada 3?” Yang kedua, pembelajaran akan menjadi berkesan sekiranya terdapat maklumbalas secara serta-merta. Dalam hal ini, komputer mempunyai kelebihan kerana dapatmemaparkan sama ada jawapan yang dibuat itu betul atau tidak. Mengikut teoribehaviorisme yang diterangkan oleh Dr. Lim, peneguhan positif akan menggalakkanpelajar untuk terus belajar. Oleh itu, melalui komputer pelajar yang dapat menjawab akandiberikan ganjaran seperti tambahan markah, terus ke tahap yang lebih tinggi dansebagainya akan menarik minat pelajar untuk terus belajar. Oleh itu, seseorang guru harusmemupuk amalan memberikan peneguhan positif secara serta merta terhadap perlakuanpelajar yang baik dan peringatan serta-merta juga harus diberikan kepada perlakuan yangsalah agar mereka dapat memperbaikinya. Yang ketiga, sesungguhnya pengajaran secara traditional merupakan kaedah‘kapur dan cakap’ serta melibatkan buku teks sahaja, namun pengajaran sebegini tidakboleh dinafikan keberkesanannya untuk pembelajaran pelajar. Berbanding denganpenggunaan ICT, guru akan bergantung kepada ICT untuk menyampaikan pengajarandan hanya akan menerang untuk perkara yang difikirkan perlu sahaja. Penggunaan ICT 11
  12. 12. akan mengehadkan penyampaian guru. Sebagai contoh, guru tidak boleh mengubahsuaiatau mengadaptasikan langkah-langkah pengiraan yang telah dibuat sebelumnyamengikut tahap kemampuan pelajar. Oleh itu, dalam hal sedemikian, guru sekolah perlutahu bahawa ICT hanya bertindak sebagai alat bantu mengajar dan tidak seharusnyamenggantikan tugas guru untuk mengajar. Yang keempat, sering kali kita bercakap bahawa guru perlu mempelbagaikankaedah pengajaran mengikut gaya pembelajaran pelajar agar proses P&P berlaku denganberkesan. Malangnya, adalah mustahil bagi seseorang guru mempelbagaikan kaedahmengajar dalam satu kelas kerana setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yangtersendiri. Namun, untuk mewujudkan P&P yang berkesan guru tersebut bolehmempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kelas. Kelas yang mempunyai tahapkecerdasan yang lebih tinggi boleh menggunakan ICT dalam proses P&P manakala kelasyang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah lebih sesuai menggunakan kaedahtraditional di mana mereka memerlukan bimbingan dan penerangan guru yang lebihdalam aspek menyampaikan pengajaran. Yang terakhir, guru matematik hendaklah menentukan kaedah yang difikirkanpaling sesuai untuk pembelajaran pelajar. Penyampaian menggunakan ICT tidaklahsesuai untuk semua topik dalam matematik semata-mata. Ia hanya sesuai digunakanuntuk mata pelajaran tertentu sahaja seperti penjelmaan, grafik, sudut, bongkah danseumpamanya. Manakala kaedah traditional yang melibatkan kapur dan cakap tidaksemestinya tidak berkesan. Padahal ia lebih diminati oleh pelajar kerana guru akanmenunjuk sambil menerang langkah-langkah pengiraan di samping dapat mengubahsuaidan mengadaptasikan langkah-langkah penyelesaian mengikut keperluan pelajar agarpelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas. 12
  13. 13. Soalan: 1) Komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain. Bagaimanakah guru hendak menarik perhatian murid terhadap pengajarannya yang menggunakan kaedah traditional? 2) Mengikut cadangan kumpulan 6, kerajaan perlu menyediakan bilik khas untuk P&P matematik yang dilengkapi dengan prasarana ICT. Adakah penyediaan bilik khas ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik atau sebaliknya? 3) Mengikut dapatan Jemaah Nazir Sekolah, guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian pelajar menjadi salah satu isu yang diperkata- katakan. Bagaimanakah guru hendak melaksanakan proses P&P dari segi mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya ia sesuai untuk semua pelajar? 4) Mengikut cadangan kumpulan 6, guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi P&P. Adakah ini bermakna bahawa kaedah traditional tidak berkesan untuk P&P dan akan digantikan secara berperingkat? 5) Mengikut kajian yang telah dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran matematik, salah satu hasil yang menyatakan perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Bagaimanakah perisian ini dilaksanakan untuk membantu pelajar dari segi “memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan”? 13
  14. 14. Persijilan Guru MatematikMinggu ke-12 merupakan minggu terakhir pembentangan isu-isu. Isu yang dibentangkanoleh kumpulan ini mencetuskan beberapa maklumat penting mengenai perguruan yangberkaitan dengan kami sebagai bakal-bakal guru. Yang pertama, istilah ‘profesion’ menjadi isu yang diperkata-katakan. Profesionbukan sahaja melibatkan pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihanyang khas, tetapi ia mempunyai satu badan khas yang bertindak untuk menjaga kualititugas yang dijalankan supaya imej profesion dalam suatu bidang tidak dicemari. Autoritiprofesion ini tidak boleh digantikan oleh orang lain dan dia bertanggungjawabsepenuhnya terhadap tugas dan peranannya. Guru digelar sebagai profesion dipertikaikankerana ciri-ciri profesional tidak dipenuhi oleh guru. Yang kedua, seseorang guru matematik mestilah mempunyai pengetahuanmatematik. Pengetahuan yang dimaksudkan bukanlah hanya semata-mata yang akandiajar tetapi yang jauh lebih mendalam. Guru perlu memastikan maklumat yangdisampaikan adalah jelas supaya pelajar mendapat manfaat daripada pengajaran guru. Yang ketiga, pengetahuan matematik yang kukuh membolehkan seseorang guruitu menggunakan strategi pengajaran yang lebih bermakna. Strategi pengajaran yangbermakna dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar. Selain itu, guru-guru jugaperlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri pendidik yang terbaik yang dapatmembantu proses pembentukan modal insan yang cemerlang. Yang keempat, guru merupakan individu penting dalam merealisasikan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Guru perlu memiliki kemahiran profesion seperti kemahiranberfikir, merancang, mengajar, mengurus dan menilai supaya mereka dapat mendidik danmelahirkan pelajar yang berkualiti. 14
  15. 15. Yang terakhir, Bahasa Inggeris sangat penting untuk kita kerana ia merupakanbahasa perantara antarabangsa. Sebagai seorang guru, kita harus sentiasamempertingkatkan ilmu dan pengetahuan kita dengan sikap banyak membaca. Amalkanamalan melihat bahan rujukan Bahasa Inggeris kerana ia meliputi bidang yang lebih luasdan mendalam lagi.Soalan: 1. Adakah guru digelar sebagai profesion? 2. Institut pengajian yang menawarkan program pendidikan boleh dikategori kepada IPG, IPTA dan KOPEDA. Apakah kriteria yang membezakan institut-institut tersebut dari aspek pelaksanaan kurikulum? 3. Apakah bukti yang membezakan kualiti guru sandaran dengan guru terlatih. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan persijilan guru matematik mengikut konteks pendidikan? 5. Tugas guru ialah perlu menghabiskan sukatan pelajaran pada masa yang ditetapkan, tetapi perlu mengutamakan pembelajaran pelajar pada masa yang sama. Sebagai seorang guru yang berkesan, yang manakah harus diberi keutamaan? 15

×